pepatah Melayu ada mengatakan `nak melentur buluh biarlah dari rebungnya'.


apakah kesitimewaan buluh?
memasak nasi - menyimpan air minuman - membuat lemang - dekorasi taman - rakit - pelantar tempat duduk rehat dlln

apakah keistimewaan rebung?
buat jeruk - masak lemak sayur
ada lagi kut yg aku tak tau

apakah keistimewaan pepatah melayu ni?
tanamlah buluh bebanyak, boleh dijual especially musim raya -mesti boleh tmbh income
dan boleh juga membantu anak muda menjadi kreatif ala2 mat gyver (betulke ejaannya) menjadikan beraneka meriam dan mortar.

date Wednesday, March 10, 2010

setiap baby yg lahir adalah ibarat kain putih....kita semua maklumkan.
kain putih itu menanti tangan2 yg untuk melakar,melukis,mencanting batik dan juga
menurunkan ilmu-ilmu ini selama baby ini membesar.

kalau dilihat,didengar,dibaca...makin bertambah2 isu anak-anak kita...yg banyaknya isu yg merisaukan,merimaskan dan melemaskan kita bila mengenangkan dan membayangkan bentuk dan jenis masyaakat kita kan dtg dgn generasi2 muda ini.

luahan2 hati anak2 kita samada dlm kelas, luar kelas, di tempat lepak shopping kompleks,dalam rumah, luar rumah, tempat rekreasi dan lain2 lagi perlu diambil berat dan jgn dipandang ringan...kadang kala tidak terjangka luahan ini lahir dp anak2 yg dilihat baik,sopan,berjaya....

anak2 :i hate school.....saya tak suka sekolah saya dulu ....sebab cikgu2 pelik....
pemerhati:pelik macam mana tu wahai anak2ku?
anak2 :cikgu pilih kasih
saya dlm seminggu dulu pergi sekolah 2-3 hari je.
pemerhati:sekarang anakku belajar jarang ponteng kan.dulu tu suasana tak motivate kamu untuk ke sekolah ke wahai anakku?
anak2 : angguk2.memang saya tahu saya ada masalah disiplin dulu.tapi cikgu memang pilih kasih!
anak2 lain : tapi kami suka sekolah. to me, school is like a heaven.

anak2 : kenapakah saya lihat ramai orang Malaysia mcm tak banggakan negara sendiri?
anak2 lain: ye lah...kalau kat negara lain yg saya pernah duduk dulu.....macam mana masalah, kemiskinan dan tak puas hati pun..jgn sesekali mengutuk dan menghina negara mereka
pemerhati:wahai anak2ku ...apa pandagan kamu kepada negara kita tercinta.
anak2 : ..............................(macam2 komen yg didengar)
anak2 lain: apalah yg dpt didengar dp kami yg hanya berumur belasan tahun.mampukah kami bersuara?

anak2 : saya teringin nak try trend mcm ramai kwn2 saya buat.tapi saya tahu itu salah sebagai org lelaki muslim.
pemerhati : apa yg nak kamu buat wahai anakku?
anak2:saja je nak try je....kdg2 hati ni terusik juga dgn apa yg dilihat dan buat oleh kwn.apa rasa ye kalau pakai subang sebelah.
pemerhati: apa yg kamu suka pd anting2 itu wahai anakku?nama?kecantikan?.....
anak2 : nampak `cool'.tapi saya tahu itu salah sebab tu saya tak buat.saya minta pandangan betul ke kalau saya buat mcm tu...saya tak boleh jadi ketua keluarga yg baik nanti?

*itu adalah luahan yg kita dgr, yg anak2 kita mahu kongsikan bersama kita.yg tidak diluahkan.....mungkin sebahagiannya boleh menjadi ibarat gunung berapi yg hanya menunggu masa untuk memuntahkan laharnya....yg boleh memusnahkan kampung2 disekelilingnya sebelum menyuburkan tanah untuk 20 thn akan datang.

Aku suka sgt lagu M.Nasir, Anak-anak kita.Liriknya memang mempunyai maksud yg dalam:
Aku hanya mengambil sebahagian daripada petikan lagu ini :

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kitaHingga dia tak kenalBudaya
Canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajarTentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

*sahabat dan sifu, aku nak amik lagu ni jadikan latar belakang slide tuk pogram bulan April ni,amacam?ok? ;).

date Thursday, March 4, 2010


Kadang-kadang yang nampak penuh kekalutan mungkin ada ketenangan di situ.
Cuma...cara kita melihat dan memahaminya...mungkin menghayatinya...itulah bezanya.

date Monday, March 1, 2010

Nampaknya cuti lagi la yer jumaat ni.cadangnya nak balik kg, memandangkan baru je cuti 1 wk haritu aku stay je kat sini.sahabat dr kontan katanya nak dtg bercuti dgn family.ahlan wa sahlan ilal sunway hehehe. Jumaat ni adalah hari di mana tarikhnya diambil oleh Malaysia ni sebagai tarikh maulidur rasul.ada khilaf pendapat dlm tarikh ini.apepun selamat menyambut
maulidur rasul.moga kita dpt menghayati contoh dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
aku tak tau lah nak ckp aku dlm mood cuti ke tak, apa yg pasti bnyk nak kena buat dan siapkan termasuklah urusan untuk pogram bulan April ni. Baru je tadi aku call salah sebuah institusi ni tiba2 cemana aku bleh ckp selamat petang pd staff yg angkat tipon tuh.selamba je dia jwp selamat pagi.lepas tu aku nak tergelak jugak dgn kesilapan aku ni.tp mamat tu tetap maintain serius dan takde gelak pun.cakap pun laju je mcm robot.huishhhh memang mencerminkan isntitusi tersebut.tabik tuan ! malu pun ada. apa la ada dlm kepala aku ni hehehe.......yg penting bukan `dia' yg mengangkat tipon itu.
ini membuat aku tersenyum bila teringatkan masa aku buat research kat HQ isntitusi ni masa zaman aku belajaq dulu.huishh..dlm bangunan tu penuh dgn org duk tabik sama sendiri je...luar lif dlm lif...tingkat satu sampailah tingkat 16.aku pun kompius...nak kena tabik jugak ke hehehe.

ni rehat je amik angin.....sambung balik buat kerja :)

date Wednesday, February 24, 2010

sahabat2 mesti ada cerita sendiri mengenai rakan karib dan sahabat2 yg baik dan rapat.
nilai sebuah persabahatan tidak boleh diukur dgn wang ringgit atau dibandingkan dgn emas dan permata seperti juga dengan hubungan kekeluargaan dgn ibu ayah, adik-beradik dan saudara mara kan.

masa mkn tenghari dgn seorang shbt ni, aku mendengar cerita dia tentang seorang bekas staff yang bekerja di sini dulu.Katanya si `A' ni dulu bekerja di tempat ini kemudian bekerja di tempat lain. Dia berkahwin dgn bekas staff di sini juga yg beragama Islam.
Pada malam hari masyarakat Cina menyambut makan besar dgn ahli keluarga, si `A' ini telah meninggal dunia kerana kemalangan, langgar lari.Tingallah isterinya dan seorang anak berumur 7 thn.Sahabat2 yg mengenalinya pergi menziarahi jenazah dan ahli keluarga.

Apa yg membuat aku tersentuh ialah salah sorang sahabat baik kepada arwah ini adalah seorang yg berbangsa Cina, beragama Budha dan sepatutnya menyambut makan besar bersama keluarga. Tetapi beliau juga turut mengangkat keranda jenazah sahabatnya itu ke tanah perkuburan Islam dengan melanggar pantang larang agamanya untuk tidak ke kubur pada perayaan itu.Aku tabik pada sahabat ini.
Kepada arwah, moga Allah mengampuni dan menempatkan sahabat di tempat orang2 yg soleh dan kpd ahli keluarga, moga tabah ya dan dipermudahkan segala urusan. Amiin.

date Tuesday, February 23, 2010

Dua minggu lepas sebelum cuti raya cina, seorang pelajar dtg jumpa aku lepas kelas, ada hal nak bincang katanya.lepas kwn2 yg lain abis bertanya soalan untuk assignment dan tinggalkan kelas barulah dia bersuara.dia minta pandangan aku tentang isu tudung.katanya dia dah lama nak pakai tudung tp ibu yang juga memakai tudung dan ahli keluarganya yg lain memberitahu belum tiba masanya untuk bertudung.'bolehke saya bertudung miss Purple tapi mak saya tak bagi lagi'.
apa pdndgn shbt-shbt?

aku beri pndgn aku dan suruh dia berfikir antara hukum Allah dan juga dlm menjaga hati ibu sebagai seorang anak.nampak merah matanya, sayu pulak aku nengok.jadi aku berilah satu cadangan yg mungkin bagi setengah orang tak boleh diambil cara ini.aku suruh dia berbual dgn ibu dan ahli keluarga dulu cara tak langsung untuk dptkan reaksi mereka.kalau ibu masih berkeras.cubalah pakai tudung di kolej dulu.aku bukan suruh dia buat eksperimen atau sekejap buka dan tutup aurat.tapi melihat keadaan family dia, aku suruh dia mula bila berada di persekitaran ini dahulu. dan buatlah solat hajat moga dibukakan pintu hati ahli keluarganya untuk menyokong hasrat murni anak ini.aku juga berpesan, pakai tudung ni bukan kerana fesyen atau sebab dipaksa,mesti faham dan sedar apa tujuannya dan mestilah ikhlas.akhlak juga kena jaga.dia menganguk2.matanya masih merah sedih je aku nengok.

tadi masuk kelas, aku tersenyum dan bersyukur melihat dia memakai tudung yg bertutup rapi.Shbt2 dlm kelas yg tidak bertudung pun semua menyokongnya.Aku memanggilnya selepas kelas untuk tahu reaksi ibunya.Katanya dia belum lagi memakai tudung di depan ahli keluarga kerana mereka belum boleh menerimanya.Kemudian, seorang pelajar aku datang dan bertanya, Miss. Purple `Jumaat ni kena pakai tudung ke dalam kelas?'.Aku tanya balik `sapa ckp pada awak mcm tu?'Katanya kwn2 bagitau aku suh pakai dlm kelas hari jumaat. Tersenyum aku, aku tak pernah ckp mcm tu pun. Aku pun jelaskan pdnya antara hukum yg sebenar dan tindakan serta keinginan dirinya. Aku mmg nak pljr2 aku menutup aurat tapi biarlah dgn keikhlasan dan paham tujuannya bertindak begitu.Katanya ibu ayah nya happy sgt bila dpt tahu anak kena pakai tudung.Sesungguhnya bukan mudah nak ubah pandangan ahli keluarga sendiri kan.Memang beruntung bila ahli keluraga menyokong penuh kebaikan dan kewajipan yg hendak dibuat.

p/s:aku masih teringat dan ia membuat aku tersenyum dgn keletah pelajar aku yg dua org ni walaupun mereka bukan beragam Islam tapi sentiasa perihatin jika ternampak ada rambut atau anak rambut terkeluar maka riuhlah menegur aku suruh betulkan tudung.Yg sorang baru je berlepas ke Australia, sorang lagi dgr cerita baru je abis kursus penerbangannya.rindu kat budak2 ni.

*edited : tq sahabat yg beri pandangan tentang isu ini dlm telefon tadi.

date Monday, February 22, 2010

Hari ini hari Jumaat. Hari ahad hari thn baru bg Orang2 Cina....Gong Xi Fa Cai.
Malaysia ni, kalau ada je cuti mesti ramai yg amik peluang nak balik kg, jalan2, shoping dan, beraktiviti dan lain2 lagi tak kira apa bangsa dan agama....1 Malaysia yeaaahhhhh.

Hari ini di dada akhbar Kosmo Online - Scorpene tak boleh menyelam.
Kapal pertama kebanggan Malaysia - baru je dtg dah sakit agaknya tak sesuai dgn cuaca kut maklumlah lahir dan dah baisa dgn cuaca omputih sana....ada alasan lain lagi ker? ;)
Tak boleh menyelam tak per lagi...takuntya, dah menyelam tak boleh nak timbul ke permukaan..haru tuh.

Isu Kalimah Allah - Raja2 akan berdiskusi bincang aduan2, memorandum2 yg diberi oleh pihak2 tertentu.
Emm... tak abih2 lagi isu ni rupenye.Cuba la kaji kenapa isu ni boleh muncul...ada sebab2nya.Itu yg kena selesaikan dulu.

Baru2 ini aku ada le berbual2 dgn shbt2. Antara isunya tentang kualiti pelajar yg hanya mahu disuapkan info2 oleh cikgu2nya. Katanya ada pelajar2 lebih2 lagi yg buat part time atau bekerja kdg2 tidak ada masa untuk membuat research dan membaca sebelum dtg ke kelas. Antara isu yg lain tentang isu-isu masyarakat kita yg makin lama makin sakit. Sakit jiwa, sakit hati, sakit tb, sakit demam denggi dan lain2 lagi. Aku pun demam dah ok batuk2 masih dtg lagi.

Ape pun yg berlaku. Yang penting berusaha untuk membuat yg terbaik dan sesuai dr hari ke hari. Kadang2 kita tak sedari kata2 kita, tindakan kita, mimik muka kita tidak menyenangkan orang lain samada dalam realiti atau di alam maya. Kadang2 perkataan kita adalah luahan hati kita tapi tanpa kita sedari boleh mendatangkan aib diri sendiri mahupun pd org lain. So, tak perlu nak tunggu hari raya adifiltiri, maaf jika ada yg terasa hati dgn tulisan2 ku ini.Segala teguran akan ku terima dgn lapang hati dan dada. Hidup kita ini perlulah saling tegur menegur dan jgn cepat melatah dgn teguran2 itu. Kita menjadi diri kita bukanlah adalah 100% diri kita, tanpa disedari ia adalah hasil dp bnyk punca dan biasan, latar belakang,pengalaman dan juga sekeliling.

Selamat Bercuti, take care friends :)
p/s: aku balik kg esok pagi Insya-Allah. Cuti seminggu.

date Friday, February 12, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu