Sime Darby sahkan ambil 51% ekuiti IJN. (sebahagian dp petikan di Utusan Malaysia).
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Konglomerat Sime Darby Berhad (Sime Darby) yang mengesahkan hasrat untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN), memberi jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid berkata, aspek tersebut adalah antara tiga syarat yang digariskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dalam surat persetujuan secara prinsipal bagi Sime Darby mengambil alih kepentingan tersebut dalam IJN.
Menurutnya, Sime Darby merupakan pihak yang mengemukakan cadangan rasmi kepada kerajaan mengenai hasrat tersebut beberapa bulan lalu dan bukan kerajaan yang menemui konglomerat itu.
Katanya, Sime Darby sendiri terkejut dengan berita yang tersiar hari ini, sedangkan pihaknya baru hari ini menerima surat kelulusan EPU.
Surat EPU tersebut ujarnya, mensyaratkan Sime Darby supaya memberi komitmen untuk meneruskan tanggungjawab sosial kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin termasuk kakitangan kerajaan seperti yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan menerusi IJN sekarang.
Beliau berkata, syarat lain ialah rundingan mengenai nilai ekuiti pengambil alihan kelak yang memerlukan Sime Darby melaksanakan kajian wajar yang akan dikemukakan semula kepada kerajaan untuk kelulusan.
Syarat terakhir katanya, ialah berkaitan penyediaan pelan perniagaan iaitu perancangan Sime Darby untuk memajukan lagi IJN dalam tempoh lima tahun atau selanjutnya.
''Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan ke atas IJN, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus dan bakinya masih dipegang oleh Kementerian Kesihatan.
''Dan mengapa Sime Darby? Ini kerana Sime Darby juga adalah sebuah syarikat rakyat. Kami adalah syarikat milik kerajaan (GLC) dan memiliki 10.5 juta pemegang saham,'' katanya pada sidang akhbar khas di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini hari ini.
Sidang akhbar tersebut diadakan berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sebelah pagi, yang mengesahkan khabar angin dalam blog mengenai kemungkinan Sime Darby mengambil alih IJN.
Ahmad Zubir berkata, di pihak Sime Darby, pengambilalihan itu akan mampu membawa sinergi kepada IJN, menerusi kekuatan Bahagian Penjagaan Kesihatan Kumpulan Sime.
''Kita komited terhadap perkhidmatan sosial kepada mereka yang berpendapatan rendah dan dari sudut Sime Darby, aspek mereka yang berkemampuan akan turut menikmati manfaat.
''Misalnya, jika berlaku katil atau bilik pembedahan penuh di IJN kelak, pesakit tersebut boleh dihantar menggunakan kemudahan kami di Pusat Perubatan Pakar Subang Jaya (SJMC) dan dengan doktor yang memiliki kepakaran yang sama,'' jelas beliau.
*****************
Wajarkah IJN diswasta?
Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat
–Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiPerdana Menteri
Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan
–Datuk Seri Najib Tun RazakTimbalan Perdana Menteri
Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat
–Datuk Dr. Chua Soi LekTimbalan Presiden MCA(Bekas Menteri Kesihatan)
Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan
–Khairy JamaludinNaib Ketua Pemuda UMNO
Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus
–Datuk Seri Ahmad Zubir MurshidPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby.
*************
Tidak wajar diswastakan
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Institut Jantung Negara (IJN) tidak wajar diswastakan demi melindungi golongan berpendapatan rendah yang memerlukan rawatan perubatan dan perkhidmatan berkaitan di situ.
Pengerusi Biro Pemantau Dasar Kerajaan MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bimbang sekiranya langkah penswastaan itu dibenarkan, ia tidak menjamin bayaran perubatan dan perkhidmatannya kelak tidak meningkat.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan tidak meluluskan penswastaan IJN.
''Ini bukan soal wang ringgit, tetapi soal tanggungjawab kerajaan dalam memastikan IJN dapat memberikan perkhidmatan pada kadar yang mampu dibayar oleh rakyat.
''Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
************
kalau dah nak swastakan sangat, aku rasa semua yg ada kat mysia ni swastakan je la termasuk parlimen.ok tak mcm tu?
3 comments to “Wajar ke?”
-
IKRAB family
December 26, 2008 at 3:07 PMhehehe...silap2 majlis raja2 pun kena swastakan jugak...boleh isi borang apply ;)
-
January 7, 2009 at 11:30 PMhahaha...
kalo 2-2 post tu swasta...
aku nak apply lah...
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
December 24, 2008 at 5:44 PM
Ha'a swastakan semua sekali..senang cerita.. Jawatan PM pun tu pun swasta kan jugak..hehehe