Petikan ini diambil daripada buku Hadis Modal Insan oleh Dr.Zulkifli ,Mohamad al-Bakri.
Abu al-Qasim al-Qusyairi berkata: Diam yang tepat pada waktunya adalah perkara yang sangat mulia. Antara hadith Rosulullah yang bercakap soal diam ialah hadith yang diriwayatkan oleh Mua'z bin Jabal yang bermaksud :
`Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila engkau berkata, ditulis bagi engkau atas engkau (yang baik ataupun jahat)'.
Ada peribahasa yang mengatakan :
Luka kerana lidah sama dengan luka disebabkan tangan
Lidah seperti seekor anjing gila yang bila tidak diawasi dia akan menerkam.
Sayidina Ali r.a ada berkata dalam sajaknya:
Kerana tergelincirnya, meninggalnya pemuda,
Tergelincirnya kaki tidak mengapa
Kerana lidah hilanglah kepala,
Luka di kaki sembuh seketika.
Petikan daripada karangan Ahmad Safuan al-Karami dalam Don't be Afraid memperjelaskan tentang jenis diam ini :
*Diam bodoh - diam kerana memang tak tahu apa yang mesti diperkatakan sebab kurang ilmu atau lemah pemahaman. Diam ini lebih baik dan selamat daripada bercakap dengan tidak tahu apa-apa.
*Diam malas (tak ada minat)- ia suatu keburukan kerana diam ketika orang lain memerlukan percakapannya.
*Diam sombong - diam kerana menganggap orang yang mengajak bercakap itu tidak setaraf dengannya
*Diam khianat - diam ini bertujuan menzalimi orang lain seperti diam ketika diperlukan menjadi saksi untuk menyelamatkan orang lain yang berada di pihak kebenaran.
*Diam marah - baiknya ialah untuk mengelak suasana daripada menjadi lebih tegang ataupun keruh dan mengelakkan daripada mengeluarkan perkataan yang tidak baik. Buruknya pula ialah apabila berniat bukan mencari penyelesaian tetapi menunjukkan kemarahannya sehingga diamnya juga boleh menambahkan masalah.
*Diam utama - juga disebut sebagai diam aktif. Diam ini hasil daripada pemikiran, renungan dan niat membuahkan keyakinan dan akan mendapat maslahat lebih besar berbandign daripada banyak bercakap.
*********************
kadang-kadang berhadapan dgn manusia ni, diam pun jadi masalah, bercakap pun masalah.so, kena nengok la kategori mana perlu berdiam ye kan.
2 comments to “Diam”
-
IKRAB family
February 18, 2009 at 1:41 PMdiam tanpa denyutan nadi hanya jasad yang tak mampu melakukan apa2 namun realitinya akan berlaku peristiwa yang tak akan diam dan pasti terus berlaku.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
February 18, 2009 at 11:14 AM
diam trus...
tanpa suara... tanpa kata...
tanpa hati... tanpa perasaan...
jasad kaku... nadi...???