`Sulh'.


Unit Sulh di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah secara rasminya beroperasi pada Apri l 2005.

Sulh di dalam bahasa Arab bererti 'putus pertengkaran' yang bermaksud kompromi. Pengertian syarak bermaksud suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan /pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam.

Di dalam amalan perundangan sivil ianya disebut mediation. Dengan kata lain, para ulama fiqh mentakrifkan al-Sulh sebagai satu ikatan perjanjian atau kontrak bersama untuk mencapai kompromi perdamaian antara dua atau lebih pihak yang berselisih faham / bertikai. Amalan sulh juga telah diamalkan di dalam bidang mu’amalat Islam.

Menurut Kaedah-kaedah Tatacara Mal (Sulh) 2004 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pihak-pihak dikehendaki hadir ke majlis sulh pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya pihak-pihak bersetuju untuk sulh, maka pihak-pihak akan menandatangani perjanjian persetujuan bersama dan kemudian perjanjian tersebut akan diendors di hadapan hakim. Pihak-pihak yang bersetuju sulh tidak perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah. Ini dapat menjimatkan masa dan kos pihak-pihak dan secara tidak langsung dapat mempercepatkan kes di Mahkamah Syariah.


Al-Sulh Dari Sudut Perundangan ISLAM

Dari sudut perundangan Islam, Al-Sulh antara sesama manusia adalah sunat. Dengan demikian, tidaklah ditegah bagi seorang hakim menganjurkan sulh kepada pihak-pihak yang terlibat. Hakim boleh menggalakkan mereka supaya melakukan sulh sekiranya ada dari pihak-pihak terlibat belum mengetahui perkara atau hak sebenar.

Sulh merupakan suatu anjuran yang telah diperundangkan melalui Al-Qur’an, Al-Sunnah dan Ijma’. Di dalam Al-Qur’an di dalam ayat 128 Surah An-Nisa’ yang membawa maksud : “….. sulh adalah satu perkara yang baik. “Ayat ini adalah berasal daripada satu ayat panjang yang berkaitan dengan perundangan sulh atau perdamaian antara suami isteri. Terjemahan ayat tersebut adalah seperti berikut :- Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh daripada suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya dan perdamaian itu adalah baik… [Ayat 128 Surah an-Nisa’ ] Manakala di dalam al-Sunnah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Perdamaian ( sulh ) atau kompromi adalah perkara harus antara orang-orang Islam, kecuali sulh untuk menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal. “

Hadith riwayat Ibn Hibban. Dalam Ijma’, para ulama sepakat memperundangkan sulh ini memandangkan kebanyakan kontrak ada faedahnya termasuklah menyelesaikan perselisihan dan pertelingkahan suami isteri.

Tatacara Pelaksanaan Sulh Di Mahkamah Syariah
Pelaksanaan prosiding sulh bermula apabila Mahkamah menerima setiap permohonan di bawah bidangkuasa mal seperti permohonan cerai atau sesuatu tuntutan akibat perceraian seperti nafkah eddah, nafkah anak dan hak jagaan anak di antara pihak suami dan isteri atau golongan yang mempunyai pertalian sekitarnya. Menurut Kaedah-kaedah Tatacara Mal (Sulh) 2004 Mahkamah Syariah , beberapa prosedur akan dijalankan oleh pihak Ketua Pendaftar / Pendaftar Mahkamah Syariah terhadap pihak-pihak yang baru mendaftarkan permohonan / tuntutan kes.

Tujuan unit ini ditubuh adalah untuk mempercepatkan kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah. Antara permohonan atau tuntutan yang boleh diselesaikan melalui kaedah Sulh adalah seperti berikut:- Mut'ahNafkah iddahNafkah TertunggakHarta SepencarianHutang MaskahwinHal-hal yang difikirkan munasabahHadanah (hak penjagaan anak)Tuntutan nafkah anakPermohonan pelaksanaan perintah mahkamahMengubah perintahKembali taatWali Enggan

****************
maklumat ini diambil d portal e-syariah.kalau ada apa2 soalan bolehlah bertanya kpd tok guru `T.B.T'.

date Thursday, March 26, 2009

0 comments to “SULH”

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu