Kalau masa kecik2 dulu selalunya bermimpi yg tidak akan diingati setelah bangun pada keesokan harinya.
tentu sahabat2 juga pernah atau selalu bermimpi kan.pernah tak mimpi suatu yg sedih akhirnya tersedu2 menangis apabila terjaga daripada tidur ataupun tersenyum riang dek mimpi yang indah pada malam harinya.

sudah lama mimpi2 tidak menjengah dalam tidurku.mimpi yang aku tak tahu samada sebuah peringatan atapun khabar berita.kata mereka2 yang aku kenali, jangan dipercayai mimpi2 malammu....kerana ia hanya mainan tidur.ada juga yg berkata kpd ku "jangan terlalu percayakan mimpi hang tu....tau tak mimpi peringatan ni hanya jika kita.........".ni yg berlaku bila aku menceritakan mimpiku kpd seorang yg aku kenali beberapa thn yg lalu.aku menceritakan kpdnya setelah aku membuat solat hajat kerana aku mipikan tentang dia....seoalah2 ada suatu masalah yg berlaku kpd dirinya.tp disangkalnya walaupun ada kebenarannya.aku cakap "tak suruh hang percaya mimpi aku ni...tp boleh amik iktibarkan'.sampai saat aku menaip ni masih terbayangkan mimpi itu.

masa aku belajar dulu boleh kata selalu juga aku bermimpi perkara yg jelas terbayang di mata pd keesokan harinya dan kadang2 masih jelas untuk beberapa tahun berikutnya.mungkin kebetulan berlaku apa yg dimimpikan itu samada dalam waktu terdekat ataupun berbulan selepas itu.jika shbt2 aku ada masalah, aku pernah termimpikan hal itu walaupun jauh jarak di antara kami.malah shbt aku juga pernah bermimpikan aku seolah dia tahu apa yg aku alami walaupun aku tak menceritakan pd dia.apatah lagi mimpi ibu dan ayah terhadap anaknya.kerana itu, masa thn 2 pengajianku, aku terpanggil untuk membuat research pasal mimpi ni bagi untuk assignment kelas B.I aku tu.aku ingat lagi kata2 ustaz Ismail Chong,pensyarah subjek Ulumul Hadith tentang mimpi ini, apa yg betul,peringatan atau mainan tidur.

Sudah lama juga tidurku kini tidak bertemankan mimpi2 seperti di atas itu.tapi akhir2 ni,selalu sangat sahabat2ku samada sahabat2 yang sudah lama tidak kutemui ataupun masih dapat dihubungi memasuki dlm mimpiku.ada yang berulang2 tayangannya untuk malam berikutnya.sahabat2, aku doakan moga sahabat2 sentiasa diRahmati Allah dan dipermudahkan urusan serta dijauhi segala bencana.

mimpi itu indah....jika mimpikan sesuatu yg menggembirakan hati kita malah mampu menceriakan hari kita bermula dgn pagi esoknya.
dalam hidup kita, kadang2 kita juga ber-mimpi.....dgn impian2 yg tercipta....namun janganlah kita bermimpi di siang hari...itu kata yg aku dengar...mungkin bermimpi seperti Mat Jenin kerana angan2nya itu.namun,kalau Mat Jenin tak jatuh pokok kelapa (ye ke)tu mungkin dia sudah menjadi O.T.A.B (orang terkaya dan ternama alaf baru)......
*bulan jun ni mesti ramai yang...makan bola,tidur bola,mimpi bola hehehe.

doa : `Ya Allah, aku bermohon kpdMu mendptkn mimpi yg baik dan benar lagi bukan kebohongan tetapi bermanfaat dan bukan mudarat'.Amiin.

date Sunday, May 23, 2010



2 hari je lagi untuk bersama budak2 tu
then mengadaplah kertas2 yang bakal menimbun2
then dapatlah berehat seketika dp hutan batu ini
terlalu letih rasanya.....
kerana keletihan itu.....kadangkala boleh hilang kewarasan seorang manusia
tapi...masih ada lagi yang menunggu untuk dimulakan......
pen dan kertas....biarlah aku menghirup udara segar dahulu
yang bersih,nyaman............
dah ternampak2 helang terbang bebas....terdengar2 suara merdu si air terjun.....

date Wednesday, May 19, 2010



manis....
segar....
nyaman...
berkhasiat...
bagi yang gemarkannya
jika menggunakan hanya sedikit gula dan susu.....

sambil minum sambil memicitkan kepala ni walau tak sakit.....lupa sejenak
apa itu tenaga nuklear.....apa itu judi.....apa itu apa ini.....

date Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari guru pada bondaku dan ayahandaku,cikgu,ustaz,ustazah dan pendidik2 anak bangsa tak kiralah di institusi pengajian mana sekali pun.
Ibu dan ayah adalah guru dan pendidik serta pembimbing anak2 walaupun profesion mereka bukanlah seorang guru.
Jasa guru tetap dikenang. Jikalau ada kesalahan yang dilakukan guru...maafkanlah mereka...mereka juga manusia biasa.
Cikgu....maafkan `aku' jika pernah membuat kesalahan ataupun melukakan hati cikgu ketika menimba ilmu dahulu.

Aku...tak nakal dalam kelas.Tapi pernah juga berdebat dgn guru dengan caraku yg masih kanak2 dan keanakan.
Kini....aku juga telah melalui pengalaman itu...aku tak pernah menyekat pelajar2ku daripada memberi pandangan mereka walaupun ia berbeza dgn pandanganku.
Dan aku sekarang amat mengerti perasaan guru2 ku dulu...
walaupun kadan2g aku tak mengerti perasaan segelintir guru2 dan anak murid sekarang.....

date Monday, May 17, 2010

..





mereka ini juga mahkluk Allah.
berkasih sayang juga penyanyang,hidup dalam berkumpulan,ada ketika menjadi terlalu `agresif' demi menjaga keselamatan ahli keluarga dan kumpulan masing2.
dikatakan mahkluk yang bijak dan mempunyai banyak persamaan dgn manusia sehinggakan ada yang sanggup dan sudi membenarkan teori Tok Darwinsm tuh.

bezanya mereka ini dgn manusia.....
mereka tak pernah ke sekolah ..kalau di Malaysia ni (taktau pulak kalau ada sekolah khas kat negara lain)..jadi mereka tak paham dan tak akan paham undang-undang yang manusia cipta...
mereka tak dapat nak membeli makanan dgn wang...sebab tu terpaksa menyelongkar dapur rumah manusia....dan akhirnya menjadi `ancaman' kepada manusia
mereka tak tahu bagaimana nak mengisi borang untuk mendapatkan hak milik rumah2 baru sebagai ganti kediaman mereka yg dipenuhi rumah2 manusia.....maka taman2 dan halaman rumah manusia menjadi tempat bereakrasi untuk ahli keluarga..mereka ini selalu menjadi pendatang asing di bumi manusia.....

kelebihannya manusia...dikurniakan akal fikiran...sudah tentunya Iman untuk org2 Islam dan mukmin.
kelebihannya mereka.....kerana akal tak secerdik manusia (kata manusia), mereka tak akan dipanggil untuk bersoal jawap tentang salah,betul,logik atau tidak,mempunyai alasan yang jitu ataupun tidak.....maka mereka tak perlu memeningkan kepala untuk memikirkan halal dan haram dalam membuat apa yang mereka mahukan untuk sebuah kebahagiaan dan kepuasan mungkin

manusia?.....kelebihannya....menggunakan akal yang dikaguminya sebagai bijak dalam berhujah dan memberi alasan dan sebab...sehingga mampu menghalalkan apa yang haram...

date Thursday, May 13, 2010


Pelem (filem) dan kita, kita dan wayang....
antara pelem yang aku rasa ramai pegi panggung, ramai nonton kat tv sekarang ni...antaranya adalah 3 di atas tu.Tah tiba2 rasa nak ckp pasal wayang pulak....izinkan aku pilih 3pelem ni.

Iron Man - seperti kisah2 super hero yg lain di mana yg kuat yg baik digantungkan harapan untuk menyelamatkan manusia lain dp segala masalah dan kekacauan yg timbul.
kehebatan2 super hero selalu ditonjolkan untuk meyakinkan kepentingan keujudan super hero tersebut.
apa pengajarannya dalam dunia realiti?
kalau di Malaya ini....banyak dak citer2 ala super hero Malaya Moden mcm Papaya,Cicak Man,Kubung Man,Keluang Man(Kartun) dan mcm2 Man lagi la....emmm

Adamaya - kisah cinta anak muda yang cuba disertakan dgn nilai2 murni dalam aspek berumahtangga, kesetian seorang suami, masalah yang timbul kerana masalah org ketiga,pilihan ibu bapa untuk pasangan anak mereka kadang kala menimbulkan masalah kemudiannya-adakah kerana tindakan ibu bapa ataupun si anak yg tidak boleh berfikir dgn rasional?
mmg ada dan mungkin bnyk yg terjadi dlm msyarakat kita.moga dpt beri pengajaran.....tetapi bnyk sgt isu2 ini yg diketengahkan dlm pelem2 kita......kadang2rasa bosan gak...tp itu realiti kut....
aku nonton kekadang tu sebab tarikan budak comel tu....mengingatkan aku pd `Alisya'.
emm.....

Ip Man - kisah sifu Bruce Lee dangan sifat humble beliau dalam mengangkat martabat kaum dan bangsanya melalui seni mempertahankan diri.Pelem Ip Man 1 dan 2 bagi aku, biarpun tak banyak sgt aksi2 lawan yg aku harapkan tapi cukup buat mata penonton terpukau lagi2 sapa yg minat dgn aksi mempertahankan diri ini.
aku selalu terfikir kenapalah bila aku nonton pelem Cina,India,Hindi-selalunya isu2 kemasyakaratan, konflik bangsa,semangat patriotisma dan values yg perlu ada yg diketengahkan dalam pelem mereka mampu membakar semangat si penonton2-kadangkala aku lupa aku ni bangsa mana kalau nak dirujuk kpd identiti kaum seseorang itu kerana bersemangat dan tenggelam dalam cerita pelem tersebut.atau aku mmg mudah lupa?......

*antara kata2 yg aku suka dlm pelem Ip Man..lebih kurang macam ni
"adakah berlawan untuk menentukan siapa yg menang (hebat) lebih bermakna dp makan malam dgn keluarga?" (ini kata2 Sifu itu kpd sifu martial art yg lain bila mahu beradu tenaga sedangkan waktu itu adalah waktu makan Sifu kedua itu bersama keluarganya".

"saya tidak akan membayar wang (mcm cukai terpaksa le) pada kamu jika itu untuk kepentingan peribadi kamu'. kata2 ini diucapkan kepada ketua sifu2 Martial Art kerana diminta membayar wang untuk di bayar kpd Pegawai Polis omputih sebagai syarat untuk membuka kelas seni mempertahankan diri.

kat Malaya ni bnyk sgt kisah2 sejarah yg boleh menjadi pengajaran dan membakar semangat patriotisma bansga kita.....namun aku nengok banyak kisah2 ni dijadikan dokumentari ataupun `kisah sejarah' yg tidak menarik minta penonton terutamanya aku...mungkin sebab jalan ceritanya.

*aku baru je nonton cd `Gadoh' untuk sekian kalinya....mmg tak jemu...tq pd shbt yg menghadiahkan cd ilmu ni.

date Tuesday, May 11, 2010





Dalam hidup mesti ada jenis2 evaluation, assessment yang diberikan oleh pihak tertentu secara rasmi,langsung ataupun tidak.
kalau bekerja dengan seseorang sebagai majikan kita....maka boss akan menilainya kan.
kalau mengajar....maka boss juga dan anak murid akan menilanya.
kalau bertugas dalam memberi khidmat kpd org ramai, juga akan dinilai setiap yg dilakukan.
kalau dalam suatu relationship, perhubungan samada dalam keluarga, dgn2 shbt2 dan dgn yang istimewa.....maka mereka ini akan menilainya.
kalau menulis buku,majalah,akhbar mahupun blog....ada pembaca yg akan menilainya secara serius ataupun tidak samada ia akan dinyatakan secara bertulis ataupun tidak

kita akan gembira jika penilaian ini memberi markah yg tinggi kpd kita, puji-pujian, hadiah,bonus....ia merupakan kredit utk kita.Namun, jika tidak seperti yang kita impikan atau bayangkan, sudah tentu ada impilikasinya yang tidak sama sekali kita harapkan ataupun pengakhirannya.....lalu sudah tentu akan membuat kita rasa pilu, kehilangan dan segala jenis kesedihan atau kebimbangan akan melanda emosi kita.

begitulah kehidupan kita......dinilai samada kita sedar ataupun tidak....samada ia datang daripada orang yang kita sedar kehadiran mereka ataupun tidak.....

Namun apa yang pastinya, tiap suatu dp kita itu tetap akan dinilai dan ditimbang tara mengikut apa yg dilakukan oleh kita. Penilaian ini sudah pasti akan dibuat oleh `Dia' berdasarkan rekod2 tugasan kita yg setiap hari di-update oleh `Staff2'-Nya yang tiada ragunya akan melakukan kerja2 dgn cekap dan amanah... dan tiada satu kesilapan pun akan berlaku dalam penilaian terakhir ini....namun yg ini kadang kala membuat kita, aku terlupa...sejenak ataupun untuk satu jangka masa yang kita tidak sedari.

*Apa saja penilaian yg dibuat oleh manusia.....aku tetap ingin beri kata2 penghargaan as a credit kpd :
Ibu2 dan Guru2 - Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Guru.
Moga diRahmati Allah selalu.Amiin.

date Monday, May 10, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu