hari ni tarikh Malaysia merdeka....
hari ni aku sampai di sunway dp kg....
hari ni akhir cuti tuk minggu ni...
hari ni dah 10 hari kita berpuasa.....(betulkan)
hari ni dah 10 hari dapat kita bertarawikh dan bertadarus
hari ni aku dgr berita mcm2 yg mengejutkan tak mengejutkan di dada telebisen (tv).....
Merdekaaaaa semalam,
Harga petrol diumumkan hari ini.... ada yg dikekalkan harga ada yg naik....emmm

hari ni aku rasa letih dan dah mula letih....meimikirkan hari2 esok....
hari ni aku dah mula nampak betapa harga barang2 semua kan melambung naik walaupun sebelum nidahpun dilambung2 kan naik,
hari ni aku baca akhbar di kosmo tak abis2 lagi kes yang menggelemerkan bnyk pihak terutamanya JAIP dan Mahkamah Syariah Pahang walaupun aku rasa depa tak perlu glemer seperti ini
seperti gelemernya kes2 yang tidak membanggakan yg berlaku tiap tahun selepas detik 12.01
mlm selepas teriakan merdeka....nampaknye semalam di tv menyeru kita menunaikan solat hajat.....:)
hari ini bermulanya bulan baru....hanya beberapa hari lagi dah nak raya...maka cepatlah Ramadhan akan meninggalkan kita....

Moga hari ini lebih baik dp semalam dan akan membawa kita menjadi lebih baik esok dan akan datang.Amiiin.

date Monday, August 31, 2009

bulan ini penuh kemuliaan dgn kehadiran Ramadhan al-Mubarak.
bulan ini juga lahirnya tanggal 31hb di mana tiap kali tarikh ini maka :-

bergemalah teriakan MERDEKAAAAA di dataran MERDEKA

berkumpullah ramai2 umat manusia tak kira bangsa, agama di tempat2 yg ditentukan menunggu detik-detik jam 12 malam

bergembiralah insan2 anak2 Malaysia ni kerana CUTIIII.....termasuklah aku....balikkk kampunggg ooooo balikkkk kampunggg

indahlah bandaraya, jalan raya, kampung2, rumah2 kediaman hatta motor2 mat rempit pun dipenuhi jalur2 gemilang yg berkibar megah tak kira apa size nye

berlumba2 lah rakyat Malaysia untuk memaparkan kesetiaan dan kecintaan terhadap negaraku tercinta ini dengan usaha dan produk masing2 hasil kekreatifan diri.....baju jalur gemilang, songkok jalur gemilang hatta pertandingan masakan pun, ada ikan kukus jalur gemilang.

apepun cara yg digunakan moga kesedaran itu biarlah menapak kekal dan mampu mencipta sejarah baru dalam melahirkan insan Cemerlang di dunia dan akhirat. jangalah hanya ia dilaung2kan untuk seketika dan hilang ditelan angin sehingga tanggal 31 ogos menjelma lagi pd tahun berikutnya.

tanggal 12 malam insan rakyat Malaysia gembira.....
tanggal 12.01...tiap2 tahun dilaporkan bermulah segala gejala tidak sihatnya mengalahkan isu selsema babi.

marilah kita sama2 solat hajat, berdoa kpd Ilahi agar diberi Hidayah dan meneruskan perjuangan kita di jalan kebeneran dlm memahami apa erti KEMERDEKAAN sebenarnya. Al-Fatihah kepada mereka. insan Muslim yg berjuang demi agama , negara dan bangsa walaupun nama mereka tidak dipaparkan di persada dunia, world book record hatta buku sejarah SPM. Moga mereka ditempatkan bersama org2 yg soleh dan solehah.

date Friday, August 28, 2009

SUNGAI SIPUT - Kontroversi hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor semakin tidak menyenangkan bapa kepada model sambilan itu, Shukarnor Abdul Mutalib dengan menganggap ia tidak sepatutnya dibiar berpanjangan.
Shukarnor berkata, apa yang berlaku sekarang sedikit sebanyak telah menjejaskan kredibiliti institusi kehakiman syariah.
"Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tidak wajar dibincangkan apatah lagi disensasikan.
"Keputusan hakim adalah muktamad dan sebaik-baiknya tidak dipersoal. Saya mohon kerjasama semua pihak bagi memastikan isu ini diselesaikan dengan baik,'' kata Shukarnor kepada wartawan di rumahnya di Kampung Jawang, di sini semalam.
Beliau semalam menerima kunjungan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Akidah), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Halim Ahmad yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom.

*****************
aku simpati pada ayah, ibu dan keluarga wanita ini
aku simpati pada kredebiliti mahkamah syariah
aku lagiiiii simpati pada mereka yang tak paham malah tak nak paham tentang apa yang hak dan batil.

date Thursday, August 27, 2009

kat Malayasia ni yang `dikenali' sebagai negara Islam mengikut apa yg terkandung dlm perlembagaan, kadang kala (ataupun selalu jugak) sukar bagi umat Islam untuk benar2 tahu dan yakin tentang kehalalan (halal) sesuatu makanan atau produk seperti alat solek dan lain2.agak2nya kenapa jadi mcm ni yer?

rasanya boleh je kita educate non Muslim untuk tahu apa yg halal dan bukan bagi org Islam kan bila depa keluarkan produk.

rasanya undang2 boleh je diketatkan dan dikuatkasakan secara adil dan saksama lebih2 lagi menangani masalah makanan dan barang2 yang tak halal ni dipasarkan untuk kegunaan umat Islam.

rasanya pihak2 yang berwajip tu perlu tambahkan lagi usaha untuk mengatasi masalah ni termasukla meramaikan lagi tenaga kerja.

rasanya pihak2 yang berkuasa tu boleh je campurtangan nak make sure kehalalan dan kesucian pemakanan, pemakaian dan apa saja bg umat Islam di negara Islam yang berperlembagaan ni.

makanan yang halal itu akan menjadi sebati dalam badan dan menjadi sebahagian dari dearah daging kita. seperti kita tahu dlm badan kita ada seketul daging (menjadi centre) kalau rosak ia,rosaklah segalanya.

betapa bnyk kes yg kita dengar tentang produk makanan..sekejap boleh dimakan, kemudian tak boleh ...then boleh pulak. masa aku kecik dulu KFC tu dah berpuluh2 kali halal dan haram menjadi isu kat tempat aku tinggal kat pulau bermutiara tu.

hasil teknologi canggih, kesungguhan pakar bio-tek dgn keizinan Allah jua, maka terciptalah satu cip untuk mengesan kehadiran apa saja yang berunsur babi ni samada daging, lemak dlln dalam produk makanan, alat kosmetik dan lain2. katanya dgn menggunakan mikroskop, apa2 saja yg berunsur babi ni boleh dikesan walaupun kandungannya hanya 0.01% selepas 6 jam.

baguslah mcm tu, usaha yg murni...cuma aku tertunggu2 bagaimanakah cara yg akan digunakan oleh org ramai untuk mengesan kehadiran unsur yg tidak dikehendaki ni jika berada kat pasaraya, rumah dan di mana saja la.... takkan nak heret mikorskop tu pulak kan.

harap2 ada cip boleh kesan kehadiran unsur haram yg lain mcm samsu,`rum', arak dlln.
apepun tak boleh rely on cip tu je.....

date Wednesday, August 26, 2009


buah rambutan..... kalau bnyk bleh la buat jem rambutan


betik yang telah ranum...nyummyyyy

gambaq mempelam (manga) harum manis dgn ayaq jusnya...buat berbuka nih peghhhh


kek pisang yang dihasilkan oleh pisang kat bawah tuh...
kalau tambah walnut lagii sedappp


emm....pose2 nengok epal merah2 ni err.....


pisang...emm sedapnyer

Gambar2 di atas adalah berkenaan dengan hal saikologi nih, aku dpt dp cik kaunselor kita yg susah payah email kat aku untuk kita tahu personaliti diri kita.

Sebelum jawab soalan, tenangkan fikiran dulu. Baru jawab.

SOALAN :-
7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil.

Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah.

Buah-buahan tersebut terdiri daripada :
a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih? Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.

Jawapannya ialah :
a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b . jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang c . jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d . jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e . jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya
**********************
sungguh bagus soalan personaliti ini dlm bulan2 pose nih..... tenkiulah Ina, hehehe.
sabarlah anda dgn soalan di atas yang sungguh mencabar ini
sabarlah juga kalau nak makan buah2an ni tunggu time berbuka yer :)

date Tuesday, August 25, 2009

.....
jika seseorang itu telah memilih sesuatu hukuman untuk dirinya untuk menebus kesalahannya kerana kesedaran sebagai seorang Muslimah dan juga untuk pengajaran untuk org lain, tak perlulah ada pihak yg meminta beliau agar tidak menjalani hukuman itu.
isu sebatan atau denda...dah hukuman tu diberi pilihan dan pihak itu telah memilihnya biarlah dia lakukannya.moga ini menjadi pengajaran kepada semua. apa pun aku tabik pd pihak itu kerana keberaniannya memilih hukuman itu dan masih teguh dgn pendiriannya untuk meneruskannya di mana ia telah ditangguhkan sehingga selepas bulan Ramadhan ini.

......

date Monday, August 24, 2009

Hari ni hari ketiga kita berpuasa, mendapat peluang untuk melakukan ibadat2 termasuk yg khusus dalam bulan yg mulia ini. Hari ni aku mula bekerja selepas seminggu bercuti di kampung.Pagi ni aku dpt email dp Ai, tq for the good email;

Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yang indah
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh


maaflah yer email ni habaq pasai wanita jer...kalau ada pasai jejeaka pulak nanti aku buh sini yer.
ni pula petikan daripada email dp Arif yg juga dp pagi tadi. Tenkiu Arif.

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya :
"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu".
"Adakah suami awak ada dirumah"?, mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar".
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama", mereka menjawab.
"Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi.
"Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi,
"Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke
dalam rumah".

Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!!
Isterinya bersetuju.

"Abg, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"?Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari
satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"!
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tu", kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita".

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan anda tetamu kami".

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutnya. Terperanjat, wanita
itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"?
Mereka semua menjawab : "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh
kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

DIMANA ADA KASIH SAYANG, DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN"!!
.::::RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL::::....


Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka nanti yer.

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu