harini last class tuk this sem.final exam menjelma dan paper tuk subjek aku ialah isnin depan.
Good Luck pd pljr2ku. Good luck juga pada aku dan cikgi2 lain untuk marking party...periksa kertas yg paling mencabar hehehe.
All the best juga pd shbt2 dlm apa saja yg shbt2 lakukan. Aku tak sbr nak tunggu cuti emm.....
Dlm kesibukan yg masih belum reda ni, dpt email dp puan pgrh cnfrnce.....beri peringatan sungguh bermakna tentang dateline paper tuk dihantar...emmm....bru tadi shbt yg bersama aku tuk paper ni call aku bincang hal ni hehehe.....otak tgh fokus tuk exam ni dan marking lenlain papers tuh. Aku ada rasa sedikit stress emm....
Aku amat sgt harap another paper yg telah dipersetujui oleh sorang shbt utk membantu aku diterima oleh sebuah institusi pngjian nih. All the best to us ya. Amiin. Baru je dpt info, alhmdlh paper kami telah diterima tapi masa yg diberikan terlalu terhad...kena submit dlm bulan yg sama dgn 1st paper tu. Dgn nak marking paper tuk final exam....aku betul2 dah rasa `stress' itu.....Pada sahabat utk 2 paper ni terutamanya yg second ni memandangkan research belum dimulakan....bantulah akuuuu.uwaaaa.first time aku uwaaa kat sini. Rasanyala hehehe.Mcm mana gelodak perasaan sebahgian besar rakyat perak dan luar perak utk tahu keputusan mahkamah esoknya....begitulah jugak yg aku rasa bila kena siapkan sesuatu dlm agak last minute sbb tau pun kira last minute gak kan.
p/s: tak sabar nak cuti balik kg....serius nii.
Marilah sama2 mendoakan kejayaan untk kita semua sekeluarga dan keamanan dan kebahagiaan kita di negara tercinta ini.
Didoakan agar Ticer Az cepat sembuh dp sakit gastriknya.
Didoakan Kak Tirana bertambah sihat dan cergas semula.
Didoakan pelajar2ku dapa menjawap soalan final exam dgn tenang dan baik - hari ni last class bagi aku.
Didoakan keputusan yang akan keluar bagi menentukan nasib dan kedudukan RAKYAT Perak adalah yang terbaik....
Kamar, kafe bak hotel.
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NORkhadijah.mohamadnor@kosmo.com.my
Masjid Al-Ghufran bukan masjid biasa. Ada kamar musafir dengan kemudahan bertaraf hotel dan lebih menarik, sebuah kafe yang digerakkan oleh jawatankuasa masjid turut tersergam indah.
MASJID kini bukan sekadar tempat untuk beribadat. Seiring dengan peredaran zaman, peranan masjid juga berubah mengikut kesesuaiannya yang tersendiri.
Namun, ia bukan bermaksud untuk menukar masjid menjadi tempat yang tidak sepatutnya sehingga mencemari kesucian rumah Allah dalam kalangan penganut agama Islam.
Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengimarahkan masjid yang kebiasaannya hanya dianggap sebagai tempat untuk bersolat semata-mata.
Menyedari hakikat pentingnya meningkatkan peranan masjid ke arah tujuan yang lebih besar, jawatankuasa pentadbiran Masjid Al-Ghufran di pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur boleh dicontohi oleh kebanyakan masjid di Malaysia.
Di masjid itu, terdapat pelbagai aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan, selain daripada menyediakan kemudahan tertentu yang boleh disewa atau digunakan oleh pihak yang berkenaan.
Antaranya adalah Sekolah Rendah Agama Balai Islam (SERAMBI) yang mempunyai 200 pelajar dari darjah satu hingga darjah enam, kemudahan kamar musafir untuk penginapan, dewan persidangan bagi majlis rasmi, bilik mesyuarat, dewan makan dan sebagainya.Terbaru, jawatankuasa masjid itu melancarkan pembukaan Cafe Al-Ghufran sekali gus menjadi kafe pertama di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kafe itu diwujudkan bagi mengumpul dana masjid dan dibina dengan kos bernilai RM180,000. Ia mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan.
KIRI: SALAH satu kamar musafir yang terdapat di masjid.TENGAH: CAFE Al-Ghufran diwujudkan untuk menambah dana pendapatan masjid.KANAN: RUANG untuk mimbar dan tempat solat imam dipenuhi ukiran.
Berkonsepkan tradisional Melayu, kafe itu menyediakan pelbagai menu istimewa seperti ikan bakar, nasi lemak ayam kampung, masakan tempatan dan kuisin barat.
Kafe itu telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 9 Mei lalu.
Dalam ucapannya, Raja Nong Chik memuji langkah yang diambil oleh pihak pengurusan masjid untuk mengumpul dana melalui pembukaan sebuah kafe.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Ghufran, Hassanuddin Ali, 68, berkata, semua itu dilakukan untuk menunjukkan bahawa fungsi masjid kini semakin meluas.
"Bagi saya, setiap masjid perlu diimarahkan dan sentiasa mempunyai aktiviti. Selain itu, ia juga perlu berdikari dan dalam hal ini, sesebuah masjid seharusnya mempunyai dana sendiri yang boleh digunakan untuk menyemarakkan lagi fungsinya.
"Justeru, Masjid Al-Ghufran ini perlu menjadi sebuah masjid yang sentiasa aktif dalam menyediakan pelbagai kemudahan terkini untuk ahli kariah dan orang luar yang mahukannya.
"Masjid ini mempunyai enam aras lantai. Setiap aras dilengkapi dengan kemudahan seperti pejabat, dewan solat, rumah kakitangan (imam, siak dan lain-lain), sekolah, dewan persidangan, bilik mesyuarat, kamar musafir dan juga restoran atau kafe," jelas Hassanuddin ketika ditemui Kosmo! di Masjid Al-Ghufran baru-baru ini.
KIRI: SUASANA kafe yang dilimpahi cahaya pada waktu malam.TENGAH: DEKORASI kafe ini bercirikan Melayu tradisional.BAWAH: KAMAR musafir disediakan untuk golongan berpendapatan rendah.
Menurut Hassanuddin lagi, kelengkapan dan kemudahan yang disediakan itu secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan masjid dan ia banyak membantu jawatankuasa untuk melaksanakan sesuatu program.
"Syukur, setakat ini Masjid Al-Ghufran tidak pernah sunyi daripada pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk menerima tempahan daripada pihak luar yang menyewa kemudahan seperti kamar musafir, dewan persidangan, bilik mesyuarat dan sebagainya.
"Hasil yang diperoleh akan disimpan sebagai dana untuk keperluan masjid pada masa hadapan," ujar Hassanuddin yang dilantik menjadi Pengerusi Masjid pada tahun 1998.
Untuk penginapan kamar musafir, terdapat 24 bilik disediakan dengan empat daripadanya adalah jenis suite, lima bilik VIP, empat bilik keluarga dan 11 kamar bujang.
Suite Al-Firdaus yang mempunyai tiga bilik contohnya, boleh memuatkan 10 orang dan kadar sewanya adalah sebanyak RM220 semalam. Suite An-Naim juga mempunyai tiga buah bilik, tetapi untuk penginapan lapan orang berharga RM180.
TERDAPAT pelbagai menu yang boleh dinikmati di Cafe Al-Ghufran.
Suite Al-Ma'wa dan Suite Al-Adnin, masing-masing mempunyai dua bilik dan boleh memuatkan enam dan lima orang. Kedua-duanya berharga RM160 dan RM140 untuk penginapan satu malam. Bagi kategori VIP, keluarga dan bujang pula, masing-masing berharga antara RM90 hingga RM60.
Semua bilik penginapan itu mempunyai kemudahan penghawa dingin, bilik mandi, alat pemanas, tuala, televisyen, meja makan, meja solek dan sebagainya.
Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapi dengan sistem wifi yang membolehkan penyewa mengakses Internet secara percuma.
Tambah Hassanuddin, masjid tersebut juga memiliki empat bilik persidangan yang berbeza saiz untuk disewa kepada orang luar yang berminat.
"Dewan paling besar boleh memuatkan 140 orang. Ini diikuti dewan persidangan yang boleh mengisi seramai 50, 40 dan 30 orang. Semuanya berharga antara RM100 hingga RM400 satu dewan.
"Terletak di aras dua pula adalah dewan dan bilik mesyuarat yang dilengkapi dengan kemudahan projektor LCD, sistem PA, meja dan kerusi," katanya sambil memaklumkan bahawa pada setiap minggu, ada sahaja pihak yang menyewa kemudahan di Masjid Al-Ghufran untuk mengadakan seminar atau kursus.
Ditanya mengenai sejarah awal penubuhan masjid itu, Hassanuddin berkata, ia telah didaftarkan dengan nama Surau Balai Islam di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 6 April 1993.
"Dengan hasil sumbangan individu tertentu terutama golongan korporat, Surau Balai Islam telah diubahsuai sejajar dengan peningkatan peranannya mulai tahun 1998.
"Pada 4 April 2000, surau ini dinaik taraf sebagai masjid dan diberi nama Masjid Al-Ghufran. Nama Al-Ghufran yang bermaksud keampunan, telah diberikan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Hashim Yahya," jelas Hassanuddin yang juga bekas ahli korporat sambil menambah bahawa, masjid ini didirikan di atas tanah yang diwakafkan seluas 26,000 kaki persegi.
Sebarang maklumat mengenai kemudahan sewaan di masjid ini, sila layari laman web www.masjidalghufran.com.my atau http://masjidalghufran.tripod.com.
ATTABARI
Nama penuh beliau ialah Abu Ja'far Muhammad ibn Jarir at-Tabari dilahirkan pada tahun 838AD.
Beliau daripada keluarga yang miskin tinggal di Tabaristan berdekatan Laut Caspian.
Beliau adalah seorang yang cintakan ilmu. Ketika kecil beliau mempelajari bahasa dan kusasteraan Parsi dan sejarah Parsi.
Kemudian beliau ke Iraq untuk mempelajari bahasa dan kesusasteraan Arab, philosofi, logik dan geologi di Baghdad.
At-Tabari kemudiannya terkenal sebagai Mufassir di mana beliau menulis tafsiran Al-Quran dgn mengaitkan dgn sejarah dan kehidupan manusia.
Antara tafsir penulisannya yg terkenal adalah `Jami' fi Tafsiral Quran'.
Kaedah penulisan tafsirannya ialah menggunakan hadith dalam menjelaskan isi kandungan Al-Quran.
Beliau merupakan pengikut Imam Abu Hanifa.
Antara penulisannya dalam sejarah yang termasyhur ialah kitab `Akhbar ar-Rusul wa'l Muluk' iaitu mengenai sejarah Nabi2 dan raja2.
Beliau menulis sejarah yang menceritakan peristiwa2 lalu untuk memberi iktibar kpd manusia bermula dp pra-sejarah sehingga tahun 302 AH ataupun 915 masehi.
"Petang tadi saya dapat berita dari Sis Tirana minta saya tolong doakan dia kerana keadaan kesihatan beliau semakin bertambah berat walaupun disebelah paginya dia memberi tahu beliau sudah agak pulih. Siang tadi dia sudah berjumpa dgn Datuk Dr Jamelah di Hospital Ampang Putri dan kemudian dibawa berjumpa seorang neurologist. Setakat ini doktor masih belum dapat pastikan penyakit beliau. Neurologist minta Sis Tirana dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani beberapa ujian tetapi Dr Farouk suami Sis Tirana minta tangguh untuk sehari dua untuk melihat tindak balas ubat yang doktor berikan. Kalau tiada perubahan barulah beliau akan benarkan Sis Tirana dimasukkan dan tinggal di dalam wad untuk menjalani ujian."
Ni mesej dp blog kak Tirana.Tq 4 the info.
Baru tadi dpt balasan sms dp kak Tirana. Beliau di rumah skg ni, keletihan dan kurang tenaga. Dah dibuat ujian darah dan sedang menunggu jwpnnya.Syafakillah kak. Moga cepat sembuh dan diberikan kekuatan diri, kesabaran dan permudahkan segala urusan. Amiin.
Sultan Perak tidak boleh pecat Menteri Besar - Hakim
KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatannya kerana beliau tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim apabila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar, 52, sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei lalu.
Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata, sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis Exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.
Beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan Fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Menurut Abdul Aziz, Fasal 16 memperuntukkan bahawa sokongan majoriti hanya boleh diputuskan dalam sidang DUN melalui undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.
"Pada pandangan saya, pemecatan Menteri Besar oleh Sultan atau sesiapa sahaja tidak pernah dibangkitkan di bawah Fasal 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.
Jelas beliau, Fasal 16(7) undang-undang itu menyatakan Sultan hanya berhak menentukan kedudukan Exco Kerajaan Negeri dan baginda boleh memecat mereka pada bila-bila masa atas nasihat Menteri Besar.
Abdul Aziz berkata, Sultan Perak telah bertemu tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan seorang yang melompat kembali ke Barisan Nasional (BN) malah diberitahu mereka menyokong BN secara sukarela.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Thursday, May 21, 2009