Ikut cerita abah, aku pada jam 10.45 malam samada mengikut tarikh omputih iaitu hari ini atau tarikh 12 rabiul awal yang lalu adalah detik yang menggembirakan abah dan mak.bila abah ckp lagi ungkapan tu dlm sms malam semalam dan pagi tadi masa ckp dalam tipon...buat aku sebak.
bukan sebab usia yg bertambah...aku tetap rasa muda seperti biasa hehehe,bukan sebab takdak hadiah kereta `lamborghini' untuk aku tapi terkenangkan jasa abah dan mak sehingga aku membesar dgn sihat (bertambah2 la sihat dan bulat hehehe) dan belajar erti kehidupan melalui kasih sayang yang diberikan.Dalam tipon tadi kata abah, nak bercuti2 mesia sebagai hadiah utk aku..iatu ke MAHA bulan november nanti. Hehehe.Tu kira hadiah tuk mak aku la tuh.Mak aku dah book nak dtg ke kl ni utk ke situ lagi.aku pun tak perasan info ni yg katanya ada dlm berita kat tv.
Thank you abah dan mak.Moga Allah melimpahi RahmatNya kpd abah dan mak di dunia dan akhirat.Aamiin.
Sampai opis pagi ni, nampak sekeping kad kecil kaler pink atas k.b p.c aku ni.Tq Susan.Muda2 ni ada jugak dapat kad yer.Tq jugak Yeng dan Susan sebab hadiahkan aku lawatan ke restoran arab ptg nanti ....acara makan2 hehehee.
Ada orang dpt hadiah kek harijadi.Macam satu kemestian pd sesetengah orang.
Ada org suka memberi atau happy bila dpt hadiah teddy bear.Err aku nak gak satu hehehe. P/s: tenkiu B.fung,dpt gak tedy bear kecik tadi hehehe.
Pada aku kalau dpt hadiah dan pemberian itulah bonus untukku dlm kehidupan.Yang paling berharga ialah kasih sayang dan doa untukku.:). Moga kehidupan kita semua lebih baik dp semalam. Apa yang penting?Kerjasamaaa.Hehehe.
Moga kita tetap dalam golongan yang bersyukur dan mendapat Rahmat dan perlindungan Allah di dunia dan akhirat. Aamiiin.
Kepada yang minat dgn kisah Zulqarnain dan Alexander the Great dan isu yang membicangkan adakah dua insan ini org yg sama atau tidak, bolehlah membaca buku ini :
`Alexander adalah Zulqarnain' oleh bapak Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko). Penulis ini adalah seorang pengkaji dan pensyarah di fakulti kejuruteraan di univ di Indonesia.
Beliau tampil dgn teori dan hujah untuk mengukuhkan pandangan beliau bahawa Zulkarnain dan Alexander the Great adalah org yg sama di mana insan ini adalah seorang raja yang disebut dlm Al-Quran. Hujah penulis ini ada logik juga walaubagaimanapun ada pandagan yang memberi ruang kpd perbincangan yg berterusan. Dalam buku ini ada disertakan tulisan pandangan dalam kitab yahudi lama, pandagan org barat dulu dan moden serta pandagan ulama' yang menerima atau menolak bahawa dua nama ini adalah insan yg sama.Samada kita bersetuju dgn pandangan bapak M.Alexander ini ataupun tidak, kredit patut diberikan kpd beliau kerana berusaha membuat kajian dgn terperinci (boleh aku katakan disini). Kajian ini mampu memberi ruang kpd kita untuk mengkaji lagi..walaupun hanya membaca buku2 (macam aku ni la)...nak buat kajian geran takdak hehehe.
Hujah bapak Muhammad Alexander ni berlainan dgn pandangan sebahagian sarjana Muslim moden yg lain seperti Prof.Ramadhan yg tampil dgn hujah bahawa Zulqarnain dan Alexander the Great adalah insan yg berbeza iaitu Zulqarnain adalah seorang raja yg taat pada ajaran Allah seperti tertulis dlm Al-Quran manakala Alexander the Great adalah seorang raja yang tidak beriman kepada Allah. Kalau dilihat dr sudut pandangan cerita sebahagian kitab lama org yahudi, greek, iran (persia) Alexander ini (jgn terkeliru dgn sebahagian raja2 mereka yg juga bernama alexander) digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral ; mempunyai hubungan terlarang dgn ibu kandungnya sendiri, seorang `gay' dan mempunyai hubungan etrlarang dgn shbt baiknya dlln,seorang yg kejam,dikatakan sebagai anak dewa atau tuhan dan akhirnya beliau mengaku yg beliau adalah anak tuhan dan seterusnya adalah tuhan.
Selamat membaca.Moga tiap yg kita dpt dp penulisan2 seperti ini mampu memberi ruang kpd kita untuk berfikir dan mempraktikkan apa yg patut dan menjauhkannya apa yg salah.
p/s: Tq bebanyak le Farah tolong dapatkan buku ni siap dgn tandatangan penulis lagi heheheh.
segelas air kosong mampu melegakan tekak yg kehausan
dan membuatkan diri rasa tenang untuk seketika
lebih2 lagi time cuaca panas atau `suasana yg panas'.
manusia kalau tak mkn beberpa hari rasanya boleh survive lagi.....
kalau tak dpt setitik air....amatlah terseksa rasanya
air
- boleh menyejukkan atau mengurangkan kepanasan
-memadamkan api kebakaran atau `api kemarahan'
-untuk proses kehidupan - pokok tanamn pun akan kelayuan jika tak cukup air
tapi pokok orkid jgn buh terlebih air...mati gak dia
-kalau punca air itu mepunyai virus atau kotor....akan tersebarlah kekotoron itu...
namun air juga mampu menyucikan sesuatu mengikut kadarnya
-air sungai kalau jernih dan tenang boleh kelihatan ikan yg berenang2 -bak kat pepatah sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya....kira genius la tuh
-air yang berombak bila menghempas pantai dan batu2 di tepinya mampu membuat irama lagu yang mengasyikkan....mampu juga menjadi agen yg dpt membinasakan seperti tsumani
yang pastinya...air amatlah penting...
maka pastikanlah air yg kita minum dan guna itu bersih, suci dan halal malah berkhasiat
doktor ckp air putih/air mati/air kosong lah air yg terbaik
doktor juga ckp selain air yg terlalu manis, air/minuman yg ber`gas' itu amatlah tidak baik untuk kesihatan
*aku sesekali suka nengok wajah dlm air.....amatlah berbeza dgn lihat dlm cermin!
pameran buku dah berlangsung kat PWTC tapi aku masih belum berkesempatan nak ke sana.
sepatutnya boleh pergi di bawah geng library untuk cari buku yg sesuai tapi nampaknya hari2 aku penuh je dgn kelas dan tugasan.Sabtu dan ahad ni pun tak pasti aku dpt pergi ke tak.
tadi aku ternampak tajuk buku `Alexander adalah Zulkarnain' oleh Bapak Muhammad Alexander di sebuah blog kenalan.Nampak menarik kulit buku tersebut dan tajuknya. Penulis yg merupakan ahli sejarah ni mempertahankan teorinya bahawa Alexander the Great dan Zulkarnain yang disebut dalam surah al-Kahfi dalam Quran itu adalah orang yang sama.
Beliau membuat kesimpulan itu dalam buku terbarunya Alexander adalah Zulkarnain, dengan mengemukakan banyak sekali dalil dan hujah historis. Ni kata2 dlm entry blog tu. Katanya penulis ni ada di pameran buku tu. Beliau juga merupakan penulis buku `Yakjuj Makjuj'.
Aku belum lagi membaca tulisannya dan teringin sgt nak baca sebab nak tahu macam mana dia begitu yakin dlm memberi pdngnnya dlm membuat kajian ke atas isu yg berabad2 lamanya.
bulan lepas aku ada beli buku bertajuk `Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain' atas permintaan seorang sahabat. Aku beli dan bagi kat dia tapi sempat la belek2 isu utama dlm penulisan ni kat kedai buku Popular tuh. Menarik ada gmbr tempat, lukisan tembok dan lain2 tapi hati aku ni masih merasakan ada lagi info yg aku nak tp takdak kat situ.Dulu2 aku pernah mengumpul sedikit sedikit info tentang zulkarnain dan alexander ni. Ingat2 nak jadi wanita pertama Malaya nulih buku sejarah tetang isu ni hehehe.Tp sapa nak sponsor aku kan nak gi buat kajian kat sana nuh.Ada pulak sesetegah rakan yg mengatakan bnyk lagi topik penting dan berfaedah yg patut aku tulis dan buat kajian..huh?
Teringin nak jumpa bapak penulis `Alexander adalah Zulkarnain' ni saja nak interview, kut2 dia mau kongsi cerita cemana dia membuat kajian dlm penulisan Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain ni.
p/s: Aku tiba2 teringat kat lect aku org Poland tu.Aku ada amik paper sejarah Rome dan Greece
dgn dia dulu.Masa zaman tu (hampir berbelas thn yg lalu) kira dialah org pertama yg aku dgr mengatakan kat aku yg Zulkarnain dan Alexander adalah org yg berbeza.Buku2 teks sejarah kat malaya pd waktu tu bnyk yg mengatakan dua org ni adalah org yg sama.
Ada shbt yg free jum kita lepak2 minum2 mkn2 kat PWTC nanti..;)
rasa2 aku dpt ke gi ujung minggu nanti.....
Pagi ni sambil check dan edit soalan2 utk ahli panel forum nanti sambil juga
menjawab email2 dp pihak2 yg terlibat dgn pogram aku sempat menjengah sahabat2
di satu tempat kami berkumpul di alam maya ini.
hatiku tersentuh dgn satu isu yg dibawak oleh sahabat ni.isu lama, dah lama berlaku tp terjadi pd watak baru, org lain.
persoalannya, kenapa org yg benar2 perlukan bantuan zakat dan kewangan untuk anak2 bersekolah, melanjutkan pelajaran di Universiti sedangkan si ayah bekerja(bukan duk saja) dan hanya mampu untuk mendapat kurang dp RM600 sebulan dan dgn isu lain 2 lagi yg berlaku dlm keluarga, sakit dan lain2 dikatakan `tidak laya' menerima bantuan tersebut setelah tangga bangunan tu dipanjat berulang2 kali naik turun yg memakan masa berhari2 atau berbulan2?
dah berusaha ke sana ke mari akhirnya Gereja dgn Senang Hati menderma RM2000.
Aku ucap tahniah pada Gereja...cekap,pantas,cerdas,bijak menjalankan MISI mereka.
Aku juga ucapkan tahniah pd watak2 cerita atas (kes kedua) yg berusaha sendiri dgn susah payah hingga beroleh apa yg dihajati dgn usaha keringat sendiri walaupun ibarat `telur di hujung tanduk'.
Ke ni, aku cakap mudah je :
1. Masuklah rancangan bersamamu. Yg nampak sihat tak bekerja pun boleh dpt derma.Yg tak betul fakta pun ada.Bila dah siasat baru tau apa sebenar keadaanya.(beberapa kes)
2.Setuju dgn pdgn shbt sorang ni.Panggillah Karam Singh walaupun dia berlainan bangsa dan agama.
sahabt bertanya :adakah anak2 itu tidak layak mendapat zakat.
Aku jawab :
Memang anak2 itu tidak layak mendapat bantuan kewangan sebab DUIT ITU HANYA LAYAK UNTUK ORG YANG KAYA2 (TERTENTU) DAN BERPENGARUH SAHAJA KERANA HANYA MEREKA BIJAK DAN TAHU UNTUK MENGGUNAKAN WANG!.
Tak lama dulu, ada sedara ni ibu tunggal, nak dptkan bantuan pinjaman buku sekolah untuk anak dia.Mak ayahku temankan dia berjumpa `tuk penghulu' kerana agak sukar nak kesitu sebab tak de kenderaan sendiri. Sedara ni bawaklah borang yg telah diisi mengikut apa yg diperlukan. Hasilnya gagal! Ssebab?Dia tulis situ bekerja kilang `part time'. Majikan tak mau sign sebab di abukan pekerja tetap. Org atasan yg meeliti borang tu pulak ckp `ye ke gaji awak RM300 sebulan'? Dah dia keja sebelah petang je sebab pagi jaga mak yg uzur, siapkan makan pakai, mandi dia. Kalau aku ada depan penghulu tu rasanya akan terjadilah mesyuarat tepi tingkap lagi tapi kali ni aku pastikan penghulu tu pergi tadika dulu....harap universiti pun belum cukup untuk bantu rakyat.
Ramai yg berhak dapat bantuan....tp masih ramai lagi yg tidak mendapat hak mereka ataupun amat susah proses yg perlu dilalui mereka hanya untuk mendapat bantuan beberapa ratus ringgit untuk sebulan ataupun untuk sekali saja time raya.
KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.
Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit jantung.Beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah.
Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.
Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.
Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.
Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.
Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.
"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.
Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.
Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi.
Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam.
Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.
Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."
Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat.
Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.
Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza.
Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.
Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama.
Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah.
Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Unievrsiti Al-Azhar. - AFP
*******************
sebahagian petikan dp Kosmo online.
pepatah Melayu ada mengatakan `nak melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
apakah kesitimewaan buluh?
memasak nasi - menyimpan air minuman - membuat lemang - dekorasi taman - rakit - pelantar tempat duduk rehat dlln
apakah keistimewaan rebung?
buat jeruk - masak lemak sayur
ada lagi kut yg aku tak tau
apakah keistimewaan pepatah melayu ni?
tanamlah buluh bebanyak, boleh dijual especially musim raya -mesti boleh tmbh income
dan boleh juga membantu anak muda menjadi kreatif ala2 mat gyver (betulke ejaannya) menjadikan beraneka meriam dan mortar.
kain putih itu menanti tangan2 yg untuk melakar,melukis,mencanting batik dan juga
menurunkan ilmu-ilmu ini selama baby ini membesar.
kalau dilihat,didengar,dibaca...makin bertambah2 isu anak-anak kita...yg banyaknya isu yg merisaukan,merimaskan dan melemaskan kita bila mengenangkan dan membayangkan bentuk dan jenis masyaakat kita kan dtg dgn generasi2 muda ini.
luahan2 hati anak2 kita samada dlm kelas, luar kelas, di tempat lepak shopping kompleks,dalam rumah, luar rumah, tempat rekreasi dan lain2 lagi perlu diambil berat dan jgn dipandang ringan...kadang kala tidak terjangka luahan ini lahir dp anak2 yg dilihat baik,sopan,berjaya....
anak2 :i hate school.....saya tak suka sekolah saya dulu ....sebab cikgu2 pelik....
pemerhati:pelik macam mana tu wahai anak2ku?
anak2 :cikgu pilih kasih
saya dlm seminggu dulu pergi sekolah 2-3 hari je.
pemerhati:sekarang anakku belajar jarang ponteng kan.dulu tu suasana tak motivate kamu untuk ke sekolah ke wahai anakku?
anak2 : angguk2.memang saya tahu saya ada masalah disiplin dulu.tapi cikgu memang pilih kasih!
anak2 lain : tapi kami suka sekolah. to me, school is like a heaven.
anak2 : kenapakah saya lihat ramai orang Malaysia mcm tak banggakan negara sendiri?
anak2 lain: ye lah...kalau kat negara lain yg saya pernah duduk dulu.....macam mana masalah, kemiskinan dan tak puas hati pun..jgn sesekali mengutuk dan menghina negara mereka
pemerhati:wahai anak2ku ...apa pandagan kamu kepada negara kita tercinta.
anak2 : ..............................(macam2 komen yg didengar)
anak2 lain: apalah yg dpt didengar dp kami yg hanya berumur belasan tahun.mampukah kami bersuara?
anak2 : saya teringin nak try trend mcm ramai kwn2 saya buat.tapi saya tahu itu salah sebagai org lelaki muslim.
pemerhati : apa yg nak kamu buat wahai anakku?
anak2:saja je nak try je....kdg2 hati ni terusik juga dgn apa yg dilihat dan buat oleh kwn.apa rasa ye kalau pakai subang sebelah.
pemerhati: apa yg kamu suka pd anting2 itu wahai anakku?nama?kecantikan?.....
anak2 : nampak `cool'.tapi saya tahu itu salah sebab tu saya tak buat.saya minta pandangan betul ke kalau saya buat mcm tu...saya tak boleh jadi ketua keluarga yg baik nanti?
*itu adalah luahan yg kita dgr, yg anak2 kita mahu kongsikan bersama kita.yg tidak diluahkan.....mungkin sebahagiannya boleh menjadi ibarat gunung berapi yg hanya menunggu masa untuk memuntahkan laharnya....yg boleh memusnahkan kampung2 disekelilingnya sebelum menyuburkan tanah untuk 20 thn akan datang.
Aku suka sgt lagu M.Nasir, Anak-anak kita.Liriknya memang mempunyai maksud yg dalam:
Aku hanya mengambil sebahagian daripada petikan lagu ini :
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kitaHingga dia tak kenalBudaya
Canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajarTentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
*sahabat dan sifu, aku nak amik lagu ni jadikan latar belakang slide tuk pogram bulan April ni,amacam?ok? ;).
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional