minggu lepas, abis je marking paper aku terus gi beli tiket ketapi nak balik kampung...cuti wesak campur sabtu ahad,dapatlah duk kg beberapa hari.akhir2 ni aku selalu gak guna khidmat KTMB ni.
sampai je kat kaunter aku terus bgtau destinasi.amik masa yg agak lama juga untuk check dan proses tiket tu berbanding utk tiket komuter.satu kaunter je bukak.satu kaunter khas tuk ketapi antaranbandar tutup.sian pulak org yg berbaris panjang kat belakang aku.tapi kenapa depa tak beli tiket kat mesin tuh.(aku kata dlm hati je la).
Staff KTMB :"boleh saya tahu nama?"
Aku : nak kena tahu juga ke? (sejak bila pulak kena bagi nama yer)
Staff : yer, nak print atas tiket. Ni Cik ke Puan?
(emm...status pun nak tau jugak ke)
Bila dpt tiket, ia dicetak seperti ini : "En.Purple Crayon'.
Hahaha....
Tak lama tu komuter sampai....ada pengumuman..."coach kaler pink hanya utk ladies'.tapi bila ketapi sampai...takde satu pun yg kaler pink....seme coach campur2 je laki2 dan pompuan.
Sampai kl sentral, aku gi makan dulu.sampai tempat peberet aku tuh....ramainya manusia.bila dpt tempat tetiba ada sorang wanita ni dgn 3 org anak dia mint anak join aku sebab tempat lain seme dah penuh.aku ok je.sementara si ibu membeli beratur membeli makanan....si anak tu berbual dgn aku.pemurah dgn senyuman anak gadis tingkatan 3 ni.
"Cik (makcik....huh dah jadi makcik aku ni hehehe),sorang je ke ?'
"Ye.Adik ni dari mana nak ke mana?
"Dari CH nak balik umah kat S.Alam'.Dia dan adik2 baru je pindah ke CH ikut mak kena transfer kat sana.
"kenapa cik sorang je?' hahaha...aku senyum.
"dari opis terus ke sini". dia angguk...macam bnayak lagi nak tanya tu.....
"Best ke duk sana?Sekolah ok?'
"ok la, tapi biasa kat kl ni.Sekolah ok tapi cikgu.......tak ok le cik (senyum2).Kat sini dulu cikgu ok."
emm....then panjang lebar le cerita dia disampuk sesekali oleh adik lelaki yg darjah 6.Aku suka nengok si remaja ni, pemurah dgn senyuman.
Kemudian, ibunya pun datang...macam2 yg kami bualkan mcm dah kenal lama.Daripada isu CH hinggalah isu sekolah dan pendidikan.
Sebelum depa bergerak ke destinasi seterusnya, aku pesan la kat adik2 comel ni...belajar2 rajin2 jd anak2 soleh dna solehah (hehehe mcm dah kenal lama).Si bongsu tu lagi sekali mencelah "adik nak jadi saintis".aku senyum, Insya-Allah.
to be continued...

sekarang ni ramai gak kawan2,stdnts, kenalan yg demam selsema,demam batuk.moga cepat sembuh semuanya.Amiin.
yang paling ketara ialah demam bola sudah terasa....hatta rancangan tv pun ada kisah2makcik main bole,perang bola dan mcm2 bola lagi lah emmm....
demam cuti pun akan tiba tak lama lagi......cuti...rehatkan minda...terasa bebas seperti layang2.....layang2 tetap bertali....bertuan.....namun jgn jadi ibarat layang-layang yang terputus talinya.
berbalik kpd isu bola tadi...tahniahlah Encik Sukidin kerana berjaya jadi refree dunia walaupun team malaya tak dapat nak menyertainya hehehe.walaupun agak pelik kenapa bola yg satu tu jadi rebutan para pamain (bak kata setengah org), aku minat la jugak nonton asalkan jgnlah sampai melalaikan kita udahle.
Tadi aku jaga budak2 exam paper kesusasteraan Inggeris.tertarik nengok soalannya tentang `misplaced love' dalam novel dan filem yg depa belajaq dlm kelas.
aku ni bab sastera B.M pun tak reti apatah lagi sastera B.I.
cuma rasa berminat jugak kalau dpt menulis menggunakan lenggok sastera ni ataupun bahasa melayu tinggi.
apa maksud misplaced love?
adakah ia termasuk dlm kategori2 dialog2 di bawah ni?
"kalaulah saya tau dia tu bukan seorang ayah dan suami yg bertanggungjawab, saya dah tentu tak bercinta dan kahwin dgn dia'.(penuh kekesalan)
"hang tau dia tu keluarga yg berdarjat, mana sesuai berpasangan dgn dia'.
'si A tu memang dah `buta'.yg baik depan dia, dia tak nak.....yg buruk perangai tu jugak dia mau...mentang2 lah hensem'.
adakah unsur `misplaced love' ni ada dlm kisah2 seperti
*Laila Majnun?
*Romeo and Juliet?
*Tun Teja?
*Tun Fatimah?
*Puteri Gunung Ledang?
*Salina? (novel oleh Pak A.Samad ni mmg berat isunya tp sungguh bermakna mesejnya.
aku tak pernah nonton teater Salina tapi dpt bayangkan amat menarik dgn pelakun yg mantap(baca artikel tentang kisah ini)
ke....masih bnyk pengertian misplaced love ni?
ape pun jgnlah sampai menzalimi diri sendiri.kerana zalim itu adalah tidak meletakkan sesuatu pd tempatnya.....wallah hua'lam.

Kalau masa kecik2 dulu selalunya bermimpi yg tidak akan diingati setelah bangun pada keesokan harinya.
tentu sahabat2 juga pernah atau selalu bermimpi kan.pernah tak mimpi suatu yg sedih akhirnya tersedu2 menangis apabila terjaga daripada tidur ataupun tersenyum riang dek mimpi yang indah pada malam harinya.
sudah lama mimpi2 tidak menjengah dalam tidurku.mimpi yang aku tak tahu samada sebuah peringatan atapun khabar berita.kata mereka2 yang aku kenali, jangan dipercayai mimpi2 malammu....kerana ia hanya mainan tidur.ada juga yg berkata kpd ku "jangan terlalu percayakan mimpi hang tu....tau tak mimpi peringatan ni hanya jika kita.........".ni yg berlaku bila aku menceritakan mimpiku kpd seorang yg aku kenali beberapa thn yg lalu.aku menceritakan kpdnya setelah aku membuat solat hajat kerana aku mipikan tentang dia....seoalah2 ada suatu masalah yg berlaku kpd dirinya.tp disangkalnya walaupun ada kebenarannya.aku cakap "tak suruh hang percaya mimpi aku ni...tp boleh amik iktibarkan'.sampai saat aku menaip ni masih terbayangkan mimpi itu.
masa aku belajar dulu boleh kata selalu juga aku bermimpi perkara yg jelas terbayang di mata pd keesokan harinya dan kadang2 masih jelas untuk beberapa tahun berikutnya.mungkin kebetulan berlaku apa yg dimimpikan itu samada dalam waktu terdekat ataupun berbulan selepas itu.jika shbt2 aku ada masalah, aku pernah termimpikan hal itu walaupun jauh jarak di antara kami.malah shbt aku juga pernah bermimpikan aku seolah dia tahu apa yg aku alami walaupun aku tak menceritakan pd dia.apatah lagi mimpi ibu dan ayah terhadap anaknya.kerana itu, masa thn 2 pengajianku, aku terpanggil untuk membuat research pasal mimpi ni bagi untuk assignment kelas B.I aku tu.aku ingat lagi kata2 ustaz Ismail Chong,pensyarah subjek Ulumul Hadith tentang mimpi ini, apa yg betul,peringatan atau mainan tidur.
Sudah lama juga tidurku kini tidak bertemankan mimpi2 seperti di atas itu.tapi akhir2 ni,selalu sangat sahabat2ku samada sahabat2 yang sudah lama tidak kutemui ataupun masih dapat dihubungi memasuki dlm mimpiku.ada yang berulang2 tayangannya untuk malam berikutnya.sahabat2, aku doakan moga sahabat2 sentiasa diRahmati Allah dan dipermudahkan urusan serta dijauhi segala bencana.
mimpi itu indah....jika mimpikan sesuatu yg menggembirakan hati kita malah mampu menceriakan hari kita bermula dgn pagi esoknya.
dalam hidup kita, kadang2 kita juga ber-mimpi.....dgn impian2 yg tercipta....namun janganlah kita bermimpi di siang hari...itu kata yg aku dengar...mungkin bermimpi seperti Mat Jenin kerana angan2nya itu.namun,kalau Mat Jenin tak jatuh pokok kelapa (ye ke)tu mungkin dia sudah menjadi O.T.A.B (orang terkaya dan ternama alaf baru)......
*bulan jun ni mesti ramai yang...makan bola,tidur bola,mimpi bola hehehe.
doa : `Ya Allah, aku bermohon kpdMu mendptkn mimpi yg baik dan benar lagi bukan kebohongan tetapi bermanfaat dan bukan mudarat'.Amiin.


2 hari je lagi untuk bersama budak2 tu
then mengadaplah kertas2 yang bakal menimbun2
then dapatlah berehat seketika dp hutan batu ini
terlalu letih rasanya.....
kerana keletihan itu.....kadangkala boleh hilang kewarasan seorang manusia
tapi...masih ada lagi yang menunggu untuk dimulakan......
pen dan kertas....biarlah aku menghirup udara segar dahulu
yang bersih,nyaman............
dah ternampak2 helang terbang bebas....terdengar2 suara merdu si air terjun.....

manis....
segar....
nyaman...
berkhasiat...
bagi yang gemarkannya
jika menggunakan hanya sedikit gula dan susu.....
sambil minum sambil memicitkan kepala ni walau tak sakit.....lupa sejenak
apa itu tenaga nuklear.....apa itu judi.....apa itu apa ini.....
Selamat Hari guru pada bondaku dan ayahandaku,cikgu,ustaz,ustazah dan pendidik2 anak bangsa tak kiralah di institusi pengajian mana sekali pun.
Ibu dan ayah adalah guru dan pendidik serta pembimbing anak2 walaupun profesion mereka bukanlah seorang guru.
Jasa guru tetap dikenang. Jikalau ada kesalahan yang dilakukan guru...maafkanlah mereka...mereka juga manusia biasa.
Cikgu....maafkan `aku' jika pernah membuat kesalahan ataupun melukakan hati cikgu ketika menimba ilmu dahulu.
Aku...tak nakal dalam kelas.Tapi pernah juga berdebat dgn guru dengan caraku yg masih kanak2 dan keanakan.
Kini....aku juga telah melalui pengalaman itu...aku tak pernah menyekat pelajar2ku daripada memberi pandangan mereka walaupun ia berbeza dgn pandanganku.
Dan aku sekarang amat mengerti perasaan guru2 ku dulu...
walaupun kadan2g aku tak mengerti perasaan segelintir guru2 dan anak murid sekarang.....
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Tuesday, June 1, 2010