Potong gaji bayar zakat
KUALA LUMPUR - Pengarah Institut Kajian Hadis Kolej Universiti Islam Malaysia, Mohd. Farid Ravi Abdullah mencadangkan agar kerajaan mewajibkan umat Islam di negara ini membayar zakat secara potongan gaji.
Pemotongan itu perlu melibatkan semua orang Islam sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) supaya kutipan dan agihan zakat kepada asnaf dapat diselaraskan.
"Kalau langkah itu dapat diperkasakan, kelak kita akan lihat umat Islam akan ada satu sumber ekonomi yang menjamin asnaf.
"Bagi saya, orang yang tak bayar zakat pada hakikatnya menyembunyikan hak orang lain dalam simpanannya. Dia tidak menyumbangkan hartanya kepada orang miskin. Ini dikira mengambil hak orang miskin,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menguatkuasakan undang-undang membayar zakat seperti yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam mengutip cukai pendapatan.
Bagaimanapun, sebelum ia dilaksanakan, beberapa perkara dari segi peraturan, akta dan undang-undang perlu dikaji terlebih dahulu.
"Pembayaran zakat ini mencecah RM1 bilion bagi seluruh negara pada tahun lalu tetapi persoalan sama ada ia akan dikuatkuasakan dalam perundangan akan dikembangkan pada masa akan datang,'' katanya di Putrajaya semalam.
*************************
good idea.cemane pulak golongan yang bekerja sendiri atau mereka yang berada dalam kumpulan `terselamat atau terlindung' dan terlalu mampu untuk melaksanakan tanggungjawap ini tetapi terlupa taupun buat2 lupa.ini yg patut disasarkan sebagai target utama.
5 comments to “Potong Gaji Bayar Zakat”
-
ubilepih
May 6, 2009 at 12:31 PMPurple
bab ibadat ni kita yg kena ingatkan diri kita sendiri...ha..ha
-
IKRAB family
May 6, 2009 at 2:22 PMAzMas,alhamdulilah.
Ubi, betul betul betul :)
-
May 7, 2009 at 2:53 PMAkaka bayar zakat melalui Pusat Zakat. Tak nak potong gaji. He he sekarang mana ada gaji. Perasan
-
IKRAB family
May 7, 2009 at 4:55 PMhehehe :).
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
May 6, 2009 at 10:01 AM
salam...
saya bayar zakat pendapatan sdn bhd aje. Lepas buat pengiraan kat pusat zakat, saya daftarkan kat MBB2U dan bayar tiap2 bulan. InsyaALLAH..