Ejen khas ketagih seks - Guru menyamar Pegawai Khas Akta Sulit untuk cabul guru
Oleh RAIS YEOP JOHARI dan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMberita@kosmo.com.my
HANI menunjukkan laporan polis mengenai tindakan seorang guru lelaki sekolahnya yang cuba memperkosanya baru-baru ini.
SEREMBAN - Macam-macam taktik jika sudah kemaruk seks.
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini sanggup mendakwa dirinya sebagai Pegawai Khas Akta Sulit dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencari mangsa pemuas nafsu.
Suspek itu mendakwa tugas Pegawai Khas Akta Sulit KKM yang bekerja sebagai guru amat sulit kerana identiti mereka tidak boleh diketahui oleh sesiapa termasuk pengetua sekolah mahupun isteri sendiri.
Sebagai pegawai khas, suspek mendakwa, dia dikehendaki mencari guru wanita di sekolah tersebut untuk dijadikan bahan kajian untuk mengetahui penyakit tertentu yang dihidapi guru yang menjadi bahan kajiannya.
Cara suspek mengendalikan kajian pula sangat pelik apabila mangsa diwajibkan melalui tiga fasa kononnya bagi memenuhi kehendak kajian tersebut.
Fasa pertama, mangsa dikehendaki menjawab beberapa soalan berkaitan saiz payu dara, saiz pinggang dan pinggul.
Fasa kedua, mangsa kajian diperlukan untuk bercumbuan dengan suspek.
Fasa ketiga, mangsa diminta melakukan 'ujian berat' melalui hubungan seks dengan suspek.
Seorang guru sandaran di sebuah sekolah di sini, Hani, 24, mendakwa, dia nyaris diperkosa oleh guru lelaki itu di sebuah kelas di sekolah tersebut selepas terpedaya dengan jawatan Pegawai Khas Akta Sulit KKM.
*guru lelaki tersebut sudah mengajar di sekolah tersebut selama 3 thn.sudah berkahwin, tiada anak dan tiada tindakan dispilin yg diambil ke atasnya sebelum ini.
*********************************
alhamdulilah guru perempuan tu selamat.
tak layak org tu jadi seorang guru sampai sangup buat mcm ni.ada masalah mcm tu pergilah sesi kaunseling.patut ada hukuman pancung sampai mati untuk kesalahan mcm ni.(hehehe)
p/s:kalau dah disuruh `kissing' dgn org yg bukan suaminya ape kejadahnya yang nak diikut arahan tu...tak kira alasan apa pun.
8 comments to “macam-macam ada manusia ni..berhati-hatilah...”
-
October 15, 2009 at 11:47 AMsistem yg tak melahirkan guru sebagai seorang ``guru' `dan `pendidik'?
sistem yg gagal melahirkan `guru-guru`' yg sebenar guru?
profesion ini hanya diambil kerana untuk kerjaya?
kalau dulu` guru itu dihormati dan disebut2 sebagai cikgu sehingga akhir hayat tanda penghormatan.adakah kualiti sistem dna orngya itu berbeza dulu dan skg?
p.c.
-
October 17, 2009 at 11:42 AMTak minat jadi guru tapi jadi guru demi kerjaya tidak akan menjadikan guru tu macam ni seandainya pekerti dia baik.
Dia jadi begini kerana memang dia bepekerti tak elok. Kalau dia tak minat jadi guru pun kalau pekertinya elok, paling tidak pun dia akan kurang beri perhatian dan tumpuan pada kerjanya.
-
October 19, 2009 at 8:05 AMye kak. agaknye masa interbieu (interview) tu kena ada soalan khas kut untuk tengok mcm mana peribadi seseorang tu yer. kadang2 masa belum join ok, dah join jadi lain pulak yer.ape pun segelintir yg berperangai mcm ni dah menjejaskan imej guru2 yg lain.
p.c.
-
ubilepih
October 19, 2009 at 4:23 PMSIS sampai sekarang saya masa terkenangkan seorang guru saya semasa saya darjah 5 dan 6 Mrs P.T Singam nama dia...biar pun dia selalu rotan wa..tapi dalam ketegasan dia...dia seorang guru yang penuh kasih sayang...
-
October 20, 2009 at 8:00 AMtu lah kasih sayang seorang guru kan dalam mendidik anak bansga tak kira apa jenis kaum dan agama pun. skg ni jgn kata rotan, tegur sikit pun ada pljr dan ibu bapa yg tak boleh terima.mungkin zaman yg dah berubah ni, cara pun kena berubah.bro ada jumpa lagi ke cikgu tu?seorang guru yg paling bahagia buat dia ialah bila lihat anak didiknya dah berjaya menjadi `orang'(insan) dan menegurnya tanda masih mengingatinya.
p.c.
-
ubilepih
October 21, 2009 at 12:17 PMsayang wa tak tahu dia dimana skarang,idup atau pun dah tiada...
-
October 21, 2009 at 2:20 PMhidup ni berputar ..kadang2 kita akan berjumpa dgn ahli keluarganya satu hari nanti.
p.c.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
October 15, 2009 at 11:15 AM
Gilerrrr ni!!! Tu lah sistem kita da teruk sis