Pelajar sekarang malas membaca.

GEORGE TOWN - "Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."
Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.
Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.
"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.
"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

*******************************
sahabat-sahabat yang menjadi guru (tenaga pengajar) samada di peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi, tak lupa juga kpd mereka yg bergelar ibu dan bapa kerana andalah guru di rumah, apakah pandangan sahabat2 tentang isu di atas?

10 thn yg lalu komen2 seperti org Malaysia malas membaca sering kedengaran di seminar2 dan di dalam perbicangan oleh mereka yg pakar dlm pendidikan. Justeru, Perpustakaan Negara dan Dewan Bahasa & Pustaka merupakan salah sebuah institusi yang mengambil inisiatif menyemarakkan lagi budaya membaca di kalangan rakyat Malasyia tak kira peringkat umur melalui pelbagai kempen dan pogram. Aku ingat lagi dulu2 ada iklan di TV dgn lagu khas untuk menggalakkan rakyat Malaysia membaca. Baru2 ni pun ada iklan di TV menunjukkan pemandu teksi yg membaca majalah sambil menunggu penumpang.

betulkah pelajar2 skg malas membaca lebih lagi bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan juga apa saja bahan yang boleh memberikan info yang amat berguna kpd mereka?kalau jwpnnya ya...agaknya bahan2 bacaan yang sedia ada ini tidak begitu menarik berbanding dgn sebahagian bahan bacaan seperti Majalah Mangga, Mustika dan lain2. Aku rasa ramai jugak yg suka membaca cuma kemungkinan tidak menepati apa yg negara mahu kan. Ada org suka baca novel tapi tak suka baca akhbar untuk sebab yang tertentu. Ada orang suka baca buku2 ilmiah saja tetapi tidak majalah2 hiburan.

aku sendiri...aku pun ada mood bab membaca ni. ada bahan bacaan yg aku ada musim untuk membaca seperti novel.buku2 ilmiah yg tebal2? nengok juga keadaan hehehe. akhbar?sekarang ni bnyk membaca online je. aku ni jenis yang lebih gemar sesuatu yg bergerak dlm erti kata lain lebih berminat untuk menonton cerita, dokumentari apa saja yg berbentuk bergerak..kerana ia mudah diingati dan lebih menarik. apepun sama2lah kita membudayakan semangat membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya Kitab yang paling Unggul merangkap Kitab Sejarah Kehidupan Manusia yang paling Utama iaitu Al-Quran Al-Karim. Ayat pertama yang diturukan oleh Allah pun bermaksud `Bacalah' (Iqra'). Yang lebih utama ialah membaca dan dpt menghubungkaitkan dgn tangungjawap kita sebagai dai' dalam menegakkan kebenaran yang menjadi saranan utama dlm Islam.

date Thursday, August 13, 2009



purple tulip.....cantiknya. besnyer kalau ada taman mini tulip dpn umah hehehe.
dulu2 aku tak le minat sgt bunga ni...aku lebih suka daun2 hijau. kecantikan bunga2 terutamanya yg kaler purple ni boleh membantu mata2 yang memandang menjadi tenang.dlm erti kata lain, rasa eppy dan tenang.

date Tuesday, August 11, 2009

sekejap je masa berlalu kan. ujung minggu untuk bercuti dah pun beransur berakhir hari ni bagi mereka yang berkerja dan bersekolah di negeri2 kecuali Kedah, kelantan dan Terengganu. begitu juga dengan bulan Sya'ban yang bertandang dah pun melepasi nisfu sya'ban. Tak lama lagi Ramadhan pula bertamu. Moga kita semua dikurniakan peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu bulan ini dan berusaha menambahkan lagi amal ibadat sebagai bekalan kita bertemu Yang Maha Esa bila jemputannya tiba nanti.

apa yang berlaku tiap detik menjadi satu pelajaran yang amat bermakna dlm kehidupan kita, mengajar kita erti kesabaran, keyakinan dan lain2. aku pernah bercerita di sini dalam episod yang lalu aku rasa agak kecewa dgn sikap beberapa staff dp satu jbtn ni kerana cara mereka memberi khidmat mereka yg diperlukan oleh aku ni membuat aku rasa ibarat sebiji bola pimpong yang cute telah dipukul ke sana ke mari...pening kepala bola pimpong tu. kemudian masalah tu telah selesai dan aku telah pun menerima surat rasmi dp pihak berkenan bagi memberi persetujuan secara rasmi juga untuk aku meneruskan pogram itu.

khamis baru2 ni dlm jam 4.00pm ketika aku dan rakanku tengah buat final rehearsal dan check bhn2 di P.C untuk presentation kami di Conference pada keesokan harinya, aku telah menerima panggilan telefon dp pihak yg disebut di atas mengatakan `maaf cik, kami terpaksa membatalkan kelulusan pogram cik tu'. kalaulah sahabat-sahabat sekelian berada di tempat aku sebagai `bola pimpong yang comel' untuk karangan bagi pra-sekolah, apakah perasaan sahabat-sahabat semua?kanak-kanak pra sekolah apabila ibu bapa berjanji nak buat majlis makan2 khas utk dia nak panggei kwn2 dtg tiba2 bagitau kena batalkan....rasanya bagaimanakah perasaan anak itu yang telah bersemangat memberitahu rakan2nya?mungkin boleh dipujuk dgn gula2 atau aiskrim untuk menenangkan hatinya kemudian menjelaskan sebab2 kenapa majlis itu perlu dibatalkan.

sedangkan aku ini yang telah mengikut apa sahaja tuntutan dan syarat pihak tersebut sejak sebulan lebih yang lalu dan masih meneruskan usaha aku itu dan mengenepikan perasaan sebagai sebiji bola pimpong sedangkan aku ini adalah seorang wanita yang anggun (hehehe), tidak pun mendapat layanan seperti kanak2 di atas dipujuk malah hanya memberitahu kami tak dapat nak buat apa-apa2.sedangkan pogram itu akan berlangsung pada hari sabtu iaitu semalam. jumaat pulak sehari suntuk aku akan berada di conference. tak dptkah pihak itu cuba memahami situasi aku?kalau bukan untuk aku...tak bolehkah fahami situasi pelajar2 yg dahagakan ilmu dan suasana baru?aku buat ini untuk anak2 bangsamu bangsaku juga...bangsa Malaysia....walaupun ada yang menumpang bumi Malaysia untuk sementara waktu untuk ilmu....tetap kita mahu menaikkan martabat Malaysia...apa pun untuk kebaikan bersama.

mungkin contoh yg aku beri di perenggan sebelum ini hanya sesuai untuk kanak2 yang belum akil baligh. aku cuba bawa contoh keadaan yang lebih matang. situasi ini boleh juga disesuaikan (walau tak sama) dengan seseorang yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam dua hari (kira satu hari 15 jam la) di mana duit dah banyak digunakan untuk perbelanjaan, kad2 telah di hantar, tetamu2 telah dimaklumkan walau apa pun alasan dp pihak yg satu tu, ia tetap memberi kekalutan kpd pihak ini. tak payah ckp la dp segi perasaan, maruah, malu.....bagaimana nak bagitahu semua tetamu dan bakal tetamu yg akan hadir?

aku cuba fikir secara positif tentang jawapan yg diberi oleh pihak yang membatalkan kelulusan pogram aku itu...malah aku dah tak punya masa untuk bertekak dan meletakkan kesalahan di bahu mereka kerana aku tidak nampak mereka ini mahu membantu aku sekurang2nya memikirkan jalan alternatif suapaya pihak kami di sini tidak lemas di lautan yg bergelora setelah dicampak daripada kapal yang baru sahaja mahu berlepas daripada pelabuhannya. dalam kekalutan itu, Alhamdulillah aku dpt sokongan dp kawan2 aku (aku tak bagitau abah mak aku sebab aku tak mau depa risau, aku mmg setiap perkara berlaku selalunya aku akan berbincang, minta idea dp mak abah aku kerana aku yakin Rahmat Allah itu bersama kita jika Redho ibu dan ayah bersama kita, Insya-Allah). Rakanku yang bersama2 nak present paper dgn aku terus suruh aku fokuskan masalah yg berlaku ni. Jam 5.30 pm aku menyertai rakan2 di tempat conference itu untuk memastikan esok hari akan berjalan dgn lancar. sambil aku check2 peralatan di sana hand phone aku tetap dipegang kerana aku perlu menghubungi sapa saja yg boleh aku minta tolong untuk menyelesaikan kekusutan ini.

salah sorang pegawai dp pihak tersebut meminta maaf berkali2 kerana dia paham bagaimana keadaan aku skg tapi dia tak dpt nak membantu. jadi aku call sorang lagi pegawai, nampaknya dia benar2 ingin mebantu aku walaupun pada hakikatnya dia tak dpt membantu. dpnya aku tahu lebih jelas apa yg sebenarnya berlaku. dia pun baru tahu yg dia akan membantu aku jika pogram ini berjalan sedangkan sudah berabad2 lamanya pihak dia dah tahu dp aku. dlm erti kata lain, dia baru saja dimaklumkan suh entertain pihak kami dua hari sebelum tu...then dia dimaklumkan pulak pogram ini metsi dibatalkan. aku minta maaf bnyk2 dp dia dan bagitau aku tak berniat nak memaksa membantu aku cuma aku rasa kita perlu kreatif menangani sesuatu masalah, kena usaha juga...bak kata pepatah Melayu lama `tak dpt rotan akar pun jadi'.

aku bincang2 dan beri idea aku. akhirnya dia ckp dia cuba contact rakannya yang bekerja dgn satu agency. aku terus dial no Encik A yang berada di negeri yg jauh dp negeri aku tinggal skg dan berbincang dgn dia. Kemudian atas nasihat dia, aku menghubungi pulak Cik S di HQ. Alhamdulillah insan2 ini dalam masa 3 jam dpt mencari mereka2 yang boleh mebantu merealisasikan apa yg telah dirancang selama ini. Encik A juga mampu berbincang dan mendapat persetujuan Tok Batin dp satu kampung berhampiran tempat dia untuk menerima kami yg memang ramai ini (150 org) bagi menjalankan research dan juga dpt bersama pihak sana untuk menjalinkan Ukhwah...harap dpt diteruskan, Insya-Allah. Alhadmulillah, inilah kehidupa, apabila kita kecewa, marah,sedih, sayu...Allah tetap datangkan insan-insan yang berhati mulia untuk membantu kita. Mereka ini sanggup membantu tak kiralah untuk alasan apa pun , mereka tetap memberi peluang dan ruang pada aku untuk tidak menebalkan muka dan memberitahu 149 orang lagi bahawa pogram ini dibatalkan sedangkan perbelanjaan untuk beberapa urusan telahpun dibayar.

Alhamdulillah, kami telah berjaya melakukan pogram itu bermulapagi semalam dan sampai semula ke daerah kami ini dalam lebih kurang jam6.30pm. Terima Kasih kpd semua pihak yg benar2 sanggup membantu aku walaupun anda mempunyai kurang dp 15 jam untuk membuat apa yg perlu, kpd Driver Bas yg amat memahami, sahabat2ku yang bersamaku dan juga last but not least bos aku. Jumaat ptg slepeas paper akudan rakan aku itu, aku terus jumpa Bos dan cerita hal sebenar. Dia ckp terpulang nak cancel ke tak. Aku ckp aku nak teruskan kerana aku tanak hampakan 149 org tu. Dia terus ckp, kalau mcm tu jgn bimbang(sebab aku perlukan tambhn wang ..sedangkan cash money takle bnyk sgt dlm tangan kami2 ini untuk keesokan harinya), dia akan membantu.Tq so much Mr.J.F. Ya Allah, Rahmatilah Ibu bapaku, sahabat-sahabatku dan mereka yang banyak membantu aku dlm menyelesaikan masalah yg aku itu dan juga untuk semua sahabt2 di blog ini. Amiiiin.

date Sunday, August 9, 2009

satu lagi musim, iaitu musim bnyk keje menimbun2 emmm......harini aku balik umah agak lewat.
nampaknye esok balik lewat lagi.jumaat conference pagi sampai petang...present paper dgn kwn di sunway ni.sabtu esok tu pulak bwk stdnts ke N.9 ke kg orang Asal(asli) di Bari Johol, Kuala pilah dan juga muzium istana lama seri menanti untuk buat research . Kali ni boleh dikatakan kumpulan yg besar akan gi sana sebab terdiri dp kelas aku, kelas I.T. Math (statistik), sejarah dan kelas isu semasa untuk bersama2 membuat kajian mengikut assignment yg diberi oleh lecturer kelas masing2.

sampai umah tadi, suara aku pun dah jadi lain...tapi rasanya tak le se rock suara aok tu intan ;)
badan agak lemah. masa duk berehat tu, tuan umah aku call tanya khabar. dpt tau yg aku rasa bdn lemah lagi2 bila aku duk tanay dia nak wat sup ayam ala2 chinese style untuk kesihatan, dia ckp yg esok di anak dtg ke opis aku nak bwk akar2 kayu yg dibeli dp kedai seng sei...aku ckp kat dia jgn beli yg pahit2 .......mana ada akar kayu manis kan hehehhe....aku siap pesan kat dia suh beli teh bunga yg kering untuk aku rebus wat air minum...klu buh gula sedap ooo...buh plak ais lagi peghhhh.....errr tak jadi la ubat kan...selalunya air teh bunga ni laku pd bulan puasa sama gak dgn lakunya air soya. tuan umah aku ni wlupun seorang wanita cina tp aku anggap dia mcm kakak aku gak. nampaknye tak yah sloga 1 malaysia....err aku bukan nak protes tau...cuma nak ckp dp awal2 dulu pun rakyat malaysia boleh hidup aman sentosa tak kira bangsa terutamanya zaman abah mak aku dulu....ok je malah lebih rapat ... yg penting tak ada pihak yg cuba mengapi2kan isu perkauman ini...dan sama2lah mengeratkan silaturrahim sesama kita.

p/s: Intan, nak mekropon (microphone)...lagu ella satuuuu hehehhe. Minum air masak banyak intan, then bnykkan minum air bali panas dan teh bunga. koi ni hari2 minum susu segar (dlm kotak tu) dan air bali panas ....mula esok nak tmbh minuman air teh bunga :) ...boleh sejukkan badan, kurangkan pns bdn, kurangkan lemah bdn dan meyegarkan bdn kita, dgn pertolongan Allah jua, Insya-Allah.

date Tuesday, August 4, 2009

Sebulan lalu musim doroyan (durian), kemudian musim selsema khnizir berleluasa hinga kini maka makin tenat nampaknye, musim kemalangan jalan raya ...rata2 ada je kes kemalangan yg dilaporkan dan makin meningkat......ni musim demam.....bertambah ramai yg demam.

Ya Allah Tuhan kami, lindungilah kami daripada segala bahaya, bencana dan penyakit2 termasuk penyakit fitnah.Aamiin.

Kak dib, moga cepat sembuh dp demam.

Kak Ani, didoakan anak2 akak sembuh dp demam dan abg Osman cergas seperti sediakala.

Shazana, moga cepat sembuh dp demam, nanti saya beli 100 plus...ni hari2 kena milum barli panas tau.

Susan, sahabat yang terlibat dalam kemalangan haritu makin bertambah sihat..cuma masih perlu menjalanai rawatan di Sunway Medical Centre terutamanya pada wajah dan bhgn gigi. Buat masa ni, giginya yg bhgn atas patah ketika kemalangan, jadi doktor masukkan wayar di situ utk mengikat bhgn rahang atas. Insya-Allah, maybe sehari dua ni dptlah Susan keluar dp hospital. Namun, katanya lebih ceria duk spital kerana sentiasa shbt2 dan students datang. Yelah mak ayah dan ahli keluarga jauh di Canada sana.

Maklumat terkini aku terima dp seorang pelajarku. Tadi dia masuk kelas dan tanya Miss tak nak tahu ke napa sya tak dtg semalam?Aku tanya kenapa? Jawabnya `sahabat saya daripada kolej lain kemalangan dilangar kereta ketika sedang melintas di kawasan pejalan kaki di area sunway ini. Dia koma skg miss'. Astagfirullah....berlaku lagi insiden ngeri ini di Sunway. Aku kemudiannya minta students2 aku yg Muslim ni membaca al-fatihah dan berdoa moga pelajar itu, Suraya (kalau tak silap namanya) cepat sedar dan sembuh, moga kita semua serta keluarga selamat, sihat dan dalam peliharaan Allah.

date

aku tengok cerita tamil kat tv ni tertarik pulak nengok lagu yg dinyanyikan dlm bentuk lawak dan bergurau. cerita tamil selalunya ada mesej kekeluargaan dan cabaran dlm kehidupan seharian.
senikata /lirik lagu ni dgn melodi yg rancak membuat aku tersenyum sendirian. meh kita baca lirik ni dan cuba paham apa mesej dia :

(dinyanyikan oleh seorang jejaka india)
jangan dikau terpedaya dengan cinta wanita
lelaki baik
wanita seperti pengganas (uiks hehehe)

wanita cemerlang dalam pendidikan
tetapi tak benarkan lelaki belajar (ye ke hehehe)


(dinyanyikan oleh jejaka india yg sorang lagi)
kaum wanita tidak seperti itu
jangan kau salah paham
ibu dan adik perempuanmu juga wanita

**********
ada mesej tu kan ..... :).kadang2 sukar untuk dua kumpulan lain gender ni untuk memahami antara satu sama lain....itu yg boleh leads to conflict.

date Sunday, August 2, 2009


swiss chocolate - nyummy...
errr sesapa yg belajaq or duk sana
nak balik mysia habaqla...nak pesan hehehe

swiss-alps

pemandangan di sekitar swiss alps




nyamannya angin pagi yang bertiup masuk dari sliding door, agaknya angin dp banjaran yang terkenal dgn kecantikan pemandangannya. emmm....melayan lagu M.L.T.R berkumandang di radio relaks jer rasa. aku berdua dgn shbtku ini masing-masing melayan perasaan dgn irama lagu jejaka omputih tu dengan kedinginan pagi hari sambil mengunyah toast dan maple syrup. aku cukup la dgn tu dapat makan di sini untuk seketika cuma. kwn aku ni benar2 menjamu selera sarapan pagi ni dengan grill sosej.kami berdua tak berbual2 kerana ingin benar2 spend our time here.bukan senang selalu nak ke sini. ingat slps breakfast nak keluar jalan2 cari chocolate yang terkenal di sini.

tit tit tit....dan satu lagi lagu beralun dp mobile handpone ku ......aku baca memo di situ aku perlu ke hospital melawat shbtku yg kemalangan dua hari lepas...tiap2 hari aku gi untuk bg support kat dia.di mana? di sunway ni la......emmm aku dan shbt aku di rumah ni berangan rupenye seketika di kaki banjaran alps selatan.takperla dpt rasa suasana buatan pun takperla yg pasti dpt maple syrup tu dgn toast.tq again kak zeem heheheh.

FAKTA TENTANG NEGARA BER-ALPS INI

Switzerland has four national languages including French, German, Italian and Romansch.

  1. Switzerland’s climate is ideal, with no excessive heat, cold or humidity.
  2. Switzerland is also known as "Confoederatio Helvetica", which explains the abbreviation “CH”.
  3. Switzerland has 26 cantons; click here for more information about the cantons
  4. The Swiss currency is not the euro, but the Swiss franc (Sfr)
  5. Switzerland has one of the lowest crime rates of all industrialised countries
Bagus tuh.....aman kan.

  1. Switzerland has a population of about 7.4 million.
  2. Foreigners account for 20% of the population
  3. The number of elderly people is increasing: Switzerland has more centenarians per head of population than any other country in Europe
  4. Many older people live alone or in retirement homes
  5. People marry relatively late (men with 31 years and women with 28.7 years); divorce rate around 53%
  6. The average number of children per woman is around 1.4; the average age of a woman at birth of first child is 29
  7. Switzerland lags behind most Western European countries in many aspects of sex equality
  1. There are large differences between men and women in the labour market.
  2. Far more women than men work part time. In 2006 nearly 58% of working women were employed part time, while the figure for men was just over 11%.
ooo rajinnya wanita2 di sana yer......
  1. Women did not gain the vote at federal level until 1971, and they are still underrepresented in political life.
  2. Women put a lot of emphasis on their careers, and Swiss women are among the oldest in Europe when they have their first child
  3. The majority of couples have one to two children at most
  4. In the last years, the marriage rate has slowly increased, and so have divorce rates
  5. Men are generally the breadwinners while women are housewives
  6. Living space per person is generous: the 2000 census showed the average figure to be 44 m2 (474 sq. ft.).
  7. Tobacco consumption is widespread. However, it is in decline due to an awareness of health risks and rising prices
  8. Switzerland has amongst the highest rates of cannabis use in the world, along with the United Kingdom and the United States
emm......

p/s: ni angan2 aku dp kecik nak jln2 di kaki banjaran alps selatan...yg pastinya tu di switzerland kan bukan new zealand kan....lupa dah bljr geography dulu2 hehehe. yg pastinya angan2 dan impian aku bukan satu ni jer....takper yg lain tu nanti akan diceritakan dlm episod berangan akan dtg hehehe.

sahabat2 yg dah berkunjung negara ber-alps ni atau tinggal di sana bolehlah berkongsi cerita bagi info2 yg boleh beri manfaat pd aku ni.....manalah tau aku ada rezeki jln2 kat kaki banjaran tu kan....lupakan sekejap negara brave heart untuk seketika hehehe.

have a good weekend, friends.

date Saturday, August 1, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu