Okeh sambung balik citer tentang ungkapan `Maaf' dan `Terima Kasih' yang tergendala sebentar tadik.Penting sangatkah ungkapan2 ini sehinggakan kadang2 boleh membuat seseorang itu rasa kecil hati,tak puas hati,marah dan semua perasaan tidak enak yg sewaktu dgnnya akan hadir di sudut hati apabila seseorang yang membuat sesuatu kesalahan kepada dirinya tanpa menyebut perkataan maaf? Mahal sangatkah ungkapan ini kadang2 tidak terucap oleh seseorang...mungkin hanya diucap di dalam hati...errr itu kira ucapan ke?

Namun, apabila seseorang itu menyatakan maaf dgn perasaan yg penuh kesungguhan, hati yg berapi, perasaaan marah yang membara akan hilang dan suasana yg panas akan menjadi sejuk.Sungguh berkuasakah perkataan maaf itu?
Bagaimana jika seseorang itu tidak langsung meminta maaf kepada kita,rasa2 adil tak kita memaafkannya mcm tu je dari jauh.Berat juga rasanya,mana bleh kan dia buat salah sakitkan hati kita tapi senang2 jek nak maafkan dia mcm tu dahle dia tak minta maaf pun.Pagi semalam ketika bersahur, aku nengok juga rancangan ulangan siri motivasi di tv3.Kali ni Dr.Fadhilah Kamsah memberi motivasi, aku dah bnyk kali dengar dan lihat rancangan ni tapi kata2nya tetap menusuk kalbu dan menyentuh hati nuraniku yg paling dalam.....`Setiap hari sebelum tidur, bangun pagi, mulakanlah dgn memaafkan semua org yg pernah kita rasa mereka pernah membuat kesalahan dan menyakitkan hati kita.Memaafkan orang adalah ubat dan penawar kepada diri kita untuk mengelakkan sakit hati,sakit diri dan menjadi seorang insan yang aman dan tenteram'.Berkata-kata memang mudah, nak laksanakan tu nampak mcm susah jugak kan tapi ia memerlukan kekuatan diri dan istiqamah dalam berusaha menjadi seorang insan yang berjaya...bukan hanya berjaya dalam kerjaya tapi juga berjaya melawan perasaan amarah,dendam dan tidak puas hati yg amat sangat.Nipun jihad jugakkan, jihad hati.Moga Allah memberi kekuatan kpd kita dlm melalui ujian ini.

Cemana pulak tentang ucapan terima kasih?Aku pernah nengok beberapa orang ni, bila diberi pertolongan walaupun kecil contohnya beri dia potong que barisan sebab barang dia sikit berbanding dgn org lain ketika nak bayar di kaunter, terus je pergi tanpa ucap terimakasih at least `tq', very short,right?dah le muka masam selamba jek.Ini bleh membuatkan org yg tolong tadi rasa bengkak je...ape daaa dah tolong, sombong plak dia.Perlukah perkataan `thanks,thanx,thank you,to chei,kamchia,shukran,terima kasih,arigato' ini diucapkan?Adakah ia dapat menyejukkan hati orang yg menolong anda jika anda hanya tersenyum tanpa ucapan2 ini?

Pesal aku ckp pasal 2 ucapan ni hari ni ye?Bila aku melihat drama realiti depan mata, menonton drama di layar kaler2,mendengar kata2 nasihat peringatan dan motivasi, ia membuatkan diri ini berfikir untuk sekian kali.Ini adalah hablum minannas iaitu hubungan antara manusia. Bagaimana pula dgn hablum minallah iaitu hubugan antara manusia sebagai hamba dgn Penciptanya,Allah Rabuul a'lamin?Berapa kalikah ucapan terima kasih dan maaf diberi kpd Pencipta kita setiap hari?Ucapan maaf dgn tindakan yang bersungguh2 sebagai bukti atas penyesalan kita dan kelakuan serta tindakan yang membuktikan betapa berterima kasihnya kita kepadaNya?Moga kita diberi kekuatan dalam melalui ujian2 yang melibatkan hati ini kerana seketul hati itu memang amat penting kerana ia mampu membentuk seseorang itu menjadi dirinya.Aamiin.Dengan bantuan akal dan iman, diri itu akan menjadi lebih berkualiti.Muhasabahlah diri kita sebelum dihakimi bila tiba masanya.(actually aku rujuk ini kpd diriku sendiri......)

date Wednesday, September 10, 2008

9 comments to “UNGKAPAN TAK TERUCAP II”

  1. Tirana
    September 10, 2008 at 1:45 PM

    Wow..banyak entry baru... Rasa2nya kak tirana masuk hari-hari ke blog azwari ni tapi banyak pulak entry yang tak baca lagi..hehehe..

    Kak Tirana perasan dalam kehidupan kak tirana dan husband, payah benar dia nak say "maaf" dan "thanks".. Ego agaknya..tapi kak tirana tahu he feels sorry dengan cara lain and say thank you pun dengan cara lain..hehehe..dah lama hidup dengan dia.. dah tahu..

    P/S thank you for signing up my guestbook. Kenapa tak letak picture..hehehe malu ek?

  1. IKRAB family
    September 10, 2008 at 3:24 PM

    hehehe, lately terlebih rajin kak suntikan baru bualan Ramadhan :)
    tq kak sudi menjenguk ke teratak saya ni.saya letak gambar kek kat guestbook blog akak tu...gambar saya nanti saya buh ye.buat masa ni gmbr2 di pc ni bnyk ramai2.

    kak, kalau dah mengenali hati budi tak jadi masalah dah kan sbb bukan hanya lafaz dan kata2 saja yg boleh memberi sebuah pengertian.namun tu la lumrah kan kdg2 hati tertanya juge napa la susah sgt nak ungkap dgn kata2 ye.tapi klu selalu dah biasa duk bagi ungkapan sama, silap je maaf...tapi duk buat silap gak, pun boring gak kan ;)

  1. Anonymous
    September 10, 2008 at 4:56 PM

    my asben sng plak nak minta maaf klu betul tu silap dia. sy plak tgk kdaan kes, klu smp mengusik maruah, ssh gak nak bg maaf. tp klu tu mmg silap sy, no prob nak minta maaf :)

  1. Anonymous
    September 11, 2008 at 10:17 AM

    a ah..betul kata sis tirana.. kak zeem kena letak bookmark..eh, blogmark eh, entrimark, eh...apa2 je la... :)

  1. IKRAB family
    September 11, 2008 at 11:53 AM

    intan,tulah lumrah manusia kerana sebab musabab yang kita ada atau diciptakan beserta dgn penjelasan yang dirasa kukuh menjadikan diri kita dipengaruhi minda dan emosi untuk berfikir dan membuat andaian sendiri yg menjadi keyakinan kita....nak maaf ke tak?nape tak bleh maaf?nape yg ni bleh maaf?semua kita tentukan ye tak.

    itulah dikatakan perlu adanya jihad hati.saya sendiri pun rsa sukar2 kdg2 nak merasionalkan apa yg telah dirasa,difikir dan diyakini.

    kak zeem, org yang dah berumahtangga ni ada kelebihan dp segi penglaman,bleh le kongsi2 jadikan panduan ye tak.takpe kak ape2 je asalkan ada `mark' kesan dan tanda bleh dapat `marks' hehehe.

  1. Anonymous
    September 13, 2008 at 9:28 AM

    sis, kakzeem maksudkan byknya entri baru.. komen2 yg lain tu, kak letak blogmark dulu... :)

  1. IKRAB family
    September 15, 2008 at 11:44 AM

    :).okai kak.rasa ngantuk la pagi lepas kuar dp kelas.akak tgh buat biskut raya ke tu?

  1. Anonymous
    September 16, 2008 at 1:47 AM

    memaafkan seseorang.. walau tanpa di minta adalah satu tanda kemuliaan...

    terima kasih adalah satu ucapan tanda menghargai...

    kedua2 nya adalah sifat terpuji...

  1. IKRAB family
    September 18, 2008 at 3:59 PM

    ye anonymous.tq :)

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu