Petikan dp Akhbar Kosmo (online)


NEW YORK - Sekumpulan saintis menemui kawasan dalam otak yang mengawal perasaan cemburu, lapor sebuah akhbar semalam.
Kedudukan tempat yang mengawal perasaan cemburu itu berada dalam kawasan yang mengesan kesakitan fizikal.
Menurut saintis, penemuan itu merungkai persoalan kenapa perasaan cemburu seorang kekasih menyebabkan anda berasa 'terluka' yang amat sangat.
"Adalah amat menarik kerana bahagian yang mengesan kesakitan fizikal turut mempunyai kaitan dengan kesakitan mental," kata ketua penyelidik itu, Hidehiko Takahashi.
"Melakukan penilaian terhadap perasaan cemburu mungkin membantu penjagaan mental seperti mendapatkan kaunseling," tambahnya.
Menurut pakar psikologi dari Universiti Kentucky, Profesor Richard Smith, cemburu boleh menjejaskan kehidupan seseorang.
"Jika anda ialah seorang yang cemburu, anda sukar untuk menghargai perkara yang baik kerana anda terlalu bimbang berhubung cara orang lain akan memberi reaksi," katanya. - Agensi

************
cemburu kalau celik ok tapi kalau buta atau buta warna amatlah berbahaya.cemburu tahap kronik melahirkan mereka yang sungguh kreatif dalam menyelesaikan masalah ataupun menambahkan lagi masalah.rasa2 shbt2 ni kuat cemburu tak?dulu2 aku pernah beli nasi lemak dari sebuah gerai di tepi jalan.masa tu nasi tu dan kuahnya masih panas dan dibungkus dlm kertas warna cekelat tuh.aku ni terketar2 gak la pegang bungkus tu, pns ooo.then, makcik tu ckp kat aku `maaf yer nak, org kata klu tak tahan pegang barang2 panas mcm ni maksudnya kuat cemburu'. Huh? yer ker.apa kaitannya dgn cemburu.nak jugak aku tanya makcik tu boleh dibuktikan dp sudut sains ker hehehe.Cemburu ni mcm2 jenis kan.Klu cemburu baik untuk berjaya dlm hidup dgn menggunakan cara yg baik, tu satu tindakan yg positif.Dlm kasih sayang pulak cemburu ni ujud untuk menambahkan lagi eratnya kasih sayang dan silaturrahim.Tapi kalau dah sampai tuang asid, sembelih pasangan mcm ayam jer tu rasanya bukan cemburu dah tu.Nak panggei ape pun taktau hehehe.

date Wednesday, February 18, 2009

8 comments to “Cemburukah aku, engkau dan dia?”

  1. Anonymous
    February 18, 2009 at 11:09 AM

    tak leh buang ke..??

  1. INTAN RH
    February 18, 2009 at 11:53 AM

    Org yg tak cemburu maknanya org tu takde perasaan..hehe. Koi selalu gak cemburu bila dgr asben koi pegi shopping tak ajak koi...huhuhuhu... :P

  1. Anonymous
    February 18, 2009 at 11:54 AM

    betul tu sis..
    cemburu buta boleh buat org "melompat" ke dlm perigi buta.. :)

    cemburu ni mcm api bara..
    kalau ditiup lama2 boleh jd marak..

  1. IKRAB family
    February 18, 2009 at 1:38 PM

    nak buang aper tu anonymous?cemburu ker?lagi dibuang lagi ia datang hehehe.lelaki dan wanita sama je cemburunya.ingat kisah isteri2 rosulullah ada gak tentang isu cemburu ni.

    intan,kes tak ajak tu mmg kena cemburu hehehe.tp aok takdela merajuk kurung lam umah 144 hari kan hehehe.

    kak zim, cemburu buta,mata pun buta lompat pun mesti dlm perigi yg buta yer hehehe.cemburu yang baik marak ok kan kak?;)

  1. Anonymous
    February 19, 2009 at 1:08 AM

    sis..
    blog sis dah leh nampak update..
    tp kena lps security check la plk..hehe..
    cemburu yang baik marak tu mcmana sis?
    pernah abuzaid kata..
    nak cemburu tak pe tp jgn keterlaluan..kira mcm sis tulislah tu..nak selesai masalah, jd makin tenat plk bila cemburu keterlaluan..

    cuba dgr pesan ustaz azhar idrus ni pasal cemburu..
    http://www.youtube.com/watch?v=q0YfEh7ntzE

  1. IKRAB family
    February 19, 2009 at 10:06 AM

    kak, saya ada ubah pd setting tu tapi try open my blog di blog kwn2 ada yg tak boleh la.actually bnyk yg sya tak tau psl editting ni hehehe.yg kena lps security check tu yg mana yer?masa memula nak baca posting ker?

    cemburu baik yang marak bila cemburu tu menambahkan creativity yg baik tuk mengeratkan hubungan contoh cemburu dia selalu kuar mkn2 dgn kwn2 tapi nak dgn ahli keluarga, maka masak2lah yg sedap2 dan buat suprise party hari2 hehehe.

    ooo...tq kak.bagus tu.klu ada lagi youtube yg best2 dan bagus tuk pengisian dan motivasi, akak buh le yer.

  1. Anonymous
    February 19, 2009 at 12:35 PM

    shima,blog aok ni dh appear kat bloglist koi tp bila klik nak buka, ada plak dia kabo blog aok ni hanya sesuai utk dewasa aje..hehe. Koi baru 17 thn...hehehe :P

    about cemburu, klu asben koi tak ajok pegi shopping, koi tak la smp kurung diri selama 144 ari, tapi mogok masak ada la hahaha :P

    KJ, kat umoh wan koi kat kerdau, ada perigi buta. Klu sapa2 tingin nak terjun, kabo la ke koi.. :)

  1. IKRAB family
    February 19, 2009 at 1:14 PM

    hahaha, pulak.nanti koi edit semula.aok lum cukup umur lagi yer.okeh okeh.

    mogok masak takper jgn mogok makan..orderjer pizzaaa.koi teringat kes yang husband tak nak beli pingan mangkuk sampai kes bunuh diri.koi ingat bukan sb tu jer..ada la kut hal2 lain.

    perigi buta baik utk bertapa tuk filem p.ramlee :)

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu