PUTRAJAYA - Kerajaan Indonesia telah memberi jaminan akan memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin berikutan terdapat sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing di republik itu yang mahu mengusir rakyat Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu telah disampaikan oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar kepada beliau dalam pertemuan mereka tengah hari semalam.
"Saya dah sampaikan kepada Pak Try Sutrisno (Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka Indonesia Tan Sri Try Sutrisno) mengenai kebimbangan Malaysia terhadap keselamatan rakyatnya dan beliau berjanji untuk sampaikan kepada pemerintah Indonesia.
"Duta Besar Indonesia dalam pertemuan tengah hari tadi (semalam) telah memberitahu bahawa mereka sedang mengambil tindakan untuk memastikan tidak ada apa-apa berlaku kepada rakyat Malaysia,'' katanya selepas majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri di kediaman rasminya di sini.
Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan di Jalan Diponegoro, Jakarta dalam gerakan yang dipanggil Sweeping Malaysia (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

******************************
betapa bnyk juga kes2 melibatkan org indonesia di malaysia yg pecah rumah, merogol,membunuh,mencuri,menculik,menipu,membuli majikan,menganggu rumah tangga majikan dan org lain dn mcm2 lagi yg menyusahkan rakyat Malaysia untuk sekian lama sejak ramai2 dp mereka ini yg tinggal di Malaysia untuk mencari rezeki....ramai juga rakyat malaysia yg marah dan tak puas hati dgn mereka2 ini ...tp belum aku dengar lagi ada cara berkumpulan membawa senjata mencari setiap org indon di malaysia ini.yg salah kalau benar salah biarlah dihukum di mahkamah mengikut peruntukan undang2 negara....kenapa perlu dibabitkan mereka yg tidak bersalah. aku tak dpt bayangkan, kalau aku pergi ke sana untuk membawa keluarga berjalan2 di sana mengenali tempat org dan membantu pihak sana dlm perlancongan ataupun mereka yg berada di sana menimba ilmu tiba2 jadi mangsa kumpulan buluh runcing tu!!!

dulu `Ganyang Malaysia'
ni `Sweeping Malaysia'
sweeping guna la penyapu pesal lak bawak buluh runcing tu mcm nak hukum sula jek.

date Thursday, September 10, 2009

16 comments to “sweep the floor takper...sweeping Malaysia....*2## ??”

  1. Tirana
    September 10, 2009 at 7:26 AM

    Diorang ni saja nak cari gaduh tau dengan kita.. Yang rakyat diorang datang dok menyamun, merompak kat sini, kita tak bawak buluh runcing pun..

  1. benludin
    September 10, 2009 at 10:40 AM

    penyapu dah habis stok...semuanya khir toyo sorok kat setor rumah dia

  1. ubilepih
    September 10, 2009 at 12:47 PM

    Bahaya geng ni jenis nak makan orang je..ha..ha..jgn menyampu habuk ke bawah karpet.Suruh dia orang cari khir toyol untuk dapatkan penyapu..ha..ha..ha

  1. Anonymous
    September 10, 2009 at 1:55 PM

    SULA INDONESIAN!!!!

  1. benludin
    September 10, 2009 at 3:43 PM

    silajalanjalankeblogini
    'indotengahperangdenganmalaya'

    http://arezeo.blogspot.com/

  1. Anonymous
    September 10, 2009 at 9:14 PM

    kak, saya ada shbt2 dr indon, baik2semuanya cuma yg tak senonoh ni yg saya marah....bistu kerajaan dia buat ape? setakat janji mulut buat ape?

    Ben,simpan bnyk2 penyapu boleh la jual balik..harang barang mesti naik kan heheh.

    Ubi, hang sapu abuk buh bwh karpet ka...isk isk....takpa jgn sapu duit bwh meja...opssss

    ano...bab sula2 ni aku teringat certi semerah padi.

    Ben..tq for the link.

    p.c.

  1. Anonymous
    September 10, 2009 at 10:44 PM

    Tak naklah gi indonesia.

  1. fatin zol
    September 10, 2009 at 11:04 PM

    salam..singgah sbentar kt blog ni.
    sy ni student kt Jakarta,n ktorg student2 Malaysia kt sni skng mmg tgh lam ketakutan..nk kuar umh jauh2 pn xbrani,sb rmai sgt org yg racist trlajak kt luar sna..Klau nk diikutkn,telinga ni dh lali dgr cacian dan maki hamun drpd org indonesia trhadap kmi ni.Mmg menguji ksabaran sngguh..Tp smenjak kes sweeping ni,mkin mnjadi-jadi plk bahang kemarahan mrk trhadap kami.Hinggakn nk p trawikh pn smpat lg kmi dimaki hamun..Apa salah kami?Kami dtg cni sb Mara ngn JPA yg hntr,suruh blaja.Kami x rosakkn ngara diorg pn.Bru2 ni ad gempa kt sni..Ad jgk student2 Malaysia yg p tolong mngsa gempa..tp mrk brterima ksih dgn kita mlalui sweeping ni..X dinafikan,ad jgk indonesian yg bek,yg memahami n tidak racist..tp mmg kmi kt sni slalu dlm ketakutan...

  1. Anonymous
    September 11, 2009 at 5:11 AM

    wslm Fatin, slmt dtg ke villa saya ni :)
    tq for sharing the news of our students there.
    sabar yer sis.kalau boleh jgn keluar rumah selalu sgt kalau tak perlu.dapatkan jaminan keselamatan dp konsul kita.jaga diri baik, Insya- Allah doa kami di sini selalu bersama adik2 di sana. Take care ya. Ape2 berita terkini, update di sini yer.
    p.c.

  1. Anonymous
    September 11, 2009 at 7:24 AM

    Untuk Fatin zol dan rakan-rakan. Kami disini doakan keselamatan awak semua di sana. Semoga Allah sentiasa melindungi orang-orang kita di sana.

    Sori pc guna villa awak sampaikan mesg ni.

  1. ubilepih
    September 11, 2009 at 11:55 AM

    Puak2 ni sesetengah tu memang ANKER dan HORROR...entah apa ajiannya...ha..ha..ha.Wa tak sapu duit bawah meja..wa sapu duit masuk poket,,ha,,ha

  1. Anonymous
    September 13, 2009 at 8:03 AM

    wa tak kisah kalau nak marah tak puas hati sebab normal la manusia mcm tu....sebab bukan seme org malaya baik dan bukan seme org indon tak baik. tp apa yg wa marah ni cara dia protes tu menghina kita mcm seme org malaya jht....mcm kacang lupakan kulit, pisang lupakan kulit gak.

    lu sapu duit masuk poket biar kembung2 sket....lagi2 time raya...duit2 bebudak yg mai beraya terjatuh atas lantai kutip buh dlm tabung dana....belanja mkn satay hehehe.
    p/s: tiap2 thn raya ada je bebduak yg tercicir duit raya....so, thn hadapannya abah aku la jadi tukang canang tanya duit sapa yg hilang thn lepas hehehe.sib baik bebudak ni jujur tadak yg angkat tangan klu bukan duit depa.
    p.c.

  1. ubilepih
    September 13, 2009 at 11:15 AM

    itu pasal wa suka budak2..ha..ha..mak budak pun wa suka jugak...

  1. Anonymous
    September 13, 2009 at 7:47 PM

    hahaha...bro....mak budak yg istimewa je tu kan kan kan.ni yg aku lapaq ni sapa nak belanja aku mkn nasi bukhari free ni hehehe.jgn lupa dsrt dia talam ubi.gurau je ye bro.
    p.c.

  1. MGS
    September 14, 2009 at 7:41 PM

    Sebenarnya kerajaan kita pun tak pernah terhegeh-hegeh nak hantar bebudak kita ke Universiti Indon. Ye lah pernah suatu ketika dulu tiada satu pun universiti Indonesia diiktiraf mencapai piawaian yang ditetapkan. Cuma saja kerajaan kemudian iktiraf sebab kesian dan nak rapatkan persaudaraan. Hakikatnya ada diantara rakyat mereka yang berdendam dengan Malaysia walaupun tidak semua. Mungkin ada yang saudara-maranya pernah ditangkap, dipenjara dan disebat di Malaysia sebab masuk tanpa izin. Saya rasa lebih baik Malaysia menghadkan kehadiran warga Malaysia ke Indonesia. Hakikatnya Indonesia tidak mempunyai teknologi yang kita perlukan. Paling-paling pun yang mereka boleh tawarkan ialah tenaga kerja dan peluang pelaburan dalam pertanian. Jadi tak usahlah JPA atau MARA hantar bebudak kita ke sana. Lebih praktikal sekiranya kita bersikap seperti Jepun. Jepun mempunyai hubungan baik dengan Malaysia namun hakikatnya Jepun tidak pernah terhingin nak hantar bebudak Jepun menuntut di Malaysia kerana tiada kelebihan yang boleh ditawarkan oleh Universiti Malaysia kepada Jepun. So Malaysia tidak pernah ada leverage ke atas Jepun sebaliknya Jepun yang banyak leverage ke atas Malaysia. Kalau ada orang Malaysia cuba nak buat sweeping jepun contohnya, dalam kurang daripada 36 jam semua rakyat jepun boleh cabut keluar dengan duit-duit pelaburan mereka sekali. Tak usah bimbang ada bebudak jepun yang terkandas kat mana-mana Universiti kat Malaysia. hah.. itu barulah hubungan luar praktikal. Cubalah kalau tak ada bebudak Malaysia yang sangkut kat Indon, tentu senang ja kita arahkan Astro batalkan semua kontrak drama Indon, cabut pelaburan Malaysia keluar dari Indon dan operasi besar-besaran warga Indon tanpa Izin keluar dari Malaysia dalam kurang 36 jam.

  1. Anonymous
    October 4, 2009 at 1:22 PM

    Sweeping by Allah, kota padang dan lain-lain. Peringatan bagi kaum yang sombong, bongkak dan tidak tahu berterima kasih.Wahai malaysia, atas nilai kemanusiaan tolong kaum yang sombong itu dan biar mereka malu atas kebodohan mereka sendiri.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu