Aku baru je balik dari Taman Negara,Pahang.Sampai umah agak lewat malam semalam sebab van encik Faiz yang bekerjasama sama dgn Nusa Camp Hilday Village mengalami kerosakan teknikal sedikit.Sempat le singgah di Masjid kat are bentong tu solat isya'.

Alhamdulillah perjalanan aku dan stdnds aku berjalan dgn baik dan kami semua selamat pergi dan balik. Kali ni kami pergi dlm kumpulan yg amat kecil, disebabkan beberapa hal ada yg tak dpt join dan kami pula terpaksa memendekkan hari utk tip kami ni daripada 3 hari 2 malam menjadi 1 malam je.

Banyak pengalaman baru dan indah di sini.Ni pertama kali aku ke taman negara.Mmg terasangat hutanlah berbanding dgn hutan2 biasa yg aku join trekking dna camping dulu2.Mengikut encik Faiz, endau rompin lagi lah tersangat hutannya kerana masih virgin.Tu kalau sape2 mmg nak betul2 trekking memang sesuai lah.Aku?rasanya dah tak larat dah kut....kalau trekking simple mcm kat kami buat kat taman negara bolehlah.

Bertolak 9.30am daripada kolej dan singgah sekejap di kl kerana encik driver van ada hal sekejap.jadi meneresukan perjalanan dlm jam 11.35am.Sungguh best bila dah masuk area jerantut, nengok sebahagian sungai pahang dalam hutan belantara tu.Dah nak sampai ke jeti kuala tahan, aku nampak dua orang pemuda org asli naik motor....fuhhh sorang tu rambut dia dah berkaler merah oren.Inilah kemodenan yg bagi aku merosakkan cara hidup mereka yang sepatutnya dikekalkan.Sampai di jeti, kami ke restoran terapung milik Nusa Camp.Ada lebih kurang 3-4 restoran terapung di situ.Kami makan2 dulu memandangkan dah jam 2.45pm...sungguh lapar sekali.Then aku dimaklumkan encik faiz yg kami kena seberang sungai ke Perhilitan untuk daftar kemasukan kami di situ.Wah naik bot kecil yg tak berdinding seberang sungai pahang sungguh nyaman sekali....takut pun ada gak sket hehehe.Setelah urusan registration selesai dan kami dimaklumkan undang2 serta larangan2nya....kami pun balik semula ke restoran terapung.Sepatutnya kami kena sampai ke camp kami sbeelum jam 3.00pm untuk trekking ke gua telinga memangdangkan dah terlewat.Atas jasa baik staff nusa camp....kami diberi offer naik bot kecil untuk aktiviti kedua kami iaitu rapid shooting dibuat awal.So dgn bot rapid shooting tu kami dihantar ke camp oleh encik Prewei (gelaran dia)...ambil masa 15 minit utk sampai ke camp.subhanallah....cantiknya pemandangan sepanjang kami merentasi sungai.baik hati encik prewei tu...sanggup beri kami masa untuk mandi,solat,rehat kejap then jam 4.45 kami mulakan aktiviti pertama.

aktiviti rapid shooting lah yg paling aku rasa best.melihat kebesaran Allah dengan keindahan alam....kesegaran udara dan airnya.sungguh tenang sekali aku rasa...begitu juga dgn stdns aku.kami semua duduk diam dalam bot kecil tak berdinding tu tanpa suara.semua asyik melayan perasaan dgn view dan mendengar bunyi air sungai tu lebih2 lagi bila melaui jeram2 ....bunyi air yg berombak dan berlaga dgn batu2 mmg menajdi satu irama yang sungguh indah dan mengasyikkan.bak kata sahabat yang bnyk beri info tentang aktiviti ni dulu serta rekomenkan nusa camp ni....air sungai dan air terjun ni menjadi ratib zikir.tengah leka menghayati kenidahan alam ciptaan Allah itu, tiba2 terdengar sayup2 suara encik prewei yg tenggelam timbul dek bunyi arus jeram yg kuat....kita sampai sini je...nak tak saya bawak jauh lagi khas tuk group awak......wahhhh spesel tu mesti la nak.......on the way nak balik ke camp kami singgah di kampung org asli kaum batek.sempat la tengok cara hidupkan api cara tradisional,menyumpit.kaum batek kat sini jeis pindah randah...mmg pure dan simple kehidupan depa.tinggal dalam rumah kecil mcm hut tu tak berdinding dan berlantai tanah....aku hanya nampak sebuah cerek untuk masak air.walaupun tok batin tu hidupnye simple dan tak la berrambut blond atau merah tapi speaking londonnya fuhhh dasyat.

banyak lagi cerita yg nak aku ceritakan terutamanya pengalaman istimewa.gambar akan aku letak di sini nanti ye memandangkan camera aku dah nazak kerana terendam dalam air sungai terjun abai tu.kad camera tu pulak ada pada stdnt aku.lupa nak ambil semalam.nanti aku sambung cerita lagi....rasa nak rehat dulu...dah kejang kaki2 ni...dah abis aktiviti baru aku terasa.shbt2 pun selamat bercuti yg dpt cuti tu...yg bertugas pun selamat bercuti di hujung minggu.aku akan ke ganu esok...ke umah kawan di paka then ke kuala terengganu.lepas tu terus bercuti di kg sehingga awal bulan julai.tq lah pada staff nsua camp yg banyak bertolak ansur dgn kami....termasuklah terpaksa check out lewat sebab ada hal yg tak dpt dielakkan dan juga en.Nizam, nature guide kami yg sangat baik,bnyk menolong,bersabar dgn kerenah kami.
Ek oi lah (selamat jalan dalam bahasa Kaum Batek)...taman negara...insya-Allah moga dpt ke sana lagi.

date Wednesday, June 9, 2010

4 comments to “Ek Oi Lah.....Taman Negara....”

  1. Anonymous
    June 9, 2010 at 12:33 PM

    salam shima, pjg nya karangan! hehe
    napa tak tggl mesej nak gi, sbb umah koi dkt beno dh dgn plaza tol temerloh tu.. :)

  1. Asiah
    June 15, 2010 at 6:42 AM

    salam shima,
    lama da tak singgah sini, sibuks sikit (alasan je). wah da berubah wajah yea. lebih ceria!
    baru2 sy dapat contact zaini melalui FB. ini no hp dia 0138515313 (sy da minta izin dia utk bagi no ni ke shima)
    ok take care yea, muah222 :)
    wassalam

  1. Asiah
    June 15, 2010 at 6:45 AM

    ups, tertinggal, ini email address dia mohamadzainisubin@yahoo.com

    cheers

  1. IKRAB family
    June 21, 2010 at 11:20 AM

    hehehe intan.....baru nak gilap skill menulis karangan nih.takper next time boleh singgah.....nasi spesel ye ;)

    wslm asiah.tgh busy dgn thesis ye.All the best ya.wah contact pakcik zaini tu yer siap bg no handphone tuh.tq 4 da info.salam kat dia yer.
    face book sorry la saya tak ada hehehe.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu