Rahsia Jadi Ayah Yang Berkesan(Oleh Endok Sempo Mohd Tahir)(di blog wanita JIM)
BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:
*Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.
*Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.
*Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.
*Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.
*Anak yang tidak berbapa.Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.
*Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
--> Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
-->Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
-->Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)
*Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan.
Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-
--> Bapa yang komited dan bertanggungjawab.Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga.
--> Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.
--> Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!
--> Kenali anak anda.Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka.
--> Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada merekal Istiqamah (tetap pendirian) .Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.
*Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu:
--> hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan);
--> sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan;
--> mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.
--> melindungi, menyara dan mendoakan.Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah.
--> Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis.
--> Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat. Mencintai ibu mereka.Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.
Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.l Menjadi pendengar yang baik.Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.
Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.l Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama.
Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid.
Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.Selamat Hari Bapa!
PENULIS boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com dan persoalan boleh dilihat di www.wanitjimceria.blogspot.com
posted by Wanita JI
3 comments to “Rahsia Jadi Ayah Yang Berkesan”
-
IKRAB family
June 10, 2008 at 5:08 PMsaya faham perasaan akak memang sedih kehilangan ayah atau ibu tercinta.lagi2 bnyk memori kan, mesti sukar nak lupa malah tak akan lupa.moga Allah merahmati ibu bapa kita,kak.
-
January 1, 2010 at 4:51 PMWhen I type the first letter of the person I'm emailing on my iPhone all these other addresses show up that start with the same letter but aren't in my contact list. How do I delete those from displaying in this situation? I've cleared my Safari cache, history and cookies.
________________
[url=http://unlockiphone22.com]unlock iphone[/url]
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
June 10, 2008 at 11:03 AM
Salam Azwari..
Kak tirana dah lama kehilangan ayah.. tapi sempat jugaklah merasa kasihsayangnya selama 10tahun. Sampai kini pun masih terbayang-bayang rupa dan perwatakannya. Masakan boleh dilupa..ayah kandung itu lah seorang di dunia dan di akhirat..tidak boleh dicari ganti.