Hari ni hari ketiga kita berpuasa, mendapat peluang untuk melakukan ibadat2 termasuk yg khusus dalam bulan yg mulia ini. Hari ni aku mula bekerja selepas seminggu bercuti di kampung.Pagi ni aku dpt email dp Ai, tq for the good email;

Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yang indah
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh


maaflah yer email ni habaq pasai wanita jer...kalau ada pasai jejeaka pulak nanti aku buh sini yer.
ni pula petikan daripada email dp Arif yg juga dp pagi tadi. Tenkiu Arif.

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya :
"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu".
"Adakah suami awak ada dirumah"?, mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar".
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama", mereka menjawab.
"Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi.
"Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi,
"Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke
dalam rumah".

Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!!
Isterinya bersetuju.

"Abg, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"?Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari
satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"!
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tu", kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita".

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan anda tetamu kami".

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutnya. Terperanjat, wanita
itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"?
Mereka semua menjawab : "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh
kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

DIMANA ADA KASIH SAYANG, DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN"!!
.::::RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL::::....


Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka nanti yer.

date Monday, August 24, 2009

4 comments to “Hari ke 3 berpuasa”

  1. Anonymous
    August 24, 2009 at 3:11 PM

    Salam, selamat menjalani ibadah posa. Time bebuka tu, ingat2 la kat koi :)

  1. Anonymous
    August 24, 2009 at 6:30 PM

    wslm, koi mesti ingat kat aok lagi2 duk nunggu biler la aok nak belanja daging masak hitam tu...err dah bubuh ke resepinya di blog aok tuh?
    p.c.

  1. Anonymous
    August 25, 2009 at 8:37 AM

    errr...daging masak kicap aci tak? :P

  1. Anonymous
    August 25, 2009 at 2:21 PM

    boleh jer....masak kicap aok mesti spesel kan ;).bagi ler resepinye, jgn aok ckp suh baling botol kicap dlm kuali tu udah ler hehehe.
    p.c.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu