syabas -pagi ni kapal selam pertama KD Tunku Abdul Rahman tiba di Port Kelang
syabas - pada 3o angkatan TLDM yg terpilih untuk menjalani latihan sebelum ini dan untuk mengendalikan kapal ni
syabas - kapal selam ni ada torpedo....peghhh
syabas - nama Malaysia masuk dalam `peta dunia' lagi
aku nampak - separuh badan kapal selam je terapung kat pelabuhan tu - teringin nak nengok di dalamnya
aku nampak - `pembesar2' negaraku tercinta ini tersenyum simpul
aku nampak - ramai ahli keluarga menunggu untuk bertemu angkatan TLDM itu yg dah lama terpisah kerana tugas dan latihan yg perlu dilalui sebelum ni
aku tertanya2 - bila kapal selam kedua nak sampai sini
aku tertanya2 - memang Malaysia bnyk duit yer untuk beli kelengkapan canggih mcm ni
aku tertanya2 - lepas ni, harga barang2 akan dilambungkan naik tak
aku tertanya2 - lepas ni, kita mampu tak ada roket ke bulan sendiri
aku tertanya2 - kapal ni first hand just come out from the oven ye? mcm kek pulak hehehe
aku tertanya2 - hilkopter dan jet canggih akan ditukar tak kpd yg baru fresh from oven lepas ni supaya tak ada dah heli terhempas
aku tertanya2...........kita bnyk dah terkenal di atas kejayaan2 ini...cemana plak misi melahirkan modul insan yg baik? semakin hari semakin glemer kita dgn kejayaan menambah carta rim (mcm lagu pulak hehehe) gejala sosial di negara tercintaku ini.
emmm....kes bakar jalur gemilang oleh sebilangan rakyat indonesia di negara mereka itu bukanlah pertama kali berlaku.tak puas hati je, ada je isu...maka jalur gemilang menjadi mangsa. aku bukan nak ckp isu ni sebab ia adalah jalur gemilang...tak kisah le jalur ke tak tp itulah bendera Malaysia bendera kita....kenapa pulak senang2 je nak bakar tunjuk protes. kerajaan dia buat apa?cuba kalau ada rakyat Malaysia buat mcm tu forsure pak mak menteri kita dah pi negara tu mohon maaf...silap2 bila check yg bakaq tu bukan org Malaysia pun....harap tak jadi la mcm tu kan sebab org Malaysia ni bijak, cerdik, pintar boleh fikir dgn akal sebelum bertindak, ada iman, ada values, baik pd org (lebih2 lagi org luar), sabar.....tapi biarlah bertempat.
aku mmg emo sket bila nengok org luar sukati je protes mcm tu...mcm biasa Malaysia sentiasa berhemah dgn org luar. wei...bendera jgn main2 oooo.....aku mmg emo nih.
sahabat2 ingat dak lagi citer zaman dulu2 (1980s), mission impossible.
aku taktau la citer tu mula ditayangkan di tv thn bila...tp masa aku dah sekolah rendah tu...citer ni antara yg femes ditayangkan di tv. yelah, dulu mana ade bnyk sgt citer video, cd apatah lagi youtube yg bleh di donwload online mudah cam tu je kan.
Mission impossible ni yg bestnyer sebab semangat setia kawan ahli kumpulan tu dan setiap misi mesti ada kejayaan walaupun tak logik pd akal kita. positifnya....sentiasa kreatif dan usaha untuk complete the tasks dlm apa yg kita lakukan...no retreat.
dalam kehidupan seharian, mesti ada je cabaran kan.....skg ni pun duk fikir cemana nak accomplish tugas2 yg masih berbaki (belum lagi tambah yg baru)....otak letih gak ni...migrain pun dah dtg uarghhh.
Citer Marco (kalau tak silap nilah namanya), kisah sorang budak lelaki yg misinya mencari ibu kandungnya. Tiap kali dia sampai suatu daerah, ibunya baru saja tinggalkan tmpt tu hinggalah beliau menemui ibunya tapi waktu tu ibunya dah pun meninggal dunia. cerita bersiri ni mmg citer paling sedih tika itu. impak movie tu ialah, kasut sekolah pljr2 sekolah rendah kat Mesia ni ialah jenama marco tu :). Ketabahan dan kesetian seorang anak yg kecil tu mmg menyuntik semangat.
Little house on the Pierre, kisah masyarakat di mana sebuah keluarga peladang yg miskin mempunyai anak2 perempuan yg comel dan dididik dgn values masayarakat mereke mempunyai seorang isteri yg jelita dan penyabar serta setia dgn suami yg tercinta. walaupun susak tp mereka tak lokek membantu org lain hingga membela seorang budak laki anak yatim dan mereka mempunyai keluarga yg bahagia. setiap rintangan dihadapi bersama keluarga dgn tabah.
Sampai skg aku duk ingat lagi citer2ni.... skg ni bnyk gak citer2 yang best jugak tapi aku rindukan citer2 seperti ni yg menyentuh hati kita dlm memberi values/ nilai2 murni. aku duk tunggu citer melayu yg seperti ini.....rasanya nur kasih ok kut hehehe....cuma ada slot2 yg terlalu mengulang2 sesuatu masalah agak menjemukan walaupun ia mmg berlaku dlm msyrkt kita.
hari ni tarikh Malaysia merdeka....
hari ni aku sampai di sunway dp kg....
hari ni akhir cuti tuk minggu ni...
hari ni dah 10 hari kita berpuasa.....(betulkan)
hari ni dah 10 hari dapat kita bertarawikh dan bertadarus
hari ni aku dgr berita mcm2 yg mengejutkan tak mengejutkan di dada telebisen (tv).....
Merdekaaaaa semalam,
Harga petrol diumumkan hari ini.... ada yg dikekalkan harga ada yg naik....emmm
hari ni aku rasa letih dan dah mula letih....meimikirkan hari2 esok....
hari ni aku dah mula nampak betapa harga barang2 semua kan melambung naik walaupun sebelum nidahpun dilambung2 kan naik,
hari ni aku baca akhbar di kosmo tak abis2 lagi kes yang menggelemerkan bnyk pihak terutamanya JAIP dan Mahkamah Syariah Pahang walaupun aku rasa depa tak perlu glemer seperti ini
seperti gelemernya kes2 yang tidak membanggakan yg berlaku tiap tahun selepas detik 12.01
mlm selepas teriakan merdeka....nampaknye semalam di tv menyeru kita menunaikan solat hajat.....:)
hari ini bermulanya bulan baru....hanya beberapa hari lagi dah nak raya...maka cepatlah Ramadhan akan meninggalkan kita....
Moga hari ini lebih baik dp semalam dan akan membawa kita menjadi lebih baik esok dan akan datang.Amiiin.
bulan ini penuh kemuliaan dgn kehadiran Ramadhan al-Mubarak.
bulan ini juga lahirnya tanggal 31hb di mana tiap kali tarikh ini maka :-
bergemalah teriakan MERDEKAAAAA di dataran MERDEKA
berkumpullah ramai2 umat manusia tak kira bangsa, agama di tempat2 yg ditentukan menunggu detik-detik jam 12 malam
bergembiralah insan2 anak2 Malaysia ni kerana CUTIIII.....termasuklah aku....balikkk kampunggg ooooo balikkkk kampunggg
indahlah bandaraya, jalan raya, kampung2, rumah2 kediaman hatta motor2 mat rempit pun dipenuhi jalur2 gemilang yg berkibar megah tak kira apa size nye
berlumba2 lah rakyat Malaysia untuk memaparkan kesetiaan dan kecintaan terhadap negaraku tercinta ini dengan usaha dan produk masing2 hasil kekreatifan diri.....baju jalur gemilang, songkok jalur gemilang hatta pertandingan masakan pun, ada ikan kukus jalur gemilang.
apepun cara yg digunakan moga kesedaran itu biarlah menapak kekal dan mampu mencipta sejarah baru dalam melahirkan insan Cemerlang di dunia dan akhirat. jangalah hanya ia dilaung2kan untuk seketika dan hilang ditelan angin sehingga tanggal 31 ogos menjelma lagi pd tahun berikutnya.
tanggal 12 malam insan rakyat Malaysia gembira.....
tanggal 12.01...tiap2 tahun dilaporkan bermulah segala gejala tidak sihatnya mengalahkan isu selsema babi.
marilah kita sama2 solat hajat, berdoa kpd Ilahi agar diberi Hidayah dan meneruskan perjuangan kita di jalan kebeneran dlm memahami apa erti KEMERDEKAAN sebenarnya. Al-Fatihah kepada mereka. insan Muslim yg berjuang demi agama , negara dan bangsa walaupun nama mereka tidak dipaparkan di persada dunia, world book record hatta buku sejarah SPM. Moga mereka ditempatkan bersama org2 yg soleh dan solehah.
SUNGAI SIPUT - Kontroversi hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor semakin tidak menyenangkan bapa kepada model sambilan itu, Shukarnor Abdul Mutalib dengan menganggap ia tidak sepatutnya dibiar berpanjangan.
Shukarnor berkata, apa yang berlaku sekarang sedikit sebanyak telah menjejaskan kredibiliti institusi kehakiman syariah.
"Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tidak wajar dibincangkan apatah lagi disensasikan.
"Keputusan hakim adalah muktamad dan sebaik-baiknya tidak dipersoal. Saya mohon kerjasama semua pihak bagi memastikan isu ini diselesaikan dengan baik,'' kata Shukarnor kepada wartawan di rumahnya di Kampung Jawang, di sini semalam.
Beliau semalam menerima kunjungan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Akidah), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Halim Ahmad yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom.
*****************
aku simpati pada ayah, ibu dan keluarga wanita ini
aku simpati pada kredebiliti mahkamah syariah
aku lagiiiii simpati pada mereka yang tak paham malah tak nak paham tentang apa yang hak dan batil.
kat Malayasia ni yang `dikenali' sebagai negara Islam mengikut apa yg terkandung dlm perlembagaan, kadang kala (ataupun selalu jugak) sukar bagi umat Islam untuk benar2 tahu dan yakin tentang kehalalan (halal) sesuatu makanan atau produk seperti alat solek dan lain2.agak2nya kenapa jadi mcm ni yer?
rasanya boleh je kita educate non Muslim untuk tahu apa yg halal dan bukan bagi org Islam kan bila depa keluarkan produk.
rasanya undang2 boleh je diketatkan dan dikuatkasakan secara adil dan saksama lebih2 lagi menangani masalah makanan dan barang2 yang tak halal ni dipasarkan untuk kegunaan umat Islam.
rasanya pihak2 yang berwajip tu perlu tambahkan lagi usaha untuk mengatasi masalah ni termasukla meramaikan lagi tenaga kerja.
rasanya pihak2 yang berkuasa tu boleh je campurtangan nak make sure kehalalan dan kesucian pemakanan, pemakaian dan apa saja bg umat Islam di negara Islam yang berperlembagaan ni.
makanan yang halal itu akan menjadi sebati dalam badan dan menjadi sebahagian dari dearah daging kita. seperti kita tahu dlm badan kita ada seketul daging (menjadi centre) kalau rosak ia,rosaklah segalanya.
betapa bnyk kes yg kita dengar tentang produk makanan..sekejap boleh dimakan, kemudian tak boleh ...then boleh pulak. masa aku kecik dulu KFC tu dah berpuluh2 kali halal dan haram menjadi isu kat tempat aku tinggal kat pulau bermutiara tu.
hasil teknologi canggih, kesungguhan pakar bio-tek dgn keizinan Allah jua, maka terciptalah satu cip untuk mengesan kehadiran apa saja yang berunsur babi ni samada daging, lemak dlln dalam produk makanan, alat kosmetik dan lain2. katanya dgn menggunakan mikroskop, apa2 saja yg berunsur babi ni boleh dikesan walaupun kandungannya hanya 0.01% selepas 6 jam.
baguslah mcm tu, usaha yg murni...cuma aku tertunggu2 bagaimanakah cara yg akan digunakan oleh org ramai untuk mengesan kehadiran unsur yg tidak dikehendaki ni jika berada kat pasaraya, rumah dan di mana saja la.... takkan nak heret mikorskop tu pulak kan.
harap2 ada cip boleh kesan kehadiran unsur haram yg lain mcm samsu,`rum', arak dlln.
apepun tak boleh rely on cip tu je.....
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Thursday, September 3, 2009