Alhamdulillah, mlm smlm dpt mesej dp kak Ani. Kak ani dan keluarga selamat sampai ke tanah suci. Katanya ramai betul org kat Masjidil Haram waktu ni mcm keadaan musim haji.
Salam sayang dpnya untuk sahabt2 yang mengenali beliau.
Aku teringat time pegi dgn shbt2 dlm kumpulan buat research dulu2...lama dah. Masih ingat lagi kenangan di sana, first time nak solat asar masa baru sampai di situ, baru nak masuk ke msjidil haram, nampak jenazah di bawa satu satu persatu ke dalam masjid dgn lajunya. Mmg fenomena yg berlainan compare ngan Malaysia, kat sini jenazah di bawa dgn lemah lembut. Ada rezeki lagi doakan dpt la ke sana lagi.Amiin.
Klinik bunuh diri di Switzerland
KLINIK Dignitas di Zurich, Switzerland. Gambar kecil Minelli.
LONDON - Pengasas sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak membunuh diri, Ludwig Minelli membangkitkan kemarahan orang ramai apabila dia mempertahankan tindakan membantu lebih 100 rakyat Britain untuk membunuh diri di sebuah klinik di Zurich, Switzerland, lapor sebuah akhbar semalam.
Pertubuhan itu dikenali sebagai Dignitas yang beribu pejabat di Switzerland memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam bahawa bunuh diri merupakan satu pilihan yang hebat.
Sehubungan itu, menurut Minelli, dia mahu membantu mewujudkan undang-undang bunuh diri di Switzerland di mana pesakit tenat boleh memilih untuk mati bersama-sama orang tersayang.
"Bagi saya, bunuh diri merupakan pilihan hebat yang diberikan kepada manusia.
"Bunuh diri memberi peluang kepada individu untuk keluar daripada situasi yang di luar kawalan," katanya.
Seorang pemain ragbi terkenal, Daniel James berumur 23 tahun membunuh diri di klinik yang dikendalikan oleh pertubuhan tersebut pada September tahun lalu. - Agensi
Oleh Ustaz Jalaluddin Haji Hassanuddin Al-Baghdadi, Ketua Pegawai Dakwah, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.
Takrif Harta Pusaka :
Istilah ilmu faraid - harta pusaka ada at-Tarikah = maksudnya segala yang ditinggal atau dibiarkan oleh si mati.
Istilah syarak - harta warisan/ al-mirath = iaitu harta peninggalan org yg dah meninggal dunia = ia menjadi hak mutlak ahli warisnya - diagihkan di kalangan mereka yang berhak.
Hak2 berkaitan dgn harta pusaka :
1.Penyelenggaraan Jenazah : kos si mati
2.Hutang si mati - upah haji,zakat, nazar dan lain2 hutang yg tertunggak masa masih hidup
3.Wasiat si mati - wasiat yg berpesan utk bersedakah slps kematian si mati dan bukan wasiat utk ahli waris
4.Pembahagian hata mengikut hukum Faraid - untuk ahli waris hany apabila selesai semua tangungjawab di atas dipenuhi.
Sumber dan dalil hukum faraid:
* Surah An-Nias', ayat : 7,11,12,176
* Surah Al-Anfal, ayat : 75
* Sunnah Nabi s.a.w.
* Ijmak para sahabat Rosululah s..a.w
Kadar pembahagian pusaka menurut hukum faraid :
1/2
1/3
1/4
1/6
1/8
Asabah - Baki harta
Hakikat pemilikan harta dalam Islam :
Harta adalah Hak milik mutlak Allah s.w.t - manusia sebagai hambaNya diberi pemilikan sementara - untuk manfaat di dunia dan dijadikan modal pelaburan hari kemudian.
Surah An-Nur, ayat : 33, yang bermaksud "dan berikanlah kpd mereka dp harta (milik) Alah s.w.t yang dikurniakan kpd kamu'.
3 Salah paham masyarakat tentang harta pusaka :
1. Fikir yang anak2 dan isteri atau waris akan BERMUAFAKAT, AMANAH menguruskan harta kita.
2. Fikir yang anak2 dan isteri/waris TAHU APA NAK DIBUAT, jadi tak perlu merancang mengruskan soal faraid
3.Fikir yang Allah s.w.t turunkan hukum dan cara pembahagian harta pusaka ikut faraid - jadi tak perlu buat sebarang perancangan harta.
INFO PENTING : Harta Pusaka TAK BOLEH DIWARISI ATAU DIBERIKAN kpd/dp ahli keluarga yang Islam kpd yg bukan Islam begitu juga sebaliknya.
contoh; Anak yang Muslim (apabila memeluk agama Islam)tak boleh mewarisi harta ayah yang bukan Muslim dan sebaliknya.
WASIAT DALAM ISLAM :
1. Erti wasiat = umumnya - maksud pesanan dibuat seseorang tentang apa2 berkaitan hartanya dgn tujuan untuk dilaksanakan oleh warisnya slps lematiannya.
2. Dalil tentang wasiat, Suarh Al-Baqarah, ayat : 180, bermaksud : "diwajibkan ke atas kamu bila seorang antara kamu ada tanda2 maut, jika ia meninggalkan harta yg banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, kewajipan atas org beriman".
- Surah An-Nisa', ayat :12 : dlm kandungan ayat ini ada peruntukan atau pembahagian dlm harta pusaka iaitu :
suami - 1/2 dp harta si mati jika tiada anak
suami - 1/4 dp harta peninggalan si mati jika ada anak
isteri - 1/4 dp harta peninggalan si mati jika tak ada anak
isteri - 1/8 dp harta peninggalan si mati jika ada anak
saudara lelaki (seibu) atau sedara perempuan - 1/6 dp harta peninggalan waris yang tak meninggalkan anak atau bapa
1/3 dp harta -sama bnyk dibahagikan antara lelaki dan perempuan bagi sedara2 waris jika lebih dp seorang waris
INFORMASI PENTING :
1. Ayat dlm al-Quran yang mengatakan perlu tulis wasiat untuk ahli keluarga si mati (ibu,bapa,isteri,suami,anak2), hukumnya dah dimansukhkan- iaitu kadar pembahagiannya skg mesti mengikut hukum faraid.
Contoh : Si ayah yg tak suka pd anak sulung lalu wasiatkan hartanya diberikan semua kpd anak2 lain kecuali anak sulung. Selepas kematiannya, wasiat ini tak boleh dilakukan, ia mesti mengikut hukum faraid- setiap waris berhak mendapat haknya.
2. Wasiat boleh dilakukan oleh seseorang itu masa hidupnya untuk diberikan kpd harta kpd org lain atau ahli warisnya. Selepas kematiannya, harta utk si waris dilakukan mengikut hukum faraid. Walau bagaimanapun, jika semua ahli waris setuju untuk memberikan hak wasiat kpd org dinyatakan oleh si mati masa hidupnya, maka ia boleh dibuat.
Contoh : Si ayah wasiatkan hartanya iaitu tanah dan sawah padi diagihkan sama rata kpd anak lelaki dan juga perempuan. Selepas kematiannya jika si anak semua bersepakat untuk mengikutnya maka wasiat itu boleh di lakukan. JIka si waris tak setuju, maka perlu ikut hukum faraid.
3. Wasiat BOLEH dibuat untuk memberi harta kpd org lain yang bukan ahli warisnya dgn syarat tidak lebih 1/3 dp harta peninggalan.
4. Wasiat BOLEH dibuat oleh org bukan Islam kpd ahli warsinya atau org yg bukan beragama Islam begitu juga sebaliknya dgn syarat tidak lebih 1/3 dp harta peninggalannya.
Contoh : Anak yg beragama Islam boleh menulis wasiat untuk beri hartanya kpd ibu yg bukan beragama Islam dgn tidak lebih 1/3 dp hartanya.
Ayah yg beragama Christian boleh mewasiat hartanya utk cucunya yg beragama Islam dgn syarat tak lebih dp 1/3 dp hartanya.
5. Wasiat atau wasiyyah tak sama dgn `writing will'` berdasarkan undang2 sivil :
i. `Will' = boleh wasiatkan semua harta yg ada kpd sesiapa sahaja termasuk kepd haiwan peliharaan.
ii. Wasiyah - hanya 1/3 dp harta peninggalan kerana selebihnya menjadi harta pusaka yg perlu diagihkan kpd waris mengikut hukum faraid
6. Wasiat atau wasiyyah - jika si penerima wasiat mati sebelum kematian si pembuatnya - maka TERBATALLAH wasiat itu.
7. Setelah ahli waris setuju untuk menunaikan wasiat si mati, tak bolah menariknya kembali selepas ia dilaksanakan.
Contoh : Si ayah wasiatkan rumah banglo atas bukit di wasiatkan kpd anak perempuan bongsu.Jika anak2 lain bg si mati setuju untuk memberi rumah itu kpd si adik bongsu, mak slps itu tiada siapa yg boleh tuntut semula untuk dibuat secara faraid.
8. Telah menjadi sebahagian atau segelintir sikap org melayu kita yg mewasiatkan si anak untuk berkahwin dgn si polan selepas kematiannya.
Ini tak wajib diikuti kerana pernikahan mestilah mengikut persetujuan dan kerelaan orgnya.
9. Masih terdapat sebahagian msyarakat yang tak endah tentang harta sepencarian dan harta pusaka selepas berlaku percerian. Ia hanya dituntut setelah sekian lama (contoh slps 10 thn).
Contoh kes : Seorang wanita memeluk Islam dan berkahwin dgn lelaki MElayu Muslim. Kemudian bercerai dan mempunyai anak2. Si suami berkahwin lain. Setelah 25 tahun barulah si bekas isteri dan anak2 ingin menuntut harta pusaka.
- Si anak boleh tuntut harta pusaka tp perlu melalui bnyk proses dan ambil masa kerana ia telah telalu lama berlaku.
- Si isteri tak boleh tuntut harta pusaka bg dirinya kerana telah bercerai ketika si suami masih hidup.
- Harta yg melebihi RM600,000 - mestilah ditutut di Mahkamah Tinggi Syariah
- Harta yg kurang dp RM600,00 - boleh dituntut di Pejabat Tanah
*info di atas adalah yg disampaikan oleh penceramah termasuklah jawapan yg diberikan kpd soalan yg dilontarkan oleh peserta2 seminar.
Angkara rebut tanah.
Oleh RIZAM ZAKARIYAmohdrizam@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! semalam.
TASEK GELUGOR – Bukan misteri. Kejadian 38 batang anak pokok pisang pelbagai jenis yang tiba-tiba tertanam di sekitar halaman rumah milik Elias Mohd. Desa (gambar) di Kampung Tok Bedu, di sini rupa-rupanya kerana pertikaian hak milik tanah.
Ia dikatakan perbuatan kerana rasa tidak puas hati seorang lelaki yang mendakwa tanah seluas kira-kira 0.4 hektar yang didiami Elias itu adalah miliknya.
Elias, 51, yang ditemui Kosmo! di rumahnya semalam percaya perbuatan menanam pokok pisang itu dilakukan seseorang di kampung itu yang berniat untuk mengusirnya dari tanah tersebut.
“Ada jiran saya memberitahu ada ternampak lelaki tersebut dan keluarganya datang dan bergegas menanam pokok-pokok pisang itu pada petang Sabtu lalu,” ceritanya sambil memberitahu lelaki itu memang beliau kenali.
Beliau memberitahu, tanah tersebut merupakan tanah pusaka milik arwah bapanya, Mohd. Desa Sulaiman.
Kosmo! semalam melaporkan misteri yang menyelubungi Elias dan keluarganya yang tiba-tiba mendapati halaman rumahnya tertanam 38 batang anak pokok pisang tanpa disedari.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!
*****************
aku teringat lagi kata2 Prof dan Juga Ustaz Jalaluddin di seminar wasiyat anjuran PERKIM ahad lalu iaitu mengumpul harta tak menjadi satu kesalahan tapi usahalah untuk pastikan harta yang ditinggalkan tidak menjadi masalah kpd waris yg masih hidup tu nanti. Memang benarlah, harta dan anak2 boleh memberi kebahagiaan dan juga menjadi ujian yg amat besar kpd seseorang itu.
Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih dia turutkan
Nasi lemak Buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang anak buang semua,
Kerana kekasih harga diri dilucutkan
Nasi lemak Buah bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Hanya kekasih cinta ditagihkan
Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Buang emak, isteri dan emak mertua,
Kerana kekasih baru yang diidam-idamkan
Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Otak semak, tak dapat berbicara,
Hanya kekasih hati yang diingat-ingatkan
Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Tiada emak tiada saudara,
Hanya kekasih yang dibayang-bayangkan
Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Sanggupnya depa buang emak, ayah dan sedara,
Kerana kekasih, ajaran Tuhan pun dah dilupakan
Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Nasi lemak tanpa buah bidara,
Ada sambal sket sudah enak untuk dimakan.
Tgh mkn nasi lemak ni hehehe....jum pekena dgn teh tarik.
Khas Untuk Kak Ani dan keluarga yang akan berangkat ke tanah suci harini untuk mengerjakan umrah.Moga setiap urusan dipermudahkan dan di Rahmati Allah. Doakan kami semua di sini juga ye :)
Alhamudlillah siang tadi berkesempatan menghadiri seminar on Wasiyyat anjuran Perkim. Bwk beberapa stdns termasuk non Muslim. bertolak awal pagi tapi tersilap ke tempat lain,nama hotel lebih kurang sama dgn tmpt yg dituju. sampai jedi destinasi yg betul, slot pertama dah bermula, tapi masih sempat mendengar isu2 yg menarik.topik yang dikupas oleh penceramah2 dp Wasiyyat Shoppe amat menarik.Syabas utk Ustaz Mustaqim dan shbt2 Perkim yang menganjurkan program ini. Ustaz Nik, tq so much again jemput we all, siap dpt layanan VIP lagi hehehe.sdp mknn.Takpa, kami tetap akan menunggu kedtgn geng2 Perkim nanti dgn sandiwch sardin cap ayam...cepat dan sedap :)
Insya-Allah, akan di letakkan nota2 ceramah tu termasuk soalan2 dan jwpn yg menambah info.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Sunday, April 5, 2009