JOHOR BAHRU - Seorang wanita yang mahu menyelamatkan anak lelakinya yang disangka terperangkap dalam bilik yang terbakar tetapi dia pula mati rentung.
Mayat Kong Le Lee, 43, ditemui mati di depan pintu bilik anaknya yang telahpun dapat menyelamatkan diri terlebih dahulu.
Kejadian pukul 6 pagi di sebuah rumah di Taman Setia Indah di sini semalam berlaku ketika Le Lee, suami dan anaknya yang berusia 14 tahun itu sedang tidur di tingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut.
Difahamkan ketika kebakaran, Le Lee cuba untuk menyelamatkan anaknya tanpa menyedari anaknya itu telah berjaya keluar dari rumah.
Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Azman Jantan berkata, mayat wanita itu ditemui di dalam bilik anak mangsa dalam keadaan terlentang di hadapan pintu.
"Kita percaya mangsa cuba keluar dari bilik tersebut tetapi gagal kerana api telah marak di luar bilik.
***********************************
kasih ibu dan ayah membawa ke akhir hayat ,
tanpa perlu kata-kata yang beribu lemon untuk menggambarkannya
sebab itulah kurang kita dapati lirik lagu yang menunjukkan kasih sayang kpd ibu bapa dan keluarga
cinta sesama manusia sesama berlainan jantina lebih ditumpukan dlm lagu2,
lirik dan kata2 pujangga yang kadang-kadang membuat kita terlena seketika....
April 23, 2009 at 8:33 AM
Koi br nak belajo jd penulis lirik...tgguuuu.... :)