kat Malayasia ni yang `dikenali' sebagai negara Islam mengikut apa yg terkandung dlm perlembagaan, kadang kala (ataupun selalu jugak) sukar bagi umat Islam untuk benar2 tahu dan yakin tentang kehalalan (halal) sesuatu makanan atau produk seperti alat solek dan lain2.agak2nya kenapa jadi mcm ni yer?

rasanya boleh je kita educate non Muslim untuk tahu apa yg halal dan bukan bagi org Islam kan bila depa keluarkan produk.

rasanya undang2 boleh je diketatkan dan dikuatkasakan secara adil dan saksama lebih2 lagi menangani masalah makanan dan barang2 yang tak halal ni dipasarkan untuk kegunaan umat Islam.

rasanya pihak2 yang berwajip tu perlu tambahkan lagi usaha untuk mengatasi masalah ni termasukla meramaikan lagi tenaga kerja.

rasanya pihak2 yang berkuasa tu boleh je campurtangan nak make sure kehalalan dan kesucian pemakanan, pemakaian dan apa saja bg umat Islam di negara Islam yang berperlembagaan ni.

makanan yang halal itu akan menjadi sebati dalam badan dan menjadi sebahagian dari dearah daging kita. seperti kita tahu dlm badan kita ada seketul daging (menjadi centre) kalau rosak ia,rosaklah segalanya.

betapa bnyk kes yg kita dengar tentang produk makanan..sekejap boleh dimakan, kemudian tak boleh ...then boleh pulak. masa aku kecik dulu KFC tu dah berpuluh2 kali halal dan haram menjadi isu kat tempat aku tinggal kat pulau bermutiara tu.

hasil teknologi canggih, kesungguhan pakar bio-tek dgn keizinan Allah jua, maka terciptalah satu cip untuk mengesan kehadiran apa saja yang berunsur babi ni samada daging, lemak dlln dalam produk makanan, alat kosmetik dan lain2. katanya dgn menggunakan mikroskop, apa2 saja yg berunsur babi ni boleh dikesan walaupun kandungannya hanya 0.01% selepas 6 jam.

baguslah mcm tu, usaha yg murni...cuma aku tertunggu2 bagaimanakah cara yg akan digunakan oleh org ramai untuk mengesan kehadiran unsur yg tidak dikehendaki ni jika berada kat pasaraya, rumah dan di mana saja la.... takkan nak heret mikorskop tu pulak kan.

harap2 ada cip boleh kesan kehadiran unsur haram yg lain mcm samsu,`rum', arak dlln.
apepun tak boleh rely on cip tu je.....

date Wednesday, August 26, 2009


buah rambutan..... kalau bnyk bleh la buat jem rambutan


betik yang telah ranum...nyummyyyy

gambaq mempelam (manga) harum manis dgn ayaq jusnya...buat berbuka nih peghhhh


kek pisang yang dihasilkan oleh pisang kat bawah tuh...
kalau tambah walnut lagii sedappp


emm....pose2 nengok epal merah2 ni err.....


pisang...emm sedapnyer

Gambar2 di atas adalah berkenaan dengan hal saikologi nih, aku dpt dp cik kaunselor kita yg susah payah email kat aku untuk kita tahu personaliti diri kita.

Sebelum jawab soalan, tenangkan fikiran dulu. Baru jawab.

SOALAN :-
7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil.

Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah.

Buah-buahan tersebut terdiri daripada :
a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih? Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.

Jawapannya ialah :
a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b . jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang c . jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d . jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e . jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya
**********************
sungguh bagus soalan personaliti ini dlm bulan2 pose nih..... tenkiulah Ina, hehehe.
sabarlah anda dgn soalan di atas yang sungguh mencabar ini
sabarlah juga kalau nak makan buah2an ni tunggu time berbuka yer :)

date Tuesday, August 25, 2009

.....
jika seseorang itu telah memilih sesuatu hukuman untuk dirinya untuk menebus kesalahannya kerana kesedaran sebagai seorang Muslimah dan juga untuk pengajaran untuk org lain, tak perlulah ada pihak yg meminta beliau agar tidak menjalani hukuman itu.
isu sebatan atau denda...dah hukuman tu diberi pilihan dan pihak itu telah memilihnya biarlah dia lakukannya.moga ini menjadi pengajaran kepada semua. apa pun aku tabik pd pihak itu kerana keberaniannya memilih hukuman itu dan masih teguh dgn pendiriannya untuk meneruskannya di mana ia telah ditangguhkan sehingga selepas bulan Ramadhan ini.

......

date Monday, August 24, 2009

Hari ni hari ketiga kita berpuasa, mendapat peluang untuk melakukan ibadat2 termasuk yg khusus dalam bulan yg mulia ini. Hari ni aku mula bekerja selepas seminggu bercuti di kampung.Pagi ni aku dpt email dp Ai, tq for the good email;

Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yang indah
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh


maaflah yer email ni habaq pasai wanita jer...kalau ada pasai jejeaka pulak nanti aku buh sini yer.
ni pula petikan daripada email dp Arif yg juga dp pagi tadi. Tenkiu Arif.

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya :
"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu".
"Adakah suami awak ada dirumah"?, mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar".
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama", mereka menjawab.
"Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi.
"Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi,
"Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke
dalam rumah".

Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!!
Isterinya bersetuju.

"Abg, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"?Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari
satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"!
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tu", kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita".

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan anda tetamu kami".

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutnya. Terperanjat, wanita
itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"?
Mereka semua menjawab : "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh
kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

DIMANA ADA KASIH SAYANG, DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN"!!
.::::RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL::::....


Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka nanti yer.

date

Akhir-akhir ni aku rasa letih sgt tak bermaya, kurang vitamin C nih agaknyer. rasa ngantuk je. Malam pulak lepas isya' dah terus belayar ke Switzerland, Hong Kong, Japan zzzzz. Petang semalam sampai di rumah aku terus berehat melayan kepenatan...mmg ngantuk sesangat mata nih....then belek2 hand phone, realize ada 2 miss call. nombor tu takde dlm list, aku pun dial takut2 ada hal penting plak. then, terdengar satu suara wanita muda "miss crayon, Farah ni". aku cuba nak ingat farah mana yer. then dia ckp "miss, ingat tak saya lagi Farah Hanani'. aku terus ketawa, mestilah ingat...aku cuma ada satu nama farah hanani ni je sepanjang aku mengajar di sini. Cuma aku tak sangka la dia nak call aku dan ada di Malaysia ni. Katanya nak ajak aku makan kat luar, so aku suh je dtg ke umah aku.

Di umah aku plan nak masak tuk Farah, hampir dua tahun tak jumpa selepas dia sambung belajar di Mc Gill University, Canada. Sampai je umah aku, Farah kata tak yah masak la, dia nak belanja aku makan sempena nak sambut Ramadhan jugak. Aku sempat tunjuk maple syrup kat dia, org Malasyia pun dpt mkn mayple syrup tau hehehe. Tq again, Kak Zeem. So kami pun pergi Sunway Piramid dan menjamu selera di Bubble Gum (betul ke nama restoran ni yer). Shazana tak nak ikut, malu yerr hehehhe. Takper nanti kita mkn kat situ yer.Di restoran ni penuh dgn gambar2 dp filem Forest Gum, ada kedai sebelahan restoran ni jual t-shirt dan brng2 lain bertema kan filem ni. Makanan di sini sedap2 dan kuantitinya mmg bnyk agaknye ikut style org kat U.S mkn kut sebab tu pinggan besar2 je. Bagi aku yg cute ni (hehehe) pun kena share dengan org lain bila makan satu pinggan cheese pasta,udang2 yg besar2 ni..banyak sunguh dan nyummmy.

Masa nak order tu aku mmg tak ingat nama menu yg aku order dulu so aku tanyakan staff tu ada tak cheesy macaroni. Katanya sejak dia buka restoran ni mmg takde hehhehe. Yang ada `scampi' iaitu mcm fetuccini (sejenis pasta adik kpd spagetti) dgn udang2 dan cheese, agak sour sket. Layanan di sini cukup memuaskan sehingga 5 org staff termasuk manager dan chef tiba2 dtg kat aku nak pastikan betulke makanan yg aku pesan tu. Wah malu weh hehehe.Farah, sorry la kita wat havoc lak jadinya hehehe. Then dtg la ex student aku yg bekerja part time kat situ, Henry. Dialah yg confirmkan apa jenis menu yg aku mkn dulu. Wah hebatlah Henry dah berbulan2 yg lalu, stil ingat ;). Seronok bila ada ex student yg bekerja di situ dan masih ingat kat kita, layanan depa mmg 1st class sampai masa nak antar mknn yg aku order pun, salah sorang staff masih tanya, betul tak tu makanan yg aku order hehehe. Wah mkn besr kita yer Farah, tu pun aku disuh gak order, so dpt le rasa rusuk kambing panggang tu,stawberry puding campur kek dan sup kentang tradisional org british hehehe. Farah, patutnye saya belanja makan nasi tomato barulah pure Malaysian.

Mmg seronok dpt berbual dgn Farah dgr cerita dia kat tempat org. I'm happy for u Farah. Thanx sudi dtg jumpa org2 kat sini. Ingat juga yer. Sabtu ni aku dah nak bercuti selama seminggu, Farah pulak dah nak balik ke Canada. Moga kita dapat bertemu lagi. Doaku sentiasa bersama Farah, All the best and Allah Bless u, dear.

Kepada sahabat2 semua, aku akan bercuti selama seminggu. Esok balik kg. So, selamat menyambut Ramadhan yer.Aku tak beli pun kurma lagi tapi tadi dah dpt hadiah kurma dp shbt Non Muslim. Selamat makan kurma dan Moga keberkatan dan Rahmat Allah sentiasa bersama kita dan bertambahlah amalan kita. Amiin. Aku ingin memhon kemaafan sekiranya sepanjang aku di vila aku ini ada tulisan, coretan kata2 yang tidak digemari, terkasar bahasa apa saja...maaf banyak2 yer. Take care :)

date Friday, August 14, 2009

Pelajar sekarang malas membaca.

GEORGE TOWN - "Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."
Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.
Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.
"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.
"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

*******************************
sahabat-sahabat yang menjadi guru (tenaga pengajar) samada di peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi, tak lupa juga kpd mereka yg bergelar ibu dan bapa kerana andalah guru di rumah, apakah pandangan sahabat2 tentang isu di atas?

10 thn yg lalu komen2 seperti org Malaysia malas membaca sering kedengaran di seminar2 dan di dalam perbicangan oleh mereka yg pakar dlm pendidikan. Justeru, Perpustakaan Negara dan Dewan Bahasa & Pustaka merupakan salah sebuah institusi yang mengambil inisiatif menyemarakkan lagi budaya membaca di kalangan rakyat Malasyia tak kira peringkat umur melalui pelbagai kempen dan pogram. Aku ingat lagi dulu2 ada iklan di TV dgn lagu khas untuk menggalakkan rakyat Malaysia membaca. Baru2 ni pun ada iklan di TV menunjukkan pemandu teksi yg membaca majalah sambil menunggu penumpang.

betulkah pelajar2 skg malas membaca lebih lagi bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan juga apa saja bahan yang boleh memberikan info yang amat berguna kpd mereka?kalau jwpnnya ya...agaknya bahan2 bacaan yang sedia ada ini tidak begitu menarik berbanding dgn sebahagian bahan bacaan seperti Majalah Mangga, Mustika dan lain2. Aku rasa ramai jugak yg suka membaca cuma kemungkinan tidak menepati apa yg negara mahu kan. Ada org suka baca novel tapi tak suka baca akhbar untuk sebab yang tertentu. Ada orang suka baca buku2 ilmiah saja tetapi tidak majalah2 hiburan.

aku sendiri...aku pun ada mood bab membaca ni. ada bahan bacaan yg aku ada musim untuk membaca seperti novel.buku2 ilmiah yg tebal2? nengok juga keadaan hehehe. akhbar?sekarang ni bnyk membaca online je. aku ni jenis yang lebih gemar sesuatu yg bergerak dlm erti kata lain lebih berminat untuk menonton cerita, dokumentari apa saja yg berbentuk bergerak..kerana ia mudah diingati dan lebih menarik. apepun sama2lah kita membudayakan semangat membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya Kitab yang paling Unggul merangkap Kitab Sejarah Kehidupan Manusia yang paling Utama iaitu Al-Quran Al-Karim. Ayat pertama yang diturukan oleh Allah pun bermaksud `Bacalah' (Iqra'). Yang lebih utama ialah membaca dan dpt menghubungkaitkan dgn tangungjawap kita sebagai dai' dalam menegakkan kebenaran yang menjadi saranan utama dlm Islam.

date Thursday, August 13, 2009



purple tulip.....cantiknya. besnyer kalau ada taman mini tulip dpn umah hehehe.
dulu2 aku tak le minat sgt bunga ni...aku lebih suka daun2 hijau. kecantikan bunga2 terutamanya yg kaler purple ni boleh membantu mata2 yang memandang menjadi tenang.dlm erti kata lain, rasa eppy dan tenang.

date Tuesday, August 11, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu