pengumuman telah pun dibuat oleh pak pelajaran bahawa subjek sejarah akan menjadi subjek wajib lulus utk SPM bermula thn 2014 nanti.
wah..mesti semua budak2 epy suka tu hehehe.
aku sokong je cuma rasanya kena kaji semula silibus,cara pengajaran dan pembelajaran.
Ni pandangan humble aku la.

Masih ingat masa form 1 dulu disuruh hafal semua tahun, fakta sampai aku taksuka subjek sejarah sebab aku tak tahu apa pentingnya hafal semua fakta2 tu, apa kaitan dgn masa depan....tak suka buku teks..tak suka cikgu (huhuhu.....semua kelas mogok dgn cikgu sorang tu.....maaf ye cikgu).yg aku tahu, aku suka movie sejarah dan apa2 saja cerita tentang sejarah kehidupan manusia sebab abah aku selalu suka cerita masa aku kecik2 dulu...penuh dgn cerita sejarah manusia yg memberi iktibar.

bila aku nengok buku teks dengan cara pembelajaran ketika itu (awal 90an), aku rasa confuse nape subjek sejarah skg tak mengembirakan aku.boleh dikatakan awal semester(sistem penggal masa tu) majority students gagal...aku?rahsia hehehee.
naik tingkatan 2, aku masih tak minat subjek sejarah....tapis ebab cikgu nya garang (cikgu lain)...so nak buktikan pd cikgu tu aku pun boleh...jadi adalah peningkatannya walaupun hanya cukup2 makan.
naik form 3 dapat cikgu lain (tq Cikgu Zainab). Cikgu Nab terus mengajar sampai tingkatan 5....cikgu berjaya mengubah eprsepsi aku dan rakan2 lain untuk `pulun' (berusaha2 sungguh2) memahami subjek sejarah ni.cara cikgu pd waktu tu agak berlaian sebab cikgu minta kami buat ala2 presentation....gerun tapi aku suka...dan nampak matlamat belajar subjek tu....masa tu jarang nak ada cara pembelajaran mcm tu...bnyknya one way communication...cikgu ajar....salin..baca...paham..hapal.

sekarang ni...masih bnyk komen dp pljr2 yg kata tak minat sejarah....tak nampak future....tak ada kaitan dgn kerjaya dlln.....bersungguh2 guru2 mengajar di sekolah dgn pelbagai teknik dan method...namun masih ramai yg tidak gemarkan subjek ini untuk dipelajari di sekolah mahupun di isntitusi pengajian tinggi melainkan pelajar itu mengambil jurusan tersebut.

ada pleajar2 yang berjaya mendapat markah yang cermerlang untk SPM namun tidak dpt kaitkan apa yg dipelajari dengan kehidupan.

Moga ada kajian yang mendalam dilakukan untuk meneliti lagi silibus dan cara pembelajaran serta pengajaran subjek ini.Kalau boleh, biarlah bnyk praktikal dan banyak aktiviti yang boleh membantu pelajar mengapplikasi apa yg dipelajarinya dan dapat membaja perasaan sayang, cinta dan menghargai sejarah.

All the best :)

date Tuesday, October 26, 2010

Pagi tadi aku bersama dgn bebudak aku dpt juga ke Mahkamh Tinggi Syariah Shah Alam.
Setelah beberapa bulan budak2 aku plan....Alhmdlh dpt jugak ke sana walaupun hanya untuk seketika....mendengar kes perbicaraan dan dapat bersama dgn pegawai2 yg pakar dlm undang2 untuk sesi soal jwp.

Terima kasih kpd pihak Mhkmh, pegawai2 yg entertain kami....dan as usual Tuan Tamar kita yg selalu memberi khidmat nasihat untuk sesi lawatan ni. Budak2 aku as usual tak berhenti2 mengangkat tangan untuk bertanya soalan...ada yg soalan mencuit hati kami semua... ketawa pun ada.

Excited sungguh budak2 tu sampai sanggup dtg awl ke kolej maklumlah pertama kali nak dengar kes2 ni berbanding shbt2 yg bekerja dlm bidang ni...namun ada juga cabaran sedikit..technical problem...tunggu bas khas yg tak kunjung tiba...jadi terlewat sikit ke sana dan terlepas beberapa kes.Namun Alhamdulilah, stndts aku dan aku jugak berpeluang mendengar kes2 yg dibicarakan.

Aku bukanlah nak bincang tentang kes2 yg dibicarkan dgn terperinci.Cuma moga boleh dijadikan iktibar kpd kita semua.

Antara kes yg dibicarakan sudah acap kali kita dgr atau baca di dada akhbar dan majalah.
Tuntutan ganti rugi untuk majlis pertunangan dan juga majlis perkahwinan yg tak jadi.
Antara kesimpulan yg dpat aku buat di sini:

*Sudah bnyk kes di mana pihak pasangan/pengantin -lelaki ataupun wanita tidak berapa tahu keadaan pasangannya dari segi status perkahwinan,kerja dan lain2.Samada statusnye dirahsiakan atau bagaimana...?
contoh:si pasangan memberitahu bahawa belum brkahwin tapi sebenarnya sudah berkahwin dan masih beristeri (ataupun bersuami..ni kes mmg berat la)

kdng2 dlm bercinta...mungkin bnyk yang terlepas pandang
ada jua kes melalui org tgh...pun ada juga kes penipuan
ada juga kes di mana psgn tu tahu status pasangannya tetapi tidak dimaklumkan kpd ahli keluarga atas sebab2 tertentu

aku bukan nak bincang soal siapa yg salah....tp bila melihat ahli keluarga dipanggil menjadi saksi untuk memberi keterangan..rasa sayu dan simpati melhiat air muka dan wajah ahli2 kelaurga yg terbabit.... dpt bygnkan perasaan mereka yg bercampur baur...lebih2 lagi bila ada org lain yg mendengar kes tersebut.

*towards the end of the session...oh upenye ada sesi makan2 ...tak sangka...tq atas layanan dan keperihatinan...aku tengok bebudak aku mcm dah lupa yg ada sbhgn dp depa ada kelas yg perlu dihadiri....mcm best je duk situ...tanya soalan dan menjamu selera.Insya Allah, moga dpt mengadakan sesi sperti ini lagi.Shukran jazilan.

date Tuesday, October 19, 2010

Baru je sudah pembentangan bajet belanjawan negara bagi tahun 2011.
Apa nak komen?aku mcm biasa....tak dengr pun hehehe....sari lepas tu baru aku baca kat akhbar nengok apa yg dpt benefit hehehe.....
Ramai yg ckp bajet kali ni antara yg terbaik...sebab...nak dekat pilihanraya tu kata depa la
Ada yg ckp....bengang gak aku...sebab......bnyk tuk org keje gomen ...ni dp pandangan kengkawan lepas dgr bajet thn2 lepsnya
Kali ni...katanya...bnyk diberikan utk swasta...
sapa nak beli umah pertama...ada kelebihan....katanya...
Namun apa pun...aku rasa....aku yg kena mula bajet tuk diri aku sendiri.....bajet sendiri yg mmg dah terbajet2...phewww..... hehehe....

date Saturday, October 16, 2010

Akta jenayah sihir perlu ada

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

KUANTAN - Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam serta mengekang amalan itu daripada berleluasa di kalangan masyarakat melalui mekanisme perundangan.

Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.

Menurut beliau, langkah itu wajar diambil supaya pengamal sihir boleh dibawa ke muka pengadilan dan diadili sebagaimana kes-kes jenayah lain.

"Bukan hanya di Malaysia tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang.

"Sebenarnya, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir di Kolej Antarabangsa IKIP di sini semalam.

Seminar anjuran bersama oleh Kolej Antarabangsa IKIP, Yayasan Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) itu dirasmikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Rahman Md. Yunus

date Tuesday, October 12, 2010



Planet digelar Bumi Baru ditemui


LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.

--------------------------------------------------------------------------------


LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi

date Friday, October 1, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu