Hermodo, kaif fa hal, ni hauma, pe habaq semua. Moga sentiasa di dalam Rahmat Allah.
Dah hampir sebulan rumah aku ni takdak org jaga...takpa ni aku buat open house....mai la bwk cekodok, pisang goreng, durian ka...kita pakat makan ramai2 ya, ni konsep port luck open house la yer ;)

Alhamdulillah 3 minggu lebih dpt bersama abah dan mak di kampung sempena cuti tempoh hari.
Sempat la melawat makcik di Ipoh, kurang sihat dia. Tapi masih dapat membawa kami jln2 ke tesco yg baru buka depan umah tu :).Then sepupu aku teringin sgt nak bawak kami semua tengok tempat dia jogging tiap ptg lepas balik keje. Tempat tu agak jauh juga di kwsn perumahan baru ala2 bandar baru gitu..memang cantik ala2 botani...ada kolam ikan dan tempat jogging. Kolam ikan tu dipenuhi dgn ikan sungai yg besar2 kalau ditimbang mesti berkilo2 lah beratnya...tapi dilarang memancing,hanya boleh beri ikan makan je. Esok paginya dah balik semula ke parit buntar so tak sempatlah nak jumpa sahabat2 di Ipoh. Azwa, insya-Allah kalau ada kesempatan ke sana lagi dptlah berjumpa. Shbt2 yg lain tu, insya-Allah, nanti kita plan bila sya dpt bercuti lama sket di Ipoh.

Di kampung, gi kebun mini abah dan mak.Dah lama gak aku tak exercise sapu laman rumah tu dgn daun2 kering yg gugur dp pokok2 jambu,rambutan, sukun dlln. Setiap yg hidup, cantik, gagah akhirnya bila sampai masa gugur juga ia.Petang teman mak gi kuliah di Pusat Pengajian Umumi Madrasah Al-Hidayah yang baru beroperasi atas usaha Tuan haji Yunus Alias dan shbt2nya yg lain. Tempat tu masih belum siap betul, kalau sahabat free tu jenguklah link yg aku attach kat link blog saya tu. Samalah2 kita berdoa agar usaha murni itu diRahmati Allah di mana untuk menjadikan pusat pengajian ilmu seperti kelas mengaji quran, bahasa arab, jawi,fiqah dan lain2 utk org dewasa, pondok moden yg memerlukan bantuan kewangan untuk membina bangunan dan menambak tanah dan juga rumah anak2 yatim.Kalau dpt membantu dlm bentuk wang ringgit, tenaga dlln silalah contact org yg berkenaan (di link blog). Buat masa ni, baru sebuah bangunan kecil dibina sebagai office smeentara dan juga tempat belajar b.arab, fiqah dan lain2 setiap hari. Aku sempatla temankan mak gi kelas b.arab haritu sehari, tuan haji yusuf sempat berlawak, p.crayon takyah la kita tanya ye dia dah boleh tlg ajar pun hehehe...jgn perli la ustaz...dah tak tahu sgt pun nak wat ayat.

Alhamdulillah Tuan haji Yunus Alias, isterinya Ustazah Ramlah dlln lain memberi khidmat tenaga dan berkongsi ilmu secara percuma dan membangunkan institusi ini, maklumlah bayaran apapun belum dikenakan lagi. Tuan haji yusuf ni bekas KPP bhgn penyelidikan di Jbtn Agama Islam Ipoh dan baru saja pencen. Dulu beliau pernah berkhidmat sebagai hakim syarie selama dua puluh tn lebih. Sikapnya yg peramah, humble dan berilmu serta penglmn ni amat disengani. Beliau ajar untuk kuliah undang2 di masjid utk kaum bapa.Abah aku selalulah menghadirinya. Sempat jugalah aku interview Ustaz ni utk kajian paper aku ni yg diusahakan bersama shbt untk confernce di UKM tak lama lagi.

Cuti2 juga, tp otak duk dgn kerja2 yg dibawa balik bersama. Sian gak mak abah....so aku letak keje kat sebelah...hehehe....masak2 spesel tuk meraikan ulangtahun abah dan mak. Musim doroyan pun tiba...mak aku mmg suka sgt doroyan tuh. Aku suka durian kampung yg warna putih tu mg sedap tp paling banyak aku boleh mkn pun 4 ulas. Tapi balik baru2 ni aku mkn bnyk betul ulas sekali mkn hehehe. Sebenarnya masa kecik2 dulu aku terlalu mkn bnyk sampai tahap aku tak boleh bau durian ni nak pening dan nak terkeluar isi perut. Akhir2 ni je aku baru boleh semula makan durian ni. Plan mak abah aku nak ke Keroh atau nama barunya Pengkalan Hulu untuk ziarah sahabat lama abah aku tapi tak jadi. Abah ni bnyk urusan kat kg, urusan masjid, jenazah dlln. Aku sempat tinggal dan bersekolah di Kroh ni 2 thn lebih. Kroh ni dulu2 terkenal sebagai tempat yg bnyk komunisnya tau bintang 3. Uhh seksa..abah aku nak pi keje pun kena pakai baju biasa sampai opis baru lah pakai baju uniformnya. Takyah la nak citer betapa seksanya rakyat dgn komunis ni kan so renti2kanlah klu ada sesapa yg nak katakan komunis itu Pembela Banggsa!

Cuti aku masih panjang lagi sampai ujung minggu ni tapi sebab aku kena attend conference kat KLCC minggu lepas so dgn berat hati aku tinggalkan kg halaman ku. Kat conference tu jumpa shbt2 baru dan juga teman2 lama ada yg dah lebih 10 thn tak jumpa. Wardina Safiah pun ada hadir salah satu paralel session yg aku sertai. Dalam salah satu session tu, mat saleh lebih cekap menjawab soalan yg dilontarkan oleh peserta kpd speaker tentang sirah nabi dan pemikiran kreatif yg dpt dilihat pd Rosululah. Salah sorang speaker yg duk sebelah aku bisik kat aku kata "mat saleh ni lagi cekap dp kita". Aku jwp.."depa rajin baca, kaji". : ) Salah satu sesi yg paling aku sukua ialah sesi penutup di mana spekar nya ialah Edward de Bono. Sungguh berpengalaman dlm memberi talk seperti seorang atuk bercerita kpd cucunya cukup dgn contoh, cerita dan kisah dan bagaimana nak applikasinya dp pelbagai sudut dan disiplin bukan hanya teori. Antara yg menggembirakan aku, bila salah sorang kwan baru yg dikenali dp Singapore menghadiahkan buku motivasi kpd ku dan seorang lagi peserta conference tu.

Moga cuti kali ni lebih berkualiti ye tak lagi2 berkualiti dlm spend masa dgn keluarga. Ni aku dlm edit paper ni untul last stage...isk duk edit je ni bila nak siap hehehe. Aku call pihak penganjur bgtau nak antar dlm ujung minggu ni full paper..katanya "no problem'. Alhdamdulillah. So dtg le ke opis ni jap wat ape yg patut, jumpa rakan sekerja baru yg juga jadi jiran meja aku ni. Jumaat ni meeting dgn boss baru....moga semangat pun baru bertemu students baru. Next week kelas akan bermula jadi eloklah dpt rehat secukupnya minggu ni..errr tak cukup lagi cuti ni yer ...hehehe. Oklah kengkawan, kita sembang lagi ye, dah nak balik dah. Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat nyambut Rejab...moga amalan kita bertambah dan diRahmati Allah. Aamiin.

date Wednesday, July 1, 2009

21 comments to “Pe habaq kenkawan...”

  1. INTAN RH
    July 1, 2009 at 4:58 PM

    Amboi...3 minggu cuti sakan kat kampung, jaga kebun durian ke hehe. Gambo mana? takkan karangan jek :P

  1. IKRAB family
    July 1, 2009 at 5:31 PM

    hehehe....mini kebun je campu2 jenis tumbuhannya termasuk la rumput rampai yg perlu diracun selalu sbb rumput jenis tu tak makan dek mata pisau sabit or cangkul.

  1. IKRAB family
    July 1, 2009 at 5:32 PM

    karangan la dulu lama dah tak nulih...gambaqnya nanti2 la yer....tungguuuu :)

  1. kz
    July 2, 2009 at 3:52 AM

    kena potong markah ni..karangan tanpa gambor.. :)

    Last stage tu ke yg kena mengadap panel?

  1. Azwa
    July 2, 2009 at 12:22 PM

    Ermmm...lain kali mai Ipoh mesti singgah rumah saya.Tesco baru tu x jauh dari rumah.nk tanya tempat jogging tu kt mana?taman botani ke..

  1. IKRAB family
    July 3, 2009 at 5:48 PM

    hehehe kak zeem,markah bonus takde ke cikgu? ;)
    takdak ngadap panel, kak. cuma kena antaq awai full paper sebelum present nanti tuk depa analyze dan untk paper tu published/printed.

    Kak, ni duk tunggu kwn2 yg balik dp canada...tunggu maple syrup tu, tak tau la dia beli ke idak hehehe.

    Azwa, sorry bnyk2, masa tu rush ke ipoh, sampai dah tghri, pagi esoknya dah blik P.Buntar. Makcik tak berapa sihat masa tu.Ye taman Botani la tu.Sya bgtau abah nak jumpa azwa bila dah blik p.B, abh ckp awat tak habaq awai bleh ajak jumpa azwa kejap mlm tu tp dah makcik tak berapa sht mlm tu.Insya-Allah next time ye :)

  1. Anonymous
    July 4, 2009 at 12:05 AM

    bailk dr canada...
    kurantin dulu...

  1. IKRAB family
    July 6, 2009 at 7:57 AM

    betul tu :)

  1. IKRAB family
    July 6, 2009 at 11:52 AM

    arini dpt gak maple syrup dp kwn yg balik dr sana yea yea hehhee :)

  1. kz
    July 7, 2009 at 1:39 AM

    Alhamdulillah, akhirnya dpt gak maple sirap..

    lega akak..hehehe..dak la, duk pikir gak camanalah nak bungkuih botol sirap tu kemaih2 tak nak bg dia tirih .. shima dah dpt tu, tak yah kak fikir lg.. :D

    kena kurantin jg ka? tak ke kena imbas2 je?

    tak present lg rupanya...bila lah?

  1. IKRAB family
    July 7, 2009 at 8:33 AM

    alhamdulilah kak, tetiba je kwn tu dtg bagi maple syrup dlm botol plastik so tak la mudah pecah..cantik botol tu nanti sya buh gambaq naa ;). Pure maple syrup tulis kat situ, rasanya ni yg original punye takde rasa butter. sedap kak baru je mkn dgn roti celup telur goreng (roti bombay) tadi then tuang maple syrup, kwn tu yg ajar hehe.upenye yg ni rasa mcm gula melaka or air gula nira nipah.

  1. IKRAB family
    July 7, 2009 at 8:35 AM

    imbas2 dan check. tapi sapa yg ada tanda2 tu, kena la kuarantin.
    paper yg kat sunway ni present 7hb Ogos, yg satu lagi tu di UKM oktober ni insya-Allah. doakan ye kak . yg UKM tu harap2 mentor T.A saya mai la haritu standby jwp soalan hehehe.

  1. kz
    July 8, 2009 at 11:24 AM

    meh kak ajar pulak..
    cuba shima buat buttered toast, pastu siram maple sirap/honey ataih tu dan ayak gula icing pulak bg nampak cam snow...hehe...sodap!!

  1. kz
    July 8, 2009 at 11:25 AM

    InshaAllah, kak doakan.. :)

  1. IKRAB family
    July 8, 2009 at 12:00 PM

    peghh ni tengah rehat jap sebelum smbung kelas..lapaq la plak nengok resepi akak tu hehehe.balik ni sya wat la butered toart. kak, pernah tak guna maple syrup dlm apa2 masakan?ingat nak try la buh tuk bhn perap ayam pangang hehehe ganti madu mesti sedap kan or tuan atas tuh peghhh.

    tq kak doakan.Mentor koi pun busy jer tuh :)

  1. IKRAB family
    July 8, 2009 at 12:03 PM

    sorry silap eja...exciting punye pasal hehehe..buttered toast.agaknye yg butter flavor tuh mesti lagi lemak rasanya kan?next time ordered tu plak kat kwn hehehe.

  1. IKRAB family
    July 8, 2009 at 3:23 PM

    kak Zeem, baru tadi kwn2 sembang pasal maple syrup ni, sorang tu parents dia nak mai christmas ni, sya order butter plak yg aka ckp tu yg tu sedappp pernah rasa fudge dp sana dulu. kak yg butter syrup tu dia bukan liquid kan rasanya solid mcm butter/margerine to spread on the bread?

  1. kz
    July 8, 2009 at 6:27 PM

    sirap jgk shima..
    kat botol tu ada tulis butter flavour..
    cuba tgk kat link ni..
    http://www.auntjemima.com/aj_products/syrups/butterRich.cfm

    akak tak pernah letak manisan dlm perapan daging/ayam..sbb tekak abuzaid lain sikit.. :)

    shima try lah..kak bayangkan sedap! :D

  1. IKRAB family
    July 9, 2009 at 8:18 AM

    ok tq kak. agaknye yg jadi filling fudge tu dah campur cream kut sebab tu bentuk dia mcm margerine bleh jadi cream or inti biskut or roti.

  1. kz
    July 10, 2009 at 11:56 AM

    sama2 kasih.. :)

    filling tu, kak baca mmg syrup aje...diblend sampai jd cream.

    Wallahu a'lam..

  1. IKRAB family
    July 10, 2009 at 12:36 PM

    ooo mcm tu ker....so takdak jual la yg dah ready made tu yer...kena wat sendiri yer..nanti check email.

    kak sya ada ym akak...akak check yer nanti :)

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu