Dadah ‘pisahkan’ cinta Wook dan suami.
Oleh HARADIAN SHAH HAMDANharadianshah.hamdan@kosmo.com.my
MAJLIS persandingan Mohd. Nor dan Wook pada tahun 2005 di Dungun.
KERATAN Kosmo! 26 November 2008.
HULU TERENGGANU – Cinta Wook Kundur, 107, terhadap Mohd. Nor Musa, 38, mungkin benar-benar buta kerana dia bukan sahaja sanggup mengambil lelaki itu sebagai suaminya walaupun perbezaan umur mereka hampir 69 tahun.
Wook juga tetap mempersuamikan Mohd. Nor walaupun dia mengetahui lelaki itu adalah seorang penagih dadah.
Bagaimanapun, pergorbanan cinta Wook itu akhirnya menjerat diri sendiri apabila bukan sahaja hartanya dijual oleh lelaki itu, malah dia bakal ‘kesepian’ apabila suaminya ditahan pihak berkuasa kerana mengambil dadah semalam.
Sambil mengakui dia sebelum ini sudah mengetahui bahawa suaminya pernah ditahan di Pusat Serenti Tampin kerana menagih dadah, Wook masih menaruh harapan Mohd. Nor dapat memulihkan diri sepenuhnya dan sentiasa mengingati Tuhan.
Bagaimanapun, menurut warga emas itu, dia tidak sedar bila suami melakukan perbuatan tersebut kerana dia tidak tahu mengesan gerak-geri orang yang mengambil dadah.
“Saya harap dia berubah dan bertaubat. Dulu memang dia (suami) kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa. Tapi hari ini (semalam) ada orang datang beritahu dia kena tangkap, kena gari.
“Saya memang sedih tapi nak buat macam mana, eloklah dia berubat dulu,” katanya ketika ditemui di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Ajil di sini semalam.
**************************************
sian nenek tu..harapkan pagar, pagar bawak guni padi lari.
ni la lumrah dunia yg apa yg berlaku depan mata jgn diambil mudah.
8 comments to “Cinta itu tidak Buta....Sapa yg buta?”
-
IKRAB family
July 8, 2009 at 11:55 AMkena fikir jugak kan kak sebab apa yg berlaku sebanarnya menjadi sebhagian seejarah yg berulang dan boleh jadi iktibar.
-
Insyirah
July 8, 2009 at 2:49 PMItu la... Kesiannya Wok. Ingatkan boleh berubah. rupanya lain yang jadi...
-
IKRAB family
July 8, 2009 at 3:20 PMSis wardah, maaf ckp kbnykn mereka yg terlibat dgn penggunaan dadah ni amat sukar nak buang tabiat tu lebih2 lagi mudah utk jumpa kwn lama yg sama2 terlibat dan juga supplier. Jadi klu nak hrp mereka berubah tak boleh hanya dgn harapan, mesti juga betul2 mengusahakannya lebih2 lagi diri individu yg terlibat.
-
INTAN RH
July 9, 2009 at 9:45 AMSy pun kesian kat makcik tu tapi masa nikah dulu, takkan sume ahli kuaga lelaki berdiam diri? Takkan sorang pun yg tidak bagi "clue"?
Mgkin pengaruh luar mempengaruhi semula mamat ni utk berkecimpung dlm bidang lama dia...
-
July 9, 2009 at 11:58 AM:( sedih...secebis kisah anak adam yg perlu di buat iktibar.Minta jgn lah kita di uji dgn ujian yg tak mampu kita galas.Dadah ni boleh di sekat jika rasuah dapat kita bendong..betul wa cakap lu...pihak yg kita harapkan melindungi kita itu lah yg buat onar besar sampai gejala dadah tak dapat di bendung,(UBI)
-
IKRAB family
July 9, 2009 at 1:41 PMIntan, klu tak silap koi, dlm paper tu ckp nenk wok tu tau hal dadah tu sebelum kahwin tp berharap nak berubah. koi ingat kata motivator dan counselor, jgn 2sesekali letak harapan pasngn akan berubah apabila tabiat, sikap tertentu dah lama sebati dgn diri. nak mencuba boleh dan berusha..tp klu berharap saja...selalunya akan kecewa.
Ubi, maaf la aku ckp...aku tau mmg kita sesama insan perlu beri peluang dan ruang kpd sesiapa saja kliu dah bertaubat...namun sejarah menunjukkan tendency utk seseorang penagih or bekas penagih dadah terlibat semula amat mudah. Jadi klu ada adik atau sedar kwn yg nak berkahwin dgn bekas penagih dadah, perlukah disokong? Mmg ada yg benar2 berubah dan menjadi insan yg lebih cemerlang dr org lain.
-
IKRAB family
July 9, 2009 at 1:44 PMye la bro...makin menjadi2 plak kes dadah ni sampai tak cukup katil2 tilam bantal kat pusat serenti tu..dah le depa yg mogok pakat bakar bangunan le ape le....weiii duit rakyat tu bg depa mkn duk situ....isk.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
July 8, 2009 at 11:28 AM
Sian kat Wan Wok..
Dah ada berita ni, mula lah nak fikir yyg bukan2 je kak ni...
Moga Wan Wook sentiasa dilindungi Allah S.W.T. ... ameen.