Alhamdulillah dapat juga bercuti agak panjang sket lebih kurang 3 minggu di kampung bersama abah dan mak.Selepas pogram2 dgn stdnts termasuk ke Taman Negara tu dan juga ke ganu dan sempat ke kontan kejap....aku pun terbang balik ke kl malam tu jugak.Then terus ke kampung.Petang semalam sampai sunway dr kampung. Harini mula masuk opis tapi kelas bermula khamis ni.Tq la kenkawan yg menjadi tuan rumah masa jalan2 tu.Ina la jadi pilot bawak aku ke sana ke mari tunjuk keindahan tempat di ganu dan juga sempat le ke kenduri kawan di Felda Belara.Sungguh ayu dan anggun sahabat pada hari bahagianya.Sehari sebelum tu sempat ke kontan kejap dgn ina dan anak buah dia yg 4 org tu.Sedap juga nasik kukus di kontan....beratur punya la panjang dan lama nak dptkan nasi tu.Then singgah ke pantai on the way back dr kontan.Tak dpt lupakan detik cemas bila ada org mengamuk di pantai,cemas juga aku dan ina nak menyelamatkan anak2 buah dia yg cute2 tu. Bila balik kg baru terasa letih termasuk la keletihan ke taman negara tu...maklumlah lama tak bereksesais dalam hutan.

Kat kampung pun banyak kenduri-kendara,aku pergi la jugak ke salah satu kenduri tu.Dapat juga menjenguk makcik di Ipoh dan juga ke kroh yang mana nama baru ialah pengkalan hulu menziarahi sahabat lama ayah kira keluarga angkat juga masa kami tinggal di sana 20 thn lebih yg lalu.Dapat juga pergi jenguk sekolah rendah lama aku...bangunan asal kayu tu masih tak berubah cuma ada penambhan sebuah bangunan batu.Tok Ali pulak menjamu durian dp pokok sendiri dan tok cik (isteri beliau) pula memasak nasi lemak kegemaran aku pada keesokan harinya sebelum kami berangkat pulang ke kampung. Tok cik dan tok ali ni macam tok aku sendiri.Dulu depa ni berniaga di kantin sekolah untuk menyara anak2 sekolah.Alhamdulilah semua berjaya.Nasi lemak dan sambal bilis tok cik masih sedap sama je rasa mcm dulu2jugak.Dlm perjalanan balik sempat ke bukit berapit iaitu betul2 sempadan betong, Siam.Sehari sebelum tu anak tok ali pelawa kami ke siam tapi memandangkan kesuntukan masa jadi kami pegi sendiri je esoknya tapi hanya di kawasan malaysia ja.tak sangka nak balik kena jugak cukai hahaha....nama je kawasan bebas cukai.

Dah lama bercuti dgn mak abah...rasa liat pulak nak balik sunway.sampai umah di sunway pun sunyi je rasa.Ape pun2 this is life sebagai anak perantau.Sometimes hidup ni sukar dijangka apa yg akan berlaku dan dilalui sama juga dgn cerita kwn aku ni.Tgh rehat lepas solat dhuzur, aku dpt call dp kwn ni.Dgr suara yg agak resah..aku ajak jumpa.Rupenye sahabat dan adiknya diuji dgn ujian yg berat.Bisnes yang baru dijalankan disabotaj dan mcm2 lagi oleh kawan yg dikenali dan dipercayai.Sayu nengok airmata2 yang bergenang di kelopak shbt2 ni.Teringat aku dgn insiden yg berlaku di depan mata aku minggu lepas.Masa aku keluar dp kereta menuju ke Tabung haji di kg, aku nampak ada makcik ni menangis di luar bangunan.Selepas ditanya, makcik tu bagitau yg dia baru je kena ragut.Dia baru je keluarkan duit RM2000 untuk bagi pada anak yang masih belajar.Menangis2 makcik tu.
Nilah kehidupan ada ceria,ada sayu,ada duka.Macam pemain bola sepak dan peminat2nya la.Demam piala dunia hahaha....yang paling buat org berduka lara sebabkan mutu pengadilannya....ada betoi ka?Tu pengadilan manusia...kalau pengadilan yg Esa....dah pasti tepat,terperinci dan adil.Moga hari2 kita sentiasa membuatkan kita dapat tersenyum sekurang2nya memberi sebuah senyuman kepada diri dan org sekeliling kita.Yang buat aku tersenyum dan terharu bila mendapat panggilan malam semalam dp seorang adik junior UIA dulu.Tq Maz for your effort cari akak siap google kat internet...akak cuba jugak tapi lum berjaya hehehe.Alhamdulillah tumpang gembira dah grad dan menjadi pendidik, eppy juga dgr cerita2 adik2 yg lain.Moga suskes selalu ye dik.

Cerita-ceritet ni kena letak ke tepi...sekarang bermulalah epsiod seterusnya di bumi sunway ni....

date Monday, July 5, 2010

0 comments to “Back to school...cerita-ceritet”

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu