air sungai....nyamannya
gambar orang penan...aku copy and paste je ni(amik dp web)
pembalakan
manusia, kehidupan dan air
Dulu kita digemparkan dgn isu Org Penan yang menentang projek kerajaan yang dikatakan untuk kemajuan dan pembangunan. Aku ingat lagi masa tu zaman pemerintahan Tok Det, org penan ni berpakaian tradisi mereka (bercawat) dtg menentang projek ini.Hingga kini masih lagi isu ini belum settle lagi kan. Baru2 ini (rasanya maybe dah lama perkara ni berlaku) isu2 anak2 dan wanita org Asli yg diperkosa, terkini sekumpulan org asli di johor mengeluh kerana prjek pembangunan kerajaan telah menyebabkan income mereka yg berpunca dp laut dan hasilnya tergugat.
Apa sebenarnya konsep pembangunan yang kita perjuangkan yer?Kata org Penan ini, `Kami tak mahu pembangunan dan cara hidup modern, kami hanya mahu kehidupan kami yang asal, air yg bersih (air sungai)'. Ni aku olah ayat ni berdasarkan apa yg mereka kata. Tahun lepas aku gi conference tentang hak dan undang2 di UM. Salah satu topik yang dibentangkan ialah isu hak memodenkan org Asli ini.Ramai juga pembentang yang menyentuh isu ini. Salah sorang dp mereka berkongsi cerita mengenai apa yg ketua org Penan ckp. Betul juge apa yg dikatakan tu `kalaulah apa saja kamu nak bayar kami, setiap inci tanah Malaya (ni ayat aku hehehe) ini perlu dibayar kerana datuk nenek kami adalah yg terawal menetap di bumi ini dan berpindah dp satu tempat ke tempat yg lain.
Adakah kita perlu membiarkan mereka dgn kehidupan mereka, kerana itulah yg mereka pinta?
Aku ingta lagi masa gi ke tempat org asli di negeri sembilan beberapa bulan lalu, ada antara mereka yg menggunakan hand phone canggih dlln. Mungkin ada yg mahu pembangunan ada yg tidak. Namun apakah konsep pembangunan utk mereka sebenarnya?Education?Bekalan air paip?Teknologi?
Yang aku pasti, hari ni ketiga2 kelas aku gamat dgn telatah mereka yg debate tajuk ini. Aku puas hati depa ni buat kajian dan ready dgn point memasing.Moga perbahasan esok pun sepanas hari ni juga..memandangkan sejuk sgt mcm kat kutub utara dlm bilik debate tuh .Yang penting, apa yg dilihat, didengar akan buat kita berfikir dan bertindak yg positif.
November 3, 2009 at 4:03 PM
sis hidup wa banyak terlibat dengan pribumi orang kita ni..n..wa banyak kawan dengan mereka...satu pekara wa nak cakap..bila anak2 pribumi ni di dedahkan kepada so call kemajuan or kehidupan modern..ramai mereka yang tewas..ada yang jadi drug addict..ada yang jadi pemabuk...rambut pun dah karat..biru kuning hijau...yang perempuan jual tubuh kat cina balak nak dapat duit beli makeup.dalam tahun 80an hidup mereka sepakat..sekarang dah ada gap antara yang beharta dengan yang miskin..dah ada cemburu dan hasad dengki....banyak lagi kalau wa mau cerita..cuba lu dengar lagu RAUNGAN ANAK BELANTARA yang wa bikin untuk meor tu..da dapat cd DRUR tu?