Moga sahabat semua sihat.dah 3 hari kita berpuasa...Insya Allah diberi kekuatan diri, istiqomah dalam membuat amalan dan kebajikan.Moga semuanya diterima Allah dan kita memperoleh iktibar dalam menjadi insan yg lebih berkualiti.
hari pertama puasa...kwn sekerja aku walau non-Muslim dia mmg peka dgn apa2 occasion atau perayaan lalu dpt la aku buah kurma mcm thn2 sebelum ni.
ada jugak yg beri order untuk kek lapis sarawak dan tart nenas bentuk hati tu...kalau ada yg nak order, bagitau ye :)

harini salah sorang kwn sekerja aku bg broucher persatuan menembak.beberapa bulan yg lepas dia ada ajak aku kalau nak ikut pergi training tumpang keahlian dia.harini bila dpt broucher tu semangat pulak aku rasa tapi tak dptla nak join harini....ingat nak duk umah lepas kerja buat apa yg patut lebih2 lagi pd bulan puasa ni kan.
bila aku habaq kat dia...untuk memegang senjata dan belajar menembak ni merupakan salah satu `dream' aku...dia mcm heran je hehehe.dah lama aku teringin nak join tapi takde kwn yg nak bwk.nak gi sorang tak berani la pulak huhuhu.masa zaman belajaq dulu...ada la join kelab memanah kampus.ni aktiviti riadah yg digalakkan rosulullah jugak kan.

masa kecik2 dulu...mmg tak reti erti penat...petang2 lepas buat kerja sekolah masih boleh berlari, melompat bermain degn kwn2.setiap kali puasa rasa seronok sgt sebab lauk kegemaran mesti disediakan emak pada hari pertama sahur dan berbuka.umur 5-6 tahun dpt makan sambal udang galah dgn telor masin serta papedom dah kira makanan paling istimewa sgt tu hehehe.skg ni, dapat mkn apepun takape asalkan masak sendiri sebab kdng2 lauk yg dibeli di pasar ramadhan ada yg mcm nak basi...tak fresh.smlm je beli nasi kerabu...mmg sedap :).

tak sabar rasanya nak tunggu 26hb sebab Insya Allah aku balik kg cuti seminggu sekali dgn cuti Merdeka...dept bagi cuti ....dpt gak berpuasa,berbuka,bertadarus dan bertarawikh dng abah dan mak nanti.

Moga kita semua diberi peluang oleh Allah untuk menempuhi Ramdahan AL-Mubarak ini dengan cara yg sebaiknya sehingga ia menutup tirainya.Mendapat semangat yg teguh dgn penuh keimanan seperti sahabat2 Rosulullah di mana tetap istiqomah ber-qiamullai pd mlmnya dan berperang pd siangnya walaupun berpuasa masih tetap gagah berani dan ikhlas dlm perjuangan ke jalan benar.Amiin.

date Friday, August 13, 2010

5 comments to “talking-talking bulan ramadhan...”

  1. kaca
    August 19, 2010 at 12:11 PM

    Salam Ramadhan kepada Puan Seri Purple.

  1. IKRAB family
    August 20, 2010 at 9:48 AM

    Wslm Toh Puan Seri Kaca.
    Ramadhan AL-Mubarak juga.Raya ni balik Malaysia ke?
    p.c.

  1. Anonymous
    August 25, 2010 at 5:42 PM

    Raya nanti tak balik dah kot..

    -kaca-

  1. Anonymous
    August 31, 2010 at 2:33 PM

    Assalamualaikum Shima,

    Maaflah akak lama tak singgah sini, Ketika tidak mengizinkan.

    Semoga Shima sihat selalu.

  1. IKRAB family
    September 1, 2010 at 1:31 PM

    oo.selamat beraa la kat sana nanti ye puankaca :)

    Wslm Kak Ani.:)
    Ammin.Moga akak sekeluarga pun sihat juga.Raya balik ganu ke kak?
    p.c.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu