Saat menanti lamaran
Bilakah hubungan cinta yang dijalin sejak sekian lama akan berakhir dengan ikatan perkahwinan? (Kosmo Online,17hb.Julai,2008)


Ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat atau saudara-mara, tiba-tiba hati terusik dengan seribu satu persoalan: "Bilakah pula tiba giliran aku?" atau "Bercinta sudah lama, tetapi kahwinnya tidak, bila agaknya sampai saat ini?"
"Hendak bertanya kepada si dia, mungkin dianggap soalan cepu emas buatnya, tetapi sampai bila kamu harus menunggu lamarannya?

Mungkin itulah kata-kata yang sering menganggu fikiran kamu tatkala melihat sebentuk cincin mula disarungkan ke jari manis insan paling dekat dengan kamu, lebih-lebih lagi rakan baikmu.
Pada dasarnya, perkahwinan merupakan saat paling dinanti-nantikan setiap pasangan lelaki mahupun wanita. Ia juga merupakan anjakan seterusnya dalam mengukuhkan lagi ikatan perhubungan.
Apa yang diharapkan dalam percintaan hanyalah kesinambungan intuisi percintaan. Setelah sekian lama mengharung pelbagai rintangan, onak dan duri, kini sudah tiba masanya kamu menamatkan sebuah perjuangan yang ditunggu selama ini.
Menanti yang belum pasti tiba, antara bicara cinta wanita buat si dia yang begitu payah melafazkan bicara akhir. Intim minggu ini berkongsi rahsia kenapa lelaki masih sukar untuk membuat lamaran terhadap kekasihnya.

Sensitif akan putaran waktu
Lelaki tidak gemar dirinya terikat pada usia muda. Hidupnya lebih senang sekiranya tiada sebarang bebanan kerja mahupun tugasan di rumah, lebih-lebih lagi pada waktu cuti mereka.
Baginya, putaran waktu lelaki adalah berbeza dengan kaum wanita. Alasannya ialah kecanggihan teknologi perubatan membenarkan wanita berusia lebih 40-an melahirkan cahaya mata dan mengambil berat tentang penjagaan anak. Tetapi bagi kaum lelaki, sekiranya mereka melakukan tanpa sebuah keikhlasan, mungkin ia akan menggugat rutin kehidupan dan menjadi bebanan untuk melalui semua itu.

Ini adalah alasan terbaik bagi lelaki yang sukar melemparkan kata lamaran. Berbanding seperti kamu, seorang wanita yang bersikap natural.
Takut hari penting.Bukan seperti semua wanita yang mengimpikan hari bersejarah dalam hidup mereka. Menyarung busana perkahwinan pada majlis bersejarah adalah impian setiap wanita.
Tetapi tidak bagi lelaki. Memutuskan untuk berkahwin dengan wanita idaman membuatkan mereka takut untuk berfikir dengan lebih serius.
Bukan kerana mereka tidak mahu menghabiskan masa dengan insan tersayang, tetapi dengan persediaan yang kurang mencukupi untuk mengadakan resepsi perkahwinan, lebih-lebih lagi apabila dunia dilanda masalah kewangan, membuatkan mereka takut untuk berfikir tentang alam perkahwinan.

Untuk menyelesaikan tanggapan sebegini, apa kata kamu menasihati si dia agar menyimpan duit mulai dari sekarang serta memberi contoh yang baik kepadanya. Jangan pula lupa menerangkan maksud sebenar tentang perhubungan dalam perkahwinan.
Perlu persediaan
Sememangnya benar, romantis dalam perhubungan membuatkan ikatan percintaan menjadi bertambah teguh. Tetapi, kepercayaan dalam sebuah perkahwinan adalah masa terbaik untuk kamu berdua merancang, menambah dan menguruskan hal kewangan.
Sekiranya perancangan tidak dilakukan dengan serius, ia akan memberi kesan kepada kehidupan rumah tangga dan anak-anak nanti. Peluang untuk dia melamar adalah sangat tipis memandangkan tiada perancangan kehidupan untuk masa hadapan.

Untuk mengubatinya, rancanglah setiap intipati kehidupan kamu berdua dikemudian hari dan motivasi diri untuk mencapai masa depan yang lebih cemerlang.
Fobia saat melamar .Mungkin kamu tidak menyedari pada hakikatnya, lelaki begitu takut hendak menyatakan lamaran cintanya demi mewujudkan sebuah hubungan bersama insan tersayang.Berfikir tentang kehidupannya selepas berkahwin, apatah lagi mendengar pelbagai isu yang melibatkan keretakan rumah tangga, membuatkan dirinya takut untuk melamar.
Paling menakutkan ketika menanti keputusan yang dibuat ahli keluarga sebelah perempuan, sama ada menerima lamaran dengan memutuskan pelbagai syarat atau menolak dengan pelbagai alasan.

Akhirnya, sekiranya kamu bersedia menempuhi kehidupan di peringkat seterusnya, tetapi masih tidak dapat mempertimbangkan keputusan lamaran, sebaik-baiknya mintalah nasihat rakan atau pakar kaunseling. - NOOR HASLIZA NUSI.

* saje jek aku letak artikel ni kat sini, rasa tertarik hati pulak nak kongsi dgn kengkawan. mcm2 sebab dan juga kengkadang tu alasaj jek yg diberikan, contoh tak cukup duit, tak sangat mengenali pasangan dan ada juga yg actually dia dah ada org lain tuh.

*cuma aku terfikir ada juga pasangan muda yg beriya2 nak melamar dan berkahwin sedangkan belum mampu, dr segi kewangan,persediaan (memahami ajaran agama,tanggungjwp) dan lain2.apepun ia bergantung pada kesungguhan dan keikhlasan dalam mencipta perhubungan yg suci.

*maafla aku menyentuh isu2 di sni tak berniat nak menyinggung sesapa. ada le sorang hamba Allah ni nak sgt melamar dan nak berkahwin. tapi yg tak syoknya, semua ahli2 keluarga termasuk abang2,sedara2, pakcik makcik dipanggil bermesyuarat utk membantu dr segi kewangan.patut ke mcm tu?ada pro dan kons ye tak. cuma aku teringat dulu ada kerajaan selangor/wilayah, tak ingat la...ada anjurkan berkahwin secara ramai2 untuk jimatkan kos dan diberi bantuan. isu ni pun diperdebatkan juge dulu.

date Thursday, July 17, 2008

5 comments to “Fobia atau alasan jek.”

  1. ummzaid
    July 18, 2008 at 8:23 AM

    Assalamu alaikum Khaulah..

    berkongsi dengan sedara mara utk kenduri?

    ya, kak zeem setuju. ada sesetengah keluarga mereka amat bantu-membantu dlm hal2 kenduri-kendara gitu.. ibarat ringan sama dijinjing berat sama digalas..

    tapi...

    kena adillah, maknanya, kenalah sama2 keluar belanja utk semua keluarga, jgn hanya yg pilih2, mana nak share mana yg tak nak..

    khaulah sihat?

  1. IKRAB family
    July 18, 2008 at 11:00 AM

    wslm kak zeem.saya sht alhmdlh.lama tak dgr citer akak.tak balik cuti kat mysia ke?

    bantu-membantu mmg amalan mulia kak, malah dulu kala time kenduri juran2 pun dtg bantu, tlg masak, beri tepung, gula, sumbangan duit,daging serba sedikit sebelumkenduri bermula.

    cuma yg tak bestnye dlm isu yg dibincangkan bila semuanya diletak ke atas bahu orang lain, atau seseorang.ada shbt yg mengadu, adik lelaki nak kawin, dia yg perempuan pulak diminta ibu bapa mengeluarkan semua belanja. ape pun terserah pd perbincangan dan persetujuan keluarga yang terlibat ye tak.

  1. ummzaid
    July 18, 2008 at 9:37 PM

    jiran2 bg barang2..teringat masa dulu2, bila kenduri sejauh2 jiran pun mesti dtg sekurang2nya sekilo gula.. :)

    masyarakat kita dah dikira moden..org lelaki ramai yg tak mahu jd qawwamun kpd wanita2 lg dah.. lebih2 lg kalau yg perempuan ada gaji besar..

    bantu-membantu sesama adik-beradik bagus, tapi kalau dah terpaksa membantu tanpa ikhlas, payah gak lah ye..

    alhamdulillah, akak sihat. belum ada rezeki nak balik lagi.. tunggu Khaulah la dtg sini :)

  1. ummzaid
    July 18, 2008 at 9:38 PM

    khaulah, kakzeem add link blog boleh kan? boleh la ye... :)

  1. IKRAB family
    July 21, 2008 at 11:16 AM

    nak juge jln2 ke sana tp tak taule bila kak, lum ada sponsor he he he.
    nak add link?utk kak zeem tentulah boleh :)

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu