Lama dah aku tak update column ni.Akhir bulan jun haritu aku dan parents pi Kuala Terengganu bercuti 3 hari je.Tupun mak ayah aku dah ckp lenguh lutut2 he he he.Apepun terima kasih le bebanyak pd pilot kami yg sudi bawak kami jenjalan ke sini ke mari dan layanan anda yg cukup mesra.Di airport kak melor dtg menjemput dgn senyuman manis then terus ke Gem Beach Resort.Solat asar jap,minum2 teh dan rehat jap. Then terus kami dibawa keluar utk mkn mlm...sempat solat mahgrib di sebuah masjid,tak ingat namanya...duk tengah dlm renovation.
Sampai kat pekan K.T, mak ai jem giler, takleh nakparking tempat biasa(kata pilot kami),rupenye ada program pe tah,pakcik2 polis trafik seme duk berkawal ketat.Then dpt le tempat parking jauh le jugak nak ke tempat mkn.Aku yg tak sabar2 nak mkn kat restorang terapung sbb nengok dlm tv, T.Maria Sabri mkn punye la sedap.Tp sampai di sana rupanya khabar indah dari rupa dan keadaanya.Plan nak mkn spesel rai mak ayah aku sempena anniversary dan juga rai pilot kami tuh tp.....sedihnya, lain yg dipesan lain yg diberi, lain yg ckp lain yg ditulis,dah tu bila ditanya cara menjawap punyalah `baik sekali jwpnnya'.dah tu ada yg tersilap menu,tak ada ucapan maaf pun, dah la tunggu berjam2....nape la lain sgt mcm dlm tv tuh.aku dan mak aku punye hidangan tak sampai2.Last2 cancel le.
Dlm kelaparan dan sedih tu,kwn sorang lagi kak ani yg kebetulan menginap di Primula Hotel call. Dia pun lum mkn mlm lagi,so we all pung pi jumpa dia dan berlakulah acara mkn2 di situ.Weh puaih ati mkn kat sana,layanan bagus,mknn pun bagus, paling best dpt makan nasi dagang sedap mlm2 he he he.Happy dapat berjumpa dgn kak ani dan suami dia,mak ayah aku dan kak melor pung happy dpt berbual2 tambah kenalan baru dan paling best acara mkn2 punye bnyk mknn mcm pesta mknn pulak he he he.Tq kak ani belanja we all mlm tu.

Gambaq2 kat atas tu saja buh sini, kira tolong promote ganu la pd sesiapa yg tak pernah lagi ke tempat2 tu..silalah ke sana...dpt mkn kepok lekor fresh nyummy.Mak aku lum penah sampai sana, so dpt pi bnyk tempat mmg best.
Mlm di Ganu mmg sungguh ceria dgn lampu2 berwarna-warni dan mcm2 bentuk hiasan.Ada satu tu nama Allah dan Muhammad diukir, aku nak amik gmbr tp duk dlm keta bergerak tak dapek le.Esok tu jenjalan ke masjid kristal,masjid terapung,tempat batik dan paling best dpt jumpa mak ayah kak melor di felda belara.Hari ketiga sebelum berangkat ke airport sempat lagi pi pasar payang sekali lagi beli batik kali kedua hehehe then kepok.Mmg puas la dpt jenjalan dan jumpa kenkawan.Klu dpt duk lama lagi, dpt le rehat lama sket kat sana.Alhmdlh dpt bwk mak ayah jenjalan....skg ni seme barang dah naik rege....jenjalan belakang umah le he he he.
* Gambar2.
1 - Pemandangan Gem Beach Resort dari atas
2- Jajan2 yg dibeli di Ganu- ada biskut sagu - 1st time nengok dan rasa
3 - Tadaaa sepiring kepok lekor fresh digoreng dari dapur.
4 - Masjid Kristal - ni yg duk diperkatakan ramai - tapi jauh benar dr kwsn kg dlln- cukup ke jemaah setiap waktu klu bukan time cuti sekolah?nampak mcm ramai pelancong jek. - errr..betul ke aku dgr dulu org ckp kiblat lari sket dr asal?
5 - Masjid Terapung - bersih sejuk mata memandang teringat mcm Masjid Quba' plak.
6 - Koleksi makanan ringan di pasar payang, adik jurujual tu mmg sporting :)

7 - Nasi dagang sepesel di Hotel Primula, satay dan kepk goreng ida mmg peghhhh superbb bak kata ticer az ;) - Hotel Primula mmg cantik dgn lampu2, mknn pun bnyk pilihan, ada rezeki leh pi stu plak next time.
8 - Perjumpaan Majlis2 tertinggi makan2 di hotel primula (penulis jadi tukang amik gambaq)
9 - Lampu2 ceria di bandar K.T pada malam hari

10 & 11 - Di Gem Beach Resort - wlu agak jauh sket dp pekan K.T tp best, pemandangan cantik.Kwn2 ada ckp mknn situ kurang best dulu....mmg tak bnyk pilihan tp breakfast pagi tu mknn dia bleh tahan sedap.Teringat2 aku kat meehoon goreng dia :)
12 - Airport Ganu - ni airport baru ke..nampak baru je...then ada mcm duk buat bangunan tambahan di hadapannya.Cantik ukiran bangunan ni.

date Monday, July 28, 2008




Kat kolej ni boleh dikatakan tiap2 bulan ada bengkel buat hand craft,ada lukis batik,pottery class dan lenlain.2 bulan lepas, aku dan kwn baik aku yg diimport dr tempat lain telah hadiri pottery class ni pada hari sabtu.Tak sangka nye aku, kelas yg 4 jam tu telah menjadikan aku creatif dlm membuat pot aku sendiri peghhhh takku sangka dpt gak aku main2 ngan tanah liat tuh he he he.

Yg bestnye dpt kwn2 baru termasuk le peringkat kanak2 comel depa pun join bengkel ni gak...malah depa lagi kreatip he he he.Masa telah terisi dgn aktiviti yg mencabar minda dan kreativiti dan paling best sekali betul2 enjoy dan ralit jek duk siapkan pot tu.Nanti ada lagi workshop ni, aku iklankan bleh kenkawan mai join.Gambaq kat atas tu gambaq pot-pot ala tembikar yg dah dibuat dan ready untuk proses seterusnya iaitu buh dia dlm api.Proses pembakaran ni akan dilakukan oleh cikgu terlatih.So, nanti aku dah amik pot aku yg dah siap dikaler seme aku buh gambaq kat sini ye. Gambaq pertama, tu la teko yg aku buat belum siap sepenuh lagi.Tak le cantik mcm org lain buat tp aku heppppy.Gambaq kedua tu seme pot yg dibuat oleh aku dan sahabat2...sorang buat satu teko.




date

Harini aku saja nak mencoret sedikit catatan di ruang teratak merangkap villa kesayanganku nih ;). Akhir2 ni, bila baca paper,nengok berita di tv asyik2 kes sama je, kadang boring pun ada..sebabnya asyik diperkatakan perkara yg sama...action nye..elek.

sama juge dgn rutin harian.....kekadang tanya gak pada diri..........bila usia makin muda setiap hari ni he he he adakah masih duduk di tahap sama atau patut diperkembangkan lagi apa yg dilakukan. contohnya, kerja aku ni berckp,menulis dan geng2 penulisan termasuk le marking dsbg nya.....bila nengok org bisnes best juge...nengok org tanam pokok bunga dan buat kraf tangan yang akhirnya boleh jadi side income..best juge.....mungkin perlu juge kengkadang buat pembaharuan dlm kehidupan barulah rasa bermakna dan happy ye tak.eh aku tak happy ke?happy, alhmdlh dgn apa yg dinikmati.just am thinking about something new taht could be done.

nengok kengkawang yg dah ada balik keje kat kg memasing...ish aku bila lagik...mmg happy keje dan tinggal di tmpt yg sedia ada cuma tertanya2 juge bila nak merasa duk kg duk dgn family, ...ataupun at least keje kat bumi lain selain Mysia he he he.bila otak dah bnyk digunakan(konon he he he)kengkadang idea baru pun dah berkurang...nak jd kreatif dan ubah method bg sesuatu yg dilakukan pd waktu ni ibarat nak lembutkan batu menjadi choc cake dlm masa beberapa minit, atau mencairkan ais batu di kutub utara dlm 1minit.Isk merapu dah tulih ni..tp tulah yg aku rasa.nak cuba buat perubahan untuk sesuatu tapi kengkadang idea pun kurang.

ape pun, ni time aku balik dan rehat dulu....nanti sambung lagi ye. Cuma satu yang aku tetap pegang, nikmatilah kehidupan ini dan hargailah apa yg ada di depanku sesungguhnya kita hanya akan amat merasai kehadirannya apabila ia jauh meninggalkan kita.

date Wednesday, July 23, 2008

'Suamiku bukan Islam'Oleh Zuliaty Zulkiffliam@hmetro.com.my
JITRA: “Saya langsung tidak pernah menyangka hampir 10 tahun menjadi mangsa penipuan dan lakonan suami yang mendakwa beragama Islam sedangkan masih menganut agama asalnya,” kata Noraida Idris.Noraida, 33, yang berasal dari Kubur Panjang, dekat Pendang, mendakwa mengenali suaminya yang berasal dari Alor Star ketika berusia 24 tahun dan melangsungkan pernikahan di Thailand selepas hampir setahun berkenalan.Bagaimanapun, tembelang suami wanita itu terbongkar kira-kira tiga bulan lalu apabila dia didapati masih menggunakan nama asal pada kad pengenalan hingga menyebabkan mereka bertengkar.Noraida berkata, dalam pertengkaran itu, suaminya berusia 30-an, akhirnya mengaku tidak pernah memeluk agama Islam menyebabkan fikirannya menjadi bertambah celaru dan kusut.

Menurutnya, sejak kejadian itu, suaminya tidak pernah pulang ke rumah sewa mereka, dipercayai mengikut teman wanitanya dan meninggalkannya serta anak perempuannya berusia empat tahun.
Katanya, dia bersama anaknya kini hidup merempat selepas hampir dua bulan tidak membayar sewa rumah kerana tidak mempunyai sumber pendapatan.“Sepanjang perkahwinan kami, saya langsung tidak mengetahui mahupun mengesyaki suami bukan beragama Islam kerana dia bijak menyembunyikan segala pergerakannya,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.Noraida berkata, sebelum ini, dia berasal dari keluarga bukan Islam, tetapi memeluk agama itu ketika berusia 12 tahun kerana mengikut bapanya, Idris Abdullah yang berbuat demikian selepas berpisah dengan ibunya.Katanya, selepas bapanya meninggal dunia setahun kemudian dia tinggal bersama ibunya yang beragama Buddha dan tidak pernah bersembahyang dan puasa walaupun sering berbuat demikian ketika tinggal bersama bapanya.“Selepas bernikah dengan suami, saya tidak pernah melihat dia pergi ke masjid atau bersembahyang di rumah menyebabkan saya terpengaruh dengan kelakuannya itu. Saya menyesal kerana meninggalkan suruhan Tuhan dan mujur saya mengenali seorang rakan mualaf yang mengajak tinggal di asrama Persatuan Cina Muslim di sini, dan mula mendalami agama Islam,” katanya.Katanya, dia sudah merujuk perkara itu kepada Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di sini, berkaitan permohonan untuk mendaftarkan anaknya, tetapi gagal apabila tidak mendapat perhatian.Berikutan itu, Noraida mendapatkan khidmat nasihat daripada Pertubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) untuk membantunya mendalami agama Islam di sebuah pusat bimbingan saudara baru di Sungai Petani.Sementara itu, jurucakap PADKP berkata, status anak itu sah jika lahir melalui perkahwinan secara Islam walaupun bernikah di luar negara tanpa menyedari pegangan agama suaminya sepanjang pernikahan mereka.“Wanita itu boleh datang ke pejabat PADKP dengan membawa segala dokumen lengkap termasuk sijil nikah untuk memudahkan permohonannya dan bukannya kami tidak melayani mereka,” katanya.

* ada jugak kes mcm ni ye.nauzubillah.

date Monday, July 21, 2008

Sumber air di Marikh....
GAMBAR Echus Chasma yang diambil dari kapal angkasa ESA Mars Ekspress yang dikatakan salah satu sumber utama air di planet Marikh. – Reuters
Echus Chasma salah satu kawasan sumber air terbesar di planet Marikh berjaya dirakam oleh kapal angksa ESA Mars Express menggunakan kamera stereo beresolusi tinggi (HRSC).
Kawasan ini dipercayai 100 kilometer panjang dan 10 kilometer lebar dan terletak di penara Lunae Planum di utara Valles Marineris yang juga dikenali sebagai “Grand Canyon” di Marikh.
Echus Chasma juga dikatakan punca air utama di wilayah Kasei Valles dan ia dikatakan mempunyai kedalaman sehingga 1000 meter.

date

KURSUS DANDANAN DIRI SIRI 1

YURAN PENYERTAAN : RM45.00 (NON STUDENT SUNWAY)
RM 40.00 (STUDENT& STAFF SUNWAY)

TERMASUK: Makan, Sijil Penyertaan, Peralatan Facial

* Diskaun 10% bagi yang mendaftar secara kumpulan (1 kumpulan 5 orang)


TENTATIF PROGRAM

7:30 - 8:00 : Pendaftaran/ Sarapan pagi

8:00 - 8:45 : Aktiviti “Energizer” (*Sila bawa pakaian untuk senaman)

8:45 - 9:45 : Suai kenal

9:45 - 10:15 : Berkongsi masalah kesihatan wanita bersama En. Shukri Bin
Kamaruzaman (anak pengasas produk Sendayu Tinggi)

10:15- 1:15 : Belajar facial muka ala-salon (teori dan praktikal)

1:15 - 2:00 : Makan tengahari/ solat zohor

2:00 - 3:00 : Belajar cara make-up siang/malam (teori dan praktikal)

3:00 - 4:00 : Belajar 5 rahsia memakai tudung

4:00 - 5:00 : Belajar cara catwalk

5:00 - 5:30 : Sesi fotografi/minum petang

“BENGKEL DANDANAN DIRI SIRI 1”
ANJURAN
SAHABAT SOCIETY & SUCI SOCIETY
SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE

PADA
26HB. JULY 2008


LOKASI
MULTI PURPOSE HALL
SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE

* Anda hendak bergaya, tetapi tidak tahu cara bergaya

* Anda mahu penampilan menarik tetapi tidak tahu cara
ikatan tudung yang bersesuaian dengan anda

* Anda mahu keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai tetapi tidak tahu cara make-up yang bersesuaian dengan anda

* Anda mahu wajah yang licin dan halus tetapi tidak tahu apakah jenis kulit anda dan produk yang bersesuaian dengan anda

* Anda pernah membuat rawatan facial di salon yang bernilai diantara RM35-RM60 tetapi dengan menghandiri bengkel kami anda boleh melakukannya sendiri dirumah

* Datanglah ke bengkel dandanan diri kami, semua persoalan anda akan terjawab

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
019-3774927 (PN. ZIE)

* ni saya tlg promote kengkawan buat program tujuan untuk membantu DANA tabung persatuan Islam di sini.

date

Berminat belajar teknik2 asas melukis batik? Mai la ke kelas di Sunway Univ College.Setiap bulan ada kelas2 buat pottery,melukis dan lain2 kraftangan.

Tarikh : 9hb.Ogos,2008 - Sabtu
Tempat : Studio B, LG - Sun-U North Building, Sunway University College,Bandar Sunway 46150 Petaling jya, Selangor.
Bayaran : RM35 termasuk bhn2 yang digunakan
* selalunya kelas2 yg dianjur di luar RM80++
Hubungu : Mrs.Helena : 03-74918622 ext. 3500

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu