di mana semangat `cekap tangkas dan pantas'?
di mana keikhlasan buat kerja?
apa tujuan bekerja?
bonus nak bnyk,
gaji nak tinggi
tak bagi marah2
bila bagi...harga barang naik..ape peduli
bab servis....suka hati
lama2 yg tak biasa jadi normal...
yg tak bagus pejam mata
lama2 jadi phobia
prejudis
sampai bila nak jadi mcm ni
ke memang bangga dengan label yang diberikan tu?
Jum kita test keupayaan minda dan emosi kita pada pagi ni. Maybe ada shbt2 yang busy dgn keje, letih, tensyen dan lain2 lagi. Meh sini kita layan teka tekuk ni just for fun. Pada yg sakit mcm aku ni moga cepat sembuh. Aku mula dpt demam panas bila bangun pagi ahad dua hari lepas. Panas sungguh kaki dan badan mmg kalau letak ikan ke ayam ke boleh buat grill fish or chicken. Mlm tu akui gi jumpa doktor yg sungguh best..katanya "saya check awak tadak demam...so bila panas betul baru dtg jumpa saya'. aku jawap best jugak `saya tau la bdn saya doktor....takkan le saya tak tau panas ke idak.takan nak suh saya pengsan dulu dlm bilik tu sebelum dpt jumpa tuan doktor'.Isnin aku MC..pegi lagi jumpa doktor lain kat klinik panel yg sama utk dptkan MC.Doktor tu geleng2 pala bila dgr cerita ku psl doktor yg best tu.Staff kat klinik tu ckp.."cik, nah borang...komplen doktor pertama tu.ramai dah org komplem pasal dia'.
lerrr...kalau dah ramai pesal tak amik tindakan takkan le nak tunggu aku jugak yg komplen sebagai org yg ke100 or 1000.
Arini aku demam lagi, alhmldh panas bdn tu dah kurang sket.tapi aku tak mo MC lagi...rindu aku kat sudents aku tak sbr nak bagi keje2 kat depa hahaha. Meh kita berteka-tekuk.
Teka-teki ni lebih kepada uji minda secara psikologi. Percaya atau tidak pada hasil ujiannya, terserah. Ini dibuat memlaui kajian yg mendalam oleh pak mak abang dan kakak psikologi :
Sila jawab soalan2 ini menggunakan hati dan perasaan. Jangan guna minda dan logik akal. Kalu idak..tak menjadi ujian ni. dlm erti kata lain, bila nak jwp tanya hati..apa kata hati..bukan kata minda!
Satu eksplorasi ke dalam sebuah jungle..ala2 jungle trekking, camping gitu:
Ni kena fokus dan bayangkan guna imaginasi anda: Selamat dalam khayalan hehehe :
1. Apabila mula melangkah masuk kedalam jungle/ forest tu...haiwan pe yg anda teringin sangat nak nengok atau jumpa? Pilih satu jenis je dan sebabnya?
2. Bayangkan bila anda tiba2 terjumpa dgn haiwan tersebut. apakah haiwan yg anda nampak tu?
Satu jenis je dan sebabnya?
3. Jika anda diberi pilihan untuk memilih 4 jenis burung ni yg depan mata anda, mana anda pilih?Pilih satu saja dan sebabnya?
i. Helang
ii.Merpati
iii.Pipit
iv.Ciak rumah (selalu bersarang di rumah2)
to be continued....:)

Ensemnye eagle ni.....
Ada orang cakap eagle ni lambang keganasan, kerakusan
Ada orang cakap eagle ni sentiasa memerhati untuk jadikan sesuatu mangsanya
Ada orang cakap...awat hang suka eagle?
Ada orang cakap sikap eagle tak baik dicontohi, selfish
Ada orang cakap uishhh....garang tuh
Aku cakap......tak tau la naper aku suka sangat nengok burung helang kat awan biru
Aku cakap......ada kelembutan dalam mata helang tuh
Aku cakap.....aku suka nengok ketajaman penglihatannya daripada tempat yang tinggi
Aku cakap.....boleh dipositifkan apa-apa kelebihan yang ada pada helang jika kita mahukan yang positif
Yang pastinya...orang kampung aku marah sangat kat helang (kalau helang ada la) ni sebab abis anak2 ayam hilang
Yang pastinya...aku memang suka semangat helang yang positif bukan yang negatif :)
Perhatikan senario ini :
Dalam kelas subjek sejarah manusia perkasa - Ultraman lawan X-Men
Anak murid 1 : Sifu, sifu sokong pas tak (PAS)?
Sifu : mestilah sokong `pass' takkan nak sokong fail' pulak.
*M.S (moral of the story) - cakap tu biaq la jelaih (jelas)
Dalam mesyuarat tergempaq - Planet Pluto
Captain X : Kami bagi subsidi-subsidi baja dan lain2 untuk tanam pokok ketapang kat sini. Pastikan setiap penghuni Pluto ni yang menanam ketapang akan diberi.
Penduduk 1 : Aku tak perlulah dah subsidi ni. Aku amik aku jual la harga murah.
Penduduk 2 : Ye la tambah income. Captain tak cakap tak boleh jual kan.
*M.S - nak bagi kenyataan tu biaq teghang (terang)
Dalam perhimpunan Antarabangsa Antartika
Senior 1 : Diumumkan bantuan dinar diberi kepada kumpulan2 Z. Toksah dah risau2.
Junior Z (1) : Alaa....kata bagi dinar. Ni apa pasai kena bayaq gak yang ni, yang tu, yang ni , yang tu?
Junior Z(2) : Senior cakap nak bagi je...tak ckp berapa.
Junior (A) : Ok dah pa, bagi dinar walau sikit. Yang hang beli benda tak pekdah berjuta2 dinar boleh pulak.
*M.S - nak beri apa2 bantuan biarlah terperinci maklumatnya
Dalam majalah Brilliant People of The Pluto
Tajuk : Berjaya hasilkan Anak Ikan Emas Yang Berkata-kata
Ayat Perenggan 1 : Sungguh bijak anak ikan ini boleh bertutur lebih 10 jenis bahasa yang berbeza
Ayat Perenggan 2 : Ia dihasilkan oleh seorang Pendeta yang sangat Bijak malah World. Pendeta itu ialah Knight Warrior Legend Z
Ayat Perenggan akhir : Sesiapa yang berminat bolehlah order paling kurang mesti 20 ekor tiap belian, tiap sekor harganya 10 juta ringgit Pluto
Ayat yang ditulis kecil pada keluaran minggu hadapannya:
Maaf, ralat. Sebenarnya itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh anak kecil daripada tabika`Anakku Genius' tentang impiannya jika menjadi seorang saintis Ikan Emas nanti.
*M.S - emmmm..............................
Thank You Allah
You were always so close
I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Oh...Allah...You brought me home
I thank You
With every breath I take
Alhamdulillah Our praise is to Allah
ini adalah sebahagian daripada petikan lirik lagu nasyid `Thank You Allah'.
memang manusia itu mudah lalai,cuai,leka,alpa, lupa.....bukan Melayu sahaja!
sudah nyata iman seseorang hamba Allah itu ada naik turunnya
bila mampu tersenyum dan tertawa
ataupun terpkasa mengeluarkan air mata...............
moga kita masih tahu, kenal dan ingat Pencipta kita
dan bersyukur setiap masa
hanya dengan melihat kejadian diri kita
anggota tubuh badan yang dipinjamkan.....
malah hanya untuk sesaat tika bersin terjadi
tika itu adalah penentuan nyawa masih di dalam jasad ataupun tidak
namun masih gemar menjaga hati orang lain dp Pencipta
`excuse me' daripada mengucapkan `Alhamdulillah'
oh mungkin ia adalah `trend', gaya menjadi sebahagian daripada budaya itu
bukankah kita yang mencipta budaya itu?
ataupun kita menjadikan diri sebagai mesin jenteranya?
pagi Ahad semalam (kelmarin) aku tengah layan lagu kat sinar FM sambil berehat seketika daripada menulis paper2 aku tuh. Tetiba aku dengar bunyi ketukan yang kuat pada grill umah jiran aku. Then bunyi tu makin lama makin dekat, sah ketukan kat rumah aku pulak. Terdengar salam juga diberi. Uiks, jejaka2 mana pulak bagi salam pagi2 ni. Takkan org Jbtn Kesihatan pepagi ahad dtg ni nak cek jentik2.
Bila pintu di buka , kelihatan dua orang pakcik (mcm le aku ni muda sgt hehhee) yg sorang tu berkopiah.
Pakcik 1 : Assalamua'alaikum. Kami ni AJK surau wakil JAIS.
Aku : Wa'alaikumussalam. (dalam hati: uiks pe kes plak JAIS antar wakil kat apartment aku ni)
Pakcik 2 : Cik ni duk satu family ka? Beghapa oghang dalam ghumah ni?
Aku : Ada 1,2,3,4,5,....aku mula mengira (mcmlah ramai, hehehe)
Pakcik 1 : Kami ni bawak borang, JAIS suh isi, nak tau berapa orghang duk lam setiap unit kat apartment ni.
Aku : Ooo...boleh. Awat encik, ada apa2 kes yg dilaporkan kat Apt ni ka?
(sambil amik borang tu melalui celah2 pintu grill yg aku tak bukak tu)
Pakcik 2 : Tak da pa la. Saja JAIS tu nak tau semua org Islam yg duk kat sini. Cik ni oghang Kedah ka?
Aku : Dak aih. Saya oghang Penang. Saya cakap utara pun sebab dengaq encik cakap dulu.
Pakcik 2 : (ketawa kecil).
Pakcik 1 : Cik ada ka apa2 nak bagitau kat kami. Keadaan kwsn sini ka, keselamatan ka, nampak yg tak baguih kat mata ka?
Aku : So far ok je Encik. Tapi saya nak bagi pandangan boleh tak?
Pakcik 1 : (angguk2)
Aku : (aku pun mula bercakap ... bla-bla-bla...........)
.............................. Encik. Kalau nak buat pogram kat surau bawah tu jgnlah ceramah
ja. Sebab saya rasa yg pi tu semua dah baik2 belaka (hehehe). Lagi satu, depa mmg
suka dan nak pi dengaq ceramah.
Pakcik 2 : Abih tu, kita nak buat pogram macam mana rasanya?
Aku : Ceramah tu dah elok dah cuma kalau nak tarik perhatian remaja2 atau org2 yg tak
suka ceramah...dah tu tulih pulak Iklan `Ceramah Agama'...kompem depa tak mai
punya.
Pakcik 2 : (ketawa) Bab hidayah ni susah la kita nak cakap cik.
Aku : Memang la hidayah ni Allah yg punya tapi kita kena la usaha jugak kan.
Pakcik 1 : Cik ada cadangan macam mana nak buat pogram tu? (pakcik ni lebih skema gaya
percakapannya namun loghat Kedahnya tetap jelas :)
Aku : Emm..... kalau saya....buat pogram tuk students jadi kena tengok apa yg depa suka
dan tak suka then kita buat la sesuatu yg boleh bagi input cara tak langsung.
Untuk org ramai ni, AJK2 surau pakat pikiaq la lam meeting tuh apa yg sesuai.
(bukanmain lagi aku bg cadangan)
: Encik.....ni pandangan saya ja la no. Kalau nak banci mcm ni pun saya rasa ada ja
yang tak betoi2 bagi infol. Mungkin ada info yg tak betul depa tulih. So.......
(bla-bla-bla..bnyk ckp pulak aku hari ni hehehe)
Pakcik 1 : Ooo. Ok-ok. Nanti pogram April nanti kat kolej tu jemputlah kami2 ajk surau ni pi.
Aku : (senyum) Insya-Allah.
Nampaknya pagi Ahad ni aku jadi AJK mesyuarat tepi tingkap aka. depan grill pintu cara tak langsung..yang berlangsung dkt 20 minit jugak.
* Moral of the story ? Pikiaq la no.
Apa yang penting?Kerjasama! Salute JAIS!
Cukupkah anda dengan hanya sekeping roti untuk hidangan tengahari selepas penat lelah bekerja separuh hari?cukupkah sekeping roti untuk harga kasih sayang dalam sebuah keluarga yang harmoni?
Kalau aku, tak cukup sekeping roti `garlic bread' yang dicicah sup cendawan peghhhh.
namun jika hanya ada sekeping je untuk mengisi kelaparan, Alhamdulillah lah kan.
`sekeping roti itu lebih baik daripada tiada apa-apa langsung'. Inilah yang omputih kata.
Mungkin untuk peribahasa Malaya moden pulak :
`secawan ayaq kosong yang halal lebih baik daripada seperiuk nasi beriani kambing yang ada keraguan di dalamnya'. :)
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Thursday, February 4, 2010