Lama juge aku tak menulis di sini.Hari ni dan esok bebudak aku nengok citer tajuk `Hotel Rwanda'.Crite ni dah lama dan cd nya dipinjamkan oleh student aku dp Indonesia bertahun2 lalu.Sebab citer ni best, maka aku jadikannya as a compulsory movie utk kelas aku setiap semester.Aku duk cari2 gak cd ni utk dibeli dan jadi harta aku sendiri klu ada dijual di sini tapi lum jumpa. Cite ni pernah ditayangkan di Astro thn lepas.
Tiap kali ditayangkan kp students ni mesti ada yang mengeluarkan air mata terpaku mata menonton lakonan watak2 yg cukup bagus.
Inilah manusia apabila perasaan marah dan benci menguasai diri lebih2 lagi dipengaruhi isu2 perkauman, maka tumpahlah darah,terkorbanlah manusia yang sama bangsa dan warna kulitnya.Terdetik juga di hati, di negara kita yg tercinta pun,mcm2 hal berlaku sbb politik,ekonomi dlln.Klu tak dibendung secara baik, mmg pertumpahan darah boleh berlaku sperti mana sejarah hitam mencalit bumi Malaysia ni pada 13hbMei,1969.Apa yang ketara sekg ni sesama bangsa dan agama pun berpecah belah,menikam dari belakang hanya kerana berlainan fikrah ataupun ada yang kerana untuk kepentingan masing2.
Esok, pelajar2 aku akan menonton sambungan cerita ni.Aku dah pesan, klu hari ni sedih dan terkejut, esok lagi la bnyk suspens nye..sediakanlah tisu bebanyak, paling penting pastikan jantung anda dlm keadaan baik.