Pasangan kekasih buang bayi.

AMPANG JAYA - Tindakan mencurigakan sepasang kekasih yang bertengkar di tempat letak kereta di stesen transit aliran ringan (LRT) Jelatek membongkar satu kes pembuangan bayi perempuan semalam.
Kejadian pukul 4 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang ternampak pasangan muda tersebut sedang bertengkar dan kelihatan mencurigakan.
Dia kemudian mengintip pergerakan pasangan itu sebelum ternampak seorang daripada mereka membuang sesuatu ke dalam tong sampah sebelum berlalu dengan menaiki sebuah kereta.
Musykil dengan apa yang dilihat, pengawal itu bertindak pergi ke tong sampah berkenaan lalu menjenguk dan terperanjat apabila mendapati 'sampah' yang dibuang merupakan seorang bayi perempuan yang cukup sifat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, melalui keterangan pengawal tersebut, polis dimaklumkan seorang lelaki bertindak keluar dari kereta dan pergi ke belakang kenderaannya.

*********************
Bonda suci’, suami dipenjara dua tahun tipu RM208,272.47

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Seorang suri rumah dan suaminya yang merupakan pesara tentera Indonesia berpangkat kolonel dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pindaan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan wang RM208,272.47, dua tahun lalu.
Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Andi Puteri Zahara, 57, dan Agus Djunara, 58, yang berasal dari Surabaya dipenjara 18 bulan bagi kesalahan pertama dan penjara dua tahun bagi kesalahan kedua.
Beliau bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh jaminan Andi ditarik balik pada 31 Mac 2008, manakala Agus bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 November 2007.
Andi yang digelar ‘bonda suci’ dan Agus didakwa bersama-sama menipu Mohammad Arshad Othman, 67, dengan mengatakan bahawa mereka boleh ‘mencuci dosa’ mangsa dan keluarganya.
Perbuatan itu telah mendorong Mohamad Arshad menyerahkan RM208,272.47 sebagai bayaran untuk mencuci dosa di Blok G8-0-6, Desa Pandan di sini antara 12 Julai dan 7 November 2007.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.
Kedua-duanya juga didakwa menipu Mohammad Arshad dengan mengatakan dua buah beg dan sebuah kotak yang diberi kepada mangsa berisi sejumlah wang tunai termasuk dalam mata wang asing untuk dilaburkan ke dalam syarikat milik mangsa, Alpha Chemical Sdn. Bhd. pada September 2007.

*********************
nampaknye makin bertambah manusia yg sakit jiwa,rohani dan mindanya.Rakyat Palestine sekurangnya dlm usaha dibuang dr negeranya masih lagi dlm usaha jihad.Ni apa kes ni buang2 baby mcm sampah je.Harap le sgt pasangan tu dpt dijejaki dan diberi pengajaran yg sewajarnya.

kes pasal ditipu tu aku taknak komen panjang pasal mcm mana bleh kena tipu tapi aku nak focuss on the faith issue here.Cemana bleh percaya yg manusia ada power tuk cuci dosa?takke dah bergoyang aqidah tu.ataupun cuci dosa kat sini maksudnye `buang sial'?emm....

date Tuesday, January 20, 2009

10 comments to “Oh malaysians.......”

  1. benludin
    January 20, 2009 at 9:41 PM

    dipengaruhi oleh 666=sick sick sick=setan

  1. IKRAB family
    January 21, 2009 at 10:43 AM

    nampaknye 666 setan tu masih berleluasa di maalaysia ni yer.agaknye progam modal insan dan islam hadari lum power lagi kut hehe.

  1. Tirana
    January 21, 2009 at 11:36 AM

    Azwari..mereka dipukau agaknya..tapi kalau orang yang tak berilmu pun senang gak ditipu macam tu..

  1. IKRAB family
    January 21, 2009 at 1:41 PM

    mungkin juga kak,klu dipukau tu takleh nak ckp ape la kan.tp ada yg kes kerana kurang pahaman agama maka mudah diperdaya.nauzubillah.

  1. Anonymous
    January 21, 2009 at 11:40 PM

    buang baby tu bukan kekasih sis..

    suami isteri..tgk metro semalam..

    terkejut betul akak baca berita tu...

    memang pelik manusia sekarang.. dosa pahala boleh dijual beli..

  1. IKRAB family
    January 22, 2009 at 7:45 AM

    yer kak.susulan ksiah tu bagitau pasangan suami yg bertengkar.cuma berita pertama kali diowang gunakan `pasangan kekasih' sbb blum dikenal pasti masa tu.agaknya si suami sangsi anak tu bukan anak dia agaknya ataupun dah marah pd mak budak tunjukkan protes sampai lupa tu pun anak dia.at least anak sapa pun, tu makhluk Allah yang tak berdosa, senang2 je dia perlakukan mcm tu.tanda2 penyakit jiwa-rohani dan minda.

  1. TyRoX SaN
    January 22, 2009 at 4:33 PM

    ade juga manusia x brape sehat bila bleh percaya ngan cuci dosa.... ingat bleh pakai clorox ka.

    hahah

  1. IKRAB family
    January 23, 2009 at 8:23 AM

    tu la pasal.klu bleh guna clorox, layalah tokenye..tak delah masalah nak bunag pekerja dan tutup kilang time gawat ni hehe.gawat ekonomi masih ramai yg nampak, gawat akhlak dan jiwa mcm tak nampak, atau buat2 tak nampak?

  1. Anonymous
    January 25, 2009 at 11:08 PM

    Fikiran manusia semakin bercelaru sekarang. Hingga tak boleh membezakan antara baik dan buruk.

  1. IKRAB family
    February 2, 2009 at 7:45 AM

    ye kak.makanan utk jasmani dah terlebih tp makanan jiwa yg kurang.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu