Amah didakwa larikan budak 2 tahun
Oleh HAIRULAZIM MAHMUDazim.mahmud@kosmo.com.my
HASLINDA bersama anaknya, Siti Nurdiana yang dipercayai dilarikan pembantu rumahnya semalam.
SHAH ALAM - Sepasang suami isteri warga asing yang telah menetap di negara ini selama 10 tahun tidak menyangka pembantu rumah mereka berusia 50 tahun tergamak melarikan puteri tunggal mereka, Siti Nurdiana Aung Soe berumur 2 tahun.
Aung Soe atau Abu Hussin, 38, warga Myanmar dan isteri, Haslinda Damanik, 35, warga Indonesia, terkejut apabila mendapati amahnya dikenali sebagai Suparmi dan anaknya tiada di rumah sebaik pulang dari kerja kira-kira pukul 7.30 malam semalam.
Mereka berdua bekerja sebagai tukang masak di sebuah syarikat katering di Glenmarie di sini.
Menurut Aung Soe, pintu rumahnya di Pangsapuri Brunsfields Riverview di Seksyen 13 di sini berkunci dan sebaik masuk, keadaan bilik didapati bersepah.
"Saya rasa tak sedap hati bila melihat keadaan rumah yang gelap sebaik pulang dari tempat kerja.
"Saya percaya Suparmi keluar bersama anak saya pada waktu tengah hari mengikut maklumat seorang peniaga di tingkat bawah," ceritanya.
Aung Soe bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini malam semalam.
Aung Soe memberitahu, pembantu rumahnya itu mula bekerja dengannya September lalu dengan gaji RM400 sebulan dan hubungan mereka sangat rapat selain Suparmi tidak diberi kerja yang berat.
"Isteri saya sejak tadi asyik menangis tak berhenti-henti, saya harap dia pulangkan anak saya. Anak saya, kami tak pernah buat salah kepada dia," katanya sambil berharap segera menemui anak tunggalnya itu.
*******************************
emmm...........................................
moga kanak2 ni berada dlm perlindungan Allah dan kembali ke pangkuan ibu bapa tercinta. Amiin.
*******************************
update info terkini. Alhamdulillah dah selamat kembali ke pangkuan ibu bapanya.
2 comments to “lagi kes pembantu rumah....emmm”
-
November 18, 2009 at 4:56 PMsusah juga nak percaya org lain kan ummu.bnyk dah kes mcm ni kita dgr tp setengah keluarga maybe ni pilihan utk mereka bila suami isteri bekerja.
p.c.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
November 18, 2009 at 12:05 PM
Nilah salah satu faktor kami tak hire maid.. berisiko!