Aku baru je balik dari Taman Negara,Pahang.Sampai umah agak lewat malam semalam sebab van encik Faiz yang bekerjasama sama dgn Nusa Camp Hilday Village mengalami kerosakan teknikal sedikit.Sempat le singgah di Masjid kat are bentong tu solat isya'.
Alhamdulillah perjalanan aku dan stdnds aku berjalan dgn baik dan kami semua selamat pergi dan balik. Kali ni kami pergi dlm kumpulan yg amat kecil, disebabkan beberapa hal ada yg tak dpt join dan kami pula terpaksa memendekkan hari utk tip kami ni daripada 3 hari 2 malam menjadi 1 malam je.
Banyak pengalaman baru dan indah di sini.Ni pertama kali aku ke taman negara.Mmg terasangat hutanlah berbanding dgn hutan2 biasa yg aku join trekking dna camping dulu2.Mengikut encik Faiz, endau rompin lagi lah tersangat hutannya kerana masih virgin.Tu kalau sape2 mmg nak betul2 trekking memang sesuai lah.Aku?rasanya dah tak larat dah kut....kalau trekking simple mcm kat kami buat kat taman negara bolehlah.
Bertolak 9.30am daripada kolej dan singgah sekejap di kl kerana encik driver van ada hal sekejap.jadi meneresukan perjalanan dlm jam 11.35am.Sungguh best bila dah masuk area jerantut, nengok sebahagian sungai pahang dalam hutan belantara tu.Dah nak sampai ke jeti kuala tahan, aku nampak dua orang pemuda org asli naik motor....fuhhh sorang tu rambut dia dah berkaler merah oren.Inilah kemodenan yg bagi aku merosakkan cara hidup mereka yang sepatutnya dikekalkan.Sampai di jeti, kami ke restoran terapung milik Nusa Camp.Ada lebih kurang 3-4 restoran terapung di situ.Kami makan2 dulu memandangkan dah jam 2.45pm...sungguh lapar sekali.Then aku dimaklumkan encik faiz yg kami kena seberang sungai ke Perhilitan untuk daftar kemasukan kami di situ.Wah naik bot kecil yg tak berdinding seberang sungai pahang sungguh nyaman sekali....takut pun ada gak sket hehehe.Setelah urusan registration selesai dan kami dimaklumkan undang2 serta larangan2nya....kami pun balik semula ke restoran terapung.Sepatutnya kami kena sampai ke camp kami sbeelum jam 3.00pm untuk trekking ke gua telinga memangdangkan dah terlewat.Atas jasa baik staff nusa camp....kami diberi offer naik bot kecil untuk aktiviti kedua kami iaitu rapid shooting dibuat awal.So dgn bot rapid shooting tu kami dihantar ke camp oleh encik Prewei (gelaran dia)...ambil masa 15 minit utk sampai ke camp.subhanallah....cantiknya pemandangan sepanjang kami merentasi sungai.baik hati encik prewei tu...sanggup beri kami masa untuk mandi,solat,rehat kejap then jam 4.45 kami mulakan aktiviti pertama.
aktiviti rapid shooting lah yg paling aku rasa best.melihat kebesaran Allah dengan keindahan alam....kesegaran udara dan airnya.sungguh tenang sekali aku rasa...begitu juga dgn stdns aku.kami semua duduk diam dalam bot kecil tak berdinding tu tanpa suara.semua asyik melayan perasaan dgn view dan mendengar bunyi air sungai tu lebih2 lagi bila melaui jeram2 ....bunyi air yg berombak dan berlaga dgn batu2 mmg menajdi satu irama yang sungguh indah dan mengasyikkan.bak kata sahabat yang bnyk beri info tentang aktiviti ni dulu serta rekomenkan nusa camp ni....air sungai dan air terjun ni menjadi ratib zikir.tengah leka menghayati kenidahan alam ciptaan Allah itu, tiba2 terdengar sayup2 suara encik prewei yg tenggelam timbul dek bunyi arus jeram yg kuat....kita sampai sini je...nak tak saya bawak jauh lagi khas tuk group awak......wahhhh spesel tu mesti la nak.......on the way nak balik ke camp kami singgah di kampung org asli kaum batek.sempat la tengok cara hidupkan api cara tradisional,menyumpit.kaum batek kat sini jeis pindah randah...mmg pure dan simple kehidupan depa.tinggal dalam rumah kecil mcm hut tu tak berdinding dan berlantai tanah....aku hanya nampak sebuah cerek untuk masak air.walaupun tok batin tu hidupnye simple dan tak la berrambut blond atau merah tapi speaking londonnya fuhhh dasyat.
banyak lagi cerita yg nak aku ceritakan terutamanya pengalaman istimewa.gambar akan aku letak di sini nanti ye memandangkan camera aku dah nazak kerana terendam dalam air sungai terjun abai tu.kad camera tu pulak ada pada stdnt aku.lupa nak ambil semalam.nanti aku sambung cerita lagi....rasa nak rehat dulu...dah kejang kaki2 ni...dah abis aktiviti baru aku terasa.shbt2 pun selamat bercuti yg dpt cuti tu...yg bertugas pun selamat bercuti di hujung minggu.aku akan ke ganu esok...ke umah kawan di paka then ke kuala terengganu.lepas tu terus bercuti di kg sehingga awal bulan julai.tq lah pada staff nsua camp yg banyak bertolak ansur dgn kami....termasuklah terpaksa check out lewat sebab ada hal yg tak dpt dielakkan dan juga en.Nizam, nature guide kami yg sangat baik,bnyk menolong,bersabar dgn kerenah kami.
Ek oi lah (selamat jalan dalam bahasa Kaum Batek)...taman negara...insya-Allah moga dpt ke sana lagi.
aku dah terlalu letih fizikal dan minda.bila ina dtg ada kursus kat S.Alam dgn bawak anak sedara 3 org yg comei tu bgtau nak bwk depa gi mandi kat wet world Shah Alam, aku ckp awat tak bwk ke sungai congkak ke ulu yam.ina pun setuju apatah lagi hero dan heroin cilik tu.yeaaa.....aku yg lebih suka sebab dah rindu sgt irama air terjun dan kesegaran air sungai.
dari umah aku kalau ikut jln cheras ke ulu langat tu dekat je tp kami bertolak dr shah alam pagi tadi selepas membeli makanan di pasar tani yg sgt luas tu untuk dibawak bekal.
nak ikut jln dekat tapi 2-3 kali tersalah masuk lane dan simpang last2 patah balik ke jalan umah aku kat sunway hehehe.....akhirnya dlm jam 10pagi kami dah sampai area ulu langat stop kat kedai kakak ni minum minuman panas dan pekena nasi lemak sebab blum breakfast lagi.dekat situ ada kolam air panas.bnyk gak org dtg ke situ.sempat juga berbual dengan kakak tu.dia dah 3 tahun berniaga makan secara kecil-kecilan.aku ada juga bagi idea yg tak le bernas sgt sebab aku tak reti berbisnes pun.cuma beri pandangan aku,moga akak akan terus sukses ya.suami kakak tu siap pesan,hari ahad dan sabtu jalan mesti jem masa nak balik nanti.so kami mesti tinggalkan tempat tu selewatnya jam 3 petang.
drive punye drive dah terlajak jalan masuk simpang untuk hiking gunung nuang.kami patah balik dan bersetuju untuk berhenti di satu tempat ni sebab dah tak sabar rasanya nengok air sungai yang jernih tu.nama tempat ni lubuk manggis.penuh dengan pokok-pokok buahan termasuk pokok pinang tapi tak nampak pulak pokok manggis.sape2 yang nak camping,buat program pun boleh ke sini.ada padang,ada kawasan bukit, ada juga dibuat pondok2 kecil siap tempat memanggang ayam atau ikan di tepi sungai tu.setelah memilih port utk lepak dan membayar rm20 (kena bayar sebab tanah ni milik individu dan dia ada staff2 untuk jaga tempat ni) hero dan heroin ina terus menjalankan aktiviti penting iaitu mencari anak2 ikan dan siput kecil...kata ina....lokan.aku pulak mula aktiviti menangkap gambar hatta gambar pakcik jual petai pun aku amik hehehe...siap pakcik tu suruh hero dan heroin cilik tu amik gmbr dgn dia.aku pun beli le seikat utk umi hero heroin tu kat ganu nuh.
alhamdulillah rasa segar dan tenang sangat berada di situ.aku leka dengan alunan muzik air sungai tu.insya-Allah nanti boleh pergi lagi.buat pogram untuk stdnts pun ok jugak, tempatnya sesuai untuk buat art therapy-drawing session kat situ.tq Ina dan hero heroinnya untuk kenangan yg manis ini.yang paling manis, bila kakak si hero tersilap ambil botol mineral yg adik dia isikan air sungai dan anak ikan.hehehe....awet muda 10 tahun tu.kata ina, bestnye org kat sini rumah tepi sungai....hari2 boleh ke sungai.aku rasa nilah rahsia org yang selalu berdamping dgn alam hijau ni,utan,sungai,air terjun......sentiasa tenang,awet muda dan sihat je kan.
masa nak balik tu...kami tersangkut dlm kesesakan jln raya.betul pesanan pakcik kedai tu, kalau selepas jam 3pm....akan sangkut dlm 1-2 jam.kereta bergerak amat perlahan tersangkut2.dua heroin dah tidur.ina masih setia drive.si hero masih rancak berbual dgn kami.aku terus amik camera dan snap gambar dr dalam kereta.si hero bercerita tentang kawan baru masa mandi di sungai tadi.
"nabila dapak kawang baru".
"ada pokcik tu royak arif panda berenang".
"sapo pokcik tu?"
"dok tahu.ada la pokcik tu".
"ye lah sapo pokcik tu.yang mana satu?putih2 tu ke"
"dok.itang,coklat".
hehehe...suka aku dengar depa ckp ganu nih.
Insya-Allah nanti aku buh gambar kat sini.esok pepagi nak bertolak ke taman negara Insya-Allah.doakan aku dan team selamat pergi dan balik.
di kala kesedihan kerana mengalami kegagalan...ingatlah Allahlah sebaik untuk mengadu
di kala keresahan...ingatlah dekatkan diri dengan Allah
hanya Allah yang tahu apa yang terbaik dan sesuai mengikut masa dan keadaan hambaNya.
jika hilang sesuatu, Insya-Allah akan mendapat ganti yang lebih baik dan bermakna.
Malam semalam aku dapat call daripada sahabat lama.Katanya dia dah cuba call aku banyak kali tapi tak dapat sebelum ini.
Berita gembira daripadanya....sudah pun bergelar seorang isteri dua minggu lalu.
Kendurinya pada esok hari..maaf sahabat tak dapat nak ku penuhi jemputanmu itu kerana jadualku sudah terikat sejak semalam lagi sehinggalah minggu hadapan.
Aku iringi doa.
Aku kenal sahabat sudah lama....di kala aku kesedihan yang amat sangat satu ketika dulu...kaulah tempat mencurah segala kedukaan itu....kau ibarat seorang kakak memberi suntikan semangat.Dalam berduka, kau masih boleh membuat jenaka...itu kelebihan dirimu. Dan aku juga menjadi tempat sahabat meluahkan segala kedukaan yang membuatkan dirimu amat kecewa untuk beberapa waktu lamanya.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bila waktu yang sesuai untuk menerima apa yg diimpikan selama ini.
Sesunguhnya selepas meletakkan telefon semalam, aku berfikir sejenak....betapa kebesaran Allah itu mampu mengubah hati manusia dan pendiriannya. Kadangkala tidak terjangkau dek fikiran kita yang sudah semestinya lemah dan cetek. Asam di darat, ikan di laut, di dalam kuali bertemu juga.....walau berlainan benua.Moga perubahan itu adalah yang terbaik.
Sahabat....impianmu sudah tercapai...hanya tinggal dirimu untuk menakhodakan hidupmu agar beroleh Rahmat Allah di dunia dan akhirat.
Selamat pengantin baru untukmu duhai sahabat. Kebahagiaan tetap ada mengikut bagaimana ia ditafsirkan.
Moga kita lebih menghargai kehidupan dan bersyukur.
di suatu daerah terpencil dari sinar lampu neon kota...
"alangkah bahagianya jika dapat merasakan kasih sayang seorang ayah seperti anak-anak lain.memiliki apa yang diingini seperti anak2 lain.'sudah tentu si ibu yang membanting tulang seorang diri tidak dapat memewahkan anak-anak....
"alangkah gembiranya dapat menaiki kereta mewah,berharta seperti sesetengah orang itu".
ini di antara luahan hati dan rasa mereka-mereka yang tetap mempunyai impian yang tinggi dalam hidup.
aku juga pernah menjadi pendengar setia kisah hidup seperti insan yang bermonolog di atas.
pernah ada anak gadis yang berlainan agama dengan kita bertekad untuk mengakhiri hayatnya kerana merasakan kekurangan kasih sayang seorang ayah dan kesempitan hidup.namun kewarasannya masih dapat berfungsi setelah mendengar pujuk rayu si ibu.kemudiannya beliau menggunakan pengalaman itu untuk membantu insan lain agar lebih menghargai sebuah kehidupan.
pernah ada anak remaja meluahkan perasaannya tentang kebosanan berada di rumah kerana tiada ibu dan ayah untuk meluangkan masa kerana dek kesibukan kerja lantas merasakan dia perlu melakukan sesuatu yang merimaskan ibu bapanya agar mereka lebih peka dan sedar kehadirannya.
pernah ada seorang ibu tunggal hanya terpaksa akur dengan keadaan kerana permohonannya untuk mendapat bantuan pendidikan untuk anak-anak ditolak.
pernah ada seorang insan yang menjalankan tugasnya sebagai seorang hamba Allah untuk membantu insan2 yang memerlukan.namun akhirnya menyedari bantuan2 yang dijanjikan hanya janji kosong dan telah hilang sejumlah wang yang besar.
ini adalah lumrah bagi insan untuk meluahkan apa yang tersirat di dalam hati.
namun,sesungguhnya kerana kelemahan diri membuatkan tidak berupaya untuk memahami apa yang di lalui.moga kita bersyukur dan menghargai hidup ini.
minggu lepas, abis je marking paper aku terus gi beli tiket ketapi nak balik kampung...cuti wesak campur sabtu ahad,dapatlah duk kg beberapa hari.akhir2 ni aku selalu gak guna khidmat KTMB ni.
sampai je kat kaunter aku terus bgtau destinasi.amik masa yg agak lama juga untuk check dan proses tiket tu berbanding utk tiket komuter.satu kaunter je bukak.satu kaunter khas tuk ketapi antaranbandar tutup.sian pulak org yg berbaris panjang kat belakang aku.tapi kenapa depa tak beli tiket kat mesin tuh.(aku kata dlm hati je la).
Staff KTMB :"boleh saya tahu nama?"
Aku : nak kena tahu juga ke? (sejak bila pulak kena bagi nama yer)
Staff : yer, nak print atas tiket. Ni Cik ke Puan?
(emm...status pun nak tau jugak ke)
Bila dpt tiket, ia dicetak seperti ini : "En.Purple Crayon'.
Hahaha....
Tak lama tu komuter sampai....ada pengumuman..."coach kaler pink hanya utk ladies'.tapi bila ketapi sampai...takde satu pun yg kaler pink....seme coach campur2 je laki2 dan pompuan.
Sampai kl sentral, aku gi makan dulu.sampai tempat peberet aku tuh....ramainya manusia.bila dpt tempat tetiba ada sorang wanita ni dgn 3 org anak dia mint anak join aku sebab tempat lain seme dah penuh.aku ok je.sementara si ibu membeli beratur membeli makanan....si anak tu berbual dgn aku.pemurah dgn senyuman anak gadis tingkatan 3 ni.
"Cik (makcik....huh dah jadi makcik aku ni hehehe),sorang je ke ?'
"Ye.Adik ni dari mana nak ke mana?
"Dari CH nak balik umah kat S.Alam'.Dia dan adik2 baru je pindah ke CH ikut mak kena transfer kat sana.
"kenapa cik sorang je?' hahaha...aku senyum.
"dari opis terus ke sini". dia angguk...macam bnayak lagi nak tanya tu.....
"Best ke duk sana?Sekolah ok?'
"ok la, tapi biasa kat kl ni.Sekolah ok tapi cikgu.......tak ok le cik (senyum2).Kat sini dulu cikgu ok."
emm....then panjang lebar le cerita dia disampuk sesekali oleh adik lelaki yg darjah 6.Aku suka nengok si remaja ni, pemurah dgn senyuman.
Kemudian, ibunya pun datang...macam2 yg kami bualkan mcm dah kenal lama.Daripada isu CH hinggalah isu sekolah dan pendidikan.
Sebelum depa bergerak ke destinasi seterusnya, aku pesan la kat adik2 comel ni...belajar2 rajin2 jd anak2 soleh dna solehah (hehehe mcm dah kenal lama).Si bongsu tu lagi sekali mencelah "adik nak jadi saintis".aku senyum, Insya-Allah.
to be continued...
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional