dalam kehidupan akhir zaman ini ada ketika kekeliruan itu muncul.
apa yg hak dan yg batil?adakah ia menjadi hak kerana ditentukan sesuatu sistem itu,sekumpulan manusia yang berkuasa atau mereka yang mempunyai penyokongnya ataupun kerana ia sudah sebati dlm sesuatu masyarakat itu.

moga kekeliruan itu dpt diselesaikan dgn kebenaran, moga kekusutan itu dpt dirungkai.
kita adalah berbeza kerana beberapa sebab, perbezaan fikrah,pendidikan,pengalaman hidup dan lain2.aku setuju jika sesuatu yg mungkar itu diperbetulkan.namun perlu juga melihat sesuatu keadaan itu waktunya, orangnya, kesnya ...setiap kes yg berbeza maybe perlu juga cara yg berbeza mengikut relevan nya. bukan untuk mendiskriminasikan sesuatu isu itu tetapi blanket method bukanlah sesuatu method yg sesuai untuk semua lapisan dan kumpulan manusia untuk sesuatu isu itu.

sejak 2-3 hari ni ada beberapa isu yg menggemparkan Malaya ini dan juga yang digemparkan.
moga isu yg melibatkan aqidah,kebenaran,apa itu hak dan batil dpt diselesaikan dgn baik.
bagi aku, perbezaan fikrah ini dpt membawa keburukan kpd umat Islam juga jika ia tak diselesaikan dgn bijak.namun aku serah pd mereka yg arif untuk membantu merungkai kekusutan ini.moga kita masih tahu apa itu hak dan batil.moga kita dlm proses mencari kebenaran dan mendapatkannya dan menyebarkannya secara ikhlas dan buanglah sifat ujub pd diri sendiri jika ada.kadangkala apabila merasakan kita berilmu ( tak kiralah siapa pun kita) kita terlupa menghalusi cara2 yg sepatutnya dalam `mengilmukan' insan lain jika kita berpendapat insan itu kurang ilmunya.mmg lumrah manusia ada membuat kesilapan.namun jgnlah kesilapan itu akan membawa kpd perpecahan umat islam itu sendiri.

moga kita semua tak kira apa saja jawatan kita, position kita, tahap pendidikan kita, latarbelakang keluarga dlln, kita akan cuba sedaya upaya menjalankan amanah Allah sebagai dai' itu.kadangkala isu yg di`panaskan' di kaca tv dan dada akhbar membuat kita seakan terlupa sebentar pd isu2 yg sudah lama bertapak dan menantikan usaha kita dlm menyelesaikannya samada cara drastik ataupun secara berperingkat yg bermula dp rumah dan dgn org yg dekat dan hampir dgn kita; aqidah anak muda2, aqidah org yg tak berapa muda, pelbagai masalah dan dilema dlm msyrkt kita dan lain2 lagi.kadangkala akal yg bijak tak mampu juga menyelesaikan sesuatu perkara dgn bijaksana.

aku melihat ibarat sebatang pokok yang berbunga rendang, bunga dan buah yg dipuja dan menjadi harapan kpd penanam dan ahli keluarganya.apabila bunga yg kembang layu, buah dipetik org lain atau gugur ke bumi sebelum ranum, membuat si penanam itu marah, dan kecewa.namun mungkin akar2 pokok yg halus juga bermasalah, sedang sakit di dalam tanah untuk sekian lama.

date Wednesday, November 4, 2009

11 comments to “apa yg hak dan yg batil?”

  1. Anonymous
    November 4, 2009 at 4:01 PM

    macam-macam manusia ni yer shima.

  1. Anonymous
    November 4, 2009 at 4:24 PM

    yer kak.memang Allah jadikan manusia itu dp pelbagai jenis perbezaannya.ramai org bnyklah ragamnya.itu yg menjadikan pentas dunia ini unik.cuma jgnlah sesekali kita membuka pintu dan ruang yg membolehkan perpecahan umat Islam lagi2 secar besar2an.
    akak masih di kg?
    p.c.

  1. benludin
    November 4, 2009 at 4:25 PM

    pemimpin 1malaya la yg patut memainkan peranan ini. panggil semua mufti2 dan ulamak supaya duduk semeja(lain2 kerusi,nanti tak muat) untuk bermuzakarah.

  1. Anonymous
    November 5, 2009 at 8:08 AM

    :).lama2 jadi besar dah isu ni yer.bila dah besar, betul ckp bro tuh kenalah org besar Malaya juga masuk campur, alang2 dia dah bagi komen kan :)
    p.c.

  1. Anonymous
    November 5, 2009 at 12:12 PM

    kita ni payahnya islam kita je hak smpurna dan betulnya islam orang semua rosak semua tak betul...tu yang payah..lepas tu kena pula ada mainan politik..hancus belaka...lu boleh oder terus dari meor DRUR tu sis...(UBI)

  1. benludin
    November 5, 2009 at 12:23 PM

    dah baca ini? menarik juga..

    http://www.zaharuddin.net/content/view/887/72/

  1. Anonymous
    November 5, 2009 at 1:42 PM

    Ubi,wa dah dpt email add lu masa cari2 email2 yg terilang tuh.wa ada email kat lu just test dpt ke tak.
    wa pernah berdepan dgn sekumpulan yg hnaya pegangan dan pendangan kumpulan dia je yg betul.ada sorang kenalan kpd kenalan ni tanya wa 'nak tanya agama awak ni kuat ke tak?' wa terkejut gak dgn soalan ni lagi2 soalan ni wa taktau cemana nak relate dgn isu yg dibincangkan.sebagai contoh kalau lu tgh ckp pasal coklat then lu diminta relate coklat dgn toyota camery.maybe wa boleh ckp toyota camery kaler coklat hehehe.

    order terus dp bro meor ye.wokeh.
    Ben, aku dah baca.mg betul pun apa yg ustaz tu ckp. :)
    p.c.

  1. Anonymous
    November 5, 2009 at 1:54 PM

    Ben, tambah menarik bila baca komen2 pembaca entry ustaz tu :)
    p.c.

  1. ubilepih
    November 5, 2009 at 4:56 PM

    la lu tak tau nak relate..ha..ha..lu kena weng macam wa dulu kut..baru lu tau bahawa hidup ini hanya jigsaw puzzle...ha..ha..ha..

    tak baik tanya orang ugama kuat ke tidak...iman ni ada pasang surut...hati ni selalu berbolak balik...itu sebab ada doa lebih kurang maksudnya "WAHAI ZAT YANG MEMILIKI HATI BERBOLAK BALIK,TETAPKAN LAH HATI KU DI DLM AGAMA MU HINGGA AKHIR HAYAT KU"doa-doa lah selalu semoga Allah bagi kit pengakahiran yang baik..wallauhalam.

  1. Anonymous
    November 5, 2009 at 5:59 PM

    amiin.Hanya Allah tempat kita memohon perlindungan, Rahmat dan dijauhkan segala fitnah dunia dan akhirat.

    bro, mmg ada org mcm tu.lagi2 depa ni nengok penampilan kita ni mcm aku ni layak peringkat budak tadika je.:).wa pernah gak beri nasihat dan kata2 pandangan wa pd beberapa pelajar2 kita dulu yg nak sambung study ke oversea dan juga pljr2 di malaya ni....jangan terlalu taksub dgn kumpulan tertentu atau memandang org lain sebelah mata.mungkin orang ini kekurangan dr sesuatu mcm ilmu dan pendidikan agama tetapi maybe dia ada kelebihan yg lain.kalau kita rasa kita yg terbaik, kita patut `men-terbaikan dia juga' (sorry rosakkan bahasa huhuhu).jangan kita sisihkan org itu.

    wa ada cerita nak kongsikan di sini.ni ada beberapa senario, analisalah sendiri ya.

    1.seorang wanita sedang berlari2 keluar dr keretanya ke arah masjid untuk menunaikan solat asar selepas parking keretanya (on the way balik dr opis ke rumah)kerana takut terlepas solat asarnya memandangkan dah lewat dan akan tersangkut dlm kesesakan lalu lintas. Tiba2 seorang bilal masjid berkata kpdnya :`awak jgn masuk masjid ni, mana tudung awak?'.wanita ni menangis2 sebab dilarang untuk masuk masjid mengenangkan solat asarnya yg akan terkorban mcm tu je.kebetulan sahabatnya (non muslim) dlm proses memeluk islam ada dlm kereta hanya terkedu melihat beliau menangis.beliau bercerita kpd aku kisah ini dan bertanyakan pandangan aku.
    p/s: wanita itu kini bertudung (akhirnya) kerana betul2 memahaminya dan bukan kerana dipaksa.

    banyaklah lagi kisah. to be continued lah hehehee.
    p.c.

    2.ada

  1. Anonymous
    November 5, 2009 at 6:12 PM

    sambungan nombor 2 kat atas tuh hehehe.cemane leh tertingal lak.
    2. to be continued lah yer hehehe.
    p.c.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu