Kisah hidup rakyat palestin di bumi Palestine sudah kita ketahui apa yg berlaku sejak berpuluh2 tahun yang lalu.kekejaman zionist yahudi menjadi sebutan dan memarakkan lagi api kebencian di kalangan manusia terutamanya umat Islam.Namun apakah bantuan yang dapat diberikan oleh mereka2 yang mengaku tidak berkuasa untuk melakukannya?Apakah bantuan dan pertolongan yang wajib diberikan oleh umat manusia kpd bangsa palestin ini?Dah terlalu banyak meja rundingan, rundingan meja bulat, makan2, amik gambar, publish dlm paper, berita namun kekejaman zionis nampaknya makin berleluasa.kita dah tahu org tu mmg jahat, so org jahat pastilah jahat juga yg dilakukannya.namun mereka2 yg baik dan tidak jahat ini malah lagi berkuasa,berharta apa yg telah dilakukan untuk membantu golongan ini?
Rakyat palestin sekuran2gnya diberi ruang dan peluang berjihad,mati syahid jika benar2 berjuang,mempertahankan hak mereka demi Islam dan Allah.air mata orang2 yg di luar bumi palestin bagaimana pula?air mata manusia di bumi Malaya ini?mungkin ada juga yang tidak sedar kita juga sama terjebak dalam masalah yang besar, bezanya mungkin senjata yang mengancam kita adalah merobek keimanan,aqidah dan siasah diri kita.
Mlm semalam aku menghadirkan diri di majlis Tears of Palestine anjuran Persatuan Islam kat kolej (SUCI Society) dan pencemarah jemputannya adalah Brother Dr.Abdulah Maarof.Beliau terbang dr palestine untuk berada di bumi Malaya ini selama 3 minggu untuk misi menyampaikan pesanan kpd kita tentang keadaan rakyat Muslim palestin di sana.Zionis yahudi itu telah pun melancarkan misi seterusnya iaitu untuk merampas kawasan yg paling penting di dalam kawasan masjidil aqsa itu dan melancarkan propaganda yg sudah semestinya untuk menyokong tindakan mereka dan sduah tentu mendapat sokongan dari segi kewangan,kuasa dlln dp penyokong setia mereka yg sudah kita maklumkan.Menurut bro. Abdullah ini, misi ini akan dipastikan berjaya pd tahun 2010 ini juga oleh pihak zionis.Jika tempat mulia ini jatuh ke tangan zionis yahudi ini, kekacauan yg paling besar akan melanda manusia sejagat lebih2 lagi umat Islam.aku masih persoalkan soal `unity' di kalangan umat Islam itu sendiri maupun dr dalam kawasan tersebut?bersatu kita teguh bercerai kita roboh.tapi ini tidak terjadi.sesungguhnya sudah jelas kekuatan, keberanian telah berada kukuh dalam diri musuh2 itu kerana kelemahan dan kealpaan umat Islam itu sendiri.
Majlis `Tears of Palestin' ini akan berlangsung lagi pada :
8hb Mei - di stadium Melewati. dan
23 Mei (akan diberitahu detail kemudian,sahabat2 pun bolehlah tolong maklumkan jika ada info).
Moga apa yg berlaku memberi pengajaran yg amat bermakna kpd kita semua.Lakukanlah sesuatu walaupun kecil pada pandangan mata kita sebagai sumbangan untuk kebaikan sejagat.
emosi 1 : tersenyum dan bercampur gembira sedikit bila mendapat email jemputan untuk bentang paper.walau aku bukan arif dlm isu ni tp aku berminat dgn tajuk ni.lagi happy bila aku call tuan penasihat aku dan beliau as usual setuju untuk membantu.thanx.
emoasi eppy ni bercampur dgn risau sedikit sebab tarikh yg diberi utk hantar paper tu terlalu singkat...ekspress gitu.
emsoi 2: aku nengok susan senyum dan setuju bila aku ajak gi breakfast nasi lemak..tu kegemaran dia..bila balik canada nanti sure dia termimpi2kan nasi lemak hehehe.masa tgh mkn dgn dia, dia bgtau yg ayah dia baru je terlantar kat spital,high blood pressure, sukar bernafas.aku tumpang rasa sedih dan simpati. nengok wajah shbt aku ni pun membuatkan aku rasa sayu.dia kontrol kesedihan tu.lagi2 bila keluarga jauh dp kita.aku pernah jumpa ayah, mak dan adik dia sebelum krismas thn lepas bila depa dtg melawat susan.ayah dia mmg kelihatan sihat dan cergas.moga ayah susan cepat sembuh.
emosi 3: aku baca paper online pagi ni mcm biasa ada berita happy,sedih, teruja,terkejut,menyampah dan lain2.tp berita yg satu ni tak sanggup aku baca,sungguh ngeri.kenapalah akhri2 ni bnyk sgt kisah suami,isteri,ahli keluarga asyik nak menyembelih,mencederakan ahli keluarga tak kiralah guna asid ke,pisau ke termasuklah senjata emosi.dah jadi tak selamat pulak dlm rumah sendiri.nauzubillah.
emosi 4: lihat calendar.tingal dua mingu lebih je sebelum final exam.bnyk yg kena buat tp hati dah tak sabr nak bercuti pd bulan jun.lihat bulan jun....hatiku berbunga riang hehehehe.
Sebenarnya dah lama aku berfikir2 nak menulis semula tentang apa2 saja yg berkaitan dgn sejarah kehidupan manusia.tapi nak memulakan kajian tu yg membuatkan niat aku tu terhenti seketika (lama la jugak sebenarnya).
insya-Allah, aku cuba tulis sikit2 apa yg ada sambil mencari bahan semampu yang boleh.
kalau sahabat2 ada tambahan info, cadangan silalah maklumkan ye.
Aku mula dulu dengan sejarah (kisah,fakta maybe ada mitos dlln) tentang kampungku dan daerah tempat asal mak aku.
PARIT BUNTAR.
Mengikut cerita asal org2 lama dahulu kala yang disampaikan secara lisan akhirnya sampai ke telingaku; kawasan2 di sekitar pekan parit buntar sehingga ke Simpang Lima dahulu kala dipenuhi dengan hutan dan ladang getah.Rumah2 boleh dikira dgn jari.Mungkin terdapat 2-3 buah rumah sahaja bagi satu kawasan yg kecil tu.
Akibat masalah dalaman yg timbul dalam negeri2 seperti peperangan,kekacauan,kurang sumber makanan dan lain maka berhijrahlah penduduk2 dari Kedah dan berkampung di satu tempat di sini yg dinamakan `Kampung Kedah'. Tak jauh daripada tempat ini terdapat pula `Kampung Melaka'.
Jika diintai jauh lagi ke dalam iaitu di kawasan Kuala Kurau,Tanjung Piandang kebanyakan penduduknya adalah berketurunan Banjar di mana orang dulu kalanya berhijrah dp daerah banjir masin di Indonesia. Terdapat juga minoriti orang `Kemboja' yang juga berhijrah dr negara asalnya.
Parit Buntar yang terletak di antara kawasan Bandar Baharu milik negeri Kedah dan Nibong Tebal milik Pulau Pinang dulunya dikenali sebagai Daerah Kerian ketika zaman pemerintahan British dahulu.Kawasan Kerian ini dikenali sebagai kawasan padi yang menghijau.Inilah pekerjaan utama penduduk di sini.Apabila tentera Jepun datang ke sini, ramai penduduk di situ (termasuklah arwah nenekku) akan lari ke dalam hutan yang jauh dp rumah pada siang harinya dan kembali ke rumah pd lewat malamnya.
Dalam tahun 1980an, penduduk di sana masih menggunakan bas sebagai transport utama.Masih lagi aku ingat pasar malam di pekan lama Parit Buntar iaitu di tepi sungai yang bersempadan dengan Bandar Baharu Kedah menjadi tumpuan utama penduduk untuk mencari rezeki dan juga untuk membeli produk2 yang diinginkan.Berbanding dengan keadaan sekarang, pasar pagi, pasar tani, pasar malam,kedai2 makan boleh dikunjungi setiap hari dan bila2 masa sahaja.Malah boleh dikatakan Pusat Bandar Parit Buntar ibarat small city of Kuala Lumpur sekarang ini.Bagiku, tidaklah menjadi satu kebanggaan bagiku.
Sejarah hitam tercipta apabila sekumpulan pelajar2 sekolah lemas di sungai yang memisahkan kawasan Parit Buntar dan Bandar Baharu.Sejenis kapal (atau konsep rakit...tak sure..akan disahkan nanti) yang digunakan sebagai transport pada hari itu telah karam dan aliran sungainya terlalu deras.Kisah sedih ini rupanya mampu mengubah sejarah iaitu sebuah jambatan telah dibina yang menyambungkan Parit Buntar dan Bandar Baharu.Inilah harga yang perlu dibayar untuk sesatu perubahan.Selepas kejadian itu hanya sampan kecil digunakan untuk penumpang yang tidak melebihi 10 org.Kini,hanya jambatan yang digunakan untuk menyeberangi sungai tersebut.Kawasan untuk berehat telah dibina dengan design yang menarik. Namun aku rasa perlu ada buat sesuatu di situ untuk menjadikan tempat itu lebih menarik dan bermanfaat dp menjadi tempat pasangan memadu kasih mungkin, apabila bulan purnama menunjukkan dirinya.
Apakah keistimewaan Parit Buntar ini?Kalau dahulunya ia hijau saja dikelilingi sawah padi.Namun sekarang mana2 sahaja boleh kelihatan kawasan perumahan baru yang menjamin keuntungan pemlik tanah,pemaju dan juga penduduk yang ingin mempunyai rumah sendiri yang bukan lagi di dalam kawasan pendalaman. Sebelum itu, kawasan di Simpang Lima telah bertukar menjadi kawasan industri dalam era 1980an di mana banyak kilang2 didirikan lalu menjadi punca pendapatan bagi penduduk di kampung terutamanya anak-anak muda dan ibu tunggal.Walaupun pendapatan hanya sedikit tapi sudah cukup untuk ibu tunggal seperti salah seorang ibu sedaraku yang membesarkan anak2nya.Apabila pemodenan berlaku, cara hidup pun berubah. Tidak dinafikan keujudan kilang2 ini mampu memberi nafas baru kepada mereka yang memerlukan pekerjaan yang terjamin pendapatan bulanannya namun keujduan sebuah kilang yang larhir daripada satu keraguan sepatutnya diambil iktibar sampai bila2.Keujudannya masih kukuh hingga kini dan memang benar ia menjadi punca pendapatan pekerja2 di situ.Namun keselamatan penduduk2 di daerah itu seharusnya diambil berat.
Di sebalik kemodenan yang ada,tidak dapat dinafikan apa yang ujud dahulunya patut dikenang dan setiap perubahan ini patutnya menjadi suatu iktibar.Sawah padi makin hari makin hilang daripada bumi Parit Buntar ini.Makin hari kawasan rumah batu akan terhasil.Ada suara-suara petani yang mengatakan hasil sekarang tidak sama seprti dahulu lagi.Lalu tanah yang dipenuhi rumpun2 padi dahulu kalanya sudah bertukar menjadi istana batu.
Kehidupan penduduk2 di sini terutamanya anak2 melayu sudah maju, jauh ke hadapan, malah ramai ibu bapa yang mampu menghantar anak2 belajar ke tahap tinggi yang mampu.
Namun, aku masih mengharap sesuatu daripada kemodenan ini.Moga apa yang masih ada daripada sejarah yang lalu masih setia disitu dan tidak akan terpadam sekurang2nya mampu memberikan suatu kisah pengajaran bagi penghuni bumi Parit Buntar ini.

sang mentari ......tanpa cahayanya, gelaplah dunia
sang purnama,tanpa kehadirannya, merisaukan kita

twinkle2 little star, tanpanya, angaksaraya hilang serinya.
masa aku nak type nih, ujan dgn lebat...teringat lagu sudirman...hujan yg turun...peghh tu sentimentol....syahdu gitu...tapi mood aku waktu nih takle syahdu.ujan2 ni sejuk sket hati ni kalau nak marah pun tak jadi la kan.makin muda ni, kena knontrol perasaan marah kan.aku salute kengkawan yg kuat daya kesabarannya dan cool je :).
jumaat awal petang kakiku dilanda krem sungguh menyakitkan.aku ingat kejap je rupenye berlarutan beberapa hari.aku jumpa doktor, katanye muscle pain.maybe letih sgt bekerja, tak thn sejuk aircond opis tuh plus aku dah tersilap minum strong nescafe dua kali yg mmg badan aku tak leh nak terima.masa minum time lunch dgn kenkawan, aku ok.masuk opis, kepala dah pening.sampai umah tetiba kaki aku krem.nak berdiri pun sakit.doktor ckp aku kena stop dulu gi gym.so, bosannya aku, smlm dan harini aku kat umah.mulalah aku teringat kengkawan aku,teringin nak gi sana sini.......emmm.aku tipon mak aliysa, tanya khabar.ingat nak berckp dgn puteri alisya ni yg berumur 3 thn lebih.thn ni aliysa sambut bday yg ke-4 yer.
alisya ni adalah seorang puteri kpd jiran mak abah aku dulu.skg family dia pindah jauh sket dp umah mak abah aku. yg ada gambarya kat tepi blog aku ni.walaupun aku jarang dpt jumpa dgn dia, tp aku taktau kenapa aku sayang sgt kat dia.harini rindu sgt kat dia.kata ibunya tadi, alisya takde kat situ, gi main dgn paksunya. mendengar cerita ibunya tadi, aku tersenyum sendirian.alisya baru2 ni mimpi mengigau sebut nama `aunty purple'.ada jugak org ingat kat aku hehehe.
teringat aku dgn telatah si puteri cilik ni.masa gi ke tg dawai dgn family aku dan family dia.happy sgt dia sampai nangis2 tanak balik.yg paling menceriakan bila dia membaca doa makan dgn bersungguh2 dan kami semua mengaminkan.aku saja meminta dia baca doa sekali lagi sebab nak amik gambar.jawapnnya `no.no (sambil tunjuk jari mungil tu dan geleng2 kepala)sekali je...dah baca tadi'.sambil menyuap nasi lemak.kata abah aku, ye la, baca ape berkali2 yer alysa.hehehe.family2 yg ada kat restoran tu memerhatikan je waktu dia baca doa tadi.lagi satu bila dia menyanyikan lagu khas tuk aku, kak purple (kata si ayahnya) tapi alisya cakap, aunty purple hehehe.kata ibunya, mmg kita tak paham apa yg dia kata.yg pastinya ni lagu inggeris yg cikgu ajar kat tadika.hehehe.moga puteri aliysa membesar menjadi seorang anak yg sihat,solehah,bijak dan tabah melalui kehidupan ini.
mmg benar hidup ini amat singkat.apa yang boleh membuatkan kita aku happy, itu yg patut kita lakukan, ye tak. aku akan cuba untuk lebih menghargai hidup lebih2 lagi amat memenatkan bila aku memberi ruang pintu2 kesedihan,kemarahan,apa saja yg menyesakkan kepalaku selama ni.
ujan masih lebat.apa citer best hari ni kat tv......hahaha.....arthur ku nampaknye tak muncul di kaca tv harini.selemat berehat semuanya sebelum kembali bertugas esoknya.
lagu dp aku.....:)
Love will never lie. (MLTR).
Nothing can stop emotions
that run down the sides of your face
Wish i could change this moment to
another time and place
Nothing you say can move me
I've chosen the road that I'm on
I have to join the fight for freedom
until the war is won
Chorus:
We will keep the faith between us
if we only try
We will keep the truth inside us
love will never lie
Someone will always hear you
Care about you when you cry
But no one can hear my heart is breaking
as I say goodbye
Chorus:
We will keep the faith between us
if we only try
We will keep the truth inside us
love will never lie.

kelopak, kelepung.......
selamat mendirikan mesjid,moga semuanya berlandaskan ajaran Islam yg satu.

to have a happy family ever after.....

smile always ya.........
aku dpt bnyk jemputan dp kwn2 dan kenalan2.
Insya-Allah aku nengok jadual aku dulu (mengalahkan pak mak menteri hehehe) moga dptlah aku bertandang ke kenduri shbt2 ini walaupun sekejap.Bulan mei ni bulan exam,jaga exam,marking papers....kalau aku tak dpt hadir mohon maaf dipinta.
Tq again kerana sudi menjemput.
Pagi ni aku nengok peti surat aku kat opis ni.....jeng jeng dpt lagi satu kad bersampul kaler coklat merelit merelap gitu. Oooo lagi sorang rakan sekerja aku nak kenduri 9 jun ni.Tingin gak nak nengok budaya sikh ni walaupun buat di otel.Satu malaysia beb hehehe.
Aku doakan shbt2 aku yg nak berumahtangga atau tanpa tangga, moga segala urusan dipermudahkan Allah dan berbahagia di dunia dan akhirat. Satu je pesan aku, hargailah apa yg ada dan diperolehi lebih2 lagi dgn keluarga yg dimiliki.Jangan menidakkan apa yg diperolehi.
Satu lagi pesan aku.....ayam golek, itik golek tuk pengantin tu buat le satu tuk aku jugak hehehe.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Friday, May 7, 2010
