Pasangan kekasih buang bayi.

AMPANG JAYA - Tindakan mencurigakan sepasang kekasih yang bertengkar di tempat letak kereta di stesen transit aliran ringan (LRT) Jelatek membongkar satu kes pembuangan bayi perempuan semalam.
Kejadian pukul 4 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang ternampak pasangan muda tersebut sedang bertengkar dan kelihatan mencurigakan.
Dia kemudian mengintip pergerakan pasangan itu sebelum ternampak seorang daripada mereka membuang sesuatu ke dalam tong sampah sebelum berlalu dengan menaiki sebuah kereta.
Musykil dengan apa yang dilihat, pengawal itu bertindak pergi ke tong sampah berkenaan lalu menjenguk dan terperanjat apabila mendapati 'sampah' yang dibuang merupakan seorang bayi perempuan yang cukup sifat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, melalui keterangan pengawal tersebut, polis dimaklumkan seorang lelaki bertindak keluar dari kereta dan pergi ke belakang kenderaannya.

*********************
Bonda suci’, suami dipenjara dua tahun tipu RM208,272.47

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Seorang suri rumah dan suaminya yang merupakan pesara tentera Indonesia berpangkat kolonel dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pindaan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan wang RM208,272.47, dua tahun lalu.
Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Andi Puteri Zahara, 57, dan Agus Djunara, 58, yang berasal dari Surabaya dipenjara 18 bulan bagi kesalahan pertama dan penjara dua tahun bagi kesalahan kedua.
Beliau bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh jaminan Andi ditarik balik pada 31 Mac 2008, manakala Agus bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 November 2007.
Andi yang digelar ‘bonda suci’ dan Agus didakwa bersama-sama menipu Mohammad Arshad Othman, 67, dengan mengatakan bahawa mereka boleh ‘mencuci dosa’ mangsa dan keluarganya.
Perbuatan itu telah mendorong Mohamad Arshad menyerahkan RM208,272.47 sebagai bayaran untuk mencuci dosa di Blok G8-0-6, Desa Pandan di sini antara 12 Julai dan 7 November 2007.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.
Kedua-duanya juga didakwa menipu Mohammad Arshad dengan mengatakan dua buah beg dan sebuah kotak yang diberi kepada mangsa berisi sejumlah wang tunai termasuk dalam mata wang asing untuk dilaburkan ke dalam syarikat milik mangsa, Alpha Chemical Sdn. Bhd. pada September 2007.

*********************
nampaknye makin bertambah manusia yg sakit jiwa,rohani dan mindanya.Rakyat Palestine sekurangnya dlm usaha dibuang dr negeranya masih lagi dlm usaha jihad.Ni apa kes ni buang2 baby mcm sampah je.Harap le sgt pasangan tu dpt dijejaki dan diberi pengajaran yg sewajarnya.

kes pasal ditipu tu aku taknak komen panjang pasal mcm mana bleh kena tipu tapi aku nak focuss on the faith issue here.Cemana bleh percaya yg manusia ada power tuk cuci dosa?takke dah bergoyang aqidah tu.ataupun cuci dosa kat sini maksudnye `buang sial'?emm....

date Tuesday, January 20, 2009

Pepatah mengatakan buat baik pasti dibalas baik begitu juga sebaliknya.Bagaimana kalau berbuat baik tidak dibalas baik?Setiap yg dibuat adakah diminta balasan ataupun reward atau apa2 aja sebagai tanda penghargaan?Kalau tak mendapat reward atau penghargaan yg dijangka oleh minda atau emosi (balasan yg telah ditentukan oleh minda), apakah yg anda rasa?

Antara beberapa contoh yang berkaitan isu di atas:-

*Seorang anak yg berjaya berpuasa sebulan- rewardnya duit poket setahun.(Contoh jer).Bila nengok kwn sebelah umah dpt dp ayanhanda dan bonda....hati pun terdetik sbb tak dpt reward yg sama dp ayahanda bondanya.

*Si isteri yang masak penat2 untuk si suami- rewardnya patut dipuji- tiba2 ngomelan je yg dpt...masin la,pahit la, terlebih minyak la.

*Si suami yang telah bersemangat membeli sesuatu kpd si isteri - reward nya patut dihargai at least jamulah cekodok pisang dgn teh tarik - tapi sejuta ketidakpuasan hati yg dilontarkan, pesal beli warna ni, pesal fesyen mcm ni , paling tidak diamkan diri sepanjanghari tanda protes (aku pinjam contoh ni dr motivasi yg didengar)

*Seorang guru yg bersemangat mendidik anak didik- rewardnya..ape ya wahai cikguku? - akhirnya guru diepersalahkan kenapa murid tak minat belajar dan mendapat markah yg tercorot sekali.

*Seorang anak murid yg bersemangat membuat kerja dan hantar kpd gurunya (wlupun very2 last minute) - dgn harapan dpt score - hasilnya mendapat markah yg statusnya berwarna merah, bukan merah jambu ataupun kuning keemasan

*Seorang pengundi yang telah bersama2 mengundi memilih wakil kg,negeri atau negaranya - reward (agaknya patut satu keluarga dpt tanah free kut) - namun akhirnya pengundi itu terpaksa menjerut rasa kerana wakil tu yg dah menambah2 koleksi tanahnya (contoh aje yer)

banyak lagilah contoh2 yg mungkin pernah didengar,dirasai,dilihat,dibaca,ditonton etc....
what say u?

date Monday, January 19, 2009

Amalkan budaya nasihat.
Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.
JANGAN menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. - Gambar hiasan

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.
Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.
Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.
Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12.

Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.
"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita." Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat.

Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.
Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.
Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

**************************
Aku tertarik dengan kata2 motivasi di atas.Nasihat menasihati dan tegur menegur adalah satu perkara yg perlu ada setiap hari, antara ahli keluarga,guru dan anak muridnya, jrian tetanga,ketua dan pekerjanya untuk kebaikan bersama.Ibarat sebuah kapal yg berlayar, jika berlaku sesuatu yg tidak elok di dalamnya akan timbul masalah malah mungkin ahlinya tidak akan sampai ke destinasi yg dituju.Namun apakah cara yg terbaik untuk memebri teguran dan nasihat?Memandangkan orang skg dah makin bijak dan kreatif maka cara penyampaian untuk teguran itu pun haruslah kreatif juga.Aku teringat soalan yg dilontarkan oleh seorang ustaz dalam rancangan al-kuliyah jumaat lepas berkenaan topik `akibat cinta'.Beliau Bertanya bagaimanakah untuk menegur msyarakat skg ni yg tidak dikenali jika berlaku sesuatu kemungkaran di khalayak ramai.

Contohnya : melihat anak muda berpelukan dan berpelakuan kurang sopan di kedai makan.mungkin dah kawin, mungkin belum ye tak.ditegur nanti apa kata tuan kedai dan lain2 lagi akibat yg difikirkan oleh sesorang sebelum memulakan langkah.

Jawapan pleh `Umi' gelaran untuk pengetua Rumah Rhaudatuss Sakinah ialah :
"Haus juga tegur dgn cara hikmah.Beliau pernah bertgeur sapa dgn pasangan seperti ini dgn memberi nasihat secara terang dan jelas'.Aku pernah jumpa umi ni masa membuat kajian untuk paper aku di pusatnya.Usaha beliau,pn Hamisah dlln mmg aku kagumi kerana bersunguh membantu dan membimbing mereka yg terkeluar seketika dr garis lurus kebenaran yg sepatutnya dijalani dlm kehidupan seharian.

Jiran pula, bagaimanakah nak menegur jika ada sesuatu yg perlu diberitahu dan diperbetulkan?.Amal ma'ruf wa nahi mungkar.Mungkin zaman ini adalah zaman yang perlu tunduk pada kebebasan bertindak dan melakukan apa saja mengikut pahaman tertentu?human rights?Kalau itulah jawapannya, maka makin bertambah sakitlah penghuni-penghuni dunia ini, maka akan sakitlah juga dunia ini.

date

Fatwa haram beli produk Israel

TEHERAN – Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengeluarkan fatwa yang mengharamkan umat Islam membeli barangan atau berurusan dengan syarikat milik Israel.
Beliau juga menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya menjauhi daripada membeli barangan yang boleh memberi keuntungan kepada Israel.
Pengharaman tersebut juga termasuk berurusan dengan syarikat antarabangsa yang beroperasi di dalam atau luar Iran di mana pemegang sahamnya adalah rakyat Israel. – AP

******************
ini yg berlaku di Iran.Cemana pulak Malaysia.Apepun usaha seperti solat hajat dan kutipan derma yg dilakukan skg ini maupun di bandar ataupun di kg2 adalah suatu tindakan yg terpuji.Apa yg diharapkan, sumbangan dr Malaysia akan sampai ke tangan yg memerlukannya, tidak terhenti di tengah jalan.Aku terfikir, tak adaklah negara2 islam yg berani utk bersuara sebagai ahli OIC untuk memberi tekanan kpd Mesir agar bertindak tegas terhadap U.S government yg menyokong Zinoist tu.Klu nak beri tekanan kpd Israel, aku rasa takde gunanya setakat bersuara kecuali menggunakan cara yg sama yg digunakan oleh mereka.

date Thursday, January 15, 2009

Orang dulu2 tidak ada elektrik,torch light mahupun lampu kelip2 maupun lampu neon yg bermacam2 kaler dan rupe mcm kat kota KL dan Bandar Ganu yg aku pegi dulu untuk menerangi kegelapan malam di dalam rumah dan juga di luar rumah. Aku sempat le merasa bermalamkan lilin dan lampu pelita kat umah tok (nenek) aku.Masa aku kecik2 maka abah aku selalu gak crite mcm mana depa dulu2 belajar waktu malam ramai2 keliling lampu minyak tanah/ pelita sampai berjelaga hidung (kaler hitam2 kat hidung dan muka akibat asap tu).Masa tu takde tv,takde apa pun peralatan yg menggunakan letrik seperti rice cooker,mesin membuat kek,oven dan lain2.Aku dapat rasakan kehidupan pada zaman tu tetap dirasakan bahagia.

Zaman sekarang ni boleh dikatakan serba serbi bnyk guna letrik.Boleh dikatakan sepanjang hari di rumah atau di tempat kerja mahupun di shopping complex, kita ditemani bekalan letrik ni.Cuma sesekali bila masuk ke hutan untuk jungle trekking,mount climbing dan camping, kita mula menjadi sahabat kepada alam berpandukan bintang dan cahaya rembulan.Namun tiada tandingannya dgn zaman dulu sbb aku pi masuk utan, aku tetap bawa hand phone yg ada lampu suluh.Malah aku bawak juga lampu suluh dan lampu2 ala2 kalimantang comel tu di mana mampu untuk menerangi kawasan camping tu.Justeru,nak kata kegelapan malam tu menjadi suatu masalah besar tu tak le sngt.

Cumanya, bila tgh2 mlm semalam tetiba je tiada bekalan letrik ka umah aku, terkejut jugak la.Tersedar dr tidur, gulap gulita sebab selalunya ada juga cahaya lampu dr luar tingkap bilik aku.Bila aku ke balcony dgn berbekalkan lampu sulu aku yg cute tu, upenye seluruh bangunan apartment ni dlm kegelapan.Mak ai...rasa mcm dlm citer perang di mana semua bangunan2 tinggi yg ada telah dikosongkan.Sunyi sepi.Aku rasa mcm takde orang wlupun beribu penghuni agaknya masih nyenyak diulit mimpi.Sesekali terdengar juge sura org yg memecah kesunyian bertanyakan apa yg berlaku.Tetiba je aku rasa mcm dlm kubur,sunyi sepi gulap gulita.Masuk dlm utan tak sesunyi ni sebab ada bunyi-bunyian sang unggas.Kepala aku ni mula fikirkan mcm2 yg negatif,garuda dah melanda bumi sunway ni ker,takkan semua penghuni di sini tak bayar duit letrik.Kalau depa tak bayar, eh aku byr la tiap2 bulan...pesal umah aku gulap niii?Agaknye ade jet terbang terlanggar tiang letrik kut.Uish ni dah terpengaruh dgn cter action movie ni.Takut jugak dlm kegelapan mcm tu untuk 3 jam dan 30 minit.Dkt nak subuh baru aku terlelap sekejap, then dah nak bangun untuk solat subuh dan bersiap2 ke tempat kerja.Mungkin pd setengah org, keadaan ini tak le begitu menggerunkan.Tapi bagi aku amatlah menakutkan berbanding duk dlm utan sebabnya:

*kita terlalu bnyk bergantung pd bekalan letrik.maka apa yg terjadi pd mknn, ayam, ikan dlm peti ais tu klu terjadi utk jangka masa yg panjang?
*lif yg digunakan -apa yg berlaku jika ada org yg terperangkap dlm tu.wlupun mid night lah katakan, tp terdengar juga sayup2 bunyi leoceng kecemasan dr dalam lif semalam.
*yg paling berbahaya ialah pelabagai bahaya yg lain mungkin berlaku seperti pecah rumah dan lain2.Alhamdulillah selamat semuanya semalam.

Apa yg terjadi sebenarnya membuat aku terfikir dan berfikir, apabila terlalu bergantung pd kelebihan2 buatan manusia kadang2 ia akan memberi masalah juga kpd kita.Sebab tulah ada pepatah mengatakan sedialah payung sebelum hujan.Sediakanlah lilin atau lampu suluh dgn bateri yg masih boleh diguna walaupun bekalan letrik terputus jarang2 berlaku di kawasan rumah anda.Yg paling penting bekalan akhirat.Sebab terputusnya letrik,masih boleh diusahakan.Gelap gulit apun masih lagi bernyawa.Bayangkan bila bergulap gulita seorang diri nanti hanya diapitkan tanah di kiri kanan atas dan bawah?

date Wednesday, January 14, 2009

God's Pharmacy.

It's been said that Godfirst separated the salt water from the fresh, madedry land, planted a garden, created animals andfish... all before making a human.. He made andprovided what we'd need before we were born. Thefollowing are best & more powerful when eaten raw.We're such slow learners... God left us a great clue as to what foods helpwhich part of our body!
God's Pharmacy! Amazing!

A sliced Carrot looks like the human eye. Thepupil, iris and radiating lines look just like thehuman eye ... and YES, science now shows carrotsgreatly enhance blood flow to and functioning ofthe eyes.

A Tomato has four chambers and is red. The heart hasfour chambers and is red. All of the research shows tomatoes are loaded with lycopine and are indeedpure heart and blood food.

Grapes hang in a cluster that has the shape of theheart. Each grape looks like a blood cell and allof the research today shows grapes are also profound heart and blood vitalizing food.

A Walnut looks like a little brain, a left andright hemisphere, upper cerebrums and lowercerebellums. Even the wrinkles or folds on the nut are just like the neo-cortex. We now know walnutshelp develop more than three (3) dozenneuron-transmitters for brain function.

Kidney Beans actually heal and help maintain kidneyfunction and yes, they look exactly like the humankidneys.

C elery, Bok Choy, Rhubarb and many more look justlike bones. These foods specifically target bonestrength. Bones are 23 % sodium and these foods are23% sodium. If you don't have enough sodium in yourdiet, the body pulls it from the bones, thus makingthem weak. These foods replenish the skeletal needsof the body.

Avocados, Eggplant and Pears target the health andfunction of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's researchshows that when a woman eats one avocado a week, itbalances hormones, sheds unwanted birth weight, andprevents cervical cancers. And how profound is this? It takes exactly nine (9) months to grow an avocadofrom blossom to ripened fruit. There are over14,000 photolytic chemical constituents of nutritionin each one of these foods (modern science has only studied and named about 141of them).

Figs are full of seeds and hang in twos when theygrow. Figs increase the mobility of male sperm andincrease the numbers of sperm as well to overcomemale sterility.

Sweey Potatoes look like the pancreas and actuallybalance the glycemic index of diabetics. Olives assist the health and function of the ovaries .

Oranges, Grapefruits, and other Citrus fruits lookjust like the mammary glands of the female andactually assist the health of the breasts and themovement of lymph in and out of the breasts.

Onions look like the body's cells. Research showsonions help clear waste materials from all of thebody cells. They even produce tears which wash theepithelial layers of the eyes. A working companion,Garlic, also helps eliminate waste materials anddangerous radicals from the body.

date Tuesday, January 13, 2009







Setiap insan pasti mempunyai hobi masing2 sejak dari kecil lagi.Ada yg hobi suka kumpul stem (ni hobi aku masa kecik2 rasanya satu standard utk kanak2 apabila dikehendaki guru untuk menulis hobi mereka dalam karangan pendek),main guli dan lastik getah dgn kwn2 tak kira jantina lelaki ataupun wanita masa lapang (aku rasa budak2 skg dah miss pengalaman menarik mcm ni),lastik buah rambutan pak Abu sebab cantik naa kalernya kemerahan (ni aku tak join aaaa),memancing ikan,tanam pokok bunga,memasak dan lain2 lagi.Ada yang bermula dari hobi akhirnya memnyuntik semangat untuk membina sebuah cita2 dan mengejar impian.

Aku masa kecik dulu mempunyai pelbagai hobi dan ia dipengaruhi oleh keadaan semasa,kwn2 dan persekitaran sekeliling sebabnya aku selalu berpindah randah macam kaum nomad ikut abah aku yg kena bertugas.Aku berpeluang bersekolah (sekolah rendah) di kampung untuk 6 bulan masa dahrjah 3.Hobi aku waktu ni ialah mencari ikan2 kecil(puyu,sepat)dengan menimba (satu kaedah menangkap ikan2 kecil) dan juga memancing menggunakan joran yg dibuat oleh abah aku daripada buluh.Yang kelakarnya aku ni memang jenis penggeli, geli nak pegang cacing (masa zaman aku tuh, cacing mmg femes digunakan sebagai umpan, lum femes lagi guna umpan palsu mcm skg ni).Nak cucuk cacing dgn mata kail pun aku geli dan rasa simpati hatta nak pegang ikan yang memakan umpan pun geli hehehe.So adalah assistant yg akan tolong aku tu.Aku enjoy sngt masa tu.Tapi tak pula terlintas di hati nak menjadi seorang penternak ikan ataupun bisnes ikan.Masa tu aku boleh dikatakan takde cita2, yg aku tau mesti rajin pi sekolah,siapkan keje seolah dan paham apa cikgu ajar.Mak abah aku tak pernah suh peksa dpt no satu or dapat tempat terbaik utk setiap mata pelajaran yg diajar tetapi mereka akan pastikan aku paham apa yg dipelajari di sekolah dgn memeriksa buku2 latihan aku dan menjadi guru tusyen aku di rumah terutamanya utk subjek matematik,english dan agama islam.Budak2 skg umur 3thn dah ada cita2, aku tanya; besar sok nak jadi ape?jawapan yg sungguh yakin diberikan ialah `nak adi oyer' (lawyer).Sungguh berwawasan.:).Tapi skg ni bila dah mula bekerja, teringin pulak nak mengusahakan sesuatu yg berkaitan dgn ikan ataupun tanam-tanaman sebagai hobi dan sumber pendapatan.Kira dah masuk dalam lembaran cita2 dan impian jugaklah tapi tak tau cemana caranya nak bermula.

Bila aku dah bersekolah di peringkat menengah, hobi aku pulak ialah menonton rancangan dan melihat majalah yang ada koleksi jet pejuang.Malah aku ada geng2 di asrama yang meminati jet hehehe.Manalah geng2 aku skg ni yer.Agaknye ada kut yg dah jadi juruterbang jet pejuang. ;).Hobi ni diteruskan sampailah aku sambung pengajianku di KL.Aku pernah gak bercita2 nak bawak jet tapi peliknye aku ni gayat.Tu yg menjadi gurauan abah aku.Hehehe.Lagi satu kekiutan aku ni (cute) disebabkan tahap ketinggian aku rasanya tak lepas nak jadi pilot hehehe.Masa aku di K.L, aku bnyk habiskan duit beli majalah2 koleksi jet dan juga model2 jet yang aku boleh bina jet aku sendiri hehehe.Betapa minatnya aku pd jet hatta hiasan di dinding tempat study aku pun penuh gmbr jet.Hari ni bila aku dtg ke opis ni nak kemas2 sket lepas jogging di tasik kat umah aku pg tadi, aku ternampak jet pewter yg dihadiah oleh kwn2 aku masa thn 1 pengajian aku di KL tu.Hadiah tu sampai skg aku jaga dgn baik.Aku ingt lagi walaupun ada shbt2 yg pelik dgn minat aku,tapi untuk 2 thn aku dpt hadiah jet mainan je dp kwn2 sempena harijadi aku hehehe.Malah shbt2 sebilik aku ni meminta aku memberi peluang kpd mereka untuk sama2 memasang bhgn2 komponen model jet yg aku beli bila aku ke kelas (waktu diowang takde kelas). Bila aku tengok bnyk jet2 pengebom yg canggih skg buatan musuh Islam yg hebat terbang di angkasa ketika mengebom Iraq dan skg pulak Palestine, isk rasanye mcm nak bwk jet je ke sana...tapi aku masih gayat.

Hobi aku skg ni masih meminati jet tapi aku tak dah menghabiskan duit membeli majalah dan koleksi model2 jet.Hobi baru aku skg (sejak 4-5 thn dulu) yg pelik juga ialah meminati bunga.Aku ckp pelik sbb dulu2 aku lebih minat jet dp bunga hehehe.Selain dp teringin nak menjadi petani moden sambilan yg aku citer kat atas tu, terasa gak nak menanam orchid sebgaai hobi dan kemudian boleh jadi bisnes kan.Lagi2 bleh jual kat mak aku sbb dia mmg minat orkid dan anggerik ni hehehe.Oklah ni aku dah nak stop hobi aku berchatting dan blogging untuk hari ni sebab nak balik dah.Esok sambung lagi yer.Papaiiii.

***********
1. Gambar pertama - jet pewter yg aku ckp tu- nengok jet ni, teringat kat shbt2 lama.Tq for ur gift, aku simpan sampai skg.Harap smgt dlm bekerja dan berbakti berkobar2 bila nengok smgt yg ada pd jet ni ;).
2. Bluberry cheese cake - dr membuatnya sebagai hobi bleh juga jadi side income....nyummy - aku tlg promote...sapa nak order blehlah.Chef nye -Ticer Az
3. Sapa yg minat tanam pokok bunga, beli bunga,hadiahkan bunga, aku cadangkan tanam utk komersialkannya. Ni aku nengok pameran jualan bunga-bungaan di Sunway Piramid sempena Chinese New Year ni.Pokoknye baisa je tp bila dlm gambar mmg cantik sesangat jadinya.


date Sunday, January 11, 2009







Hanya kepada Mu, ya Allah kami memohon petunjuk dan pertolongan.Berilah kekuatan kepada mereka yang diberi ujian ini dan bukakanlah pintu hati mereka yang berkuasa untuk memberi pertolongan yang sewajarnya. Selain daripada kuasa,tangan dan suara marilah kita bersama2 berdoa solat hajat bersama2 untuk saudara seIslam kita di sana.Di sebalik keperitan dan kesedihan yg melanda saudara Muslim di sana mereka juga diberi kenikmatan dalam merasai erti jihad dan syahid sebenar jika segalanya ikhlas di jalan Allah.

date Thursday, January 8, 2009





Assalamua'laikum sahabat2 tersayang. Lembaran baru untuk Tahun Hijrah dan Tahun Baru 2009 telah bermula. Moga Rahmat Allah sentiasa bersama kita semua dan memberi kita peluang dan ruang untuk memperbetulkan apa yang harus dan patut dilakukan serta memperkemaskan laluan dan jalan2 kehidupan yg dilalui.

Kelas aku secara rasminya telah bermula hari ini. Hopefully semuanya akan berjalan dgn baik sepanjang semester dan tahun ini. Hari ini dah pun 1o Muharam dan ada yg berpuasa sunat.Selamat berpuasa. Aku call abah aku tadi, katanya kat surau duk buat bubur asyura (bubur nasi) harini. Klu kat Kg Baru, K.L tu terkenal dgn nama bubur lambuk.Aku teringat mak aku kalau buat bubur nasi tu, ada udang,daging sket,santan peghhhh mkn lak dgn telur masin.Nyummy.Tapi, selalunya mak aku dan org di utara ni kalau sebut bubur lambuk, terkenal dgn bubur yang dibuat dp jagung,keledek,kacang merah,pisang dan lain2 bhn yg di masak hingga pekat kemudian dibekukan dan dipotong2 mcm kueh.Manis dan penuh berkhasiat.Kalau di bahagian pantai timur selalunya ada campur daging dan rempah kan.Ingat lagi Makcik Yah kwn baik mak aku asal dr Kelantan selalu bg kueh ni kat kami masa duk di kem dulu.Lambatnya nak berbuka ni ;).

Di sini aku sertakan iklan untuk 2 aktiviti yg boleh disertai sahabat dan ahli keluarga sebagai merasmikan tahun baru ini. Moga ceria ye :).
Iklan pertama yg kaler kuning tu ialah Food Carving Workshop. Bayaran Rm35.
Kalau berminat hias2 masakan dan makanan tu bolehlah join, boleh jugak hiaskan mknn yg dimasak untuk hidangan keluarga. Mana tau nanti bleh buat dan amik tempahan untuk hantara pulak.Masyuk juga income tuh :).Teringat lagi aku 4 tahun lalu bila salah seorang shbt aku berkahwin di pahang. Aku dan 2 org lagi shbt pergi awal sehari dan bermalam di rumah pengantin. Alih-alih kami jadi tukang masak dan membuat makanan berhidang utk pengantin bidan terjun. Hehehe, mak aku le jadi mangsanya bila telefon untuk tanya itu dan ini.Mangga harum manis dan majalah mingguan wanita yg dibeli oleh Nurul pun jadi mangsa gak untuk menjadi sebahagian dp sources dan bhn utk aktiviti di dapur tu hehehe. Takleh lupa memori tu menggambarkan betapa `pro'-nya kami waktu tu hehehe.

Iklan kedua yg kaler biru pulak ialah `Pottery Wokrshop - Plate'. Kali ni untuk sesi tembikar akan diajar cara membuat piring.Agaknya piring hiasan kut. Bayaran ialah RM25.
Bagi sesiapa yg berminat bolehlah hubungi no di bawah ini. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

Miss Sammy Chong - Tel : 03- 74918622 ext. 3501
Tarikh : 17hb.January - Hari Sabtu
Masa : 9.00am - 12.00 thgri
Tempat : Studio B , LG (Lower Ground)- Sunway University College,
Jln University, Bandar Sunway, 46150, Petaling Jaya, Selangor.

date Wednesday, January 7, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu