KURSUS DANDANAN DIRI SIRI 1
YURAN PENYERTAAN : RM45.00 (NON STUDENT SUNWAY)
RM 40.00 (STUDENT& STAFF SUNWAY)
TERMASUK: Makan, Sijil Penyertaan, Peralatan Facial
* Diskaun 10% bagi yang mendaftar secara kumpulan (1 kumpulan 5 orang)
TENTATIF PROGRAM
7:30 - 8:00 : Pendaftaran/ Sarapan pagi
8:00 - 8:45 : Aktiviti “Energizer” (*Sila bawa pakaian untuk senaman)
8:45 - 9:45 : Suai kenal
9:45 - 10:15 : Berkongsi masalah kesihatan wanita bersama En. Shukri Bin
Kamaruzaman (anak pengasas produk Sendayu Tinggi)
10:15- 1:15 : Belajar facial muka ala-salon (teori dan praktikal)
1:15 - 2:00 : Makan tengahari/ solat zohor
2:00 - 3:00 : Belajar cara make-up siang/malam (teori dan praktikal)
3:00 - 4:00 : Belajar 5 rahsia memakai tudung
4:00 - 5:00 : Belajar cara catwalk
5:00 - 5:30 : Sesi fotografi/minum petang
“BENGKEL DANDANAN DIRI SIRI 1”
ANJURAN
SAHABAT SOCIETY & SUCI SOCIETY
SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE
PADA
26HB. JULY 2008
LOKASI
MULTI PURPOSE HALL
SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE
* Anda hendak bergaya, tetapi tidak tahu cara bergaya
* Anda mahu penampilan menarik tetapi tidak tahu cara
ikatan tudung yang bersesuaian dengan anda
* Anda mahu keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai tetapi tidak tahu cara make-up yang bersesuaian dengan anda
* Anda mahu wajah yang licin dan halus tetapi tidak tahu apakah jenis kulit anda dan produk yang bersesuaian dengan anda
* Anda pernah membuat rawatan facial di salon yang bernilai diantara RM35-RM60 tetapi dengan menghandiri bengkel kami anda boleh melakukannya sendiri dirumah
* Datanglah ke bengkel dandanan diri kami, semua persoalan anda akan terjawab
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
019-3774927 (PN. ZIE)
* ni saya tlg promote kengkawan buat program tujuan untuk membantu DANA tabung persatuan Islam di sini.
Berminat belajar teknik2 asas melukis batik? Mai la ke kelas di Sunway Univ College.Setiap bulan ada kelas2 buat pottery,melukis dan lain2 kraftangan.
Tarikh : 9hb.Ogos,2008 - Sabtu
Tempat : Studio B, LG - Sun-U North Building, Sunway University College,Bandar Sunway 46150 Petaling jya, Selangor.
Bayaran : RM35 termasuk bhn2 yang digunakan
* selalunya kelas2 yg dianjur di luar RM80++
Hubungu : Mrs.Helena : 03-74918622 ext. 3500
Saya tertarik dgn isu harta pusaka yang dibincangkan dlm majalah Melineia Muslim keluaran bulan Julai,2008. Antara yang dibincangkan termasuklah permasalahan yang timbul adalah seperti berikut :
* Sikap ambil mudah oleh sebahagian umat Islam di Malaysia dalam merancang harta pusaka boleh menimbulkan masalah kepada keluarga kemduian hari.
* Definisi harta pusaka - harta peninggalan si mati yang mempunyai nilai pada pandangan syarak berbentuk harta alih atau harta tidak alih termasuklah harta usaha oleh si mati seaktu hayatnya tetapi hasilnya selepas kematiannya.
--> Si mati yang mempunyai rumah sea dan penyewa mempunyai sewa tertunggak dan hanya menjelaskan bayaran sewa selepas kematian tuan rumah, maka wang sewa hendaklah dimasukkan ke dalam senarai harta pusaka si mati.
--> Faraid pula ialah sistem pewarisan harta pusaka ditetapkan oleh Syarak - iaitu harta peninggalan si mati diwarisi oleh ahli warisnya mengikut bahagian ditetapkan.
* Kes-kes/permasalahan harta pusaka :
1. Seorang lelaki pertengahan usia mengusahakan tanah pertanian seluas lima ekar di Pontian Johor dan memungut hasilnya selpeas bapanya meninggal dunia. Saudara sepupu lelaki tersebut telah membuat permohonan pusaka tanah tersebut.
Hasil siasatan menunjukkan hartanah itu asalnya milik nenek lelaki itu. Selepas kematian beliau, bapa kepada lelaki pertama tadi telah membolot semua hasil tanah.Cubaan generasi lapisan dalam menuntut harta itu menjadi bertambah sukar kerana enam dp tujuh anak wanita itu sudah meninggal dunia. Malah semua enam orang itu mempunyai lebih 25 org anak.
2. Z baru kematian si suami yang mempunyai seorang lagi isteri ketika hidup tanpa pengetahuannya. Z dan suami dulu tinggal di rumah teres di JB di mana mereka membelinya di atas nama arwah kerana Z warga Singapura. Namun, segala kos pembayaran dilakukan oleh Z melalui wang simpanan dan pengeluaran Tabung Kumpulan Pusat (CPF) Singapura. Z tiada anak. Isteri kedua mempunyai 2 orang anak dgn suami beliau.
6 bulan kemudian selepas kematian si suami, isteri kedua menuntut pembahagian keseluruhan harta pusaka termasuk rumah tersebut. Isteri kedua tidak mahu bertolak ansur dan tidak mahu menolak bahagian faraidnya rumah berkenaan kpd Z sebagai isteri pertama.
*Bhgn faraid untuk isteri adalah 1/8 jika ada anak, manakala 1/4 bhgn jika tiada anak. Namun, bagi suami yang berpoligami contoh ada 2 isteri, bhgn 1/8 isteri akan dikongsi bersama isteri lagi satu pd kadar 1/16 bhgn seorang.
3.Seorang bapa meninggal dunia dan meninggalkan bebrapa buah rumah dan tanah di bebrapa negeri. Satu wasiat berkaitan harta pusakanya telah dibuat oleh beliau sendiri. Anak-anak yang berjaya dan hidup senang diberikan tanah yg agak rendah nilainya.Manakala anak2 yang tidak berpelajaran diberi tanah ynag tinggi nialainya. Niatnya adalah baik untuk membantu anak2 beliau.
Sebelum meninggal dunia beliau membaca wasiat di hadapan anak2. Semuanya bersetuju kerana menghormati beliau. Selepas kematiannya, beberapa orang anak beliau menarik balik persetujuan dan mengarahkan pembahagian harta pusaka dibagikan sama rata.
* FAKTOR MERUMITKAN PENYELESAIAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA
1. Tiada perlantikan wasi atau pentadbir harta pusaka
2. Dokumen yang diperlukan tidak lengkap - sijil kematian-dokumen berkaitan harta dna hutang
3.Tiada perancangan harta pusaka - untuk membuat wasiat, hibah dlln.
4.Tiada kerjasama yang baik antara waris-waris si mati
5.Kematian berlapis - seperti kes pertama di atas.
6. Kesulitan mencari ahli waris di mana penama setiap harta tidak ditukar milik.
FAKTA-FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI :
1.Suami yang ingin berpoligami perlu menyatakan dgn jelas hak-hak isteri pertama melalui Iqrar Harta Sepencarian atau Instrumen Hibah.
--> instrumen yg disediakan oleh Sayarak ini boleh diaplikasikan untuk menghargai sumbangan isteri dlm perkahwinan.
2. Isteri pertama boleh mendapatkan bhgn tambhan melalui tuntutan harta sepencarian (dalam kes kedua di atas).Namun, tak dpt elak dp kemasukan nama isteri kedua dan anak2nya dlm geran rumah tersebut.
3. Untuk penyata KWSP, penamaan baru yg dibuat akan melupuskan penamaan lama.
--> ada kes membabitkan tuntutan bertindih kpd teman wanita dan isteri
-->ada juga kes (diceritakan oleh Prof Aziah)si suami sebelum berkahwin menamakan ibu dan abang untuk penama KWSP dan tidak menggantikan dgn nama isteri selepas berkahwin.Si abang yang pula tidak memberi bhgn wang kpd isteri si mati dan juga anaknya.
* Bagi penama bukan beragama Islam akan menerima simpanan KWSP ahli yang meninggal dunia.
*Bagi yg beragama Islam,penama sepatutnya hanya bertindak sebagai wasi kpd simpanan ahli yg meninggal dunia.Wasi bertanggungjawap pastikan simpanan yg diamanahkan diagihkan mengikut Hukum Faraid.
* Jika tiada penamaan untuk KWSP - ia akan menimbulkan masalah di mana waris perlu tunggu 2 bulan proses utk pastikan tiada tuntutan bertindih.
*Bila ahli KWSP meninggal dunia, penama atau ahli waris boleh memohon untuk mengeluarkan kesemua simpanan si mati.
* Ahli yg tidak ada penama, bayaran dibuat kpd waris terdekat ahli.
4. Wakaf adalah pendekatan yg boleh digunakan bg mengatasi masalah pertelingkahan dan perselisihan faham berpanjangan antara waris dan pemilik berdaftar ke atas tanah pusaka.Contoh, wakafkan tanah pusaka.
5. Sebagai wasi, 5 perkara perlu diselesaikan sebelum pembahagian harta pusaka mengikut faraid dilaksanakan iaitu :
a. belanja urus jenazah si mati
b. bayar hutang si mati
c. harta sepencarian si mati
d.waisat jika ada semasa hidupnya dan selebihnya difaraid ikut hukum syarak.
MAKLUMAT TAMBAHAN.
* Permohonan harta pusaka org Islam terletak di bwh 2 bidangkuasa perundangan iaitu:
I. Mahkamah Syariah - untuk perolehi sijil faraid
II.Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil - perintah pembahagian
*Amanah Raya boleh dilantik sebagai pemegang amanah, wasi,pentadbir,penjaga,sahabat,wakil,ejen,penerima dan pengurus (Seksyen 11).
*Harta Tak Alih = tanah dan sebarang kepentingan dp tanah,hak di atas atau faedah yg terbit atau mungkin terlibat dp tanah.
*Harta Alih = wang simpanan di sintitusi kewangan,saham-saham,kenderaan,barang kemas,senjata api dlln.
*Daftar Wasiat Malaysia (inisiatif Amanah Raya Berhad) wujudkan sistem pendaftaran wasiat setempat secara online.Ini sebagai inisiatif mengelak harta pusaka beku.
*Penulisan Surat Wisoyah sesuai dgn kosep penama yg dibuat institusi2.Surat wisoyah oleh ZPP diluluskan Mufti Terengganu. Surat Wisoyah ini adalah satu dokumen yang ditulis org yg hidup:
--> menyatakan perlantikan wasi,senarai waris ikut hukum faraid,senarai harta dan hutang dan arahan2 utk wasi.
************************
Dulu2 aku tak kisah sgt hal harta pusaka ni.Bila nengok ada org sampai bergaduh sama adik beradik slps kematian ibu bapa kerana berebut harta pusaka dan juga disebabkan ketidak adilan oleh pemegang amanah seperti abg sulung yg membolot semua harta pusaka. Tapi skg bg aku, hal ini amat penting dan perlu diketahui supaya tidak menimbunkan masalah di kemudian hari.
Sahabat2 yang arif dlm bab harta pusaka dan juga ada kes2 yg boleh dikongsi bersama, silalah tulis di sini ye.
Saat menanti lamaran
Bilakah hubungan cinta yang dijalin sejak sekian lama akan berakhir dengan ikatan perkahwinan? (Kosmo Online,17hb.Julai,2008)
Ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat atau saudara-mara, tiba-tiba hati terusik dengan seribu satu persoalan: "Bilakah pula tiba giliran aku?" atau "Bercinta sudah lama, tetapi kahwinnya tidak, bila agaknya sampai saat ini?"
"Hendak bertanya kepada si dia, mungkin dianggap soalan cepu emas buatnya, tetapi sampai bila kamu harus menunggu lamarannya?
Mungkin itulah kata-kata yang sering menganggu fikiran kamu tatkala melihat sebentuk cincin mula disarungkan ke jari manis insan paling dekat dengan kamu, lebih-lebih lagi rakan baikmu.
Pada dasarnya, perkahwinan merupakan saat paling dinanti-nantikan setiap pasangan lelaki mahupun wanita. Ia juga merupakan anjakan seterusnya dalam mengukuhkan lagi ikatan perhubungan.
Apa yang diharapkan dalam percintaan hanyalah kesinambungan intuisi percintaan. Setelah sekian lama mengharung pelbagai rintangan, onak dan duri, kini sudah tiba masanya kamu menamatkan sebuah perjuangan yang ditunggu selama ini.
Menanti yang belum pasti tiba, antara bicara cinta wanita buat si dia yang begitu payah melafazkan bicara akhir. Intim minggu ini berkongsi rahsia kenapa lelaki masih sukar untuk membuat lamaran terhadap kekasihnya.
Sensitif akan putaran waktu
Lelaki tidak gemar dirinya terikat pada usia muda. Hidupnya lebih senang sekiranya tiada sebarang bebanan kerja mahupun tugasan di rumah, lebih-lebih lagi pada waktu cuti mereka.
Baginya, putaran waktu lelaki adalah berbeza dengan kaum wanita. Alasannya ialah kecanggihan teknologi perubatan membenarkan wanita berusia lebih 40-an melahirkan cahaya mata dan mengambil berat tentang penjagaan anak. Tetapi bagi kaum lelaki, sekiranya mereka melakukan tanpa sebuah keikhlasan, mungkin ia akan menggugat rutin kehidupan dan menjadi bebanan untuk melalui semua itu.
Ini adalah alasan terbaik bagi lelaki yang sukar melemparkan kata lamaran. Berbanding seperti kamu, seorang wanita yang bersikap natural.
Takut hari penting.Bukan seperti semua wanita yang mengimpikan hari bersejarah dalam hidup mereka. Menyarung busana perkahwinan pada majlis bersejarah adalah impian setiap wanita.
Tetapi tidak bagi lelaki. Memutuskan untuk berkahwin dengan wanita idaman membuatkan mereka takut untuk berfikir dengan lebih serius.
Bukan kerana mereka tidak mahu menghabiskan masa dengan insan tersayang, tetapi dengan persediaan yang kurang mencukupi untuk mengadakan resepsi perkahwinan, lebih-lebih lagi apabila dunia dilanda masalah kewangan, membuatkan mereka takut untuk berfikir tentang alam perkahwinan.
Untuk menyelesaikan tanggapan sebegini, apa kata kamu menasihati si dia agar menyimpan duit mulai dari sekarang serta memberi contoh yang baik kepadanya. Jangan pula lupa menerangkan maksud sebenar tentang perhubungan dalam perkahwinan.
Perlu persediaan
Sememangnya benar, romantis dalam perhubungan membuatkan ikatan percintaan menjadi bertambah teguh. Tetapi, kepercayaan dalam sebuah perkahwinan adalah masa terbaik untuk kamu berdua merancang, menambah dan menguruskan hal kewangan.
Sekiranya perancangan tidak dilakukan dengan serius, ia akan memberi kesan kepada kehidupan rumah tangga dan anak-anak nanti. Peluang untuk dia melamar adalah sangat tipis memandangkan tiada perancangan kehidupan untuk masa hadapan.
Untuk mengubatinya, rancanglah setiap intipati kehidupan kamu berdua dikemudian hari dan motivasi diri untuk mencapai masa depan yang lebih cemerlang.
Fobia saat melamar .Mungkin kamu tidak menyedari pada hakikatnya, lelaki begitu takut hendak menyatakan lamaran cintanya demi mewujudkan sebuah hubungan bersama insan tersayang.Berfikir tentang kehidupannya selepas berkahwin, apatah lagi mendengar pelbagai isu yang melibatkan keretakan rumah tangga, membuatkan dirinya takut untuk melamar.
Paling menakutkan ketika menanti keputusan yang dibuat ahli keluarga sebelah perempuan, sama ada menerima lamaran dengan memutuskan pelbagai syarat atau menolak dengan pelbagai alasan.
Akhirnya, sekiranya kamu bersedia menempuhi kehidupan di peringkat seterusnya, tetapi masih tidak dapat mempertimbangkan keputusan lamaran, sebaik-baiknya mintalah nasihat rakan atau pakar kaunseling. - NOOR HASLIZA NUSI.
* saje jek aku letak artikel ni kat sini, rasa tertarik hati pulak nak kongsi dgn kengkawan. mcm2 sebab dan juga kengkadang tu alasaj jek yg diberikan, contoh tak cukup duit, tak sangat mengenali pasangan dan ada juga yg actually dia dah ada org lain tuh.
*cuma aku terfikir ada juga pasangan muda yg beriya2 nak melamar dan berkahwin sedangkan belum mampu, dr segi kewangan,persediaan (memahami ajaran agama,tanggungjwp) dan lain2.apepun ia bergantung pada kesungguhan dan keikhlasan dalam mencipta perhubungan yg suci.
*maafla aku menyentuh isu2 di sni tak berniat nak menyinggung sesapa. ada le sorang hamba Allah ni nak sgt melamar dan nak berkahwin. tapi yg tak syoknya, semua ahli2 keluarga termasuk abang2,sedara2, pakcik makcik dipanggil bermesyuarat utk membantu dr segi kewangan.patut ke mcm tu?ada pro dan kons ye tak. cuma aku teringat dulu ada kerajaan selangor/wilayah, tak ingat la...ada anjurkan berkahwin secara ramai2 untuk jimatkan kos dan diberi bantuan. isu ni pun diperdebatkan juge dulu.
ulalala bila jenguk blog kengkawan, seronok baca coretan depa. umah aku ni je yg dah berminggu2 tak di update.aku dah tiga minggu bekerja dan sem baru dah bermula.lepas balik bercuti sebelum kelas bermula, aku kena demam panas, sakit urat seme emmm mcm dah kat 100thn dah umur aku.jumpa doktor 2 kali. memula doktor suspect denggi..tapi bukan denggi katanya sebab tahap kepanasan demam aku menurun, cuma batuk dan sakit seluruh badan tak kebah2.
sakit2 juge, keje2 juge..selama 3 minggu aku tak sihat tu....aku MC sehari jek.doktor tanya, `nak MC tak?'ambik la 2 hari ye. aku jwp `takyah la doktor'.dedikasi le kononnye he he he.susah la kelas baru mula, nak cuti pun susah atiiii.kengkawan pun ramai juge yg demam bila aku dah sembuh.ramai juge tanya, napa selalu sgt sakit ni....aku sambil senyum menjawab, umur makin muda camni ler....aku sebenarnye tak cukup bercuti haritu he he he.
baru je sem baru bermula, dah mcm2 kena settle, uhh dgn marking dah bermula...hari ni jek aku rasa letih jek mark quiz paper ni.tapi nengok peta2 yg anak murid aku lukis...best plak, mencuit hati he he he.....peta malaysia ada yg rupa mcm peta canada he he he...gurau jek.ni dah kena settle seme segala urusan kerja lagi2 minggu depan wakil dr MQA (LAN) nak mai sini...peghhh....aku mula la berangan bila la nak cuti lagiii niiiiiii.
ni pun rehat jap dr marking papers tuh.Yang penting, moga aku diberi kesihatan yang baik oleh Allah supaya dpt melakukan kerja dan kehidupan harian dgn berkualiti. Aamiin.
doktor kata aku kurang eksesais.ye la, keje dgn program...tak cukup rehat dulu..nak eksesais pun tak sempat(malas pun ada ha ha ha).then, aku pulak dah kena say no pada aktiviti hiking sebab dah tak larat la.ini pun dinasihati oleh ayah aku dan juga penasihat gym aku.cayalah...aku pun tak sangka aku pi sign up kelas gym tuh....ala2 jacky chan di pyramid tuh.gym yg ada di tempat keje pun tak pernah aku kunjungi he he he. tujuan aku satu jek utk mengembalikan stamina aku dan jaga kesihatan he he he.minggu depan la aku sambung balik aktiviti tuh....dah cukup sebulan aku join kelas intensif nanti, bolehla aku join kelas boxing ala2 jackie chan...wachaaaa
harini aku masih di opis....kwn2 dr dept lain dlm minggu ni nampak je muka aku semua tanya, eh tak cuti ke...org lain seme cuti?aku beri jwpn tanpa suara, hanya senyum manis (manis yer he hehe) aku pamerkan.Dlm hati Allah je yg tau....tak sabaq nak cutiiiiiiii. Yeaaa esok aku dah mula cutiiii.My parents are coming from kg tomorrow.Insya-Allah, jumaat ni terbang mcm burung eagle ke Ganu kite he he he. Alhamdulillah ada sahabat yg bermurah hati nak jadi pilot we all bwk pusing2 area K.T. aku ni duk tunggu je nak borong kepok lekor dan rasa pure nasi dagang he he he.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Monday, July 21, 2008



