emm lapaqla pulak tengok gambaq sotong goreng tepung nih .bleh la sapa-sapa nak cuba resepi nih.





Bahan-bahannya;


4 ekor Sotong saiz besar - di hiris bulat2 dan dibersihkan


Tepung gandum,tepung beras,tepung jagung (diambil 3 sudu makan bg tiap tepung dan dicampur)


garam, rempah kari daging (1 sudu makan)


1 sudu kecil jintan manis ditumbuh halus


2 biji telur (asingkan putih dan kuning)


1 mangkuk sederhana besar minyak utk menggoreng





Caranya:


*Tepung tadi digaul dlm mangkuk dgn garam,rempah dan jintan manis tadi.


*Putih telur dipukul sebati dan dikaup dl tepung tadi dan digaul.


*Celupkan sotong tadi satu persatu dlm tepung tadi.


*Panaskan minyak dlm kuali (lebih kurang 1 mangkuk sederhana besar cukup untuk tenggelamkan sotong tuh)


*Kuning telur hendaklah dipukul ebati di dalam mangkuk berasingan.


*Sotong yang dicelup tepung tadi hendaklah dicelup dlm kuning telur dan digoreng dgn api sederhana besar.


*Bila sotong sudah kekuningan nak keperangan bolehlah diangkat. Sedap di makan dgn nasi panas2.





* resepi ni boleh juga digunakan utk hirisan ayam.dan ditaburkan bijan keatas kepingan ayam yang dicelup ke dalam kuning telur sebelum digoreng.





*resepi ni juga boleh digunakan untuk cendawan putih yang bnyk jual di pasar mlm atau pasaraya (bukan cendawan butang),apa namenye ye, warna putih, kalau disusu jadi mcm kelopak bunga.



* resepi ini tiak menggunakan air.boleh juga resepi satu lagi dgn menggunakan bahan yg sama cuma campuran tepung tadi dibancuh dgn sedikit air mcm buat jemput2 atau cekodok sebagai batter.

Selamat mencuba.

date Tuesday, June 17, 2008

7 comments to “SOTONG GORENG TEPUNG”

  1. Tirana
    June 17, 2008 at 4:27 PM

    Wow..sodap nampaknya sotong goreng ni...bila2 beli sotong boleh la cuba..tapi sotong mahal la..tapi sekarang ni apa yang tak mahal...semua mahal..ish..

  1. IKRAB family
    June 17, 2008 at 4:43 PM

    kak, yg dlm gambar tuh resepinye guna air cmpur dgn tepung jadikan batter.selalu saya buat tak guna air.seme baranag dah mahal kak cumanya klu buat sendiri murah le sket banding dgn mkn kat luar ye tak. sya nak cuba udang goreng butter plak...nampak senang tapi susah gak nak wat tuh.akak ada resepi yg mudah?

  1. TyRoX SaN
    June 17, 2008 at 11:18 PM

    woooohoooo.


    sodap.....

    x pe . arinie lepas keja nak pg beli sotong jap. hoho

  1. IKRAB family
    June 18, 2008 at 1:39 PM

    wah bagus-bagus, akmal, nak ganti dgn udang pun bleh.selamat mencuba.oh ye kalau nak cuba resepi yang campur air dlm tepung2 tuh, telur kuning pun dicampur sekali lepas buh air tuh mcm buat cucuq udang tuh.

  1. TyRoX SaN
    July 3, 2008 at 4:22 PM

    lama nampak menyepi

  1. Anonymous
    July 15, 2008 at 11:31 AM

    Kak shima...
    Az nakpakai resepi nie nak masak sotong goreng jap lagi....terliur la pulak....

  1. IKRAB family
    July 15, 2008 at 12:02 PM

    hi tyrox, ye cuti haritu lepas cuti dmam plak dekat 3 minggu lemah seluruh badan.ni dah sem baru mula dgn pihak MQA (LAN) nak mai pulak sini next week. bila nak cuti lagi ni he he he.

    Az, cubala yg guna air ataupun tidak pilih je.Then,huluqla sepinggan dgn nasi goreng Az yg superb tu he he he.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu