Oleh Ustaz Jalaluddin Haji Hassanuddin Al-Baghdadi, Ketua Pegawai Dakwah, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Takrif Harta Pusaka :
Istilah ilmu faraid - harta pusaka ada at-Tarikah = maksudnya segala yang ditinggal atau dibiarkan oleh si mati.

Istilah syarak - harta warisan/ al-mirath = iaitu harta peninggalan org yg dah meninggal dunia = ia menjadi hak mutlak ahli warisnya - diagihkan di kalangan mereka yang berhak.

Hak2 berkaitan dgn harta pusaka :
1.Penyelenggaraan Jenazah : kos si mati
2.Hutang si mati - upah haji,zakat, nazar dan lain2 hutang yg tertunggak masa masih hidup
3.Wasiat si mati - wasiat yg berpesan utk bersedakah slps kematian si mati dan bukan wasiat utk ahli waris
4.Pembahagian hata mengikut hukum Faraid - untuk ahli waris hany apabila selesai semua tangungjawab di atas dipenuhi.

Sumber dan dalil hukum faraid:
* Surah An-Nias', ayat : 7,11,12,176
* Surah Al-Anfal, ayat : 75
* Sunnah Nabi s.a.w.
* Ijmak para sahabat Rosululah s..a.w

Kadar pembahagian pusaka menurut hukum faraid :
1/2
1/3
1/4
1/6
1/8
Asabah - Baki harta

Hakikat pemilikan harta dalam Islam :
Harta adalah Hak milik mutlak Allah s.w.t - manusia sebagai hambaNya diberi pemilikan sementara - untuk manfaat di dunia dan dijadikan modal pelaburan hari kemudian.

Surah An-Nur, ayat : 33, yang bermaksud "dan berikanlah kpd mereka dp harta (milik) Alah s.w.t yang dikurniakan kpd kamu'.


3 Salah paham masyarakat tentang harta pusaka :

1. Fikir yang anak2 dan isteri atau waris akan BERMUAFAKAT, AMANAH menguruskan harta kita.
2. Fikir yang anak2 dan isteri/waris TAHU APA NAK DIBUAT, jadi tak perlu merancang mengruskan soal faraid
3.Fikir yang Allah s.w.t turunkan hukum dan cara pembahagian harta pusaka ikut faraid - jadi tak perlu buat sebarang perancangan harta.

INFO PENTING : Harta Pusaka TAK BOLEH DIWARISI ATAU DIBERIKAN kpd/dp ahli keluarga yang Islam kpd yg bukan Islam begitu juga sebaliknya.
contoh; Anak yang Muslim (apabila memeluk agama Islam)tak boleh mewarisi harta ayah yang bukan Muslim dan sebaliknya.

WASIAT DALAM ISLAM :
1. Erti wasiat = umumnya - maksud pesanan dibuat seseorang tentang apa2 berkaitan hartanya dgn tujuan untuk dilaksanakan oleh warisnya slps lematiannya.

2. Dalil tentang wasiat, Suarh Al-Baqarah, ayat : 180, bermaksud : "diwajibkan ke atas kamu bila seorang antara kamu ada tanda2 maut, jika ia meninggalkan harta yg banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, kewajipan atas org beriman".

- Surah An-Nisa', ayat :12 : dlm kandungan ayat ini ada peruntukan atau pembahagian dlm harta pusaka iaitu :
suami - 1/2 dp harta si mati jika tiada anak
suami - 1/4 dp harta peninggalan si mati jika ada anak
isteri - 1/4 dp harta peninggalan si mati jika tak ada anak
isteri - 1/8 dp harta peninggalan si mati jika ada anak
saudara lelaki (seibu) atau sedara perempuan - 1/6 dp harta peninggalan waris yang tak meninggalkan anak atau bapa
1/3 dp harta -sama bnyk dibahagikan antara lelaki dan perempuan bagi sedara2 waris jika lebih dp seorang waris

INFORMASI PENTING :
1. Ayat dlm al-Quran yang mengatakan perlu tulis wasiat untuk ahli keluarga si mati (ibu,bapa,isteri,suami,anak2), hukumnya dah dimansukhkan- iaitu kadar pembahagiannya skg mesti mengikut hukum faraid.

Contoh : Si ayah yg tak suka pd anak sulung lalu wasiatkan hartanya diberikan semua kpd anak2 lain kecuali anak sulung. Selepas kematiannya, wasiat ini tak boleh dilakukan, ia mesti mengikut hukum faraid- setiap waris berhak mendapat haknya.

2. Wasiat boleh dilakukan oleh seseorang itu masa hidupnya untuk diberikan kpd harta kpd org lain atau ahli warisnya. Selepas kematiannya, harta utk si waris dilakukan mengikut hukum faraid. Walau bagaimanapun, jika semua ahli waris setuju untuk memberikan hak wasiat kpd org dinyatakan oleh si mati masa hidupnya, maka ia boleh dibuat.

Contoh : Si ayah wasiatkan hartanya iaitu tanah dan sawah padi diagihkan sama rata kpd anak lelaki dan juga perempuan. Selepas kematiannya jika si anak semua bersepakat untuk mengikutnya maka wasiat itu boleh di lakukan. JIka si waris tak setuju, maka perlu ikut hukum faraid.

3. Wasiat BOLEH dibuat untuk memberi harta kpd org lain yang bukan ahli warisnya dgn syarat tidak lebih 1/3 dp harta peninggalan.

4. Wasiat BOLEH dibuat oleh org bukan Islam kpd ahli warsinya atau org yg bukan beragama Islam begitu juga sebaliknya dgn syarat tidak lebih 1/3 dp harta peninggalannya.

Contoh : Anak yg beragama Islam boleh menulis wasiat untuk beri hartanya kpd ibu yg bukan beragama Islam dgn tidak lebih 1/3 dp hartanya.

Ayah yg beragama Christian boleh mewasiat hartanya utk cucunya yg beragama Islam dgn syarat tak lebih dp 1/3 dp hartanya.

5. Wasiat atau wasiyyah tak sama dgn `writing will'` berdasarkan undang2 sivil :
i. `Will' = boleh wasiatkan semua harta yg ada kpd sesiapa sahaja termasuk kepd haiwan peliharaan.

ii. Wasiyah - hanya 1/3 dp harta peninggalan kerana selebihnya menjadi harta pusaka yg perlu diagihkan kpd waris mengikut hukum faraid

6. Wasiat atau wasiyyah - jika si penerima wasiat mati sebelum kematian si pembuatnya - maka TERBATALLAH wasiat itu.

7. Setelah ahli waris setuju untuk menunaikan wasiat si mati, tak bolah menariknya kembali selepas ia dilaksanakan.

Contoh : Si ayah wasiatkan rumah banglo atas bukit di wasiatkan kpd anak perempuan bongsu.Jika anak2 lain bg si mati setuju untuk memberi rumah itu kpd si adik bongsu, mak slps itu tiada siapa yg boleh tuntut semula untuk dibuat secara faraid.

8. Telah menjadi sebahagian atau segelintir sikap org melayu kita yg mewasiatkan si anak untuk berkahwin dgn si polan selepas kematiannya.
Ini tak wajib diikuti kerana pernikahan mestilah mengikut persetujuan dan kerelaan orgnya.

9. Masih terdapat sebahagian msyarakat yang tak endah tentang harta sepencarian dan harta pusaka selepas berlaku percerian. Ia hanya dituntut setelah sekian lama (contoh slps 10 thn).

Contoh kes : Seorang wanita memeluk Islam dan berkahwin dgn lelaki MElayu Muslim. Kemudian bercerai dan mempunyai anak2. Si suami berkahwin lain. Setelah 25 tahun barulah si bekas isteri dan anak2 ingin menuntut harta pusaka.

- Si anak boleh tuntut harta pusaka tp perlu melalui bnyk proses dan ambil masa kerana ia telah telalu lama berlaku.

- Si isteri tak boleh tuntut harta pusaka bg dirinya kerana telah bercerai ketika si suami masih hidup.

- Harta yg melebihi RM600,000 - mestilah ditutut di Mahkamah Tinggi Syariah
- Harta yg kurang dp RM600,00 - boleh dituntut di Pejabat Tanah


*info di atas adalah yg disampaikan oleh penceramah termasuklah jawapan yg diberikan kpd soalan yg dilontarkan oleh peserta2 seminar.

date Friday, April 3, 2009

0 comments to “HARTA PUSAKA - HUKUM FARAID; ANTARA HUKUM DAN REALITI”

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu