Sahabat-sahabat yang disayangi dan diRahmati Allah, suami kak Ani, abang Osman berada di ward di Shah Alam Medical Centre, seksyen 19 kerana serangan jantung(sebelum ni tak pernah ada masalah ini),infection pada paru2 dan hati juga membengkak sedikit.Keadaan abang Osman ada perubahan yang positif.Sama-samalah kita berdoa agar Abang Osman cepat sembuh dan moga kekuatan,ketabahan dan ketenangan bersama Kak Ani dan Abang Osman sekeluarga. Jika sahabat-sahabat ada masa kelapangan bolehlah menjenguk beliau di situ.Hari ini hari kelima beliau di situ.
7 comments to “SYAFAKALLAH....”
-
May 1, 2009 at 11:44 AMTerima kasih shima. Terima kasih pada semua. Semalam akak ada terima sms dari mak shima. Kak hanim sungguh terharu dengan sokongan dan doa semua orang-orang. Mzeed pun ada call beri semangat dan doakan supaya abang cepat semboh. Terima kasih juga pada nenek yang jauh.
Hari ini dia nampak sihat sikit. Tapi virus sebenar masih belum diketahui. Itu sahaja masalah yang tinggal.
-
May 2, 2009 at 7:29 PMTerima kasih shima sudi datang melawat hasben kak hanim. Nampak dia gembira. Terima kasih atas segalanya.
-
IKRAB family
May 2, 2009 at 11:38 PMkak Tirana tq doakan.insya-Allah nanti kita jumpa makan2 dgn kak ani dan shbt2 lain yer.apepun mari la sunway kak tirana ikut hadi nanti, kak ani leh masi sini bila abg osman dah kuar spital nanti.
sama2 kak,mmg org yg sakit patut diziarahi tak kira la sakit tu sikit ke tak kerana yg diziarahi akan merasa gembira lebih2 lagi sokongan keluarga terutama kak Ani sentiasa di sisi :).bersabar ye kak., insya-Allah lepas ni abg osman dan kak ani bleh mai kg saya bulan jun ni, sya cuti panjang.kak tirana ni satu kg(sama daerah tp qaryah lain2) dgn saya.
kak tirana, kak ani ni dah jumpa mak ayah sya di ganu dulu masa jln2 sana, kak ani blik kg masa tu.
-
IKRAB family
May 2, 2009 at 11:41 PMkak Ani, suami kak Tirana ni doktor pakar jantung.
-
INTAN RH
May 4, 2009 at 9:02 AMMaaf, baru tau arini. Padahal cuti 3 ari, koi ada kat Shah Alam dan Puchong je.. Moga semuanya selamat. Shima, aok kirim salam pd kak Ani ye.
-
IKRAB family
May 4, 2009 at 9:16 AMdoa daripada jauh ye intan.insya-Allah.Abang Osman dah discharged dp spital.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
May 1, 2009 at 7:56 AM
Semoga Abang Osman cepat sembuh dan semoga kak Ani tabah dan bersabar.. Azwari, kak tirana kenal ke mereka ni? Rasa-rasa macam tak kenal tapi tak pe la..do'a sesama kaum muslimin...