Walaupun garang, bila senyum manis kan cheetah ni, ayu gitu :)

Keluarga Beruang Kutub



Juma'h Barokah.Hadiah, Present, Gift selalunya diberi oleh seseorang kepada orang lain atas sebab2 tertentu;
dapat no 1 dalam kelas, SPM dpt straight As, dapat cahaya mata, hari jadi, hari ulang tahun,perkahwinan, hadiah perpisahan bagi yg pindah tempat kerja, atas ingatan baru pulang dr melawat tempat2 tertentu, as a token utk yg merasmikan events, melawat mereka yg sakit dan lain2 lagi.

Hadiah ni ada org mahu yg berjenama, berharga beribu2 ringgit, export punyer..Gombak punya tak mau...ada yg tak kisah apa je org beri....ada org suka hadiah berbentuk bunga,kek, coklat, laptop hehehe dan lain2 lagi.
bagi aku zaman dulu2 kalau org bagi hadiah bunga aku terima tapi aku lebih suka org bg hadiah buku, kek atau coklat hehehe
sekarang, aku lebih suka dpt hadiah senyuman setiap hari.

Aku teringat kata2 Dr.Fadhilah Kamsah bercakap tentang jarang org nak bagi hadiah yg tak perlu mahal contohnya bg hadiah bunga pd jururawat kat hospital bila melawat sesorang, hadiah gula2 dan biskut pada yg duduk kat kaunter tol mmg org akan heran dan terkejut tp sebenarnya ia akan membuat sesorang itu tersenyum.senyuman itu amat penting sebagai motivasi dan terapi diri sendiri dan juga untuk org lain lebih2 lagi pada awal pagi memulakan lembaran hidup yg seterusnya.

Pagi ni aku dtg awal sungguh ke opis nak buat filing sket utk class trip ke N.9 esok. Then, aku pi cafe kolej nak beli mknn sket. Aku nengok kakak kat stall tu serius je muka.Aku dah kenal dia so aku usik, `akak, harini senyuman kurang sikit ye kak'. Kemudian dia tersenyum dan menjawap `hari ni sibuk sangat, ada sorang tu tak dtg kerja...bnyk kerja ni'. Kadang2 tu mg betul,terlalu busy, keletihan, kerisauan kita lupa untuk tersenyum walaupun untuk diri sendiri.
Aku selalu ckp pd students aku...`keep smiling' especially bila depa terkerut2 dahi jwp test,stress dgn kerja2. Ada sekali tu depa pulak ckp kat aku `Cik, senyumlah.Cik dah bnyk hari tak senyum tak mcm dulu2'. Hehehe.....ye ker? Kadang2 kita tak nampak dan sedar tentang diri kita sendiri.

Lepas beli makanan aku naik ke opis. Tiba2 sorang rakan kerja aku dtg dgn senyuman:
'P.Crayon, i have small gift for you'. Aku nengok dia keluarkan beg duit dia. Ishh mamat ni nak bagi duit breakfast ke hehehhe. Ohhh cantiknyer....sekeping poskad size tapak tangan baby bergambar Pola Bear sedang memeluk 2 ekor anaknya dengan penuh kasih sayang.
Ini memang membuat aku tersenyum dan amat merindui abah dan mak aku kat kampung. Smlm aku nengok poskad gambar pola bear yg terlekat di board kat meja dia.Aku memang suka gambar pola bear lagi2 sedang memeluk anak2nya dgn kasih sayang.

Tq for the gift, tq for the love, tq for the friendship and thank you.....it's really makes me smile and motivates me to smile even i'm not in that mood sometimes.

date Friday, February 5, 2010


Air terjun Lata Tembakah, Terengganu

Air Terjun `Chlling Waterfall', Kuala Kubu

Air Terjun Gunung Ledang
*gambar2 ni aku amik dp sumber pak internet.tq ler.
koleksi gambar2 aku sendiri takdak pc ni.

lama tak pergi jln2 lepak2 kat ayaq terjun
sebab lama juga dah tak join aktiviti mencintai alam ni
nampaknye kena plan jugak ni....
supaya dpt menyegarkan badan...
demam2 mcm ni....teringin sgt nak pegi
ayag terjun dan sungai yg tak dpt aku lupakan ialah
air terjun `Chilling waterfall' kat kuala kubu,
lata tembakah kat Ganu
dan jugak sepanjang trekking kat ledang dulu.

ingat lagi masa zaman belajar dulu group aku bwk ke lata tembakah.
punya la nak jauh dp orang ramai....terpaksa la hiking ke atas sket
betul2 isolated tempatnya....cantik, aman damai
balik ke kampus...mlm tu nak tidur ada le kena ganggu sket....

baru2 ni kwn2 ajak pergi lagi ke ledang bwk stnds ...aku dah lama serender
tak larat dah.....ingat lagi masa gi dulu aku demam juga
tapi tak sampai hati nak tarik diri...sebab ada pljr2 perempuan yg ikut
nak overnight kena ada gak staff perempuan ikut
masa hiking tu rasa dah tak larat sgt...bebudak2 tu bg semangat hehehe
kesegaran air terjun yg ada sepanjang jalan tu mmg bagi aku rasa ada
tenaga dan segar sikit
emmmm tengok calendar..lambat lagi nak cuti panjang ni emmmm.........

date Thursday, February 4, 2010

di mana semangat `cekap tangkas dan pantas'?
di mana keikhlasan buat kerja?
apa tujuan bekerja?
bonus nak bnyk,
gaji nak tinggi
tak bagi marah2
bila bagi...harga barang naik..ape peduli
bab servis....suka hati
lama2 yg tak biasa jadi normal...
yg tak bagus pejam mata
lama2 jadi phobia
prejudis
sampai bila nak jadi mcm ni
ke memang bangga dengan label yang diberikan tu?

date

Jum kita test keupayaan minda dan emosi kita pada pagi ni. Maybe ada shbt2 yang busy dgn keje, letih, tensyen dan lain2 lagi. Meh sini kita layan teka tekuk ni just for fun. Pada yg sakit mcm aku ni moga cepat sembuh. Aku mula dpt demam panas bila bangun pagi ahad dua hari lepas. Panas sungguh kaki dan badan mmg kalau letak ikan ke ayam ke boleh buat grill fish or chicken. Mlm tu akui gi jumpa doktor yg sungguh best..katanya "saya check awak tadak demam...so bila panas betul baru dtg jumpa saya'. aku jawap best jugak `saya tau la bdn saya doktor....takkan le saya tak tau panas ke idak.takan nak suh saya pengsan dulu dlm bilik tu sebelum dpt jumpa tuan doktor'.Isnin aku MC..pegi lagi jumpa doktor lain kat klinik panel yg sama utk dptkan MC.Doktor tu geleng2 pala bila dgr cerita ku psl doktor yg best tu.Staff kat klinik tu ckp.."cik, nah borang...komplen doktor pertama tu.ramai dah org komplem pasal dia'.
lerrr...kalau dah ramai pesal tak amik tindakan takkan le nak tunggu aku jugak yg komplen sebagai org yg ke100 or 1000.

Arini aku demam lagi, alhmldh panas bdn tu dah kurang sket.tapi aku tak mo MC lagi...rindu aku kat sudents aku tak sbr nak bagi keje2 kat depa hahaha. Meh kita berteka-tekuk.

Teka-teki ni lebih kepada uji minda secara psikologi. Percaya atau tidak pada hasil ujiannya, terserah. Ini dibuat memlaui kajian yg mendalam oleh pak mak abang dan kakak psikologi :
Sila jawab soalan2 ini menggunakan hati dan perasaan. Jangan guna minda dan logik akal. Kalu idak..tak menjadi ujian ni. dlm erti kata lain, bila nak jwp tanya hati..apa kata hati..bukan kata minda!

Satu eksplorasi ke dalam sebuah jungle..ala2 jungle trekking, camping gitu:
Ni kena fokus dan bayangkan guna imaginasi anda: Selamat dalam khayalan hehehe :
1. Apabila mula melangkah masuk kedalam jungle/ forest tu...haiwan pe yg anda teringin sangat nak nengok atau jumpa? Pilih satu jenis je dan sebabnya?

2. Bayangkan bila anda tiba2 terjumpa dgn haiwan tersebut. apakah haiwan yg anda nampak tu?
Satu jenis je dan sebabnya?

3. Jika anda diberi pilihan untuk memilih 4 jenis burung ni yg depan mata anda, mana anda pilih?Pilih satu saja dan sebabnya?
i. Helang
ii.Merpati
iii.Pipit
iv.Ciak rumah (selalu bersarang di rumah2)

to be continued....:)

date Tuesday, February 2, 2010


Ensemnye eagle ni.....
Ada orang cakap eagle ni lambang keganasan, kerakusan
Ada orang cakap eagle ni sentiasa memerhati untuk jadikan sesuatu mangsanya
Ada orang cakap...awat hang suka eagle?
Ada orang cakap sikap eagle tak baik dicontohi, selfish
Ada orang cakap uishhh....garang tuh

Aku cakap......tak tau la naper aku suka sangat nengok burung helang kat awan biru
Aku cakap......ada kelembutan dalam mata helang tuh
Aku cakap.....aku suka nengok ketajaman penglihatannya daripada tempat yang tinggi
Aku cakap.....boleh dipositifkan apa-apa kelebihan yang ada pada helang jika kita mahukan yang positif

Yang pastinya...orang kampung aku marah sangat kat helang (kalau helang ada la) ni sebab abis anak2 ayam hilang
Yang pastinya...aku memang suka semangat helang yang positif bukan yang negatif :)

date Thursday, January 28, 2010

Perhatikan senario ini :

Dalam kelas subjek sejarah manusia perkasa - Ultraman lawan X-Men
Anak murid 1 : Sifu, sifu sokong pas tak (PAS)?
Sifu : mestilah sokong `pass' takkan nak sokong fail' pulak.

*M.S (moral of the story) - cakap tu biaq la jelaih (jelas)

Dalam mesyuarat tergempaq - Planet Pluto
Captain X : Kami bagi subsidi-subsidi baja dan lain2 untuk tanam pokok ketapang kat sini. Pastikan setiap penghuni Pluto ni yang menanam ketapang akan diberi.
Penduduk 1 : Aku tak perlulah dah subsidi ni. Aku amik aku jual la harga murah.
Penduduk 2 : Ye la tambah income. Captain tak cakap tak boleh jual kan.

*M.S - nak bagi kenyataan tu biaq teghang (terang)

Dalam perhimpunan Antarabangsa Antartika
Senior 1 : Diumumkan bantuan dinar diberi kepada kumpulan2 Z. Toksah dah risau2.
Junior Z (1) : Alaa....kata bagi dinar. Ni apa pasai kena bayaq gak yang ni, yang tu, yang ni , yang tu?
Junior Z(2) : Senior cakap nak bagi je...tak ckp berapa.
Junior (A) : Ok dah pa, bagi dinar walau sikit. Yang hang beli benda tak pekdah berjuta2 dinar boleh pulak.

*M.S - nak beri apa2 bantuan biarlah terperinci maklumatnya

Dalam majalah Brilliant People of The Pluto
Tajuk : Berjaya hasilkan Anak Ikan Emas Yang Berkata-kata
Ayat Perenggan 1 : Sungguh bijak anak ikan ini boleh bertutur lebih 10 jenis bahasa yang berbeza
Ayat Perenggan 2 : Ia dihasilkan oleh seorang Pendeta yang sangat Bijak malah World. Pendeta itu ialah Knight Warrior Legend Z
Ayat Perenggan akhir : Sesiapa yang berminat bolehlah order paling kurang mesti 20 ekor tiap belian, tiap sekor harganya 10 juta ringgit Pluto

Ayat yang ditulis kecil pada keluaran minggu hadapannya:
Maaf, ralat. Sebenarnya itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh anak kecil daripada tabika`Anakku Genius' tentang impiannya jika menjadi seorang saintis Ikan Emas nanti.

*M.S - emmmm..............................

date

Thank You Allah
You were always so close
I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Oh...Allah...You brought me home
I thank You
With every breath I take
Alhamdulillah Our praise is to Allah

ini adalah sebahagian daripada petikan lirik lagu nasyid `Thank You Allah'.

memang manusia itu mudah lalai,cuai,leka,alpa, lupa.....bukan Melayu sahaja!
sudah nyata iman seseorang hamba Allah itu ada naik turunnya
bila mampu tersenyum dan tertawa
ataupun terpkasa mengeluarkan air mata...............
moga kita masih tahu, kenal dan ingat Pencipta kita
dan bersyukur setiap masa
hanya dengan melihat kejadian diri kita
anggota tubuh badan yang dipinjamkan.....
malah hanya untuk sesaat tika bersin terjadi
tika itu adalah penentuan nyawa masih di dalam jasad ataupun tidak
namun masih gemar menjaga hati orang lain dp Pencipta
`excuse me' daripada mengucapkan `Alhamdulillah'
oh mungkin ia adalah `trend', gaya menjadi sebahagian daripada budaya itu
bukankah kita yang mencipta budaya itu?
ataupun kita menjadikan diri sebagai mesin jenteranya?

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu