Ramai stres hilang pekerjaan.
PETALING JAYA - Jumlah orang yang mengalami tekanan mental akibat hilang pekerjaan mula menampakkan peningkatannya, kata Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohd. Hussain Habil.
Bercakap kepada Bernama di sini semalam, beliau berkata, dalam tempoh dua bulan lepas, jabatan itu mencatat peningkatan 20 peratus pesakit yang ingin mendapatkan rawatan bagi masalah tersebut.
Beliau menjangka jumlah itu akan bertambah pada bulan-bulan akan datang sekiranya keadaan ekonomi terus muram dan semakin banyak pekerja ditamatkan perkhidmatan.
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) melaporkan lebih 26,000 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan sejak bulan lalu.
Mohd. Hussain menambah, perkara itu sepatutnya menyedarkan kerajaan tentang betapa pentingnya isu berkenaan ditangani dengan segera sebelum ia mencetuskan masalah sosial yang lebih besar.
Katanya, mereka yang dibuang kerja bukan hanya perlu diberi pekerjaan lain, tetapi juga dipenuhi keperluan mereka daripada segi sosial dan emosi.
Menurut beliau, antara cara yang boleh dilakukan kerajaan bagi menangani isu itu adalah dengan membentuk kumpulan sokongan sebagai tempat bagi pekerja terbabit mendapatkan bantuan profesional.
Sebagai permulaan, beliau mencadangkan Kementerian Sumber Manusia meminta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang bertanggungjawab bagi keselamatan sosial pekerja supaya menubuhkan klinik sokongan di cawangannya.
****************************
sedih juge dgn keadaan ni yela bagi yang bnyk komitmen, perbelanjaan harian, persekolahan anak2,bil bulanan kereta, rumah dlln.Mmg patut pun kena ada workshop atau usaha membantu mereka ini. Malah mereka ini pun mesti berusaha untuk meneruskan hidup dgn kreatif. Aku nengok kat kwsn tempat aku tinggla ni dah makin bertambah org yg berniaga makanan. Hasil perbualan aku dgn depa, rata2 depa ni diberhentikan kerja atau VSS (lebih kurang serupa la kan). Aku puji usaha depa ni cuma kdg2 tu org kita ni kurang kreativiti. Contohnya tmpt tu dah ada org jual nasi lemak, cucur udang pns2 pd waktu pagi dan petang, namun menu itu juga menjadi pilihan peniaga2 baru akhirnya 2-3 org menjual mkn yg sama pd sesuatu tempat. Ada yg berniaga hanya utk wang, tak jaga kualiti mskn dan kebersihan.
Aku tabik spring kat seorang pemuda org kg aku ni (anak kwn ayah aku). Dia ni engineer tp berhenti (bukan sbb diberhentikan) untuk memulakan perniagaan tani bersama beberapa shbt2 dia yg lain. Skg dah berjaya menghasilkan pisang2 yg berkualiti dan eksport ke luar negara. Nampak mcm mudah tp klu tak biasa dgn keadaan pekerjaan baru tu perlukan mencari ilmu, berani,tabah dan kreatif. Bisnes besar2 ni mesti bnyk modal nak digunakan kan. Bank Rakyat boleh membantu anda :)
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional