Mati berebut kerbau
Oleh ZAID MOHD. NOORzaid.mohdnoor@kosmo.com.my
AZAHAN menunjukkan jari tangannya yang luka ketika cuba meleraikan pergaduhan antara bapanya dan jiran di Tanah Merah kelmarin. (KIRI)KERATAN Kosmo!21 Disember 2006.
KOTA BHARU - Hanya kerana seekor kerbau, seorang warga emas mati ditetak oleh seorang lelaki dengan sebilah sabit di Kampung Salak, Tanah Merah dekat sini kelmarin.
Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, mangsa, Mohamed Jusoh (gambar), 71, bersama dua orang anak dan seorang menantunya keluar mencari seekor kerbau yang baru dibeli seminggu lalu berdekatan kawasan paya di rumah mereka.
Bagaimanapun, sampai di kawasan paya itu, mangsa, anak-anak dan menantunya telah dihalang oleh seorang lelaki yang merupakan jiran mereka.
Jiran berusia 57 tahun itu mendakwa kerbau yang dicari oleh mangsa adalah miliknya.
Cerita seorang anak mangsa, Mohamad Azahan Mohamed, 27, tindakan lelaki itu telah mencetuskan pergaduhan antara bapanya dan jiran mereka.
"Ayah dan jiran masing-masing ada sabit dan mereka bertengkar mengenai kerbau itu.
"Kami yang berada bersama ayah cuba leraikan pergaduhan itu tetapi gagal," kata Azahan ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini semalam.
Malah, menurut Azahan, dia juga diserang oleh jirannya sehingga mengakibatkan jari tangan kanannya cedera.
"Lelaki itu terus mengganas dengan melibas-libaskan sabit yang terkena kepala ayah sebelum ayah rebah dan tidak sedarkan diri," katanya.
*****************
nyawa manusia lagi murah dari kerbau rupenye....ye la sekor kerbau rasanya ada RM2000 kut? ye ke?
8 comments to “kerbau punye hal...”
-
Tirana
October 21, 2009 at 11:49 AMSemakin teruk dunia sekarang. Manusia semakin hilang kesabaran.
-
ubilepih
October 21, 2009 at 12:15 PMTahun lepas di Felada Padang Piol mati berebut Durian
-
October 21, 2009 at 1:55 PMshazana...betul 3x.
kak Tirana, nampaknye sistem kita kena fokus more on `bina insan yg sebenar2 insan'.
Bro ubi, pe citer hal durian tuh sampai bebubuh? haru dah org kita ni :(
p.c.
-
benludin
October 21, 2009 at 2:26 PMorg kita mati sbb bergaduh sesama sendiri atau kemalangan j/raya
palestin/iraq/afghan mati sbb berperang menegakkan agama n negara
di indon ramai mati sbb tsunami/gempabumi
untungnya duduk di malaya
-
October 21, 2009 at 3:34 PMhehehe....speechless bro.
p.c.
-
benludin
October 21, 2009 at 4:46 PMspeechless kalu kena tanya Ismail Kerbau!
-
October 22, 2009 at 7:49 AMhehehe.
still speechless.
p.c.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
October 21, 2009 at 11:43 AM
itulah akibat bile nafsu menguasai diri.....:)