1.jika kamu mahu mengeluh, mengatakan sesuatu yg tidak baik...fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat bercakap sama sekali
2.bila kamu mahu mengeluh tentang rasa makananmu....fikirkan orang lain yang tidak punya apapun untuk dimakan hari ini
3.sebelum mengeluh tentang tidak punya apa-apa...fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan
4.jika kamu mengeluh bahawa kamu itu buruk......fikirkan tentang sesorang yang berada pada tingkat yang paling buruk daripada kamu
5.bila mengeluh tentang suami atau isteri...fikirkan orang lain yang memohon kpd Tuhan untuk diberikan teman hidup
6.jika kamu mengeluh tentang hidupmu hari ini....fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu awal
7.Sebelum mengeluh tentang anakmu... fikirkan orang lain yang belum mempunyai cahayamata
8.Bila mengeluh tentang keadaan rumahmu kerana pembantumu tidak menjalankan tugasnya... fikirkan tentang orang lain yang tinggal di jalanan
9. Jika mengeluh tentang perkerjaanmu... fikirkan tentang pengangguran orang lain
*Kita semua menjawap kpd Sang Pencipta.Ketika bersedih.....berterima kasihlah kpd Allah bahawa kamu masih hidup.
*Cintailah orang lain dgn perkataan dan perbuatanmu
*Anda tidak mencintai seseorang kerana dia cantik atau kacak.Mereka itu cantik atau kacak kerana anda mencintainya.
Kata2 ni aku ambil daripada sebuah buku bertajuk Keramat Seorang Ibu oleh Mohamad Qayum A.Badarudin.Moga ia menjadi satu penyuntik semangat diri.
Cukupkah anda dengan hanya sekeping roti untuk hidangan tengahari selepas penat lelah bekerja separuh hari?cukupkah sekeping roti untuk harga kasih sayang dalam sebuah keluarga yang harmoni?
Kalau aku, tak cukup sekeping roti `garlic bread' yang dicicah sup cendawan peghhhh.
namun jika hanya ada sekeping je untuk mengisi kelaparan, Alhamdulillah lah kan.
`sekeping roti itu lebih baik daripada tiada apa-apa langsung'. Inilah yang omputih kata.
Mungkin untuk peribahasa Malaya moden pulak :
`secawan ayaq kosong yang halal lebih baik daripada seperiuk nasi beriani kambing yang ada keraguan di dalamnya'. :)
Sambungan pepatah di atas ialah `biarpun hitam dipandang manis'. Agaknye napela orang dulu2 gunakan manggis sebagai perumpamaan ye, nape bukan durian,rambutan,ciku,duku,limau bali dlln?Mestilah ada sebabnya dan penjelasan mengikut pemahaman diowang kan.Meh kita nengok keadaan manggis tuh sendiri.Manggis adalah buah-buahan tempatan yang jatuh dalam kategori popular jugak di kalangan masyarakat tempatan dan juga luar termasuklah aku sendiri.Bentuknye bulat berkulit agak keras dan ada cara tersendiri untuk membuka kulitnya dgn tangan dan jari2 kita.warnanya keunguan gelap kehitaman sket.Kegelapan kulitnya mengikut keranuman buah manggis ini.Kulitnya kadang2 menggerutu, org utara panggei sebagai kematu.Kalau bnyk naa kematunya kat kulit tu dinasihati takyah la beli manggis tu sbb possibility untuk quality bg isi di dalam amatlah kurang.Di sebalik keadaan fizikal atau luaran manggis itu, sungguhlah menakjubkan kerana isi di dalamnya mempunyai keadaan yang sungguh berbeza. Seolah2 kulit manggis berada di gurun sahara yg panas menyebabkan kulitny ajadi mcm tu, dan isinya pulak berada di kutub utara mcm duk dlm peti ais berkurun2 lamanya hingga jadi putih,mulus seperti itu.
Ada org kata hitam itu menawan.Samala dengan manggis walaupun kulitnya tak putih atau merah menarik seperti rambutan tetapi ada daya tarikannya yang tersendiri.Isinya yang putih,mulus dan manis (kalau tak kena yg masam la) membuatkan peminat2nya tak akan lupa kepadanya bila tiba musim buah.Isi yang masam pun ada gunanya bleh dibuat jem untuk hidangan keluarga atau juga untuk pendapatan iaitu bleh dijual jem tersebut dan juga jem tu bleh dibuat untuk inti biskut raya. Maka perumpamaan di atas bleh juga dikaitkan dgn perumpamaan `dont judge the book by its cover'.Tak boleh dinilai luaran semata2.Dlm erti kata lain, faktor luaran bleh diamik kira cuma tak boleh menjadi asas utama untuk membuat penilaian bagi setiap perkara.
Selepas habis kelas tadi, salah sorang pljr aku bagi splastik manggis.Katanya atuknya bwk dr kg, so parents dia suh bg kat aku sket.Bleh le berbuka nanti dgn buah peberet aku ni.:)Maka dptle idea sket nak menulis pagi ni.Moga ia juga membuka minda kita untuk berfikir pada hari keenam belas kita berpuasa.Mata aku sgtla mengantuk harini maka otak pun menjadi sgtle malas untuk diperah dlm bab2 berfikir2 ni.Solusinya, aku nak rehat jap sambil melayan mindaku ni hehehe.
Saidina Ali r.a.
* Sifat pemarah adalah musuh utama akal.
* Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.
* Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya.
* Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.
Hamka
* Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.
* Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya.
* Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang.
Luqman al-Hakim
*Walaubagaimana alim pun seorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.
Koleksi mutiara kata yang diambil daripada pelbagai rumpun bangsa dan negara.
Pepatah Melayu
* ____________ (lum dpt koleksi yang menarik lagi he he he)
Chinese Proverbs (translated to English)
* Man who runs in front of car get tired.
* Man who runs behind car get exhausted.
* Man with one chopstick goes hungry.
* War does not determine who is right, war determine who is left.
Arab Proverbs
* All sunshine makes the desert.
*An army of sheep led by a lion would defeat an army of lions led by a sheep.
*Ask the experienced rather than the learned.
* The enemy of my enemy is my friend
* God sells knowledge for labour -- honour for risk.
Native American Proverbs
* Listen or your tongue will keep you deaf.
German Proverbs
* Love your neighbor, but don't tear down your fence.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Wednesday, July 14, 2010