Ibu pilu anak mohon ampun - Kes pembunuhan empat sekeluarga di gemencheh, Negeri Sembilan
Oleh RAIS YEOP JOHARI, SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI dan NORHAYATI YAHAYAberita@kosmo.com.my
ZAHARAH yang meraung kesedihan dipapah ahli keluarga ketika bertemu Rashidi di dalam van polis di Kampung Batang Rokan, Gemencheh semalam.
KERATAN Kosmo! semalam.
TAMPIN - "Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak."
Demikianlah kata-kata ringkas yang diucapkan oleh Rashidi Ismail, 34, kepada ibunya, Zaharah Atan, 59, pada pertemuan singkat di pintu van polis ketika dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh di sini semalam.
Suspek dibawa ke tempat kejadian untuk membantu siasatan sebaik sahaja polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari daripada Mahkamah Majistret Gemas.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Shafirda Hashim mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Permohonan reman dibuat oleh Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Asisten Supritendan Khairil Anuar Saidin.
"Walaupun hanya sekejap jumpa dia (Rashidi) tetapi ia cukup bernilai. Dia menyatakan rasa kesal dengan apa yang telah berlaku dan minta maaf," kata Zaharah sambil mengalirkan air mata.
****************************
boleh aku rumuskan tahun 2009 melabuhkan tirainya dgn kisah yg penuh tragis dan menyayat hati apabila sebuah bas ekspres mengalami kemalangan di mana ada penumpang2 yang mati dlm keadaan yg ngeri. Tahun 2010 memulakan hari barunya dgn satu lagi peristiwa yg menyayat hati di mana seorang anak yang berkelulusan ijazah anak seorang imam ditangkap kerana membunuh 4 org ahli keluarganya termasuk ayahnya di mana kepala si ayah telah dipenggal dan dibawa dr kampungnya di N.9 ke Shah Alam untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam di situ.

Simpati pada ibu dan ahli keluarganya dan juga pada si lelaki tersebut.
Apakah masalah yg paling besar dlm hidupnya hingga sangup memperlakukan seperti ini selain dp putus tunang yg diberitahu oleh ahli keluarganya dlm akhbar.

Ngeri...sadis...tragis.....
Ya Allah kurniakanlah perlindungan dan RahmatMu kepadaku, sahabat2 di sini dan semua insan di Malaya ini dan juga luar Malaya di dunia dan akhriat. Amiin.

date Friday, January 8, 2010

4 comments to “Sadis..Tragis...”

  1. Anonymous
    January 8, 2010 at 6:49 PM

    cerita dan dailog yang jujur dan telus.

    Tapi kalau jadi filem belum tentu laku. Orang kita masih dibuai hayalan. Susah nak ajak berpijak di bumi nyata.

  1. Anonymous
    January 8, 2010 at 6:53 PM

    Kak hanim sama seperti shima. Simpati dan sedih pada mereka terutama pada siibu dan anak.

    Sebagai seorang ibu akak boleh rasa betapa sedihnya hati siibu nak menerima kenyataan yang anaknya yang selama ini seorang anak yang baik melakukan semua ini.

    Tergenang air mata akak bila baca dalam akhbar hari ini di mana siibu mencium pipi anaknya ketika polis memberi peluang dia berjumpa anaknya. Dan kata siibu, dia dah maafkan anaknya.

    Kak hanim rasa ada sesuatu yang tak kena dengan anaknya kerana dia negatif dadah dan sebelum ini kata mereka ia merupakan abang dan anak yang rapat dengan keluarga.

    Mungkin stress atau mungkin dunia ini terlalu materialistik.

  1. Anonymous
    January 9, 2010 at 1:54 PM

    hehehe.kak anim, betul tu.pilem yg laku kat panggung Malaya ni mesti ada mat rempit, minah rempit, cintan cintun, makan2 setiap masa hehehe.
    kak, pilem ni saya rasa akan ada sambutan dp pihak2 di university dan lain2 sbb ada stgh2 institusi dha tayangkan pilem ni awal2 dulu. cuma ia tak lepas dek penapis pilem Malaya ni :)
    p.c.

  1. Anonymous
    January 9, 2010 at 1:56 PM

    kak, memang sedih dgn kisah tragis seperti itu.kemungkinan lelaki tu ada masalah jiwa, ikut ajaran2 yg tak sepatutnya..apepun memang jiwa kacau.manusia ni ada naik turunnya, iman pun ada lebih kurangnya.moga Allah lindungi kita, hati kita, iman kita sekeluarga. Amiin.
    p.c.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu