NEGARA
Dua daripada pelajar ponteng perhimpunan sekolah gadai nyawa
Oleh FAIZAL NAZARUDDINfaizal.nazaruddin@kosmo.com.my
Bulatan menunjukkan lokasi tempat pelajar yang cedera parah ditemui selepas terjun dari tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di Kangar semalam.
KANGAR - Dua daripada empat pelajar yang ponteng perhimpunan pagi di sekolah mereka di sini semalam nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut menyebabkan seorang daripada mereka patah kaki kiri dan hidung berdarah.
Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka yang terjun tidak cedera malah dapat melarikan diri sebelum pelajar itu ditahan oleh guru.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 8 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di sini.
Empat pelajar dari tingkatan empat itu dipercayai sengaja melepak di dalam kelas mereka kerana enggan hadir ke perhimpunan.
Bagaimanapun, dua daripada empat pelajar yang melepak itu dikatakan terkejut apabila ternampak kehadiran seorang guru yang membuat pemeriksaan secara mengejut di dalam kelas itu.
"Melihat kelibat guru itu, dua daripada mereka berlari ke beranda sekolah dan terus terjun ke padang rumput sekolah itu," kata satu sumber di sekolah itu.
Bagaimanapun, dua lagi pelajar itu tidak buat apa-apa.
Ekoran tindakan dua pelajar itu, seorang pelajar yang badannya agak gempal cedera teruk dengan kaki kiri patah dan hidung berdarah akibat terjatuh dari ketinggian 12 meter.

***************************
emm...

date Wednesday, November 11, 2009

...

Ditikam kerana mahu bercerai
Oleh SHAH NIZAM OMAR shahnizam.omar@kosmo.com.my
ORANG ramai bertumpu di rumah Zabedah yang mati dibunuh di Kampung Kuala Sungai, Alor Setar semalam.
ALOR SETAR - Keengganan seorang isteri untuk berbaik-baik semula dengan suaminya setelah tidak tinggal bersama sejak dua bulan lalu membawa maut kepada wanita itu.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan di sini semalam, Zabedah Ali, 73, mati terkena tikaman oleh lelaki dipercayai suaminya sendiri di pekarangan rumah mangsa.
Mangsa ditikam dengan pisau selepas suaminya yang berusia 75 tahun gagal memujuk isterinya untuk tidak bercerai.
Bapa saudara Zabedah, Mustafa Ahmad, 80, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dalam proses memujuk mangsa, tercetus perang mulut di antara pasangan suami isteri itu.
"Suspek ada kata, dia mahu ajak Zabedah mati bersama. Selepas gagal pujuk Zabedah, ketika suspek mahu bersalam dengan Zabedah dia terus menikam di sebelah kiri perut Zabedah guna pisau," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Mustafa, pisau tersebut dipercayai dibawa oleh suspek dari rumahnya di Kuala Kedah.
Mustafa memberitahu, selepas menikam mangsa, suspek cuba melarikan diri namun anak tiri Zabedah yang berada di tempat kejadian mengejarnya dan menahan lelaki itu.

*****************************
Masya Allah.

date Tuesday, November 10, 2009

Khamis lepas Ina dtg bermalam di umah aku selepas habis kursus dia kat Shah Alam.lepas makan masing2 nampaknye keletihan, berbual2 kejap je lepas solat tu masing2 dah dibuai mimpi.esok paginya Ina sempat hantar aku ke opis sebelum bergerak ke UIA. sempat le jugak aku merasa naik keta baru dia tuh :). Ptg tu aku dpt call dp Ina katanya kak su menjemput makan mlm kat umah dia di Puncak Alam. Maka lepas isyak aku pun tunggu Ina kat dpn Piramid dan bergerak ke sana naik teksi.Nampaknya Ina tak berani nak drive kat kl ni selepas dah bertahun dia tinggal tempat ni.Sampai di Klang Sentral (lamanya aku tak ke kelang), ni firt time aku kat stesyen bas yg baru la bagi aku, abg din dtg amik kami. Sampai di umah, Kak su dah pun menyajikan makanan emm..tq kak su bnyknye makanan.Sampai tertidur dah farah menunggu kami. cadangnya esok pagi2 tuh aku akan balik ke sunway dan ina akan ke UIA pack barang2 dia sebelum bertolak balik ke Ganu.Rupenye plan dah jadi lain.

Lepas breakfast kat umah kak Su, kami singgah ke umah kak Ani (kakak kak Su) untuk bertanyakan khabar. Kak ani yang kehilangan anak tunggalnya dlm kemalangan bulan lepas kelihatan ceria menerima kedatangan kami.Kak ani pun dah kelihatan sihat berbanding masa lawat beliau di hospital dulu. Dalam berbual2 tuh kak ani menunjukkan gambar Asyraf ketika membuat umrah sebulan sebelum kemalangan tu berlaku.Sayu aku rasa bila kak Ani mula mengeluarkan air mata bila menceritakan orang yg terlibat dlm terjadinya kemalangan ni tak ada pun dtg atau contact bertanyakan khabar.Kereta ni telah keluar simpang tanpa memberi isyarat dan masuk ke tengah jalan dan bertembung dgn lori. Then, lori ini mengelak dan berlanggar dgn kereta yg dipandu Asyraf. Sebelum pulang, kak Ani sempat berpesan supaya aku dan ina rajin2 ke umah dia. Dapat merasai perasaan kak Ani skg ni. Kemudian dlm perjalanan pulang sempat kami singgah di Alam Sentral, makan, solat, makan lagi, solat, jalan2 cuma tak tidur situ je hehehe.Aku ni selama ni lalu je dpn tu, ni baru 1st time masuk dlm Alam Sentral ni. Kalau PKNS tu dah beberapa kali gak le aku pi.Lepas isyak, kak su dan abg din hantar aku balik umah. Tq kak su dan abg din. Rasa letih tapi happy bila dpt jumpa shbt2 yg dah lama tak bertemu, sembang2 berkongsi cerita. Nampaknye aku kena bnyk bersosial skg ni hehehe.Bersosial bg aku ialah jumpa kwn2 makan2 lepak2 :).

p/s: sempat la aku dibawa jalan2 kat Puncak Alam tu...walau rasa jauh sgt nak ke situ tp ada rasa damai dlm kwsn perumahan tu. sempat le jugak masuk kampus baru UITM di Puncak Alam tu, masih baru dan bestnye ada bangunan kaler purple hehee. Moga dapat bertemu lagi dgn shbt2.

date Monday, November 9, 2009

sembang pagi jumaat....
alhamdulillah `musyawarah'..
itu yang terbaik...teruskan usaha ini.

date Friday, November 6, 2009

Cermin mata terjemah perkataan dicipta
DUA pekerja syarikat NEC menguji cermin mata terjemahan di Tokyo semalam.

TOKYO - Syarikat NEC akan menjual cermin mata tanpa kanta yang berfungsi menterjemahkan perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun pada tahun depan.
Cermin mata yang direka dengan dilengkapi komputer itu akan menyediakan sarikata seperti drama televisyen atau filem semasa perbualan antara dua orang yang memakainya.
"Anda akan dapat memastikan perbualan itu berjalan dengan lancar," kata seorang pegawai pemasaran syarikat itu, Takayuku Omino semalam.
Setiap perkataan pengguna akan dirakamkan oleh mikrofon sebelum diterjemahkan dan disiarkan pada cermin mata penggunanya.
Satu sistem cermin mata yang diberi nama Tele Scouter itu dijual pada harga AS$83,300 (RM285,094). - AFP

**************************
macam2 jepun ni yer.

date

dalam kehidupan akhir zaman ini ada ketika kekeliruan itu muncul.
apa yg hak dan yg batil?adakah ia menjadi hak kerana ditentukan sesuatu sistem itu,sekumpulan manusia yang berkuasa atau mereka yang mempunyai penyokongnya ataupun kerana ia sudah sebati dlm sesuatu masyarakat itu.

moga kekeliruan itu dpt diselesaikan dgn kebenaran, moga kekusutan itu dpt dirungkai.
kita adalah berbeza kerana beberapa sebab, perbezaan fikrah,pendidikan,pengalaman hidup dan lain2.aku setuju jika sesuatu yg mungkar itu diperbetulkan.namun perlu juga melihat sesuatu keadaan itu waktunya, orangnya, kesnya ...setiap kes yg berbeza maybe perlu juga cara yg berbeza mengikut relevan nya. bukan untuk mendiskriminasikan sesuatu isu itu tetapi blanket method bukanlah sesuatu method yg sesuai untuk semua lapisan dan kumpulan manusia untuk sesuatu isu itu.

sejak 2-3 hari ni ada beberapa isu yg menggemparkan Malaya ini dan juga yang digemparkan.
moga isu yg melibatkan aqidah,kebenaran,apa itu hak dan batil dpt diselesaikan dgn baik.
bagi aku, perbezaan fikrah ini dpt membawa keburukan kpd umat Islam juga jika ia tak diselesaikan dgn bijak.namun aku serah pd mereka yg arif untuk membantu merungkai kekusutan ini.moga kita masih tahu apa itu hak dan batil.moga kita dlm proses mencari kebenaran dan mendapatkannya dan menyebarkannya secara ikhlas dan buanglah sifat ujub pd diri sendiri jika ada.kadangkala apabila merasakan kita berilmu ( tak kiralah siapa pun kita) kita terlupa menghalusi cara2 yg sepatutnya dalam `mengilmukan' insan lain jika kita berpendapat insan itu kurang ilmunya.mmg lumrah manusia ada membuat kesilapan.namun jgnlah kesilapan itu akan membawa kpd perpecahan umat islam itu sendiri.

moga kita semua tak kira apa saja jawatan kita, position kita, tahap pendidikan kita, latarbelakang keluarga dlln, kita akan cuba sedaya upaya menjalankan amanah Allah sebagai dai' itu.kadangkala isu yg di`panaskan' di kaca tv dan dada akhbar membuat kita seakan terlupa sebentar pd isu2 yg sudah lama bertapak dan menantikan usaha kita dlm menyelesaikannya samada cara drastik ataupun secara berperingkat yg bermula dp rumah dan dgn org yg dekat dan hampir dgn kita; aqidah anak muda2, aqidah org yg tak berapa muda, pelbagai masalah dan dilema dlm msyrkt kita dan lain2 lagi.kadangkala akal yg bijak tak mampu juga menyelesaikan sesuatu perkara dgn bijaksana.

aku melihat ibarat sebatang pokok yang berbunga rendang, bunga dan buah yg dipuja dan menjadi harapan kpd penanam dan ahli keluarganya.apabila bunga yg kembang layu, buah dipetik org lain atau gugur ke bumi sebelum ranum, membuat si penanam itu marah, dan kecewa.namun mungkin akar2 pokok yg halus juga bermasalah, sedang sakit di dalam tanah untuk sekian lama.

date Wednesday, November 4, 2009

Kes saman pecat ketua kampung
Oleh KUMARA SABAPATTYkumara.sabapatty@kosmo.com,.my
Sebahagian daripada ketua kampung yang hadir pada perbicaraan kes saman terhadap kerajaan negeri Perak di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam.
IPOH - Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 1 Disember depan sebagai tarikh keputusan kes saman pemecatan 817 ketua kampung oleh kerajaan negeri Perak.
Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim menetapkan tarikh itu setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak.
Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Kamal Md. Shahid dalam hujahnya menjelaskan bahawa jawatan ketua kampung dilantik atas budi bicara Menteri Besar bukan seperti penjawat awam yang kekal dalam jawatan.
Katanya, pemecatan ketua kampung itu juga dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang berhak menamatkan perkhidmatan ketua kampung.
"Ketua Kampung tersebut dilantik semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan mereka tidak terikat dengan kaedah pelantikan ketua kampung yang dibuat secara pemilihan orang ramai semasa pemerintahan kerajaan itu," katanya.
Tambah beliau, kerajaan negeri membatalkan pelantikan ketua kampung tersebut kerana ia tidak kekal setelah berlaku perubahan dalam pemerintahan kerajaan negeri yang diambil alih Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu, Mohd. Yunus Ali yang mewakili ketua-ketua kampung selaku plaintif dalam hujahnya mendakwa responden telah mungkir janji dalam pelantikan mereka kerana pemecatan itu bertentangan dengan undang-undang.

*********************
emmm......jawatan pun ikut parti yer.apa sebenarnya jawtan tu diadakan?untuk berkhidmat tuk rakyat kan?so apa kaitan parti di sini?

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu