Sebenarnya dah lama aku berfikir2 nak menulis semula tentang apa2 saja yg berkaitan dgn sejarah kehidupan manusia.tapi nak memulakan kajian tu yg membuatkan niat aku tu terhenti seketika (lama la jugak sebenarnya).
insya-Allah, aku cuba tulis sikit2 apa yg ada sambil mencari bahan semampu yang boleh.
kalau sahabat2 ada tambahan info, cadangan silalah maklumkan ye.

Aku mula dulu dengan sejarah (kisah,fakta maybe ada mitos dlln) tentang kampungku dan daerah tempat asal mak aku.

PARIT BUNTAR.
Mengikut cerita asal org2 lama dahulu kala yang disampaikan secara lisan akhirnya sampai ke telingaku; kawasan2 di sekitar pekan parit buntar sehingga ke Simpang Lima dahulu kala dipenuhi dengan hutan dan ladang getah.Rumah2 boleh dikira dgn jari.Mungkin terdapat 2-3 buah rumah sahaja bagi satu kawasan yg kecil tu.
Akibat masalah dalaman yg timbul dalam negeri2 seperti peperangan,kekacauan,kurang sumber makanan dan lain maka berhijrahlah penduduk2 dari Kedah dan berkampung di satu tempat di sini yg dinamakan `Kampung Kedah'. Tak jauh daripada tempat ini terdapat pula `Kampung Melaka'.
Jika diintai jauh lagi ke dalam iaitu di kawasan Kuala Kurau,Tanjung Piandang kebanyakan penduduknya adalah berketurunan Banjar di mana orang dulu kalanya berhijrah dp daerah banjir masin di Indonesia. Terdapat juga minoriti orang `Kemboja' yang juga berhijrah dr negara asalnya.

Parit Buntar yang terletak di antara kawasan Bandar Baharu milik negeri Kedah dan Nibong Tebal milik Pulau Pinang dulunya dikenali sebagai Daerah Kerian ketika zaman pemerintahan British dahulu.Kawasan Kerian ini dikenali sebagai kawasan padi yang menghijau.Inilah pekerjaan utama penduduk di sini.Apabila tentera Jepun datang ke sini, ramai penduduk di situ (termasuklah arwah nenekku) akan lari ke dalam hutan yang jauh dp rumah pada siang harinya dan kembali ke rumah pd lewat malamnya.
Dalam tahun 1980an, penduduk di sana masih menggunakan bas sebagai transport utama.Masih lagi aku ingat pasar malam di pekan lama Parit Buntar iaitu di tepi sungai yang bersempadan dengan Bandar Baharu Kedah menjadi tumpuan utama penduduk untuk mencari rezeki dan juga untuk membeli produk2 yang diinginkan.Berbanding dengan keadaan sekarang, pasar pagi, pasar tani, pasar malam,kedai2 makan boleh dikunjungi setiap hari dan bila2 masa sahaja.Malah boleh dikatakan Pusat Bandar Parit Buntar ibarat small city of Kuala Lumpur sekarang ini.Bagiku, tidaklah menjadi satu kebanggaan bagiku.

Sejarah hitam tercipta apabila sekumpulan pelajar2 sekolah lemas di sungai yang memisahkan kawasan Parit Buntar dan Bandar Baharu.Sejenis kapal (atau konsep rakit...tak sure..akan disahkan nanti) yang digunakan sebagai transport pada hari itu telah karam dan aliran sungainya terlalu deras.Kisah sedih ini rupanya mampu mengubah sejarah iaitu sebuah jambatan telah dibina yang menyambungkan Parit Buntar dan Bandar Baharu.Inilah harga yang perlu dibayar untuk sesatu perubahan.Selepas kejadian itu hanya sampan kecil digunakan untuk penumpang yang tidak melebihi 10 org.Kini,hanya jambatan yang digunakan untuk menyeberangi sungai tersebut.Kawasan untuk berehat telah dibina dengan design yang menarik. Namun aku rasa perlu ada buat sesuatu di situ untuk menjadikan tempat itu lebih menarik dan bermanfaat dp menjadi tempat pasangan memadu kasih mungkin, apabila bulan purnama menunjukkan dirinya.

Apakah keistimewaan Parit Buntar ini?Kalau dahulunya ia hijau saja dikelilingi sawah padi.Namun sekarang mana2 sahaja boleh kelihatan kawasan perumahan baru yang menjamin keuntungan pemlik tanah,pemaju dan juga penduduk yang ingin mempunyai rumah sendiri yang bukan lagi di dalam kawasan pendalaman. Sebelum itu, kawasan di Simpang Lima telah bertukar menjadi kawasan industri dalam era 1980an di mana banyak kilang2 didirikan lalu menjadi punca pendapatan bagi penduduk di kampung terutamanya anak-anak muda dan ibu tunggal.Walaupun pendapatan hanya sedikit tapi sudah cukup untuk ibu tunggal seperti salah seorang ibu sedaraku yang membesarkan anak2nya.Apabila pemodenan berlaku, cara hidup pun berubah. Tidak dinafikan keujudan kilang2 ini mampu memberi nafas baru kepada mereka yang memerlukan pekerjaan yang terjamin pendapatan bulanannya namun keujduan sebuah kilang yang larhir daripada satu keraguan sepatutnya diambil iktibar sampai bila2.Keujudannya masih kukuh hingga kini dan memang benar ia menjadi punca pendapatan pekerja2 di situ.Namun keselamatan penduduk2 di daerah itu seharusnya diambil berat.

Di sebalik kemodenan yang ada,tidak dapat dinafikan apa yang ujud dahulunya patut dikenang dan setiap perubahan ini patutnya menjadi suatu iktibar.Sawah padi makin hari makin hilang daripada bumi Parit Buntar ini.Makin hari kawasan rumah batu akan terhasil.Ada suara-suara petani yang mengatakan hasil sekarang tidak sama seprti dahulu lagi.Lalu tanah yang dipenuhi rumpun2 padi dahulu kalanya sudah bertukar menjadi istana batu.
Kehidupan penduduk2 di sini terutamanya anak2 melayu sudah maju, jauh ke hadapan, malah ramai ibu bapa yang mampu menghantar anak2 belajar ke tahap tinggi yang mampu.

Namun, aku masih mengharap sesuatu daripada kemodenan ini.Moga apa yang masih ada daripada sejarah yang lalu masih setia disitu dan tidak akan terpadam sekurang2nya mampu memberikan suatu kisah pengajaran bagi penghuni bumi Parit Buntar ini.

date Tuesday, May 4, 2010


sang mentari ......tanpa cahayanya, gelaplah dunia

sang purnama,tanpa kehadirannya, merisaukan kita


twinkle2 little star, tanpanya, angaksaraya hilang serinya.

Sesungguhnya Allah menjadikan tiap sesuatu itu ada sebab dan manfaatnya.
Tiap yg ujud itu dapat mengimbangi antara satu sama lain.
Falsafah Taoisme menitikberatkan energy `yin' dan `yang'.
Kadangkala terlepas pandang juga kepentingan keseimbangan ini dalam apa saja yg kita lakukan.
Kalau dilihat dan diambil secara positif walaupun ujudnya perbezaan pd sifat dan diri sesuatu itu,
ia mampu melengkapi antara satu sama lain....to compliment each other.
Namun, untuk melihat keserasian sesuatu yg berbeza itu agak sukar dan kadang2kala membuat kita terlepas pandang lalu membuka ruang kekalutan,keresahan dan kesukaran.

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu