Jadi tahanan dalam kereta bapa
Oleh MOHD. AZLI ADLAN

TAIPING - Dua beradik yang sedang menunggu ibu bapa mereka di dalam sebuah kereta jenis Honda Accord menghadapi detik cemas apabila ditawan selama dua jam setelah kenderaan itu dilarikan tiga lelaki dalam kejadian di Kuala Kangsar dekat sini kelmarin.Kejadian pukul 9.30 malam itu berlaku apabila adik-beradik berkenaan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 16, dan Siti Haidar, 6, sedang menunggu ibu bapa mereka yang berurusan di sebuah kedai foto di situ dalam keadaan kereta itu tidak dimatikan enjinnya manakala pintunya pula tidak dikunci.Difahamkan, mereka dilarikan sejauh 25 kilometer (km) sebelum ditinggalkan di sebuah kawasan gelap di Liman Kati di sini.

Ibu mangsa, Fauziah Shaafie, 44, berkata, beliau dan suaminya, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, singgah ke kedai foto di Jalan Sagor, Kuala Kangsar untuk mengambil gambar yang dirakam sempena majlis minum petang bersama Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini."Kami meninggalkan anak kedua dan bongsu kami di dalam kereta yang tidak berkunci."Selepas 15 minit melihat gambar-gambar berkenaan, suami saya menyedari kereta kami telah tiada. Kami kemudian terus meluru keluar dari kedai itu dan mendapati Nurul Fatin Farhana dan Siti Haidar turut dilarikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting dekat sini semalam.

***********************
masih ramai org kita yang biasakan anak kecil dlm kereta seorang diri bila ingin masuk dlm kiosk, kedai, stesyen minyak.....dengan kereta yng masih ada kunci di dalamnya dan kereta dibiarkan tidak berkunci.moga jadi peringatan untuk kita semua.

date Wednesday, July 28, 2010

apa yang dilihat
dibaca
didengar
dialami
setiap tindakan
semuanya adalah sebahagian daripada
proses pembelajaran
dalam kehidupan
cuma kadang-kadang kita kurang peka
dengan tuntutan sekeliling kita
kerana ia mungkin berputar kembali
suatu hari nanti apa yg telah kita lalui
atau lakukan
tidak cukup dgn sijil dan sarjana yang dimiliki
Universiti Kehidupan itu
terlalu mahal harganya.

date Thursday, July 22, 2010

With time, women gain weight because we accumulate so much information and
wisdom in our heads that when there is no more room, it distributes out
to the rest of our bodies. So we aren't heavy, we are enormously cultured,
educated and happy.

Beginning today, when I look at my backside in the mirror I will think,
Good grief, look how smart I am!

Must be where 'Smart Arse' came from!

***************
hehehe....ape pun think positively...ye tak.
Bersyukur dan gembira dgn diri sendiri.Namun kalau nak buat perubahan yang baik utk
diri apa salahnya......jgn guna botox atau susuk udah le.

date Wednesday, July 21, 2010

Pengemis seksi jadi kaya kerana Internet
NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.
Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

*******************
setiap orang ada potensi diri.cuma untuk mengubah dan berubah.bertuahlah jika ada insan lain yg sudi membantu untuk perubahan diri yang positif.....semolek-moleknya dan sudah pastinya yang tidak menyimpang dari kebenaran.

date Tuesday, July 20, 2010

`Seketul daging itu jika baik ia, maka baiklah seluruh jasad.Itulah sekeping hati kan'.
Hati yang menyayangi saudara seIslam sentiasa inginkan kebaikan dan merasa gundah gulana bila melihat saudaranya jauh tersasar dp jalan yang benar.....walau hanya jauh segaris cuma.
Hati juga kadang2 menguasai minda yang seharusnya bijak dan waras dalam menangani sesuatu keadaan itu.

Hari ini aku menjadi pendengar kpd cerita dan kisah2 yang melibatkan hati.
Aku kagum dengan seorang pelajarku ini walaupun masih muda usianya, kasih sayang kpd sahabat yg lain untuk melihat mereka berjaya dan berada di atas garisan yang benar membuatkan dirinya resah.Moga dirimu lebih kuat mengharungi hidup ini...dan teruslah berkasih sayang di jalan Allah.
Moga Allah memberikan kekuatan kpd hati2 kita dengan Rahmat dan kasih sayang Allah.

date Monday, July 19, 2010

Hari tu kat entry sini aku ada tulih pasal komuter coach khas tuk ladies je kan.
kemudian skg dah ada idea utk adakan coach khas tuk wanita untuk lrt putra pulak.
awal smlm aku naik komuter ke kl dr subang...ni crite dia.
bila ketapi sampai...aku terus bergegas ke coach yg ada tampal kata2 khas tuk ladies only.aku tersenyum riang....terbayangkan semua pompuan je dlm coach tu..aku bukan la feminist cuma nak elak dp bersesak dgn kaum adam.bila masuk je, serta-merta senyuman aku hilang melihat ada beberapa spesis lain dlm coach tu. then bila coach tu berhenti kat satu stesyen...ada dua lagi spesis yg dilarang berada dlm coach ini masuk....sorang tu duk sebelah aku...sorang lagi duk sebelah sorang adik ni.aku nengok adik ni dah tensyen.Aku pun menegur jejaka sebelah aku bagitau ni coach khas tuk wanita je.dia mcm terkejut dan mcm nak gi coach lain. aku ckp la train dah jalan pun nak kuar mcm mana.duk je la.then aku berinjak ke seat rapat dgn adik tu.


Adik 1 : Kak, orang kita ni memang teruk la.Tak ikut undang2.
Aku : Depa tak tau baca kut apa yg ditulis kat dinding.
Adik 1 : takkan tak tahu baca.Saja perangai macam tu.
Aku : Depa kena pi tadika balik.
Adik 1 : Kalau kat negara org..boleh plak ikut rules.Org luar pun sama je. Kat sini
ikut suka dia je.(aku nengok ada 2-3 org luar negara.....selamba je muka dia...then masuk pulak couple...pakwe/suami dia pun selamba je)
Aku : Boleh land kan.Buat le apa saja.Maybe, depa tak perasan kut.
Adik 1 : Alaa saya yg 1st time naik coach ni boleh nampak sign tu kat pintu luar.
Aku : Takpe la dik.Sampai kl sentral, adik buat aduan ye.

Sampai ke stesyen Bank Negara...aku gi buat aduan kat kaunter.Kata si staff tu dia memang dah nampak tadi dan akan ambil tindakan.On the way balik...ada lagi jejaka2 dlm coach khas tu.Sampai di kl sentral....polis buat spot check dan minta jejaka2 ini keluar secra terhormat.Wanita sebelah aku dukung anak lelaki dia berumur 1 thn lebih.Dengan senyuman dia kata kat anak dia dan aku "Man ni mcm mana pulak". hehehe.
By right tak boleh la kan...kalau ikut kata2 tu: ONLY FOR LADIES. Maka `he-she' pun tak boleh la.

Sebenarnya aku boleh je duk dlm coach yang utk lelaki dan perempuan asalkan tak berhimpit2 bersesak.Tapi bila dah dibuat sesuatu seperti coach khas...jadi hormatilah ia. Itu je.Kalau tak, baik tak payah buat ye tak.

date Friday, July 16, 2010

ESQ akhirnya dapat lampu hijau
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@yahoo.com.my

PUTRAJAYA - Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia semalam memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ).

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai setelah pihaknya membincangkan isu kursus ESQ sebanyak tujuh kali bermula April tahun lalu sehingga mencapai keputusan muktamad pada 16 Jun lalu.

"Muzakarah juga memutuskan supaya ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti, perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul kursus motivasi anjuran ESQ itu kerana mendapati ajarannya menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Antaranya mendakwa bahawa para nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian serta menekankan konsep suara hati sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan.

Menurut Abdul Shukor, pihaknya juga memutuskan kursus ESQ yang dipelopori Dr. Ari Ginanjar Agustian dari Indonesia itu mendapat pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jelas beliau, pihaknya juga bersetuju membuat ketetapan bahawa panel syariah ESQ perlu bertanggungjawab serta memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada muzakarah.
************************************
kadang2 aku terlepas pandang juga isu2 penting yg berlaku dalam negara kita ni,cuma baru2 ni je aku terperasan isu ni dan membaca artikel2 maklum balas dp pihak2 yg terlibat; ESQ , dan komen2 pakar2.
ape pun.....kita sebagai individu ni perlu berhati2 sebab kadang2 mungkin bukan organisasi tersebut tetapi mereka yang mengendalikan sesuatu pogram mungkin membawa ajaran yg agak bertentangan dgn Islam tanpa kita sedari.jadi bukan hanya memantau organisasi tetapi juga kpd individu yg menyampaikan maklumat atau membuat pogram itu.

date Thursday, July 15, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu